Pernah tak kita kenali orang terdekat yang perlu dirukyah? Orang yang perlu dirukyah mempunyai tanda-tanda tertentu dan ia selalu dikaitkan dengan gangguan makhluk halus.

Gangguan syaitan atau jin bukanlah perkara asing. Malahan kita wajib mempercayai akan wujudnya makhluk halus ini.

Kejadian dirasuk, ditindih jin, disampuk dan segala macam keanehan tingkah laku manusia yang kelihatan luar daripada kebiasaan banyak dikaitkan dengan angkara makhluk halus.

Banyak faktor yang menyebabkan seseorang terkena gangguan syaitan atau jin ini, antaranya sihir, santau, melalui kawasan ‘larangan bunian’, bercakap yang tidak sepatutnya di dalam hutan atau di kawasan terpencil serta banyak lagi. Akibatnya, penderita akan mengalami perubahan sikap dan jatuh sakit.

30 Tanda Orang Yang Perlu Segera Dirukyah

Jika dirujuk ke pihak perubatan, doktor pun tidak dapat menemui punca masalah. Biasanya apabila ini terjadi, keluarga penderita akan mendapatkan khidmat rawatan cara Islam.

Dalam hal ini, si penderita umumnya menampakkan terkena gangguan syaitan atau disihir dan santau.

Rawatan yang dilakukan secara Islam ini ialah penderita akan dibacakan surah-surah suci al-Quran tertentu atau dirukyah. Namun bukan semua penderita perlu dirukyah.

Bagaimana kita nak tahu bahawa penderita wajar dirukyah? Untuk menjawab soalan itu, di bawah ini adalah senarai yang boleh dijadikan rujukan.

Tanda-tanda penderita perlu dirukyah:

  1. Dada terasa sesak dan berat
  2. Pada bahagian tubuh tertentu terasa panas dan sakit
  3. Secara perubatannya, jenis penyakit yang tidak dapat diketahui dengan pasti atau tidak dapat diubati walauun telah dirujuk kepada beberapa pakar sekalipun.
  4. Badan kerapkali terasa begitu lemas dan tidak bertenaga di waktu-waktu tertentu
  5. Mengalami rasa mengantuk yang luar biasa
  6. Mengalami kesulitan tidur di luar kewajaran
  7. Sering lapar meskipun telah makan sebelumnya
  8. Salah satu atau seluruh anggota tubuh melakukan gerakan-gerakan tertentu tanpa disedari
  9. Emosi yang tak terkendali seperti mudah marah atau kerap membesar-besarkan masalah
  10. Kerap berada dalam keadaan tidak sedarkan diri
  11. Ketika membaca atau mendengarkan ayat-ayat suci Al Quran, tubuh mengalami pelbagai reaksi seperti tubuh bergetar, seperti adanya hawa dingin yang merasuk tubuh, merasakan ada sesuatu yang berjalan di dalam tubuh, beberapa bahagian tubuh mengalami kedutan, jantung berdebar keras, kesemutan dan sesak nafas
  12. Dalam berbagai macam keadaan, baik santai atau sibuk, terucap begitu saja perkataan-perkataan tanpa disedari
  13. Malas menjalankan ibadah sebagaimana perintah agama seperti solat fardhu, puasa dan lain-lain.30 Tanda Orang Yang Perlu Segera Dirukyah
  14. Timbulnya rasa keraguan terhadap ke Esaan Allah SWT dan kebenaran ajaran yang dibawa Rasulullah SAW
  15. Tiba-tiba lupa akan sesuatu hal
  16. Sering naik bulu roma tanpa diketahui sebabnya
  17. Lebih suka menyendiri
  18. Merasa tidak tenang jika ada seseorang yang membaca al-Quran
  19. Adanya perasaan benci yang timbul jika ada seseorang membawa al- Quran
  20. Kerap melihat sosok makhluk halus yang menampakkan diri
  21. Merasa asing dengan dunia sekitar
  22. Merasa pelik atau berbeza ketika melihat diri sendiri di cermin
  23. Terdengar bisikan-bisikan yang menyimpang dari al-Quran dan hadis Rasulullah SAW
  24. Terhalangnya jodoh; seringkali hubungan putus tengah jalan.
  25. Terhalangnya rezeki
  26. Adanya gangguan di sekitar rahim, ginjal, dan prostat
  27. Sering bermimpi buruk seperti didatangi binatang buas, berhubungan badan, jatuh dari tempat tinggi atau mimpikan orang yang sama secara terus menerus
  28. Merasa ada yang mengikuti atau mengawasi
  29. Sulit bangun pagi atau sulit bangun untuk solat subuh
  30. Selalu merasa gelisah, takut dan resah

Wallahu a’lam.

Artikel berkaitan: Jangan Suka-Suka Baca Ayat Kursi Bila Nampak Makhluk Halus Ini Pesan Seorang Ustaz

Artikel berkaitan: Sihir Ain, Pandangan Mata Yang Melumpuhkan, Kena Tahu Bagaimana Rawatannya

Kashoorga: Kita wajib mempercayai makhluk halus ini. Apabila kelihatan tanda-tanda di atas, tidak menjadi kesalahan untuk kita mendapatkan rawatan alternatif iaitu rawatan Islam. Namun, perlu berhati-hati supaya tidak berjumpa dengan bomoh yang tidak mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran. Pergilah ke pusat rawatan Islam yang diiktiraf.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI