Ramai memikirkan rumahtangga akan selalu bahagia sama ketika fasa percintaan. Ini kerana ketika bercinta, pasangan sanggup lakukan apa saja asal dapat memiliki pasangannya. Dan rasa bahagia itu bertambah ketika di awal perkahwinan tanpa memikirkan apa berlaku seterusnya.

Dikongsi dari fb Dr Taufik Razif yang juga seorang penulis dan pendidik ilmu keibubapaan, dirinya berkongsi tiga fasa dalam rumahtangga yang harus pengantin baru tahu dan kemudian belajar menerima pasangan seadanya.

Berikut adalah perkongsiannya :-

Nasihat serius buat pengantin baru.

1. Berkahwin ni ada 3 fasa iaitu:-

– fasa berbulan madu
– fasa Power Struggle
– fasa Acceptance

IKLAN

2. Ketika fasa bulan madu ni pasangan kita kentut pun kita boleh cakap ” Eh sape sembur perfum ni? Sedapnya lahai “.

3. Ketika fasa bulan madu semuanya akan jadi sangat indah. Keburukan pasangan kita umpama angin lalu sahaja.

4. Ketika sudah masuk fasa Power Struggle ketika itu kekurangan suami dan isteri perlahan lahan mula terbuka dan keduanya ada standard dan gaya hidup yang berbeza.

IKLAN

5. Ketika fasa Power Struggle itu mungkin cara kita susun atur perabot pun berbeza, cara kita kemas bilik pun berbeza dengan pasangan kita hatta cara picit ubat gigi pun boleh jadi isu jika tak ditangani perbezaan itu dengan segera!

6. Perbezaan kita dengan pasangan kita boleh jadi kerana:-

– cara didikan yang berbeza
– cara parenting yang berbeza
– persekitaran yang berbeza
– prinsip hidup yang berbeza

IKLAN

7. Ujian datang melalui titik terlemah diri kita. Ujian paling dasyat bagi seorang suami adalah wanita dan ketika si suami mempunyai segala gala manakala ujian paling dasyat seorang isteri adalah ketika si suami belum punya apa-apa.

8. Walaupun bahtera perkahwinan tersebut melalui karang yang berbatu, lautan ribut yang bergelora dan angin kencang yang mengganas dan menggila akan sampai masanya ianya akan memasuki fasa stabil dan harmoni iaitu fasa Acceptance.

9. Ketika itu kita sudah boleh menerima kelemahan juga kekurangan pasangan. Kita akan anggap kelemahan dan kekurangan adalah ciri unik pasangan kita yang membuatkan dia istimewa di mata kita.

10. Ketika itu tiada lagi SAYA. Yang ada hanyalah KITA kerana kelemahan dan kekurangan pasangan adalah kelemahan diri kita dan kelebihan dan kekuatan pasangan adalah kelebihan dan kekuatan diri kita.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI