Permintaan pertolongan meminta dicarikan calon isteri oleh lelaki bujang bukan sesuatu yang pelik. Orang berhajat nak bina ‘masjid’ tentunya kita akan cuba bantu seadanya apatah lagi memang ada calon yang sesuai.

Namun, kadangkala sebagai ‘pencari’ jodoh ini, perlu juga ambil tahu apa, kenapa dan kriteria bagaimana yang dia mahukan sebagai calon isteri.

Ikuti perkongsian menarik Sharifah Zahidah, Pengasas Abunour Learning Centre, Shah Alam, dalam entri di facebooknya tentang mesej whatsapp yang diterima dari seorang lelaki yang meminta tolong agar dia dapat mencarikan calon isteri buatnya.

“Puan, Boleh Tolong Carikan Saya Calon Isteri Bekerjaya? Permintaan Lelaki Ini Terpaksa Ditolak
Puan Sharifah Zahidah

“Puan, boleh tolong carikan saya calon isteri?” Saya tersenyum seorang-seorang baca permintaan ini yang masuk ke dalam whatsapp saya sekitar beberapa tahun lepas. Sepantas cahaya, beberapa wajah kawan-kawan yang masih bujang mula muncul di fikiran.

“Okey, boleh InsyaAllah” saya membalas. Macam biasa, proses paling asas adalah mula bertanya beberapa soalan sebelum misi mencari calon bersesuaian dijalankan.

Lelaki ini orang baik-baik, akhlaknya kelihatan baik. Santun, berilmu agama dan secara kasarnya tidak terlihat sebarang mudarat buat bakal pasangannya. Kiranya, gonna be a good husband lah, kalau tengok dari luaran. Tapi…

Akhirnya, saya turn down permintaan lelaki ini untuk membantu dia mencari calon, selepas dia beritahu satu ‘kriteria’ isteri solehah idaman kalbunya.

Anda tau apa kriteria yang dia nak?

“Kalau boleh… Nak yang bekerja Puan…” Common kan? Lelaki sekarang cari wanita bekerja.

Salah ke? tak salah. tapi perlu validate dulu apa tujuan dan pemikiran dia tentang wanita bekerja atau berduit sendiri ni.

Jadi saya bertanya, “Boleh nak cari yang bekerja. Tapi, boleh saya tahu, kenapa nak wanita bekerja? Kalau tak bekerja, tak ok kah?”“Sebab saya ni masih belajar. Kalau dia dapat bantu saya bayar yuran sikit-sikit yuran pengajian ini kira oklah. Kalau tak bekerja, susah sikit”

“Susah? Sebab apa kalau tak kerja susah pula?”
“Ya la. Saya nak bayar yuran lagi, nak tanggung dia lagi. Kalau bekerja, at least masa saya tengah belajar ini boleh juga dia bantu-bantu saya bayar yuran ke”

“Puan, Boleh Tolong Carikan Saya Calon Isteri Bekerjaya? Permintaan Lelaki Ini Terpaksa Ditolak

Teeeeeet. Jantan tak berguna dikesan. Punyalah saya marah dengan jawapan dia itu, terus saya tak balas mesej dan malas nak layan. Sebab?

Yang pertama, anda tak layak jadi ketua keluarga. Jadi suami. The way you think about marriage and having a wife is so toxic and misleading! Subhanallah, macam mana boleh terfikir nak berkahwin tapi awal-awal lagi minta ‘isteri’ tanggung anda?

IKLAN

Dah tahu tengah belajar tak ada duit, carilah duit! bukan cari isteri! Kalau tak mampu cari duit, jangan cari isteri! Ini, cari isteri kemudian mengharapkan isteri yang sara anda? Apakah?

Nak kahwin ketika belajar tu tak salah. Yang salah, pandai kahwin tak pandai usahakan nafkah? Bertanggungjawablah dengan keputusan anda!

Artikel berkaitan:Selain Rupa Paras Menarik, Inilah 8 Kriteria Yang Dipandang Lelaki Pilih Calon Isteri

Artikel berkaitan: 5 Sebab Wanita Bersifat Kepala Batu Adalah Calon Isteri Terbaik!
Benda ni common sangat dah sebenarnya. Bukan sekali dua saya jumpa dengan lelaki yang nak isteri bekerjaya untuk bantu kewangan mereka.
BER-SE-PAH.

“Alah puan, takyah lah feminis sangat. Tengoklah tuntutan kehidupan semasa sekarang ini macam mana. Biasalah tu kami lelaki harap wanita ada duit sendiri. Apa salahnya isteri kalau dah bekerja, bantulah suami tu”

tuan, ini bukan soal salah tak salah isteri bekerja untuk bantu suami.
tidak, tidak salah. yang jadi salah, adalah pada cara fikirnya tentang rumahtangga, tentang tanggungjawab, tentang berperanan sebagai seorang pasangan yang mencukukupan. cara fikir dan kefahaman tentang rumahtanggan dan tanggungjawab itu yang salah.

Pemikiran yang tempang, akan melahirkan amalan yang menyimpang!
Cara fikir salah, tindakan yang keluar juga akan salah dan di sini keruntuhan demi keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku.

“Puan, Boleh Tolong Carikan Saya Calon Isteri Bekerjaya? Permintaan Lelaki Ini Terpaksa Ditolak

Samada, runtuh dengan perceraian. Atau, runtuh dengan hilangnya keharmonian dan objektif perkahwinan itu sendiri – untuk mendapatkan sumber sakinah, mawaddah dan rahmah.

IKLAN

Sungguh tidak wajar, apabila tujuan berkahwin itu adalah untuk memeras keringat isteri agar hidupnya menjadi mudah! itu bukan objektif perkahwinan. Maka, jangan pernah terlintas langsung hal ini dalam benak fikiran kita.

Pokok pangkalnya, memang tak salah isteri bekerja untuk bantu kewangan suami. Bahkan saya berpendapat, dalam majoriti keadaan sekarang, itu seakan-akan satu tanggungjawab moral untuk isteri membantu suami. Bukan tanggungjawab hakiki, tapi tanggungjawab moral.

Kalau dah suami tu berhempas pulas kerja siang malam nak cukupkan segalanya untuk keluarga, isteri bolehlah membantu pada kudrat yang ada. Balik pun, sama-sama nak hidup tenang dan selesa, maka give and take lah ikut cuaca rumahtangga masing-masing. Tiada salahnya, wanita bekerja atau tidak.

Cuma, bila lelaki mengharap isteri bekerja sebab awal-awal lagi nak dibantu, pada saya, ini kriteria lelaki tak berguna. Maaf katalah ya. Apa-apapun hal, cubalah dahulu, jika tak cukup, percayalah.

Anda sebagai lelaki baik yang mendapat isteri baik, pasti isteri anda akan bantu dan sama-sama sinsing lengan baju, turut bekerja dan bersusah sama-sama dengan anda membina ekonomi keluarga.

Subhanallah Maha Sempurna Allah, menciptakan lelaki dengan sifat kepahlawanannya iaitu menjaga dan melindungi. kajian psikologi menunjukkan, lelaki punya sense to protect adalah sangat tinggi. Manakala wanita pula, sekadar pemerhatian saya, memang mempunyai sense of giving yang sangat tinggi.

Apabila kedua-dua sense Allah bagi ini diguna pada fitrahnya, inshaALLAH hubungan antara suami isteri yang terjalin itu – adalah harmoni dan melengkapi. Suami tak ambil kesempatan atas isteri, isteri tak kedekut jadi tak berguna bergantung dengan suami semata-mata tanpa langsung memberi bakti.

Bila lelaki dibantu tapi dalam masa yang sama, dia punya sense to protect itu bekerja dengan baik, dia akan merelakan dirinya dibantu pada tahap kritikal dan keadaan tertentu saja, dan dia tidak akan sesekali tergamak menzalimi, mempergunakan atau memeras tenaga sang isteri hanya untuk kesenangan peribadinya.

IKLAN

Dia akan bertanggungjawab, dia tetap menjadi ketua keluarga yang baik, walau dari aspek kewangan dia sendiri dibantu oleh isteri. Sebab? Jiwa jantan dia sebagai pelindung isteri akan melindungi isteri dan keluarganya dari disakiti, dilukai, dipergunakan dengan cara yang salah.

Isteri akan dibantu, dan rasa dihargai. Bukan dipergunakan. Suami juga tetap dibantu, dan tetap dihormati isteri, kerana sikapnya yang melindungi dan tidak mengambil kesempatan.

Percayalah, wanita ini, dengan sifat memberi yang Allah beri dia, takkan sanggup membiarkan suami berhempas pulas menyediakan segalanya, tanpa dia juga berusaha turun padang menanggung susah derita bersama. Belum sempat suami buka mulut minta ingin dibantu, isteri yang baik akan awal-awal lagi menawarkan bantuan.

Tapi, tidak sedikit yang terjadi para lelaki berlepas tangan dan memilih menjadi ‘lebih isteri’ dari sang isteri itu sendiri. Maka bermatianlah sang isteri menyediakan segala keperluan.

Penat dan rabak fizikalnya, yang sepatutnya digunakan untuk melahirkan dan berkasih sayang dengan anak-anak dan suami sebagai sumber ketenangan untuk seisi keluarga – akhirnya menjadi singa jadian yang sentiasa bermasam muka dan bersikap serba tak kena.

Saya ni kalau ada anak laki pun, saya akan MINTA anak lelaki saya sebolehnya carilah wanita yang bekerjaya dan ada duit sendiri. Sebab apa?
“Supaya isterimu boleh memberi pada ibubapanya sebanyak apa yang dia mahu. Supaya dia boleh membantu orang sekelilingnya bila-bila masa ianya perlu.

Supaya dengan itu, dia lebih menghargai kewujudannya di dunia ini, berperanan sebagai sosok isteri yang taat dan ibu yang hebat, yang mampu menjadi suri tauladan terbaik untuk anak-anak kalian.

Dan sesekali, bukan kerana wangnya itu boleh membantumu, tetapi agar ibubapanya tetap terus terbela, dan dia meneruskan hidup sebagai isteri yang kau redha, juga sebagai anak perempuan yang terus menyumbang jasa pada kedua ibubapanya.

Maka anakku, carilah wanita bekerjaya, agar dia mampu menjadi versi terbaik dirinya dengan keupayaannya untuk memberi kepada sesiapa saja yang dia suka.”

Akhir kata nasihat untuk wanita pula, jika sudah berduit sendiri.
Usah mendabik dada perlecehkan suami anda, hanya kerana wangnya tidak sebanyak anda. Biar, wangnya sikit tak mengapa. Asalkan, tanggungjawabnya tetap dia usaha laksanakan sebaiknya.

Bukan hak kita, menentukan berapa banyak sepatutnya rezeki yang dibawa pulang sang suami untuk kita sekeluarga. Asal saja, dia tetap berperanan sehabis daya memberi yang terbaik kepada keluarga, dia tetap mesti terus menjadi suami pujaan hati anda.

Walaupun pekerjaannya cuma peniaga air balang di tepi simpang, asalkan, dia berusaha sehabis dayanya untuk tetap mempertahankanmu, menjagamu, dan memberi kecukupannya kepadamu.

Jika dia ambil kesempatan atas mu, boleh pertimbangkan option lain, bina hidup sendiri. sendiri lebih baik, dari menanggung dosa tak bertepi kerana hati yang selalu memandang jelek sikap-sikap tak berguna seorang suami.
Allahualam.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI