Ramai mendirikan solat fardu tapi mungkin tidak ramai mendirikan solat sunat sebelum mengerjakan solat fardu berkenaan.
Jika belum terbiasa melakukannya, apa kata Ramadan ini cuba-cuba untuk melaksanakan solat sunat ini kerana fadilatnya amat besar. Lagi pun ia tidak mengambil masa yang panjang. Cuma beberapa minit sahaja sebelum kita menunaikan solat fardu.
Solat rawatib sebelum solat fardu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat rawatib setelah solat fardu pula dikenali sebagai solat ba’diyah.
Hikmah pensyariatannya ialah bagi menyempurnakan segala kekurangan sewaktu mengerjakan solat fardu, seperti tidak khusyuk atau tidak mentadabbur ayat-ayat yang dibaca. (Rujuk Hasyiyah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 1/413-414)
Solat sunat rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan).
Ada pun tentang jumlah rakaat solat rawatib yang mu’akkad, telah tsabit hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah R.’Anha yang menjelaskan terdapat dua belas rakaat solat Rawatib sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:-
Maksudnya: Tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. (Sahih Muslim (728).
Ada mengatakan 10 sahaja berdasarkan hadis sahih Al-Bukhari.
Melalui riwayat Ibnu ‘Umar R.A pula menunjukkan jumlah rakaat solat rawatib adalah sepuluh. Beliau berkata:-
Maksudnya: Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi SAW tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumahnya, dua rakaat setelah solat Isyak di rumahnya dan dua rakaat sebelum solat Subuh. Sahih al-Bukhari (1180
Paling afdal, buatlah 10 sahaja iaitu solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah:-
1. Dua rakaat sebelum Subuh
2. Dua atau empat rakaat sebelum Zohor
3. Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor
4. Dua rakaat selepas Maghrib
5. Dua rakaat selepas solat Isya’ (Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 284 dan Matla’ al-Badrain, 1/132)
SOLAT RAWATIB GHAIRU MU’AKKAD
Solat sunat rawatib yang tidak mu’akkad pula ialah:-
1. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) sebelum Zohor
2. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) selepas Zohor
3. Empat rakaat sebelum Asar
4. Dua rakaat sebelum Maghrib
5. Dua rakaat sebelum Isya (Rujuk Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 285 dan Matla’ al-Badrain, 1/132-133)
Maksudnya:Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala.
Boleh baca apa saja surah seperti surah lazim kerana tiada pengkhususan surah mengenainya. Insya Allah, moga Ramadan tahun ini lebih baik untuk kita dari tahun-tahun sebelumnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perasaan gembira bergelar isteri pada lelaki dicintai pastinya pengalaman sukar dilupakan dalam hidup seorang wanita. Termetrai satu ikatan janji untuk bersama-sama mengharungi alam rumahtangga adalah impian kebanyakan wanita.
Namun manusia itu hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Impian untuk sama-sama mengharungi suka duka alam rumahtangga ternyata tidak kesampaian bagi pasangan suami isteri, Akmal Aziz dan isteri, Siti Saraf Ismail apabila baru sehari bahagia di majlis akad nikah mereka, keesokkan harinya bertukar berita sedih apabila dijemput Allah.
Dalam satu perkongsian di fb, Amaleng Husni, lelaki ini berkongsi kisah sedih mengenai dua pupunya, allahyarham Siti Saraf yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan di Putrajaya yang dijemput illahi sehari selepas majlis akad nikahnya.
Tulisnya:- “Innalillahi wainna ilaihi rajiun Al-Fatihah buat dua pupu Siti Saraf. Semalam baru akad nikah hari ini Allah dah jemput arwah ” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi laporan Sinar Harian, Mohd Amirul Akmal menjelaskan dia telah dikejutkan isterinya pada jam 3 pagi memaklumkan dirinya mengalami sakit kepala. Namun tidak lama kemudiannya dia tidur semula sambil ditemani Akmal di sisinya.
Namun pada waktu pagi dia dan keluarga dikejutkan apabila melihat arwah mengalami sesak nafas.
“Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.
“Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.
Lebih menyedihkan, ayat terakhir yang terpacul dimulut isterinya ialah : “Abang…kita dah kahwin”
Tambahnya lagi hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati isterinya itu meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak sebelah kanan.
Difahamkan arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.
Mengabadikan kenangan berdua bersama isteri berlatar belakangkan bangunan di Putrajaya
Akmal ada memuat naik hebahan perkahwinan bersama arwah isterinya.
.Akmal menerusi satu hantaran di Faceboknya sebelum itu, telah berkongsi kepada orang ramai memaklumkan yang beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan Siti Saraf yang juga seorang pegawai JPJ di Putrajaya iaitu pada 23 Oktober lalu di Masjid Mukim Binjai Baru, Kota Bharu Kelantan.
Bahkan di fb arwah, beberapa bulan sebelum majlis pernikahan mereka, dirinya sempat memuat naik status mengenai pertunangan mereka.
Kita up kat sini satu untuk long lasting memory..
Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan suatu hari nanti Melalui badai kehidupan, semoga cinta ini sentiasa teguh, selalu bahagia dan kekal hingga syurga Ada kisah lucu jugak, tak sangka kek pun boleh tersama jugak. Kek buah, tulisnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Soal rezeki, ajal, dan jodoh itu terletak di tangan Tuhan. hanya Dia yang mengetahui bila nyawa kita akan diambil oleh Maha Pencipta.
Jika sudah tertulis di Lukh Makhfuz, memang ditakdirkan asbab kematian adalah kerana menyelamatkan dia orang mangsa lemas.
Begitulah kisah yang dialami oleh allahyarham Faris Iskandar, pelajar Admal Aviation College yang mati lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang di sini petang semalam.
Gambar sekadar hiasan.
Menurut bapanya dalam laporan di Astro Awani, anaknya itu berusaha untuk menyelamatkan dua orang mangsa lemas.
“Asbab kematiannya ialah, menyelamat dua mangsa lemas. Salah seorang daripada mangsa berumur 12 tahun, seorang lagi lebih kurang 25 tahun. Yang 25 tahun itu dalam keadaan sawan ketika dalam air.
“Kemudian, anak saya pergi berenang ke arah mangsa untuk selamatkanlah. Pertama, dia selamatkan yang umur 12 tahun, kemudian yang kedua. Dia selamatkan kedua-duanya. Tetapi, anak saya tenggelam,” kata Mohd Radhi.
Anaknya itu tenggelam selepas menyelamatkan dua rakannya yang lemas ketika mandi di sungai berkenaan.
Bapa, Mohd Radhi- Foto: Astro Awani
Menurut Mohd Radhi, dia menyedari perubahan sikap anak ketiga dari lima beradik itu baru-baru ini tetapi tidak menyangka apa-apa.
“Dia cuma banyak ‘update’ status di WhatsApp berkenaan dengan akhirat. Kemudian, dia banyak menegur kawan-kawannya tentang pentingnya hidup kita ini, tentang solat. Dia kata, masa kita tak lama.
“Saya perasan perubahan itu apabila saya baca statusnya. Saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tetapi, itulah, kita tak ambil pusing sangat perkara itu.
“Mungkin kerana, dia budak remaja, kan. Dia juga banyak habiskan masa di surau,” tambahnya, bercerita mengenai arwah anaknya yang menurutnya mula menyertai aktiviti lasak pacuan empat roda sejak berusia 10 tahun.
Dalam pada itu di Sinar Harian Mohd Radhi berkata, anaknya juga dilihat keberatan untuk pergi ke Sungai Kelemin semalam, namun tetap menyertai aktiviti perkelahan bersama keluarganya itu.
“Sejak kecil lagi Faris Iskandar selalu mengikuti ke mana sahaja ‘trip’ saya pergi dan sentiasa menjadi peneman ketika saya memandu, tidak sangka perkelahan kali ini merupakan ‘perjalanan’ terakhir saya bersama arwah.
“Walaupun sedih dan terkilan dengan kehilangannya, tetapi saya reda. Sewaktu saya melihat jenazah arwah tadi, arwah seolah-olah sedang tidur seperti kebiasaanya di rumah,” katanya dalam keadaan sebak.
Foto: Astro Awani
Sementara itu Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan kes lemas itu pada jam 6.10 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh pihak bomba dan orang awam.
“Mayat mangsa ditemui pada jam 7.33 malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kuala Terengganu pagi ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari kita ada 24 jam dan dari 24 jam itu biasanya sekurang-kurangnya 6 jam akan dihabiskan untuk tidur. Setelah penat bekerja seharian, mesti badan pun perlukan rehat.
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh dapat pahala ketika tidur?
Caranya mudah saja, iaitu dengan berwuduk!
Tanpa wuduk, anda hanya akan baring dan tidur mengikut rutin harian anda. Walau bagaimanapun apabila anda berwuduk sebelum baring untuk tidur, in shaa Allah anda akan mendapat pahala dengan sangat mudah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.” (HR Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir)
Hadis ini merupakan satu peringatan yang mudah tapi berkuasa. Ia menunjukkan bagaimana Allah SWT memberikan kita pelbagai peluang dan cara untuk mendapat pahala dan keampunan.
Ramai di antara kita yang minta orang lain doakan kita di saat kesusahan, tapi sayangnya kita tidak ambil peluang untuk malaikat mendoakan kita setiap malam ketika kita tidur.
Marilah kita hidupkan semula Sunnah yang semakin dilupakan ini. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian kita dan jadikan masa rehat kita sebagai masa malaikat mendoakan kita dengan izinNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Puasa ganti tapi awal pagi ada pula kawan nak belanja makan-makan, terus tak jadi puasa.Situasi ini mungkin pernah kita lakukan kerana tidak tahu hukumnya.Sebenarnya...