Selepas latte challange tular pula di media sosial satu aplikasi iaitu Face App yang boleh menukar wajah kepada jantina berbeza.
Ramai selebriti yang turut melakukan ini untuk mengetahui wajah mereka apabila ditukar jantina.
Perkara ini mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri yang memberitahu tindakan ini tidak wajar dilakukan umat Islam dan sebaiknya dielakkan sama sekali.
Beliau berkata, meskipun manusia pada masa kini mencapai kemajuan dengan teknologi serba canggih, merubah ciptaan Allah walaupun bukan secara langsung pada fizikal manusia itu disifatkan beliau sebagai tindakan yang tidak baik.
Ads
Malah katanya, tindakan itu antara lain boleh menjatuhkan maruah serta mewujudkan manipulasi dalam keadaan tidak benar terhadap sebaik-baik ciptaan Allah.
“Sebab itu, jika kita lihat, setiap manusia yang hidup mempunyai nama masing-masing untuk membezakan antara satu sama lain termasuklah dari segi jantinanya.
“Apabila wajah ditukar apatah lagi lelaki diwanitakan atau sebaliknya, konsep yang sepatutnya yang mana kita kenal identiti manusia itu akan berubah,” katanya.
Ads
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai aplikasi menukar wajah kepada jantina lain yang ‘trending’ di media sosial kebelakangan ini.
Dr Zulkifli berkata, Allah menciptakan manusia dengan menyatakan: “Kami ciptakan manusia ini sebaik-baik kejadian,” maka sebab itu tindakan berkenaan dilihat seperti melanggar etika kemanusiaan.
Ads
“Allah sebutkan dalam al-Quran: “dan Kami telah muliakan keturunan anak Nabi Adam,” yang mana kalimah itu memberi makna banyaknya kelebihan manusia dari segi akalnya, wajahnya, jadi, walaupun sekadar gambar atau video, elakkanlah.
“Dari sekeping wajah manusia, tuhan cipta riak marah, suka, sedih menggunakan wajah yang sama, betapa luar biasanya ciptaan ini, berbanding kambing, lembu dan sebagainya yang tidak pula Allah berikan kelebihan ini,” katanya.
Viral di media sosial apabila admin fb Cikgu Fadli Salleh berkongsi mengenai luahan seorang ibu yang anaknya belajar di tahun satu tak dibenarkan bawa bekal air ke sekolah di bulan Ramadan ini.
Dalam perkongsiannya Minmin menulis :-
Ni zalim namanya. Tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Budak usia 6-9 tahun perintah wajib belum jatuh atas mereka untuk buat amal ibadah termasuk puasa.
Mewajibkan anak-anak sebesar ini puasa, paksa mereka jangan makan jangan minum, tidak membenarkan mereka bawa air dan bekal bagi yang jelas tak puasa adalah tindakan yang tidak betul.
Benda tak betul kena tegur dan betulkan. Ada parent mendakwa ia adalah peraturan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Betul ke? Harap KPM respon. Ni isu semasa yang perlu respon segera.
Karang ada budak pitam, budak pengsan, budak gastrik asbab hal ini, siapa nak bertanggungjawab? Tolong jangan menzalimi anak-anak belum baligh. Jika ada anak-anak mampu dan larat untuk puasa penuh, tahniah. Boleh teruskan. Namun jika ada anak-anak tak mampu, usah dipaksa-paksa pula.
Kadang aku sedikit pelik, bab puasa dipaksa sungguh-sungguh. Bab solat tidak ditekankan. Terbalik tu. Kata seorang guru aku, “Orang puasa belum tentu solat. Namun orang yang menjaga solat dah tentu takkan meninggalkan puasa”.Begitulah.
– Minmin (admin Cg Fadli) –
Dan dari perkongsian ini ia mendapat respon pelbagai dari ibu bapa yang ada bersetuju dan ada berkongsi pendapat.Dalam pada itu, tentu ibu bapa millenial mahu tahu berapa usia sebenarnya mendidik anak-anak berpuasa. Ikuti penjelasan dari Unit Buhuth, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu di atas.
Pada umur berapakah seorang kanak-kanak itu perlu didik supaya berpuasa?
Jawapan:-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Puasa dan kanak-kanak
Para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, berdasarkan hadith yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh. Saidina Ali bin Abi Tolib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras. Sunan Abi Dawud (4402)
Namun, jika seorang kanak-kanak yang telah mumayyiz itu berpuasa, maka hukumnya adalah sah. Kata Imam al-Qalyubi:-
Maksudnya: (Dan salah satu syarat sah puasa itu) ialah beraqal, dalam erti kata tamyiz, iaitu mampu membezakan antara baik dan buruk; maka sah puasa seorang kanak-kanak yang sudah mumayyiz. (Rujuk Hasyiyata al-Qalyubi wa ‘Umairah 2/76)
Timbul pula persoalan, pada umur berapakah seorang kanak-kanak itu perlu diajar dan dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam Zainuddin Ahmad al-Malibari dan Syeikh Dr. Muhammad Hassan Hito, ibu bapa atau wali perlu menyuruh kanak-kanak untuk berpuasa seawal umur tujuh tahun, dan mendidiknya dengan ‘pukulan kecil’ yang tidak menyakitkan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia engggan. Hal ini diqiyaskan dengan hadith suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik). Sunan Abi Dawud (494) (Rujuk Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din, hlm. 38 dan Fiqh al-Siyam hlm. 23)
Namun, ibu bapa atau wali hendaklah memastikan puasa itu tidak menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak tersebut, dan menilai sejauh mana kemampuan mereka untuk meneruskan puasa.
Kesimpulan
Tuntasnya kami nyatakan bahawa ibu bapa atau wali perlu mengajar dan menyuruh anak-anak supaya berpuasa seawal umur tujuh tahun, dan mendidik dengan pukulan yang ringan ketika dia berumur sepuluh tahun jika dia enggan. Hukum ini diqiyaskan dengan hadith mendidik anak-anak untuk solat yang dinyatakan di atas.
Wallahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Benarlah doa seorang ibu itu tiada hijabnya dengan Allah taala. Kata-kata dan doa yang baik akan melahirkan insan yang baik. Dan kerana doa yang baik dari seorang ibu, anak-anak akan membesar menjadi insan yang baik dunia dan akhirat.
Pakar Psikologi yang amat popular di Kuwait, Doktor Fauziah Ad-Dabbu pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang.Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :-
"Aku bersumpah demi Allah…. wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya dan aku bersumpah demi Allah agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.
Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "
Begini doanya
اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (…..) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم
"Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah 'an ibnii/ibnatii…. (sebut nama anak-anakmu satu persatu)… tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka 'alaihim bi ridhaa-ii 'anhum".
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku…(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).
Kemudian setelah berselang beberapa minggu setelah tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat doa itu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.
Maka berceritalah si Ibu itu:-
Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.
Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.
Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata : mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal?? dan seterusnya. Dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.
Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian dan di dalam diriku ada sedikit syak?
Dan kemudian ku dapati anakku mandi, pada hal aku tak menyuruhnya.
Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, "Apa khabar ibu?" dengan suara lembut yang tak pernah ku dengar darinya sebelum itu.
Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali.
4 jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, "Ibu, saya di dalam masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call….”
Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku?
Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?
Jawabnya; "Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat……………….”
Sejak itu kehidupanku berubah 180 derajat dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.
Tak pernah aku mengalami kebahagian seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian.
Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.
Pada hal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Sya Allah. Kredit :- Fb Ustaz Iqbal Zain
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejak berlakunya wabak pandemik Covid-19, kerajaan Arab Saudi memang menutup sementara kepada semua jemaah untuk menunaikan ibadah umrah kecuali musim haji lalu.
Dan kini setelah keadaan sedikit reda, Tanah Suci Makkah akhirnya dibuka semula untuk umat Islam bagi menunaikan umrah.
Situasi ini memberi kegembiraan kepada semua terutama buat mereka yang dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadah berkenaan.
Perkongsian seorang pengguna twitter Ahmad Najhan Hassim menceritakan pengalamannya menunaikan umrah dalam keadaan norma baharu.
Dia meluahkan rasa syukur dan begitu teruja apabila terpilih menjadi insan terawal bagi melakukan umrah bersama jemaah lain.
Memetik laporan Alhijrah Online, dia tidak menyangka permohonannya menunaikan umrah secara suka-suka melayakkannya menjadi antara individu terawal menunaikan ibadah umrah norma baharu yang bermula semalam.
Najhan yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Jeddah berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) umrah yang dibuat Arab Saudi teratur dan tidak mengganggu pelaksanaan ibadah.
“Bila dah selesai semalam agak teruja apa yang dilakukan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
“Sangat teratur sangat mengikut SOP penjarakan sosial ketika kita melakukan tawaf dan alhamdulillah jemaah sangat mematuhi SOP ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Alhijrah Online.
Sebelum ini dia berpeluang hampir setiap bulan menunaikan umrah sebelum berlakunya pandemik ini setelah hampir tiga tahun menetap di Jeddah.
Pun begitu Najhan memaklumkan, tempoh maksimum tiga jam yang ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah menyelesaikan ibadah umrah menyebabkan tempoh masa di dalam Masjidil Haram singkat.
Ternyata perkongsiannya mengundang respon daripada warganet. Rata-rata teruja membaca pengalamannya ini dan turut agar dapat ke sana satu hari nanti.
Najhan juga turut berkongsi pengalamanya itu di laman sosial Facebooknya sepanjang mengerjakan umrah dengan norma baru ini.
Syukur sgt setelah sekian lama umrah ‘direhatkan’..kalini berpeluang menjadi yg terawal since dimulakan semula harini bagi penduduk di dalam saudi.. Nama pn norma baharu..so ada pembaharuan dr segi kedatangan jemaah.
Kalini semua yg niat nk buat umrah perlu ‘online booking’ melalui apps Eatmarna ‘اعتمرنا’..pilih tarikh dan masa yg korang plan. Oh ya perlu daftar juga apps tawakkalna ‘توكلنا’ utk status kesihatan dan utk mendapatkan personal permit yg aktif.
Kali ni kita wajib utk menaiki bas kalo pilih Alshishah Centre.Tapi berbayar msa booking dlm apps Eatmarna tu nnti (SR37.23), harga utk pegi balik.rasanya bg yg drive sndri better pilih Alshishah ni sbb senang parking kereta korg.
Then sama2 naik bas ke masjidil haram. Utk abam punya pilihan (Alshishah Center), turun je bas nnti bjaln sket then akan ada 1 lg kaunter saringan (kawasan lapang berdekatan zamzam Sabe dan tandas bwh tanah).
Kat sini jemaah akan menunggu mutawwif utk bawa masuk ke dalam masjid (As-Salaam Gate), ikot kumpulan dan kita akan dilepaskan di dataran kaabah nanti utk mulakan tawaf..berlainan pulak kalo yg dari Kudai Centre, bkumpul di belakang clock tower then sama2 la bjalan masuk ke masjid menerusi pintu King Abdul Aziz, menurut kata Ustazah Salimah Hasim (SALAM HAJI Travel & Tours Sdn Bhd Makkah Kenangan Terindah)..senang kata, ikot je arahan dan panduan dr staff..
Jika kalian perasan, masa buat tempahan tu ada ruangan masa. Jangan risau, tu sekadar panduan ‘time frame’ utk kita berada dlm Masjidil Haram.xde la kata contoh pukul 9pg, sharp kna masuk waktu tu jgk..then kalo lmbt xdibenarkan masuk ke apa..tak seketat itu pun..jnji dalam lingkungan masa permit yg dikeluarkan selama 3jam tu..
So beribadah la sepuasnya dlm masa 3jam tu sebelum waktu keluar..untuk harini pintu masuk abam melalui jalan ground floor ke dataran Kaabah tu, pintu keluar lps dah selesai Saie, melalui pintu As-Salaam juga di bhgian bukit Marwah sana..ikot la mana laluan kalian masuk, situ jugak la keluar nya arah yg sama..then pegi la ke bus hub yg sama utk balik ke kereta masing2. Oh perkhidmatan skuter utk saie masih ada ya..semua bole didapati di aras yg sama, bukan lg di tingkat atas seperti sebelumnya..
– Abam buat swab test even xde arahan, sbb fikir logik dia link dgn tawakkalna tu utk status kesihatan. Better buat drpd xbuat, buang masa n duit je kalo tiba2 xdibenarkan masuk
– Tak perlu tergesa2 buat tawaf.ambil masa and peluang sebab anda ada 3jam sebelum keluar. Ambil masa utk solat sunat juga lps da selesai tawaf. Dorang akan ‘halau’ jemaah utk terus buat saie kalo kwsn solat nmpk sesak. Tp kalo lengang kwsn solat tu, jemaah nk duduk lama n santai pun boleh
– Begitu juga utk ibadah saie. Ambil masa. Mcm tadi abam siap tahallul semua, saje duduk skejap di kwsn bukit Marwah tu sblm rasa nak keluar dr kwsn masjid utk balik ke bus hub tadi. Yela da keluar xboleh masuk dah
– Bagi yg nak menginap di mekkah boleh je buat tempahan hotel di perkarangan Masjidil Haram, so nanti better pilih Kudai Center sbgai tmpt berkumpul..mudahkan korang RALAT. Yela norma baharu, so ada bberapa bnda yg kta xdpt rasa mcm dlu..
– Kaabah dan hajar aswad xboleh disentuh atau dicium. Ada benteng keliling kaabah dan dijaga..utk elak bersentuhan..SOP kna jaga!
– Kalo dulu ibarat nya percuma utk dtg beribadah. Now dh kna sedikit bayaran utk bas. Xpe niat kn utk sedekah utk pekerja yg memastikan kebersihan segala perkhidmatan yg disediakan.
– Dulu xde had masa. Boleh keluar masuk bnyk kali nk buat umrah ke tawaf ke. Bole stay lama2 dlm Masjidil haram
– Air zamzam akan diberi dlm botol kecil oleh petugas2..dah xde kaunter layan diri tu
– Kesan dr teknologi. Kesian utk warga emas, org kurang kemampuan, atau yg kurang mahir dlm teknologi utk booking permit umrah
Buat yg berada di luar Saudi. Khabarnya mula dibuka buat kalian November nanti. Tu pn bergantung pada keadaan semasa dan status covid negara masing2..Sama2 la kta doa supaya dipermudahkan urusan kalian ke sini.Yang berada di saudi pulak, jarak untuk permohonan seterusnya hanya selepas tempoh 14hari bagi memberi laluan kepada jemaah yg belom berkesempatan untuk melakukan umrah.
Sekian, sedikit perkongsian buat semua. Harap dpt membantu serba sedikit
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.