
Daripada DIA kita datang dan KepadaNya juga kita pergi. Pelakon dan pelawak terkenal, Zaibo disahkan meninggal dunia jam 1.30 tengah hari tadi di kampung halaman isterinya di Rengit, Batu Pahat. Menurut Siti Hawa Sawal, 52, allahyarham suaminya menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya serta beberapa anak yang turut menemani beliau.
“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,” katanya.
Sebelum ini Zaibo dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kanser esofagus (esophageal cancer). Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, mengakui tidak menyangka menghidap penyakit tersebut kerana sebelum ini hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolesterol.
Sementara Jumaat lalu, Siti Hawa mengakui keadaan suaminya itu semakin pulih dan memerlukan rehat yang cukup selain meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Zaibo. Namun Allah lebih menyayanginya. Zaibo pergi jua menemui penciptanya.
Al-Fatihah.
Sumber kredit: Sinar Harian
10 Fakta Menarik Tentang Khabib Nurmagomedov, Petarung Muslim Yang Berjaya Menundukkan McGregor

Nama Khabib Nurmagomedov tiba-tiba menjadi sebutan dunia dan terus meniti di bibir. Segala tentang perihal dirinya terus digali. Buat mereka yang baru mengikuti perkembangan Khabib melalui media sosial, satu sisi menarik mengenai Khabib ialah pemuda ini merupakan seorang yang tenang dan penyabar.
Berbicara mengenai Khabib, ternyata dia adalah seorang Muslim yang taat. Pada setiap kemenangan pertandingannya di UFC, dia selalu mengucapkan kata Alhamdulillah dan tidak henti-hentinya bersuyukur kepada Allah.
”Bagi saya, agama adalah perkara yang paling penting. Bukan sukan. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan,” tegas Khabib.
Nah inilah 10 fakta tentang Khabib Nurmagomedov, petarung Muslim yang berjaya menundukkan McGregor.
1.MUSLIM YANG TAAT
2.SELALU MENYEBUT ALHAMDULILLAH PADA SETIAP KEMENANGANNYA
https://www.instagram.com/p/BnwlIKUnfYa/?utm_source=ig_web_copy_link
3.SELALU MEMUAT NAIK STATUS BERKAITAN DENGAN AGAMA ISLAM.
https://www.instagram.com/p/BnhbuUgHSF7/?utm_source=ig_web_copy_link
4.PERNAH MENJADI PEMANDU PENGANTIN
5.GEMAR DENGAN SUKAN BOLA SEPAK
6.PETARUNG YANG MAHIR
https://www.instagram.com/p/BmVu9mRnnCE/?utm_source=ig_web_copy_link
7.KONSISTEN BERLATIH
https://www.instagram.com/p/BlJUrjYhIvq/?utm_source=ig_web_copy_link
8.SEORANG ANAK YANG PATUH KEPADA AYAHNYA.
https://www.instagram.com/p/Bon6Y-SngU7/?utm_source=ig_web_copy_link
9.MEMENTINGKAN KEKELUARGA.
10.GEMAR MENGEMBARA
https://www.instagram.com/p/Bl6iQ1jHYmL/?utm_source=ig_web_copy_link
27 Pelajar Bertemu PenciptaNya Ketika Sedang Belajar Al-Quran, Dalam Kebakaran Sekolah Tahfiz Di Liberia. Subhanallah!

Subhanallah, betapa soal kematian itu hanya Allah sahaja yang tahu. Bila dan di mana serta bagaimana cara kematian itu menjadi rahsia Allah.
Semalam diberitakan 27 murid terkorban dalam satu kebakaran di sebuah sekolah agama di Liberia yang berlaku pada hari Rabu lalu.

Kebanyakan murid yang terkorban ini berusia 10 hingga 20 tahun selain dua guru mereka yang turut meninggal dunia dalam kebakaran tersebut.
Dikhabarkan menurut portal al-Jazeera, kanak-kanak itu dilapor sedang belajar al-Quran ketika api merebak.

Kebakaran yang bermula sekitar tengah malam itu turut memusnahkan bangunan asrama penginapan murid-murid terlibat serta sekolah mereka yang terletak di Paynesville, di pinggir Monrovia.
Dilaporkan mangsa terperangkap dan tidak dapat keluar dari bangunan disebabkan tiada pintu kecemasan selain terhalang oleh jeriji besi pada tingkap.
Mangsa yang terselamat hanyalah seorang imam, guru dan dua murid. Bagaimana pun punca kebakaran masih lagi disiasat.

Majoriti rakyat Liberia beragama Kristian namun ada sejumlah minoriti Islam di kalangan 4.5 juta penduduk.
Presiden Liberia George Weah dalam pada itu hadir melihat sendiri lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi.
SUMBER: AWANI & BERITA HARIAN
Berpantang Maut Sebelum Ajal, Lelaki Ini Dan Keluarganya Terselamat Dari Ombak Tsunami

Berpantang maut sebelum ajal. Tidak akan mati seseorang itu sebelum sampai waktu yang ditentukan Allah. Hanya selang beberapa minit memisahkan empat rakyat Malaysia ini daripada menjadi mangsa tsunami yang melanda kawasan peranginan berhampiran Dermaga Ketapang, Pesawaran, Lampung, Indonesia.
Marzuki Mustaffa bersama isteri dan dua anak mereka berada di wilayah berkenaan kerana bercuti sejak Selasa lalu.
Menurut Marzuki, ketika tsunami membadai wilayah Lampung dan Banten, mereka sekeluarga berada di Muncak Teropong Laut untuk melihat pemandangan indah Kota Lampung pada waktu malam.
“Kami turun dari situ kira-kira jam 10 malam. Tiba di bawah kira-kira 30 minit daripada lokasi penginapan yang terletak di kawasan tepi pantai, kami terserempak dengan ramai orang yang berlari ke arah kawasan tinggi.
KEADAAN JADI HURU-HARA
“Keadaan huru hara, kenderaan kami nyaris kemalangan bagi mengelak orang ramai yang berlari dan panik menyelamatkan diri menuju ke puncak.
“Kami yang kebetulan sedang turun berpatah semula naik ke atas selepas menyedari tsunami sedang berlaku di bawah sejurus dimaklumkan penduduk,” katanya.
https://www.facebook.com/bernamaofficial/videos/1956977254338337/
Menurut Marzuki, dalam perjalanan ke puncak, kenderaan dinaiki mereka ditahan penduduk yang terdesak mahu menyelamatkan diri daripada malapetaka itu.
“Kami terpaksa memberhentikan kenderaan kerana tidak sampai hati melihat seorang ibu dan anak kecilnya sebelum mempelawa wanita itu naik bersama kami.
DUDUK BERHIMPIT-HIMPIT
“Kami duduk berhimpit-himpit kerana lima orang menumpang kami, menjadikan jumlah keseluruhan berada dalam Toyota Innova mencecah 10 orang termasuk pemandu.
“Ketika itu jalan mula sesak dengan kereta, motosikal dan lori. Mujur kenderaan kami berada di barisan paling hadapan menuju ke puncak,” katanya.
Marzuki berkata, mereka bernasib baik terselamat daripada malapetaka berkenaan.
“Saya bersyukur kami sekeluarga terselamat dan tidak cedera dalam kejadian itu cuma masing-masing terkejut.
“Kami juga menukar rancangan ke Pulau Tegal Mas kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku,”ujar Marzuki.
Marzuki dan keluarganya akan menaiki kereta api dari Tanjung Karang menuju ke Palembang sebelum pulang ke tanahair Khamis ini.
Sumber kredit: Harian Metro dan Bernama