Tak sangka pula rasa penat dengan pelbagai jenis urusan harian terkandung ganjaran pahala yang banyak disebaliknya. Lebih teruja lagi apabila Allah pun suka kalau kita berasa penat dengan enam jenis keletihan yang disenaraikan di bawah.

Apabila sudah baca artikel ini, diharapnya ramai lah yang berkejaran untuk penat. Namun, kita kena tahu kepenatan yang bagaimana disukai Allah.

Kita kena ingat, apabila Allah suka, maka itu bermakna akan ada ganjaran pahala bakal diberi. Nikmat Tuhan yang mana lagi hendak kita dustakan? Hatta berasa penat pun boleh dapat pahala.

Artikel berkaitan: Jangan Marah Kalau Isteri Cepat Hilang Sabar, Itu Tandanya Isteri Penat Mental Emosi        

Artikel berkaitan: Penatnya Kaum Wanita Uruskan Macam-Macam Kerja, Redakannya Dengan Amalan Zikir Fatimah Sebelum Tidur

6 Jenis Penat Ini Allah Dah Janjikan Pahala Banyak

1. Penat Sebab Mengajak Kebaikan

Tidak semua orang dapat terima nasihat atau teguran untuk kebaikan dia. Malah ada yang memperlekehkan pula usaha kita itu. Tapi jangan putus asa. Sedangkan batu pun boleh dilembutkan oleh air. Mungkin mengambil masa lama, tapi jangan putus asa.

Teruskanlah menasihati dan menegur. Bersabarlah dengan kecaman, perangai manusia macam-macam bukan semua boleh berubah sekelip mata. Tapi don’t worry, Allah ada dan Allah suka dengan usaha dan semangat kita itu.

Firman Allah:
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (menggesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, 41:33)

2. Penat Kerana Beribadah

IKLAN

Sekejap mood baik, sekejap mood ‘ke laut’. Situasi ini adalah normal. Kita manusia biasa ada masa semangat itu turun dan naik dalam melakukan ibadah.

Di saat kepenatan, semangat juga turut menurun kerana seluruh tenaga zahir dan batin sudah sampai tahap maksimum.

Take a break. Tapi jangan lama sangat berehat. Ibadah perlu diteruskan seperti mana kita perlukan udara untuk bernafas.

Dalam keadaan kepenatan kerana beribadah ini menunjukkan betapa kita mahu mendapat redha Allah. Penat ini lah yang Allah suka daripada kita.

Firman Allah:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).” (Surah Al-Ankabut, 29:69)

3. Penat Mengandung, Melahirkan Dan Menyusukan

Subhanallah. Ibu adalah golongan yang paling bertuah apabila penat melalui fasa kehamilan, melahirkan, fasa berpantang, menyusu kan bayi dan serentak menguruskan keperluan kaluarga.

IKLAN

Penat yang boleh mencapai tahap maksimum, namun kekuatan luarbiasa anugerah Allah kepada wanita menjadikannya begitu gagah dalam saat genting. Kepenatan yang tiada pada lelaki ini amat disukai Allah. Ia satu pengorbanan besar yang memenatkan dari sang ibu.

Firman Allah:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman, 31:14)

4. Penat Mencari Nafkah

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kita perlu bekerja mencari rezeki halal bagi memberi nafkah kepada keluarga.

Sepanjang bekerja itu, kita akan berasa penat. Namun, percayalah jika ia adalah rezeki dan nafkah yang halal, maka ia adalah sesuatu yang disukai Allah.

Firman Allah:

“Kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jumu’a, 62:10)

6 Jenis Penat Ini Allah Dah Janjikan Pahala Banyak
Wajah penat wanita yang sedang mencari rezeki ini, akan diberikan ganjaran pahala yang banyak daripada Allah SWT.

5. Penat Sepanjang Menuntut Ilmu

IKLAN

Menuntut ilmu tidak terhad untuk pelajar sahaja. Selagi kita bernyawa, selagi itu kita dalam proses belajar; menuntut ilmu menambah pengetahuan sebagai usaha meningkatkan darjat kita di mata Allah dan manusia.

Sudah tentu sepanjang mengejar ilmu, kita akan gunakan seluruh tenaga memahami dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Semua ini adalah proses yang memenatkan apatah lagi perlu menggunakan kekuatan otak.

Firman Allah:
“Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.” (Surah Ali-Imran, 3:79)

6 Jenis Penat Ini Allah Dah Janjikan Pahala Banyak

6. Penat Urus Keluarga

Tiada siapa yang berani mengatakan bahawasanya menguruskan keluarga itu sebagai satu kerja yang mudah dan tidak memenatkan.

Tanggungjawab amat besar bagi memastikan seluruh keperluan keluarga dipenuhi; makan, minum, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi. Semuanya perlu diurus dengan baik, apatah lagi dugaan melanda keluarga.

Kepenatan ini amat disukai Allah kerana kita gigih berusaha untuk membina keluarga sakinah

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Kashoorga: penat melakukan segala perbatan baik, Insya Allah, amat besar ganjarannya. Teruskan dengan usaha ini namun, jaga juga kesihatan. menjaga kesihatan itu juga pahala buat diri.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI