Kebiasaannya hari minggu menjadi aktiviti wajib bersama keuarga. Ada orang membawa keluarga melakukan aktiviti lasak dan ada juga yang mengambil kesempatan membawa anak ke pusat beli belah.
Walaupun sedang sibuk membeli belah, namun kewajipan kepada Allah tetap tidak dilupakan.
Viral dalam sebuah posting di laman sosial Facebook The Rohani berkongsi mengenali kisah seorang bapa yang menjadi Imam kepada anak-anak lelakinya di sebuah surau di pusat beli belah, selangor.
Ternyata sikap bapa ini yang menjadi ketua keluarga telah mendapat pujian netizen. Rata-rata memuji sikap bapa ini yang tidak melupakan tanggungjawab menunaikan solat dan turut mengajak sama anak-anak untuk bersolat.
Malah turut disenaraikan beberapa pengajaran yang boleh dipelajari di sini. Salah satunya didiklah anak bersolat tidak kira di mana dan berapa usia mereka.
Dan jangan sering memarahi anak-anak jika belum bersolat, lebih baik ajak bersolat bersama-sama kita sebagai bapanya.
Ads
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ======================== Semasa solat di surau AEON MALL Shah Alam tadi, ternampak seorang lelaki menjadi imam solat Zohor.
Barangkali yang menjadi makmum itu semua anak-anak lelakinya. Sejuk mata memandang.
Apa yang boleh dipelajari di sini: 1) Walaupun anak belum wajib solat, ajar dan ajak dia solat. Lama-lama dia akan biasa 2) Pentingnya ayah sebagai ‘role model’ untuk anak-anak 3) Shopping-shopping juga, solat jangan lupa 4) Kalau ada anak lelaki, jangan tinggalkan dia dengan isteri. Ajak dia masuk surau lelaki. Maklumlah, surau wanita selalunya sesak. 5) Janganlah bila kita solat, kita tinggalkan anak di tepi. Ajak dia solat sekali. 6) Jangan asyik marah anak bila kena ingatkan dia “Dah solat ke belum?” 7) Lebih baik ajak anak solat bersama-sama kita. Jadi, kita tak akan stress bertanya soalan yang sama 8 ) Kalau nak anak jadi baik, kita kena tunjuk baik. Kalau nak anak solat, kita kena tunjuk kita solat depan dia. Kepimpinan melalui teladan. 9) Lumrah anak kecil akan main-main bila solat. Namun dalam situasi ini, semua anak-anak ini berdiri tegak dan tidak main-main. 10) Hebat didikan ibu dan ayah anak-anak ini
Semoga anak-anak ini, dan anak-anak kita semua kekal istiqomah begini sehingga akhir hayat.
Ads
Terus melaksanakan ibadah dan suruhan Allah, apabila kita sudah tiada lagi. Cuma saya tak pasti, kenapa seorang lagi itu berbaju t-shirt hitam.
Mungkin dia tak jumpa baju belang-belang dalam almari, untuk keluar jalan-jalan sedondon.
Sabtu, 18 Jan 2020 3.47pm
Ads
Perkongsian ini telah mendapat dan mendapat komen positif dari netizen. Antara komen warganet yang turut bersetuju dengan tindakan bapa ini dan mendoakan anak-anaknya menjadi soleh dan contoh terbaik buat masayarakat.
Chekgu ShidaAlhamdulillah… Semoga menjadi anak yg soleh dan contoh terbaik buat masyarakat di luar sana. Tahniah buat ayah dan ibunya…
Ben Kadirramai ayah2 jadi role model untuk anak2, solat berjemaah bersama walaupon sudah ada jemaah lain sedang solat berjemaah. alhamdulillah. lagi baik solat bersama2 jrmaah yang sedang berjemaah.
Nuraini JamainMungkin t shirt hitam tu sepupunya,tumpang solat sekali..sejuk mata memandang,ank sy pun sudah d latih sebegini..sbb takut pula dengan Allah swt bila ank xsolat..takut bukan biasa2..harap ank2 solat tak tinggal walaupun ibubapa dh tiada..aminn
Sh ZuridaAlhamdulillah semoga terus membesar menjadi anak yg soleh, pembimbing masyarakat… Anuar ThamrinAlhamdulillah….semoga anak2 mnjadi ank yg soleh.
Faridah Abd GhaniAllhamdulillah sejuk mata memandang moga menjadi anak yg soleh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapa sangka disaat dirinya baru mahu mengenali Islam, beliau diuji apabila suami tersayang dijemput Ilahi.
Namun itu bukanlah menjadi asbab untuk kembali ke agama asal. Bagi Mualaf, Nur Amira Ann Lee Abdullah, momen bersama arwah suami akan kekal terpahat diingatan.
Berkongsi di laman sosial youtube, pekas pramugari, Amira sangat bersyukur dipilih Allah mengenali islam walaupun Tuhan menduganya mengambil nyawa insan yang disayangi.
Menurutnya dia mengenali arwah suaminya pada tahun 2009 dan hubungan mereka jadi rapat sehinggalah beberapa bulan menyatakan hasrat untuk berkahwin.
“Ketika itu saya bagi tahu dia, kalau U bukan Islam, memang saya akan terus kata yesss. Namun saya beritahu perlukan masa dan belajar untuk mendalami Islam supaya boleh ikut untuk jadi seorang Muslim yang bagus atau tidak.
“Jadi kemudian saya mula belajar kursus untuk mualaf. Setelah lima hari hati saya benar-benar terbuka setelah mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ustazah. Malam itu saya tak boleh tidur sebab takut bila saya tertidur tadi tak bangun dan tidak sempat ucap syahadah.
“Saya memang sangat takut ketika itu walaupun tak pasti ketika itu arwah suami betul-betul ajak kahwin atau tidak,” ungkap Amira yang kemudiannya selepas tiga hari terus mengambil keputusan mengucap khalimah syahadah.
“Pada tahun 2009 jugalah saya bergelar seorang mualaf.Dan sejak dari itu saya terus belajar dan pergi kursus untuk mendalami agama Islam. Namun tidak dinafikan saya juga turut berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika awal-awal bergelar mualaf.
“Ketika itu saya masih tinggal dengan keluarga dan kita lihat penerimaan keluarga jadi lain sedikit. Maklumlah ketika itu kita tidak boleh makan sama dengan mereka. Malah kakak saya juga rasa sedih bila lihat perubahan diri saya.
“Katanya kenapa kena pakai hijab sedangkan orang lain tak pakai pun hijab. Namun saya terangkan padanya walaupun saya berhijab, hubungan kita sekeluarga tetap tidak akan berubah,” ceritanya lagi yang turut melihat ibunya juga seperti tidak gembira dengan penghijrahannya itu.
“Mak memang nampak tak happy pada mulanya. Setiap kali dia masak dan ajak makan saya akan cakap kenyang. Tetapi sebenarnya kerana saya memang tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga saya gunakan.
“Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu pada mak. Emak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama.
“Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu. Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,” tambah Amira yang berkata keluarganya mengambil masa untuk menerima penghijrahan yang dilakukan.
Menurutnya dia juga turut berdepan pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan juga pekerja ketika bekerja dengan MAS.
“Saya akui pada mulanya memang tak pandai nak jaga solat. Saya tahu solat lima waktu dan saya kumpulkan semua solat itu dan melakukannya apabila balik rumah. Bayangkan saya solat sampai tertidur dalam rakaat. Masa itu saya masih lagi dalam proses belajar mengenal Islam.
“Kemudian baru saya sedar cara itu adalah salah dan kita perlu solat ketika masuk waktunya. Tahunkedua masuk Islam barulah saya tahu kita boleh solat jamak. Saya masih ingat lagi satu peristiwa di mana ketika itu flight delay dan saya nak solat jamak untuk Zuhur dan Asar.
“Saya pergi ke tandas untuk buang mekap dan segera ambil wuduk untuk sempurnakannya. Tetapi bila saya nak angkat takbir dengar suara azan Maghrib. Waktu itu saya rasa cukup bersalah pada Tuhan. Saya menangis tersedu-sedan.
“Saya fikir Allah beri saya segalanya tapi kenapa saya tak boleh nak sempurnakan arahannya yang satu itu, iaitu solat. Memang saya tak boleh tahan diri untuk menangis hinggakan orang dalam surau pun berpandangan melihat kelakuan saya itu. Waktu itu saya berdoa agar Allah bukakan jalan untuk saya,” ceritanya yang kemudian bertemu jodoh dengan arwah suaminya.
“Sebelum itu saya asyik bertanya pada diri saya. Kalau tak jadi kahwin pun saya still lagi jadi Muslim. Saya tanya diri masuk Islam sebab nak kahwin tapi tahu ke nanti berapa panjang jodoh kita. Saya tanya banyak kali persoalan itu kalau jodoh tak panjang, betul ke saya masih Islam, masih lagi berpegang pada Islam, betul ke tetap nak jadi Islam dan jawapannya memang Ya. Walaupun pelbagai cabaran saya tetap mahu jadi seorang Islam.
“Saya masih lagi bekerja walaupun ketika itu sudah berkahwin. Dan ditakdirkan pula mengandung dan saya melahirkan anak pertama kami pada hujung Disember 2012. Tapi siapa sangka tahun depannya itu arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memangf Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Bagi saya itulah cabaran paling besar sepanjang bergelar mualaf. Saya tahu Allah tak akan uji jika kita tak mampu. Memang saya sangat down ketika itu. Malah hubungan dengan anak juga tidak begitu rapat kerana saya terpaksa meletakkan dia dalam jagaan keluarga mentua sepanjang saya menjaga suami yang sakit di hospital.
Tetapi kemudianya saya tahu saya perlu bangkit dari kesedihan ini. Saya bertemu saudara baru yang lain dan ketika itu barulah saya tahu ada lagi mualaf lain yang lagi susah situasinya berbanding saya. Misalnya tidak diterima keluarga atau perkara lain.
“Saya reda setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tahu Allah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agamanya yan suci. Saya sedar Allah telah pilih saya dan saya juga memilih Islam sebagai pegangan hidup. Inilah yang memberikan saya semangat,” tambah Amira yang turut dipuji ibunya kerana telah menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.
“Hubungan saya dengan keluarga cukup baik. Saya akan bersama-sama mereka meraikan semua perayaan ataupun jika ada majlis babitkan sanak saudara lain. Saya tiada masalah ke arah itu dan mereka juga faham situasi saya sebagai seorang Muslim.
“”Saya tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bukan Islam tapi saya memilih untuk mati dalam Islam. Bila ada orang tanya kenapa kena pakai tudung panjang-panjang (labuh)? Saya akan jawab Kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.
“Arwah suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung..pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila,” tambahnya yang tidak pernah lupa akan pesanan arwah suaminya itu sampai bila-bila.
Menurut Amiraa juga salah satu anugerah terbesar dalam hidunya adalah menjadi seorang Muslim dan dapat merasai kemanian iman itu.
Justeru dia berharap sekiranya dia meninggal nanti berharap agar ada orang yang akan uruskan jenazahnya kerana seluruh ahli keluarganya bukanlah beragama Islam.
Saban hari rakyat berdoa angka mereka dijangkiti Covid-19 menurun supaya mereka boleh menjalani kehidupan normal seperti dahulu. Paling tidak tentunya mahu kembali bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Sudah banyak yang mula mengibar bendera putih untuk dibantu tetapi saban hari rakyat semakin hampa kerana angka tidak menunjukkan tanda-tanda akan turun sebaliknya hampir mencecah ke angka tujuh ribu.
Ternyata angka ini membuatkan ramai keluh kesah kerana PKP akan terus diperketatkan termasuk Selangor dan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan akan dikenakan PKPD mulai 3 Julai hari ini.
Hal ini turut mendapat perhatian dari Ustazah Asma’ Harun yang banyak berkongsi ilmu. Dalam catatan di fbnya semalam penceramah terkenal ini mengajak orang ramai agar tidak menangguhkan empat perkara ini.
Berikut adalah perkongsiannya.
Sayu sungguh kes naik hampir 7 ribu. Khabar kematian bersilih ganti di FB, ada yang ada tanda seperti sakit, ada yang sihat perginya mengejut. Sementara kita masih lagi hidup, JANGAN TANGGUHKAN 4 PERKARA INI, terus buat tanpa bersoal dan fikir lagi ;
1) Taubat Nasuha kepada Allah, taat segala perintah, tinggal segala larangan – HIJRAH.
2) Mohon atau beri maaf sesama manusia, soal siapa yang silap letak tepi. Jumpa, mesej atau telefon segera.
3) Lunaskan hutang jika mampu. Jika tidak mampu, nekad dan niat dahulu, Allah Maha tahu dan Maha Pengampun.
4) Baiki hubungan dengan manusia, berhenti sakiti sesiapapun walau di alam maya. Cuba jadi manusia yang banyak beri manfaat, bantu urusan kerja rumah, mendengar luahan, beri senyuman dari hati, buat baik pada binatang dan pokok, dll. Semua tu amal soleh. Jadi orang yang menyenangkan mata memandang dan telinga mendengar, insyaAllah hidup akan tenang dan rasa bermakna. Kita tak dituntut untuk jadi sempurna, tapi kita boleh usaha jadi orang baik kepada semua.
Bolehkah memberi sedekah kepada isteri? Sebelum berbuat demikian, suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada pasangan terlebih dahulu. Berdosa ke atasnya jika gagal memberikan nafkah.
Namun, jika dia ada kemampuan tambahan, disunatkan bersedekah kepada isteri. Sesungguhnya ini adalah amalan terpuji dan besar ganjarannya apabila menghulurkan sedekah kepada ahli keluarga terdekat.
Tahukah anda bahawa setiap sedekah yang kita berikan, Allah akan gandakan ganjaran pahala antara 10 – 700 pahala. Kepada suami yang memang mengamalkan sedekah kepada isteri setiap Jumaat, tahniah. Pasti besar ganjarannya jika dilakukan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Namun, untuk dapatkan kepastian hukum niatkan sedekah kepada ahli keluarga seperti isteri, kita baca ulasan pihak Mufti Wilayah Persekutuan ini.
Apakah benar terdapat hadis yang mengatakan bahawa sedekah kepada isteri pahalanya lebih besar berbanding bersedekah kepada orang lain?
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan soalan di atas, seorang suami yang bersedekah kepada isterinya atau ahli keluarganya merupakan satu perbuatan yang terpuji dan mendapat pahala.
Walaubagimanapun, sudah menjadi tanggungjawab seorang suami atau ayah untuk memberi nafkah kepada orang yang berada di bawah tanggungannya.
Ini difahami berdasarkan firman Allah SWT:
وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ Maksudnya: “Dan kewajipan suami pula ialah memberi makan dan pakaian kepada isteri itu menurut cara yang sepatutnya”.[al-Baqarah:233]
Imam Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat ini bahawa wajib ke atas ayah kepada anak untuk memberi nafkah kepada ibu-ibu dari sudut pakaiannya dengan cara yang sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yang diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan.
Ia sekadar apa yang termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yang melaziminya.
Kembali kepada soalan di atas, nafkah dan sedekah adalah dua perkara yang berbeza. Ini kerana, nafkah bersifat wajib manakala sedekah bersifat sunat. Untuk itu, jika seorang suami itu tidak memberi nafkah kepada isterinya maka suami tersebut telah melakukan dosa.
Selain itu, jika seorang suami itu tidak memberi sedekah kepada isterinya maka dia tidak berdosa kerana perbuatan memberi sedekah itu bukannya wajib. Adapun ganjaran atau pahala bagi seorang suami yang memberi sedekah kepada isteri atau keluarganya ada dinyatakan di dalam sebuah hadith yang sahih:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]
Imam al-Nawawi RA berkata bahawa memberi sedekah kepada ahli keluarga adalah lebih afdhal (lebih baik) berbanding memberi kepada orang asing (yang tidak mempunyai pertalian keluarga) jika mereka (ahli keluarga) berhajat kepadanya.
Tambahan pula, ahli keluarga perlu diraikan hak mereka berdasarkan pertalian silaturrahim walaupun pertalian tersebut jauh. Ini kerana, Nabi SAW memerintahkan kepada Abu Talhah untuk memberikan sedekahnya kepada ahli keluarganya maka beliau memberikannya kepada Ubaiy bin Ka’ab dan Hassan bin Thabit. Kedua sahabat ini berhimpun pada nasab datuk yang ke-7.
Walaupun begitu, ini tidak bermaksud memberi kita juga dituntut untuk memberi sedekah kepada selain daripada ahli keluarga melainkan jika ahli keluarga itu amat memerlukannya.
Ini berdasarkan firman Allah SWT:
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ Maksudnya: “Perbandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”. [al-Baqarah:261]
Ayat ini jelas menunjukkan akan kelebihan seseorang itu apabila dia menyedekahkan sebahagian hartanya di jalan Allah SWT. Di samping itu juga, keikhlasan amat penting agar apa yang kita sedekahkan atau belanjakan diterima oleh Allah SWT dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain supaya kita dikenali atau digelar sebagai seorang yang kuat bersedekah.
Kesimpulannya, bersedekah merupakan satu amalan yang mulia dan amat dituntut bagi sesiapa yang berkemampuan dan sedekah ini tidak hanya tertumpu kepada ahli keluarga terdekat atau jauh sahaja, bahkan ia melibatkan orang-orang yang berada di sekeliling kita.
Akhirnya, marilah sama-sama kita menanam sifat gemar bersedekah walaupan apa yang disedekahkan itu sedikit tetapi moga-moga dengan yang sedikit itu mampu membantu kita untuk masuk ke syurga Allah SWT. Semoga Allah SWT menjadikan kita semua dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menginfaqkan atau menyedekahkan harta di jalan Allah SWT. Amin.
Wallahua’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?