Baru-baru ini tular di aplikasi Tik Tok satu hantaran yang membayang jika wanita boleh berpoligami. Hantaran yang berbentuk gurauan ini menerima banyak komen daripada netizen yang rata-rata menyatakan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya ia dibolehkan.

Ada yang berasa lucu tapi perlu diingat gurauan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan, ia seolah-olah mempermainkan hukum agama yang ditetapkan Allah SWT.

Hantaran yang tular ini turut mendapat perhatian pendakwah Ustazah Asmak Husin. Ujarnya dalam satu hantaran di akaun media sosial beliau, perkara yang haram tetap haram malah bergurau tentang perkara tersebut juga tidak dibolehkan.

“Walaupun perkara ini nampak sekadar gurauan untuk menyenangkan hati wanita, tetapi ‘halal tetap halal’ dan ‘haram tetap haram’.
Bergurau untuk perkara yang haram pun tidak boleh ya. Contohnya:
– Bayangkan kalau arak dihalalkan minum.
– Bayangkan kalau zina dibenarkan.
– Bayangkan kalau babi halal makan.

Bergurau dengan perkara yang sia-sia dan apatah lagi perkara haram dijadikan halal.

Ads

Hukum gurauan secara asalnya dibenarkan, namun ia menjadi haram sekiranya mengandungi unsur seperti mempermainkan agama Islam, sama ada dari sudut kepercayaan, syiar ataupun amalan. (Muzakarah Fatwa Negeri Perlis ke 53)

Daripada fatwa di atas, mohon berhati-hati apabila bergurau dibimbangi menghampiri haram.

Harap masyarakat akan menjadi “check and balance” supaya perkara ini tidak berulang dan diambil pengajaran oleh semua pihak,”ujarnya.

Ads

Turut sama berpandangan sedemikian adalah pendakwah bebas Firdaus Wong.

Katanya nak bergurau boleh, Islam tidak melarang manusia bergurau tetapi ada batasannya. Jangan menjadikan agama sebagai bahan gurauan.

“Agama lain OK untuk menjadikan sembahan dan ajaran mereka sebagai bahan gurauan atau sindiran, itu prinsip mereka bukan prinsip Islam. Islam ada prinsipnya yang tersendiri.

Ads

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”

Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.
(At-Taubah 9:65-66)

Selepas berimaginasi dengan kalaulah perempuan boleh berpoligami, apakah akan ‘dihalalkan’ pula dengan imaginasi songsang tentang Allah & RasulNya pula?

Saya tidak terkejut andai semua itu berlaku apabila manusia yang mengaku Muslim membiarkan dirinya bertindak mengikut emosi bukan mengikut ajaran Islam!, “tegas Firdaus dalam satu hantaran di akaun Instagram beliau.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI