Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi syarak, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan di akhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.

Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

Namun sebelum solat kita seharusnya mengambil wudhu terlebih dahulu. Ada banyak kebaikan selepas mengambil wudhu antaranya kita digalakkan berdoa kerana selesai kita mengambil wudhu, lapan pintu syurga iaitu Firdaus, ‘And, Na’ii, Na’wa, Darussalaam, Daarul Muaqaamah, Al-Muqqamul Amin dan Syurga Khuldi terbuka untuk kita. Maka berdoalah, meminta terus kepada Ya Rabb.

8 Pintu Syurga Terbuka Selepas Berwudhu, Rugi Jika Tak Berdoa

Dalam satu pertanyaan mengenai lapan pintu syurga terbuka selepas berwudhu, Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan mengenai ini.

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya dengar ada hadis menyebut, kalau ada orang berdoa selepas daripada wudhuk, maka pintu syurga terbuka. Adakah benar?

IKLAN

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Benar sekali. Ini berdasarkan hadis daripada Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:

IKLAN

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ : أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ .

Maksudnya: Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu.
Riwayat Muslim (234), Abu Daud (169), al-Nasa'ie (148), Ibn Majah (470) dan al-Tirmizi (55)

Dalam menafsirkan maksud pintu-pintu syurga dibuka, ada dua pendapat:

IKLAN
  • Untuk memudahkan sampai ke arah jalan-jalan kebajikan yang akhirnya menuju ke pintu tersebut. Dalam bahasa yang lain, Allah menyediakan baginya sebab-sebab amalan soleh yang akhirnya membawa kepada pintu-pintu syurga. Ini berdasarkan firman Allah:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Maksudnya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan). (Surah al-Ankabut: 69)

  • Makna futihat (فُتِحَتْ) “telah dibuka” dengan maksud akan dibuka pada hari Kiamat. Penggunaan fi’il madhi pada tempat akan datang semata-mata untuk mentahqiqkan pasti berlaku dan hampirnya. Ini sejenis daripada ta’bir balaghi sebagaimana firman Allah SWT:

أَتَىٰ أَمْرُ اللَّـهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ

Maksudnya: Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. (Surah al-Nahl: 1)
Semoga Allah tempatkan kita bersama golongan soleh yang akhirnya melayakkan kita menduduki syurga-Nya. Amin.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI