Wali Allah (auliya) adalah orang-orang yang memiliki hubungan dekat dengan Allah Ta’ala. Mereka memiliki keistimewaan dan kekhususan di sisi Allah. Al-Quran menjelaskan para waliyullah ini adalah orang beriman dan bertakwa dalam surah Yunus ayat 62-63.
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (QS Yunus: 62-63)
Dalam satu hadis turut disebut golongan inilah yang cuba dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka.
Rasulullah: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah, pada hal mereka bukan para Nabi. Umar r.a : Siapakah mereka wahai Rasul? Rasulullah: Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka di atas mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasul pun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus.
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (QS Yunus: 62-63).
Salah satu keistimewaan Wali Allah ini ada diterangkan oleh Baginda Nabi, dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman: ‘Siapa yang memusuhi wali-Ku maka telah Aku umumkan perang terhadapnya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan atasnya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya. Dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.” (Riwayat Al-Bukhari).
Ads
Kisah lapan wali Allah yang dikenali sebagai Wali Songo ini cukup popular
Ulama terkenal Yaman Al Habib bin Hafizh dipetik dari fb Pondok Habib Habib menyebutkan beberapa amalan wirid para wali dari Habib Ali Ibn Hassan Al-Attas. Wirid ini dapat diamalkan siapa saja.
Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Ada tiga macam wirid yang tidak pernah berpisah dengan para auliya (solihin) kerana faedah membaca wirid ini sangat besar fadilatnya di dunia mahu pun di akhirat.
1. Membaca 100 Kali sebelum solat Subuh.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ،استغفرالله
Ads
Subhanallahi wa Bihamdihi Subhanallahil ‘Azhiimi, Astaghfirullaah.
Ertinya: Maha suci Allah dan segala pujian kepada-Nya’, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar
aku mohon keampunan kepadaMu ya Allah.
Wirid ini juga terkenal dengan sebutan istighfarnya para Malaikat.
Membaca 100 kali sesudah solat Zuhur.
لاإله إلا الله الملك الحق المبين Laa ilaha illallah Al-Malikul haqqul Mubiin.
Ads
Artinya:
Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
Barang siapa membaca ‘La ilaha illallah al malikul haqqul mubin’ seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.” (HR. Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di tarikhnya: 12/358-359)
Laa ilaaha illallah wahdahu laa Syarika lah, Lahul Mulku wa Lahul hamdu Yuhyii wa Yumiitu wa Huwa ‘Alaa kulli Syai-in Qadiir.
Inilah juga kalimah yang diajarkan Rasulullah kepada puteri dikasihinya Saidatul Fatimah radhiyallahu ‘anha dan juga kepada menantunya, Saidina Ali.
Para ulama mengatakan ada rahsia yang sangat besar dalam tasbih zikir ini. Semoga bermanfaat dan kita dimudahkan dalam mengamalkannya, Aamiin. Sumber: Sindonews (kalam)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan sebelum berkahwin seorang wanita itu memang sangat menjaga penampilannya.
Tetapi apabila sudah berkahwin kebanyakan mengabaikan aspek penampilan dengan alasan sibuk menguruskan keluarga terutama dalam soal membesarkan anak-anak.
Jangan jadikan alasan untuk tidak menguruskan penampilan kerana dibimbangi jika itu yang dijadikan sebab pasangan kita beralih kepada wanita lain.
Gambar sekadar hiasan.
Dan sebenarnya suami itu sendiri perlu beri ruang pada isteri agar boleh menguruskan diri mereka dengan membantu meringankan beban kerja.
Perkongsian di laman sosial Facebook lelaki ini Taufiq Razif mengingatkan kepada kaum suami supaya tidak membiarkan isteri tidak cukup tidur.
Ini kerana dia mahu isterinya itu kekal ramping kerana menurutnya jika tidur lambat akan menyebabkan seseorang itu menjadi obesity dalam satu kajian dilakukan.
Ayuh baca perkongsian ini dan kepada kaum lelaki belajar-belajarlah untuk menghargai kaum isteri yang bukan saja memberikan zuriat tetapi menjaga anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi hinggalah dilahirkan.
Gambar sekadar hiasan.
Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur
Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.
Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :
1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.
2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!
Gambar sekadar hiasan.
3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.
4. Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.
5. Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :
– serangan jantung – risiko nak kena darah tinggi meningkat – risiko nak kena kencing manis meningkat – sistem imun pun jadi makin lemah
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.
Tolong sampaikan pesanan ni ye
p/s : Suka kongsi ilmu keibubapaan di Telegram. Klik je link ni : t.me/NotaTaufiqRazif
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apa hukumnya mewarnakan janggut dengan inai, apakah betul pendapat mengatakan mewarnakan janggut ini mengikut sunnah Nabi SAW. Adakah ada hadis mengatakan begitu?
“Sesungguhnya bahan terbaik yang digunakan untuk mengubah warna uban adalah inai dan katm (sejenis tumbuhan yang dicampur dengan inai untuk dilumur pada rambut).”(Riwayat al-Tirmizi).
Telah diriwayatkan daripada Abu Rimthah, dia berkata, “Aku bersama ayahku menemui Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam padahal baginda sedang melumur janggutnya dengan inai.”(Riwayat Abu Daud dan al-Nasaei).
Disebutkan dalam Fath al-Mu’in;
يسن لكل أحد…وخضب شيب رأسه ولحيته بحمرة أو صفرة
“Disunatkan bagi setiap orang…dan menginaikan uban kepalanya dan janggutnya dengan warna merah atau kuning.” اليسع Wallahu a’lam.
SubhanAllah, apa juga yang terjadi adalah atas izin dari Allah jua. Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa agar dijauhkan segala musibah.
Di saat negara diuji dengan wabak Covid-19 yang mengorbankan banyak nyawa termasuk anak-anak kecil bergelar anak yatim sekelip mata, hujan lebat juga dilihat turun dalam dua tiga hari ini di beberapa buah negeri tanpa henti.
Di sebalik hujan yang melebat, semalam daerah Yan di mana terletaknya Gunung Jerai dikejutkan dengan tragedi limpahan kepala air yang mengakibatkan banjir besar melanda kawasan sekitarnya. Diberitakan tiga orang meninggal dunia dan seorang darinya ialah Sharuzi Mohamad, 53, pekerja Jerai Hill Resort manakala tiga lagi diberitakan masih hilang dan proses mencari masih diteruskan oleh pihak berkuasa.
Dalam video-video yang tular di media sosial dilihat limpahan kepala air Gunung Jerai yang pada awalnya hanya sedikit namun kemudian menjadi bencana besar hingga menghancurkan kawasan reakrasi itu selain penduduk sekitar diduga dengan limpahan air lumpur yang bukan sedikit. Dilaporkan banyak kenderaan rosak teruk selain rumah dimasuki air lumpur.
Di sebalik tragedi menyedihkan itu, di Tik Tok atas nama @fiezah_morat, wanita ini berkongsi satu video kejadian yang menunjukkan kekuasaan Allah taala bila mana sejadah putih dan al-Quran langsung tidak tersentuh air lumpur berkenaan sementara di bilik yang sama, air banjir memenuhi kawasan sekitarnya.
Dapat dilihat sejadah putih itu langsung tidak kotor, begitu juga rehal yang diletakkan Al-Quran langsung tidak terkena air. Sementara karpet yang mengalas sejadah berkenaan dipenuhi banjir lumpur, seolah-olah Allah melindungi kitab Al-Quran dan sejadah putih berkenaan.
Walau tidak dinyatakan lokasi itu adakah berlaku di rumah ibu mentuanya yang turut diuji dengan banjir lumpur berkenaan di mana ruang tamu dan kawasan sekitar dipenuhi selut tebal, kata Fiezah Morat, hanya bilik solat di rumah mentuanya yang masih elok.
Dalam pada, orang ramai memberikan komen kagum akan kekuasaan Allah taala dan ada yang berkongsi, bahawa mereka pernah mengalami banjir juga namun Al-Quran terselamat dalam banjir besar itu.
Benarlah, Al-Quran adalah kitab suci dari Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril, yang kemudian menjadi pedoman hidup bagi umat muslim, baik saat masih hidup di dunia mahu pun di akhirat. Moga kita terus mempertingkatkan ibadah untuk menghadapi saat akhir zaman yang semakin banyak petunjuk dariNya.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...