Semasa menyusun atur katil di bilik tidur, biasanya kita akan mengelakkan kedua-dua tapak kaki menghala ke arah kiblat sewaktu tidur. Ibu ayah kita turut mempraktikkan hal yang sama. Dan inilah yang dididik mereka. 

Namun andai kata keadaan tidak dapat dielakkan, haramkah hukumnya jika kedua belah tapak kaki kita dilunjurkan menghadap kiblat sewaktu tidur? Kita ikuti ulasan ustaz Azhar Idrus dalam perkara ini.

Adakah Haram Hukumnya Tidur Dengan Dua Tapak Kaki Hala Ke Kiblat?

SOALAN :

Apakah benar haram hukumnya kalau kita tidur kaki kita arah ke kiblat?

JAWAPAN :

IKLAN

Tidur dalam kedudukan kedua kaki mengadap ke arah kiblat adalah harus dan tidak diharamkan melainkan jika tidur seorang itu di hadapan Ka’bah maka sebahagian fuqahak menyatakan sebagai makruh.

Berkata Mufti Mesir Dr Ali Jumaah :
بالنسبة للقدمين في القبلة أنا لم أر نص في الكتاب أو في السنة ما يمنع من ذلك ؛ فليس هناك دليل على حرمة مد القدمين تجاه الكعبة إلا أنه قد ورد في بعض آداب الصالحين أنه استحياء من الله فعلى المسلم ألا يمد قدميه تجاه الكعبة : الإمام علي جمعة

“Dengan dinisbahkan kepada dua tapak kaki pada arah kiblat saya belum temui nas pada Quran dan Sunnah barang yang menegah akan yang demikian itu. Maka tidak ada di sana dalil atas haramnya menghalakan kedua tapak kakinya arah Ka’bah kecuali sungguhnya telah tersebut pada adab-adab sebahagian solihin bahawasanya orang Islam kerana memelihara segannya daripada Allah tidak ia luruskan kedua tapak kakinya ke arah Ka’bah.” (Fatawa Dr Ali Juma’ah)

IKLAN

Telah berkata Imam Ibnu Muflih :
ذكر غير واحد من الحنفية رحمهم الله أنه يكره مد الرجلين إلى القبلة في النوم وغيره، وهذا إن أرادوا به عند الكعبة فمسَلَّم، وإن أرادوا مطلقاً كما هو ظاهر فالكراهة تستدعي دليلاً شرعياً، وقد ثبت في الجملة استحبابه، أو جوازه، كما هو في حق الميت : ابن مفلح / كتاب الآداب الشرعية

“Bukan seorang dari ulamak mazhab Hanafi menyebut bahawa dimakruhkan meluruskan dua kaki menghala kiblat pada ketika tidur atau lainnya. Dan hukum ini jika menghendaki mereka itu dengannya ialah di sisi Ka’bah.

“Dan jika menghendaki secara mutlak sebagaimana ia yang zahir maka kemakruhan itu memerlukan dalil di sisi syarak. Dan sesungguhnya telah sabit pada jumlah menghukumkan dengan sunat atau harusnya (kaki arah kiblat) sebagaimana pada hukum membaringkan mayat.”

IKLAN

Kesimpulannya yang dikatakan makruh tidur dalam kedudukan meluruskan kedua kakinya menghadap kiblat ialah apabila berada berhampiran Ka’bah.

Berkata ulamak dalam beberapa tulisan mereka :
فلا مانع منه، إلا أن بعض العلماء يكره أن يمد رجليه نحو الكعبة، إذا كان قريبا منها، فكره ذلك كراهة تنزيهية

“Maka tiada tegahan daripadanya kecuali sesungguhnya sebahagian ulamak memakruhkan bahawa dianjurkan kedua kakinya ke arah kiblat apabila adalah dia dekat daripada kiblat maka makruh yang demikian itu sebagai makruh tanzih.” (Al-Mauzu’atul Fiqhiyah/Fatawa Baitulmaqdis/Fatawaonline)

Artikel berkaitan: Perlukah Ada Wuduk Dan Menghadap Kiblat Ketika Melakukan Sujud Syukur

Artikel berkaitan: So Sweet! Enggan Ganggu Lena Isteri, Rasulullah Sanggup Tidur Depan Pintu Rumah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI