Kematian jemaah umrah, Siti Faridah Ahmad, 64, dari Kota Kuala Muda, Kedah dicemburui umat Islam seluruh dunia yang dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi.

Pemergiannya turut dirasai mutawif yang menguruskan jenazah arwah, Nurul Aswar Nasron, yang berkongsi pengalaman menakjubkan kerana berpeluang menguruskan jenazah wanita yang dikatakan suka bersedekah sepanjang hayatnya.

Kisah mengenainya dimuat naik Nurul Aswar di laman sosial miliknya pada 3 Disember jam 12.10 tengah hari waktu Madinah.


Allahuakbar.. Sayunya hati ini.. Tatkala aku ditugaskan menjadi mutawwif kali ini.. Terkesan dengan pemergian almarhumah mak lang paridah dari Permatang Keratong, kota kuala muda kedah sebentar tadi..

Allahyarhamah telah terjatuh ketika dlm langkahan menuju Raudhah Di Madinah. Tanda apa lagi? Sudah tentu syurga sedang menanti ibunda MakLang Paridah..

Rehatlah Mak Lang Paridah setelah engkau penat bekerja.. . Moga Allah ‘tidurkan’ ibunda ku dlm keadaan tenang di Baqi” ini beserta para sahabat Nabi s.a.w…

Gambar ini diambil ketika turun dari Hotel menuju Raudhah.. Selang 15 min sebelum arwah meninggal dunia.. Al-fatihah.



Alhamdulillah.. Saya dah selamat menguruskan jenazah allahyarhamah Mak Lang Hjh Faridah. Byk prosedur yg perlu dilakukan. Namun ianya memberi pengalaman yg sgt berharga buat diriku.

Saya dibantu oleh Ustaz Fitri (Pettani) yg ke hulu ke hilir dlm memastikan arwah dpt cepat disimpan di perkuburan baki’..

Kami berdua mulanya ke pej muassasah bg melaporkan mengenai kematian Arwah. Kemudia kembali ke hosp al ansar semula setelah mendapat surat pemakluman dari pihak muassasah..

Setelah itu kembali ke muassasah setelah beberpa dokumen perlu disediakan. Yg plg mustahak ialah surat dari pihak waris bersetuju dan membenarkan arwah di simpan d kota madinah.

Setelah doa dari kalian semua para jemaah Alhamdulillah pihak Kerajaan (Masjid nabawi) telah memberi kebenaran utk simpan d perkuburan baki’..

IKLAN

Dpt surat tu, kena ke muassasah lagi.. Dpt surat utk sahkan kata waris benar simpan d madinah..

Terus ke balai polis madinah utk kebenaran atau permit mengubur di masjid nabawi. Part ni lambat skit..

Dah dpt surat dari balai polis, terus ke masjid bir ali (tempat miqat) utk tujuan pengecaman jenazah.. Alhamdulillah dah ok..
Tunggu ambulans utk d bawa ke masjid nabawi.. Mandi di masjid nabawi dan solat di sini..

Arwah dpt katil no 15.. Jd saya dah info kat grup jemaah yg lain termasuk grup ustaz hj ramli utk ramai ramai trun..

Alhamdulillah.. Dpt jugak arwah disolatkan selepas solat asar..

Saya dh cuba yg terbaik bg menguruskan keperluan arwah mak lang di sini.

Coretan ini saya nukilkan utk semua krn demi Allah sesungguhnya saya sgt mencemburui wanita ini tika akhir hayatnya dlm perjlnan menuju raudhah.

Lembut tutur bicara nya.

Benarlah janji Allah.

IKLAN

Tinggallah maklang di sini bersma lebih 100 ribu para syuhada dan sahabat nabi. Berbahagialah Mak Lang di sini..

Mak Lang, esok… kami semua akan pulang ke Malaysia menyambung perjalanan hidup kami yg mash berbaki. Pasti cerita ini akan membuatkan kami mengalirkan setitis air yg jernih dari kelopak mata kami..

Mak Lang, rehat dulu ya… Izinkan saya berkongsi pengalaman ini dgn rakan² di Malaysia.. Terima kasih Mak Lang..
Moga satu hari nanti kita akan diketemukan dlm sebuah mahligai yang indah d syurga..

Ustaz Hj Nurul Aswar Nasron
Madinah al.munawwarah
3 Disember 2018
1210..



MESRA DIPANGGIL MAK LANG

Menurut Nurul Aswar, Siti Faridah yang lebih mesra dipanggil Mak Lang dikenali sebagai seorang yang lembut tutur bicaranya.

“Tinggal lah Mak Lang di sini bersama lebih 100,000 para syuhada dan sahabat Nabi, berbahagialah Mak Lang. Esok, kami semua akan berangkat pulang ke Malaysia menyambung perjalanan hidup kami yang masih berbaki.

IKLAN

Wanita Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Menuju Ke Raudah, Ramai Yang ‘Cemburu’ Dengan Pemergiannya

“Kisah Mak Lang pasti akan membuatkan air mata kami mengalir,” coretnya.

Siti Faridah meninggal dunia 1 Disember lalu ketika sedang melangkah menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi kira-kira jam 9 malam iaitu satu lokasi yang mana digelar taman syurga oleh Rasulullah SAW dan merupakan tempat paling mustajab untuk berdoa.

Wanita Warga Emas Dijemput Ilahi Ketika Menuju Ke Raudah, Ramai Yang ‘Cemburu’ Dengan Pemergiannya

DIKEBUMIKAN BERDEKATAN MASJID NABAWI

Jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Baki, Kota Madinah yang terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi.

Menurutnya, biarpun perlu melalui pelbagai prosedur termasuk mendapatkan kebenaran rasmi dari waris, dokumen pengesahan pihak berkuasa, permit kubur dan pelbagai urusan lain, akhirnya proses pengebumian di Perkuburan Baki mendapat keizinan kerajaan Arab Saudi melalui pengurusan Masjid Nabawi.

“Alhamdulillah, proses pengurusan jenazah Allahyarhamah Mak Lang Hajah Faridah lancar, walaupun banyak prosedur yang perlu dilakukan, namun ianya memberi pengalaman yang sangat berharga.

“Bila dah dapat surat dari balai polis, terus ke Masjid Bir Ali (tempat miqat) untuk tujuan pengecaman jenazah, Alhamdulillah selepas itu ambulans membawa jenazah ke Masjid Nabawi untuk dimandi dan disolatkan,”katanya.

Menurut Nurul Aswar, perjalanan pulang ke Malaysia sudah pasti dirasakan amat berat serta suatu kehilangan besar bagi 46 jemaah kumpulan itu kerana terpaksa meninggalkan Mak Lang bersama ‘kekasih ALLAH’ yang lain di pusara indah yang sudah tertulis buatnya.

Sumber kredit: Sinar Harian & FB: Nurulaswar Nasron

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI