Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…” (Surah al-Baqarah (172).
Masa yang sama, Allah SWT turut memerintahkan kepada umatnya untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang. Hal ini kerana, jika seseorang memakan makanan yang haram dan syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Selain itu, setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya azab neraka baginya. Oleh itu, benarlah sabda Nabi SAW:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya.Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan”. (Riwayat Muslim (107) (sumber pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).

Dalam laporan oleh Malaysia Gazette hari ini, dilaporkan sebuah kilang memproses makanan di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk kegunaan makanan Yong Tau Fu diarahkan tutup selepas keadaan kilangnya amat jijik serta meloyakan apabila lipas serta najis tikus ditemui di tempat memproses makanan.

IKLAN

Keadaan kilang memproses bebola ikan dan daging ini terbukti menjijikkan hasil serbuan oleh anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di Lorong Bertam Indah di sini.

Serbuan Ops Tegar pada pukul 10 pagi tadi mendapati kilang yang sudah beroperasi sejak 50 tahun itu tidak mengikut piawaian ditetapkan malah keadaannya terlalu kotor.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pengendali makanan itu mencampurkan bebola ikan dengan bebola daging babi di tempat memproses yang sama.

Yong Tau Fu Campur Bebola Ikan & B*bi! Surah Al-Baqarah Ayat 172 Gariskan Kenapa Perlu Cari Yang Halal

Yong Tau Fu Campur Bebola Ikan & B*bi! Surah Al-Baqarah Ayat 172 Gariskan Kenapa Perlu Cari Yang Halal

IKLAN

Katanya, pembungkusan bebola ikan dan daging itu juga mengelirukan orang ramai kerana dilabelkan dalam bahasa Cina dan sebahagiannya pula dibiarkan tanpa label.

“Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat menghurung bebola ikan yang sudah siap diproses.
“Selain itu, kita dapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja tidak memakai kasut ketika melakukan proses menyediakan bahan basah tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Turut serta pada operasi tersebut, pihak berkuasa tempatan dan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang.

IKLAN

Menurut Wazir, banyak kesalahan dilakukan kilang berkenaan walaupun pernah diserbu dua kali pada tahun lalu.

“Bertindak atas aduan dan rutin pemeriksaan berkala kita sudah meminta pemilik mematuhi piawai yang ditetapkan dan amaran diberi secara lisan ketika itu.

“Namun, serbuan hari ini menunjukkan mereka gagal berbuat demikian malah kesalahan yang dilakukan amat besar kerana ia boleh mengakibatkan keracunan makanan,” ujarnya.

Tambah beliau, kilang terbabit diarahkan ditutup selama 14 hari untuk kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Selain itu, setiap pekerja kilang tersebut didenda RM300 mengikut Peraturan 32 iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan,” katanya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI