Alhamdulillah, akhirnya umat Islam seluruh dunia menerima berita gembira apabila Kerajaan Arab Saudi membuka ‘pintu’ Kota Mekah kepada jemaah umrah luar secara bertahap bermula 1 November 2020 ini.
Penutupan hampir 7 bulan itu adalah berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, yang diterbitkan Saudi Press Agency, kebenaran umrah akan dibahagikan kepada tiga tahap.
Tahap pertama dan kedua melibatkan penduduk Arab Saudi dan ekspatriat sendiri iaitu pada 4 Oktober 2020 dengan 30% kapasiti Masjidil Haram (6,000 jemaah sehari)
Tahap kedua pada 18 Oktober ditingkatkan kepada 75% kapasiti Masjidil Haram (15 ribu Jemaah sehari) dan menjangkakan dapat menampung 100% kapasiti Masjidil Haram pada 1 November iaitu kira-kira 20,000 jemaah sehari.
Ads
Mengulas lanjut, kementerian turut menjangkakan, sekiranya Covid-19 berjaya dihapuskan sepenuhnya, ibadat umrah dapat dilaksanakan dengan kapasiti biasa sebagaimana sebelum pandemik.
Penangguhan umrah dan mengehadkan kehadiran jemaah haji telah bermula pada Mac lalu berikutan kebimbangan penularan Covid-19 ke kota-kota sucinya.
Ads
Kebenaran ini menunjukkan kesungguhan dan kepekaan Kerajaan Arab Saudi yang cakna dengan kehendak umat islam seluruh dunia yang ingin menunaikan ibadah umrah dan haji serta menziarahi kota-kota sucinya yang lain.
Kehadiran jemaah umrah dan haji dari seluruh dunia merupakan salah satu daripada sumber ekonomi Arab Saudi selain daripada menjadi negara pengeluar minyak terkemuka dunia.
Ini merupakan perancangan rapi Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed Bin Salman yang mengatur strategi perancangan ekonomi negaranya dengan melihat kehadiran jemaah luar negara ini sebagai sumber ekonomi menerusi ziarah keagamaan. Jangkaan 30 juta jemaah haji hadir setiap tahun bermula 2030 – Sumber AFP
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hendak jadi orang yang tenang dan pandai urus masa dengan baik kena jaga solat lima waktu. Sesibuk mana pun kita, jaga waktu dengan Allah SWT.
Keadaan sekeliling bukanlah menjadi faktor utama untuk menjadi orang yang lebih tenang dan tidak mudah marah. Sebaliknya ia bermula dengan diri sendiri dan bagaimana kita menjaga hubungan dengan Allah.
Ikuti perkongsian Adlil Raijah bagaimana dirinya menemui ketenangan yang tidak berbelah bahagi apabila dirinya mula menjaga solat lima waktu.
“Macam mana hendak jadi orang yang tenang, tak suka marah-marah dan pandai urus masa dengan baik?”
One powerful tips that I learned from my favourite ustaz, Sheikh Hussain Yee–
When u make time for Allah,
Allah will give you time that you need.
When you practice calmness and peace in solah,
Allah will give you calmness and peace that you need.
Kunci dia ialah praktis urus masa dan emosi dalam solat.
Orang yang tenang dan tidak terburu-buru dalam solat,
akan jadi orang yang tenang, tak gopoh dan pandai kawal emosi di luar solat.
Orang yang jaga waktu solat dan tidak melengahkan solat, akan sentiasa cukup masanya untuk perihal yang lain.
Masa mula-mula belajar pasal benda ni dulu, saya pun rasa tak yakin, rasa hek elehhh ye ke?
Tapi sejak konsisten amalkan punctuality dan calmness in solat, I’ve improved a lot alhamdulillah.
Suami pun cakap saya lebih tenang dan mudah senyum dalam keadaan huru hara.
Kalau tak, sebelum ini sikit-sikit hendak baling hanger. Since then I realised, calmness is a superpower given by Allah.
.
Rupanya ketenangan diri tidak ada kena mengena pun dengan faktor keadaan sekeliling atau kemewahan hidup.
Ketenangan is the ability to not overreact, to keep your mind clear and your heart at peace walau dalam apa jua keadaan.
And it comes from Allah.
Malam ini sebelum tidur, cakap pada diri, “I’m a calm and peaceful person.” Insyallah.
‘Ini bukan kerja saya, tapi Allah izinkan.’ Hafiz Mahamad buat kejutan, akan bawa 120 staf tunai umrah pada Januari tahun depan. Masyallah beruntung staf yang terpilih untuk ke sana.
Usahawan ini, Hafiz Mahamad, memang terkenal dengan sikap pemurahnya. Kali ini sekali lagi menerusi perkongsian video, dia membuatkan ramai turut sebak apabila dia membuat kejutan dengan mengumumkan kesemua stafnya akan dibawa menunaikan umrah beramai-ramai.
Tanpa pengetahuan mereka, “120 orang ke umrah”. Bila sampaikan berita ini dekat semua staff, sebak sangat hati saya. Mahal sangat tangisan dan senyuman mereka itu.
Dari awal niaga dulu, saya hendak selesaikan ini dulu. Teringin sangat hendak hantar mereka ke Bumi Allah!
Mana saya tak sebak, orang kata cara saya salah dalam melayan staff dan team! Manjakan itu, manjakan ini, “Tak ada standart lepak dengan staff atau team”. Ini keluarga saya, setiap perjuangan selama ini “mereka lah yang hebat”.
Saya tak peduli tentang KPI, siapa senior siapa junior. Kita satu keluarga. “Jika satu pasukan bagus dan menjaga kebajikan sesama kita. Insyallah kita semua layak merasa manisnya bersama-sama.”
Syukur, ada antara mereka husband dan wife dapat pergi sekali ke bumi Allah. Ada juga yang baru kerja tak sampai sebulan, rezeki dia juga ke sana.
Kalau cerita tentang dulu…
Setiap tahun, kita akan bawa “sikit-sikit” ke Bumi Allah.
Dari kita bawa 20 orang saja, tapi harini 120 orang staff dan usahawan Ainaa akan ke umrah January nanti. Masyallah. “Doa mereka di sana yang kita nak”. Tak boleh beli dengan apapun,
Allah Maha Kaya,
Pernah saya terfikir, rezeki yang ada itu nak belanjakan untuk diri atau untuk mereka. Lihat pada umur sekarang, “rugi” saya tak alirkan balik rezeki pada agama dan hamba Allah yang lain.
Allah Maha Mendengar,
Setiap doa doa mereka ini penting dan insyaAllah, perniagaan saya akansentiasa ada dalam doa dan hati mereka.
Ya Allah, limpahkan lagi Ya Allah.
Izinkan perniagaan ini dapat memberi senyuman pada semua hamba mu. Berikan kebaikan untuk mereka yang sokong selama ini.
Takkan saya lupa diri dam sia-siakan support awak sahabat. Mereka ini semua tersenyum hasil support dari awak. Saya akan teruskan perjuangan ini bersama team-team Ainaa.
Janji saya, saya dan pasukan akan terus beri “Kejayaan Demi Kebahagiaan” kepada sahabat, customer dan team.
Ini selalu berada dalam setiap usaha.
Terima Kasih.
Kashoorga : Bila kita banyak memberi, insyallah lebih banyak rezeki dapat kita gandakan.
Dalam perhubungan suami isteri, perbuatan menziharkan pasangan dianggap sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana ia perbuatan masyarakat jahiliah.
Kesan zihar jika dilakukan dengan niat yang tidak baik amat buruk padahnya.
Walaupun tanpa niat apa-apa sekalipun, kadangkala perbuatan itu akan menyebabkan pasangan tersinggung kerana menyamakannya dengan mana-mana ahli keluarga.
Namun begitu kita ikuti penjelasan lanjut daripada Ustaz Syed Shahridzan berkenaan isu ini.
Assalamualaikum ustaz. Mohon penjelasan dari ustaz. Saya perlu tahu tentang hukum zihar sebab kakak saya baharu berkahwin dan suaminya ada memberitahunya bahawa dia ada melihat gambar arwah neneknya. Suaminya berkata bahawa wajah kakak saya ada iras-iras muka arwah nenek dia.
Setahu saya kalau samakan wajah isteri dengan ibu dan nenek, dianggap menziharkan isteri kan? Kalau dikira zihar, adakah jatuh talak? Mohon pencerahan ustaz secepat mungkin. Mohon maaf dan terima kasih.
Zihar bermaksud seorang suami menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu, kakak, nenek dan seumpamanya untuk tujuan berpisah dengan si isteri.
Zihar merupakan adat masyarakat jahiliyyah yang diamalkan untuk berpisah dengan isterinya dan menggantung isteri agar tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain. Apabila berlakunya zihar maka haram lelaki itu bersetubuh dengan isterinya sehingga kaffarah ditunai.
Amalan zihar adalah perkara yang dilarang sama sekali oleh Islam dan ia merupakan dosa yang sangat besar kerana ia berbentuk penganiayaan terhadap si isteri. Ini kerana isteri tidak boleh disentuh oleh suaminya dan juga tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain disebabkan zihar bukan lah talak atau cerai.
Memandangkan zihar ini adalah adat masyarakat jahiliah maka ulama fiqh telah menentukan lafaz-lafaz tertentu yang dianggap zihar dan seumpamanya. Oleh itu lafaz zihar terbahagi kepada dua jenis; Sarih (jelas) dan Kinayah (kiasan)
Lafaz sarih adalah lafaz si suami ditujukan pada isterinya dengan menyatakan, “Kau haram bagiku seperti haramnya belakang(zahr) ibuku”, atau “Kau seperti belakang ibuku”.
Maka lafaz sarih ini dikira sebagai zihar walaupun tidak berniat zihar kerana lafaz sarih pada zihar tidak memerlukan niat. Jadi apabila terujar lafaz sebegini maka dikira sebagai zihar.
Namun lafaz ini dikira agak mustahil berlaku dalam masyarakat Islam Melayu kerana ia tidak menjadi ujaran atau sebutan dalam adat istiadat masyarakat kita.
Tetapi jika bernar-benar terlafaz maka termeterailah hukum zihar ke atas suami dan Isteri walaupun tanpa niat zihar.
Manakala lafaz kinayah tidak dikira sebagai zihar melainkan si suami melafazkan lafaz kinayah itu dengan tujuan menziharkan isteri.
Contoh lafaz kinayah seperti, “Tangan awak seperti tangan ibu saya”, “Muka awak macam muka ibu saya lah”, “Kulit dan muka awak sebijik macam nenek saya masa muda-muda dulu”. Contoh lafaz ini biasa berlaku dalam masyarakat kita.
Namun begitu tidak perlu dirisaukan, lafaz kinayah tidak akan dikira sebagai zihar melainkan si suami benar-benar berniat untuk menziharkan isterinya.
Apa pun lafaz-lafaz kinayah seperti di atas kebiasaannya dalam adat Melayu bermaksud memuliakan si isteri sepertimana si suami memuliakan ibu dan neneknya, niat seperti ini tidak dikira sebagai zihar.
Fakta ini adalah disebut dengan jelas di dalam kitab “al-Fiqh al-Manhjai”: فإنقصدبهاالظهاركانمظاهرا, وإنكانقصدبهاتشبيهزوجتهبأمهأوأختهفيالكرامةوالتقديرلميكنمظاهراوليسعليهشيءأبدا
“Jika seorang suami bermaksud ZIHAR dengan lafaz itu maka (bermakna) dia adalah penzihar. Jika dia bermaksud menyamakan isterinya dengan ibunya atau kakaknya pada sudut kemuliaan dan penghargaan maka dia bukan lah penzihar dan tiada apa-apa kesan pun sama sekali”.
Secara umumnya zihar tidak sama dengan talak iaitu apabila zihar dengan lafaz sarih termetrai maka tidak terjatuh talak, cuma suami isteri diharamkan bersetubuh sehingga lah si suami melunaskan kafarah.
Namun jika dengan lafaz kinayah yang sesuai dilafazkan oleh si suami dengan niat untuk mentalaqkan isteri maka jatuhlah talak dan dikira sebagai talaq satu.
Kecemerlangan luar biasa dalam bidang hafazan, akademik serta kepimpinan membolehkan Ainin Saheela Binti Anuar dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (Kategori Pelajar Perempuan) sempena...