Tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati. Ia sudah tertulis di luh mahfuz tanpa terlewat sesaat atau tercepat seminit.
Tapi saat diuji dengan sakit, insya Allah ada penawarnya dan kita hanya perlu berusaha hingga diizinkan Allah untuk sembuh.
Dari satu perkongsian ceramah oleh Ustaz Don Daniyal, dirinya berkongsi kisah seorang doktor yang sembuh dari kanser selepas mengamalkan zikir ruqyah dari surah Asy shuára ayat 78-83.
Jelas Ustaz Don, peristiwa ini berlaku ketika dirinya masih bergelar pelajar tahfiz, sekitar tahun 2002 atau 2003 iaitu ketika usianya 19 tahun.
“Ketika itu, dia dan rakannya menjadi imam solat tarawih di sebuah surau di Pulau Pinang. Bila habis solat dan orang menjamu selera ketika moreh, dari sebalik tirai seorang doktor meminta bantuan dari AJK Masjid untuk bertemunya dan rakan.
“Doktor itu minta pertolongan untuk doakan dirinya. Kami kata doa apa, bukan doa kami makbul pun (kita tau la diri kita lagu manakan). Walau pun hafal Quran tapi tuan puan kenal saya sebagai Ustaz Don, bukan masa saya jadi The Don.
“ Saya tanya dia nak doa apa tu doktor. Doktor tu maklum dia ada kanser. Kami ucapkan Innalilahiwainailahirojiun. Kebetulan ayat ini terlintas di hati saya iaitu ayat ruqyah zikir yang ada dalam surah Asy’Shuára ayat 78-83. Saya minta dirinya amalkan. Wirid itu saja, kami tak ada ilmu tapia da Quran.
“Alhamdulillah, tahun 200- 2008 ketika saya belajar di Mesir, seorang kawan memaklumkan ada seorang doktor bagi duit. Rupanya selepas amalkan zikir ruqyah itu, dirinya bebas dari kanser dan dia beri kami duit berkenaan. Itu saya gunakan untuk belanja kawan-kawan makan hari itu di sebuah restoran di Mesir,” katanya menyuruh amal dan wiridkan ayat ini.
“Berubat hospital itu berubahlah, tapi boleh amalkan juga ayat ruqyah ini. Insya Allah, Allah maha penyembuh,” katanay.
Bagi yang ingin tahu ayat surah ini, di bawah ini disertakan surah dan maksudnya.
Maksudnya :-
“Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum. Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku. Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku. Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh. Kredit : Tik Tok @bibichuu
https://www.tiktok.com/@bibichuu_/video/7083307970255129883?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kajian Buktikan Kenapa Suami Isteri Berwajah Seiras. Untungnya Mereka Dikatakan Pasangan Paling Bahagia!
Tidak dinafikan ada kalangan kita berkahwin dengan mereka yang berwajah seiras. Sekali pandang memang macam adik-beradik dan suka untuk tentukan adakah pasangan ini adik beradik atau suami isteri.
Kajian juga mendapati, mereka yang berwajah seiras ini dikatakan sangat serasi dan pasangan yang sepadan serta mencintai satu sama lain.
Adakah ini dikatakan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita. Mungkin ianya terjadi secara kebetulan namun sebenarnya ada kajian saintifik terbaru yang dilakukan untuk membuktikannya.
Namun begitu ada beberapa sebab yang telah dibuktikan mengapa perkara ini (pasangan berwajah seiras) terjadi. Antaranya:
Menyerupai Ibu Bapa Anda
Mereka mengatakan bahawa seorang lelaki cenderung untuk berkahwin dengan seseorang yang memiliki karakter atau personaliti seperti ibunya. Ia adalah satu bonus sekiranya seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri tersebut tidak kira dari segi perilaku atau rupa.
Para penyelidik mengesahkan bahawa sekiranya seseorang selalunya akan memilih pasangan yang boleh dijadikan teman, rakan kongsi dan ‘ibubapa’ yang boleh menjaganya. Selain itu, faktor yang paling signifikan adalah seperti warna rambut, warna mata dan umur ibu bapa mereka.
Di samping itu, sekiranya ibu bapa tidak terlalu muda ketika melahirkan mereka, kebiasaannya mereka akan mencari pasangan yang lebih tua dari usia mereka.
Masa Yang Dihabiskan Bersama
Seorang Ahli Psikologi Sosial Amerika Syarikat, Robert Zanjonc telah membandingkan gambar pasangan pada hari perkahwinan mereka dan gambar yang diambil pada 25 tahun kemudian.
Kajiannya memperlihatkan bahawa walaupun pada awalnya suami dan isteri tersebut tidak mempunyai persamaan (wajah) sama sekali, kira-kira 25 tahun kemudian, rupa mereka kelihatan begitu seiras. Fakta lain dari kajiannya adalah semakin bahagia sesuatu perkahwinan itu, semakin tinggi kemungkinan kemiripan wajah pasangan tersebut.
Berkongsi Pengalaman
Antara sebab lain adalah suami isteri selalu berkongsi pengalaman bersama pasangan mereka. Sepanjang hidup bersama, mereka selalunya akan mengalami momen-momen indah mahupun sedih.
Oleh itu, segala yang dialami oleh mereka akan memberi kesan kepada tubuh badan serta emosi mereka. ‘Sejarah’ mereka terukir di wajah membentuk ‘kedutan’ yang sama.
Seseorang Selalunya Akan Tertarik Dengan Individu Yang Mempunyai Wajah Hampir Sama Dengan Mereka
Menurut kajian, seseorang akan tertarik pada mereka yang memiliki wajah yang hampir sama dengan mereka. Ia dikenali sebagai assortative mating, teori ini menjelaskan tentang individu yang mempunyai pasangan fenotip yang sama. Jika pasangan itu mempunyai wajah seiras, peluang untuk memiliki anak yang persis seperti ibu bapanya adalah lebih tinggi.
Justeru, para pengkaji percaya ini adalah salah satu cara untuk individu itu memaksimumkan gen mereka kepada generasi akan datang.
Sistem Imun Yang Serupa
Sistem imun dalam tubuh kita mencerminkan gaya hidup seseorang termasuk pemakanan dan senaman fizikal. Sekumpulan saintis membuat kesimpulan bahawa pasangan yang telah lama berkahwin mempunyai sistem imun yang sangat serupa. Mungkin itulah sebabnya mereka sering berkongsi tabiat dan gaya hidup mereka secara umum.
Meniru Sesama Sendiri Tanpa Sengaja
Pasangan yang sudah lama tingal bersama sering mencerminkan perilaku masing-masing. Ia menunjukkan bahawa ada keselesaan emosi dan kepercayaan dalam hubungan mereka. Para saintis menyatakan bahawa seseorang akan cenderung untuk mengubah kebiasaan mereka sendiri setelah berkahwin.
Sebagai contoh, jika salah seorang daripada mereka cuba berhenti merokok dan mula makan makanan yang sihat, yang lain sering melakukan perkara yang sama.
Sumber: Brightside
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sah Atau Tak Pernikahan Guna Jurunikah Tak Bertauliah? Jangan Kemaruk Nikah Hingga Lupa Nasab Anak Bakal Lahir
Semalam akhbar Harian Metro melaporkan lebih 100 pasangan pengantin sudah dinikahkah oleh seorang jurunikah tidak bertauliah yang sudah pun ditangkap selepas satu serbuan dilakukan di rumah bekas kakitangan kerajaan ini di Puncak Alam ini.
Malah semasa serbuan dilakukan, sepasang pengantin di mana wanitanya orang tempatan sementara pasangannya bukan warganegara sedang menanti untuk dinikahkan. Laba keuntungan menikahkan pasangan tanpa tauliah ini membolehkan lelaki berkenaan meraih RM50,000 sebulan.
Sumber berkata, lelaki terbabit turut menjalankan peranan 2+1, iaitu dengan menjadi jurunikah dan wakil wali kepada bakal pengantin. Dia yang juga bekas penjawat awam pernah ditahan kerana terbabit dalam pengurusan perkahwinan termasuk di luar negara sebelum ini. Malah lelaki itu mengakui menikahkan antara 3-6 pasangan setiap hari dengan kadar bayaran RM3000 ke RM5000 setiap satu termasuk yang ingin berpoligami.
Sebagai orang awam, kita tentu tertanya-tanya, adakah sah pernikahan kalau menggunakan jurunikah tak bertauliah. Bagaimana status anak jika dilahirkan? Adakah anak zina atau bagaimana?
Apa yang paling penting yang semua orang kena tahu ialah salah satu syarat sah rukun nikah ialah WALI. Jika pernikahan dijalankan tanpa kebenaran wali, pernikahan tidak sah dan hukumnya berzina.
Sebaiknya andai ada di antara kita yang mahu berkahwin, untuk mengurangkan kos pernikahan yang mungkin dianggap mahal, ambillah ayah kandung sendiri sebagai jurunikah tanpa perlu menggunakan juru nikah kerana ia dibenarkan dalam syarak. Jika ayah gagal ditemui, boleh menggunkan wali hakim.
Janganlah kerana kemaruk bernikah, maka kita melanggar semua hukum agama kerana nasab itu amat penting dijaga. Malah agama sendiri menyarankan nikahilah wanita solehah kerana empat perkara iaitu :-
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Bacalah rujukan dari Mufti Sabah jika menggunakan jurunikah tanpa tauliah ini.
Sah atau tak perkahwinan menggunakan jurunikah tanpa tauliah?
Soalan :- Saya mempunyai pekerja menjadi suami isteri yang dinikahkan oleh yang tidak bertauliah. Adakah sah nikah mereka atau perlu dinikahkan semula?
JAWAPAN:– Islam meletakkan pada setiap pernikahan perlulah memenuhi rukun dan syaratsyarat yang telah ditetapkan berlandaskan panduan Al Quran dan As Sunnah maka, kekurangan atau tidak memenuhi rukun dan syarat-syarat pernikahan sudah tentu akan mendatangkan masalah dan kecacatan bagi mana-mana pernikahan yang dilangsungkan.
Adapun Permasalahan Wali sebagaimana yang dipersoalkan termasuk dalam perkara rukun nikah dan ini dinyatakan secara jelas dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda:-
الن كاحإالب ول يو شاهدي عدل وماكان م ن ن كاح ع لى غ يردل ك فهوب اطل
Mafhumnya : “Tidak ada pernikahan melainkan dengan adanya wali dan dua orang saksi yang adil. Jika pernikahan berlaku tanpa kehadiran mereka, nikah itu batil”
Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam Mawarid al Zham aan ila Zawaid Ibn Hibban; kitab Nikah bab hadith-hadith mengenai wali dan saksi. Dalil di atas menunjukkan keperluan hadirnya wali dan dua orang saksi yang adil yang merupakan rukun nikah.
Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz Al Malibariy didalam kitabnya Fathu Al Mu’in beserta Hasyiahnya I’anah At Tolibin karangan Al Allamah Abu Bakar Uthman Bin Muhammad Syatto Ad Dumyati Al Bakri, jilid ke-3, halaman 518,523 dan 527.
Menyatakan kedudukan Wali menurut susunan iaitu :-
1. Bapa sekiranya tiada sama ada telah meninggal dunia atau terdapat penghalang kemudian.
2. Ayahnya ayah (datuk) dan terus ke atas.
3. Saudara lelaki seibu sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa
6. Anak lelaki saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara lelaki seibu sebapa
8. Bapa saudara lelaki sebapa
9. Sepupu (anak lelaki bapa saudara seibu sebapa)
10.Sepupu (anak lelaki bapa saudara sebapa) “Kemudian setelah tiada Ashabah dari nasab sebagaimana senarai di atas, maka Ashabah dari Wala’ (Hamba Abdi dan ini tidak berlaku di zaman ini) dengan urutan sebagaimana dalam perwarisan.
Kemudian sekiranya semua diatas tidak ada maka yang memegang hak kewalian ini adalah Qadhi (hakim) atau wakilnya, sebagaimana Sabda Nabi s.a.w : ال س لطان ول يم نالول ي لها Maksudnya :- “Sultan adalah walinya seorang wanita yang tidak mempunyai wali”. Dan yang dikehendaki dengan maksud Sultan disini ialah mereka yang memegang kuasa kewalian sama ada dari kalangan para Imam, Qadhi mahupun para wakil mereka (iaitu wakil yang dilantik atau ditauliahkan)”.
“Kemudian setelah tiada Ashabah dari nasab sebagaimana senarai di atas, maka Ashabah dari Wala’ (Hamba Abdi dan ini tidak berlaku dizaman ini) dengan urutan sebagaimana dalam perwarisan. Kemudian sekiranya semua diatas tidak ada maka yang memegang hak kewalian ini adalah Qadhi (hakim) atau wakilnya, sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:
ال س لطان ول يم نالول ي لها
Maksudnya : “Sultan adalah walinya seorang wanita yang tidak mempunyai wali”. Dan yang dikehendaki dengan maksud Sultan disini ialah mereka yang memegang kuasa kewalian samaada dari kalangan para Imam, Qadhi mahupun para wakil mereka (iaitu wakil yang dilantik atau ditauliahkan)”.
Mengenai pernikahan yang telah berlaku namun diwalikan oleh mereka yang tidak bertauliah sedangkan wujud disana wali hakim maka ia samalah bernikah dengan tanpa wali yang sah, oleh itu menurut hukum syariah, pernikahan mereka tidak sah dan batil sebagaimana keterangan nas diatas bahawa setiap wali hakim atau para wakil mereka adalah yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan, Raja atau pemerintah.
Ini lebih jelas lagi sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Keluarga Islam 2004, bahagian ii PERKAHWINAN, berkaitan Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwnan, dalam seksyen 7, halaman 178 dan 179, (1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Sabah hendaklah mengikut Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh:- a. wali di hadapan Pendaftar; b. wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau c. sebagai wakil wali. d. Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.
Menurut BAHAGIAN I Tafsiran Seksyen 2 halaman 176 (1) menjelaskan bahawa maksud wali Raja ertinya wali yang ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, atau oleh Raja, dalam hal sesuatu Negeri lain, untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab . Seterusnya menurut BAHAGIAN ii PERKAHWNAN, berkaitan Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwnan, dalam seksyen 11, halaman 180, menjelaskan bahawa sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu menurut hukum syarak untuk menjadikannya sah.
Oleh yang demikian perkahwinan yang tidak berwalikan dengan wali yang tidak bertauliah adalah tidak sah disisi undang-undang syarak. Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz Al Malibariy didalam kitabnya Fathu Al Mu’in beserta Hasyiahnya I’anah At Tolibin, jilid 3, halaman 535-536 menyatakan lagi ; “Apabila seseorang melakukan persetubuhan dalam ikatan nikah tanpa berwali (termasuk tanpa menggunakan wali hakim yang sah apabila ketiadaan wali dari nasab) seperti wanita yang mengahwinkan dirinya sendiri sedangkan hakim tidak menetukan hukum sah atau tidaknya nikah tersebut, maka orang tersebut diwajibkan membayar mahar misil bukan mahar yang ditentukan, kerana (fasad) rosaknya nikah yang ada”.
Maka berlandaskan perkara yang telah dijelaskan di atas maka perkahwinan tersebut dikira rosak dan perlu dibubarkan atau difaraqkan, manakala pihak perempuan wajib mendapat mahar misil iaitu harta yang diberikan kepada pengantin perempuan dengan kadar pada kebiasaannya sepadan dengannya apabila mereka telah bersama.
Dan sekiranya kedua pasangan tersebut ingin kembali sebagai pasangan yang sah menurut syariat mereka perlulah bernikah semula dengan akad nikah yang baru.
Rumusan :-
1. Hanya Wali Hakim atau wakil Wali yang bertauliah sahaja layak dan berhak mewalikan seorang wanita ketika ketiadaan wali nasabnya.
2. Pernikahan yang tidak berwali sama ada wali nasab atau wali hakim adalah tidak sah dan ia dikira sebagai nikah fasid (rosak) atau batil.
3. Pernikahan yang fasid menyebabkan pasangan yang terlibat perlu di faraqkan atau di bubarkan dan memerlukan akad nikah yang baru sekiranya ingin kembali bersama sebagai suami isteri yang sah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Innalillahiwainnailaihiroji’un. Adik Rayan Meninggal Dunia. Hanya Mampu Bertahan 5 Minit Selepas Diselamatkan
Seluruh dunia menanti penuh debar sama ada anak kecil ini berjaya diselamatkan atau tidak. Doa tidak putus-putus buatnya selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 32 meter.
Pihak berkuasa juga tanpa henti mengorek melakukan kerja menyelamat tanpa henti selama 24 jam. Bahkan pada saat terakhir, pasukan penyelamat perlu menggali secara manual untuk sampai kepadanya pada jarak 80 meter.
Ini kerana mereka bimbang berlakunya tanah runtuhan akibat struktur tanah yang lembut yang mungkin boleh membahayakan nyawanya.
Masa yang sama, difahamkan, adik Rayan juga mengalami kecederaan di kepala, leher & tulang belakang kesan terjatuh pada ketinggian 32 meter.
Hampir 5 hari anak kecil ini berjuang, barang kali hanya untuk melihat wajah ibu dan ayahnya untuk kali terakhir, selepas berjaya diselamatkan pada jam 4.34 pagi (waktu Malaysia), kegembiraan menarik nafas lega apabila anak kecil ini berjaya dikeluarkan berakhir dengan kesedihan apabila adik Rayan menghembuskan nafas terakhirnya.
Ya barang kali, hanya untuk memberi peluang ibu ayahnya menatap wajahnya buat kali terakhir, adik Rayan seindah namanya bermaksud Pintu Syurga, pergi untuk selama-lamanya.
Selain mengorek tanah, pada percubaan menyelamatkan anak kecil ini, dapat dilihat orang dewasa turun melalui tali namun pada hanya mampu bertahan beberapa minit sahaja sebelum dinaikkan kerana kesukaran bernafas sebelum dinaikkan kembali ke permukaan.
Benarlah, Allah bersama anak kecil ini selama hampir 5 hari dirinya terperangkap tanpa sebarang makanan dan mengalami kecederaan. Syurgalah buatmu.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI