Anak kecil menangis waktu malam terutamanya jika berpanjangan memang meresahkan ibu bapa. Boleh jadi kerana tidak selesa, sakit atau tak mustahil adanya gangguan syaitan.
Dalam hal ini bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil ini ada beberapa amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha untuk menghentikan bayi yang menangis ini.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan walaupun tiada doa khusus yang perlu dibacakan supaya anak kecil tidak menangis namun ibu bapa boleh saja mempraktikkan doa dengan apa lafaz sekali pun dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syarak.
Namun begitu, yang terbaiknya adalah dengan membacakan doa yang terdapat di dalam al-Quran mahupun hadis Nabi SAW.
Boleh jadi bayi menangis di waktu malam disebabkan lapar. Boleh jadi juga kerana sakit dan boleh jadi juga kerana gangguan dari syaitan.
Ads
Amalan doa jika anak menangis tengah malam
Maka yang pertamanya perlulah diketahui akan sebab utamanya terlebih dahulu. Adapun untuk mengelak dari gangguan syaitan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya:
Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya
2. Membaca Ayat al-Kursi
3. Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas.
Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.
Selagi bernyawa pasti kehidupan kita ini tidak akan sentiasa tenang dan selesa. Ada masanya kita dihadap dengan masalah dan ujian dari Tuhan Yang Maha Esa.
Mungkin jua ketika berdepan dengan masah dan ujian ini kita buntu hingga berasa stress mencari jalan penyelesaian.
Ketika dalam situasi ini sebaiknya kita amalkan satu zikir yang turut menjadi amalan nabi ketika berdepan kesukaran. Saranan ini dibuat oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz dalam satu perkongsian beliau di Facebook.
“Dalam al-Quran ada satu ayat, zikir amalan nabi yang bakal meleraikan banyak masalah:
1. Menghilangkan stress
2. Mengurangkan depresi
3. Jalan keluar bagi masalah besar
4. Menjemput bantuan tak disangka
Hebatnya zikir ini, ia pernah menyelamatkan seorang nabi yang buntu, hampir putus harapan. InsyaAllah, efek zikir ini bakal menjernihkan jiwa kita dari tekanan kehidupan yang tidak dimahukan.
Ini zikirnya. Amalan ampuh Nabi Yunus a.s. Tersimpan di dalam surah al-Anbiya’ ayat 87 :
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minaz zhalimin
Ertinya : “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Ulama berpesan untuk mengamalkannya 40 kali setiap hari. Boleh bacakan zikir ini pada air & diminum sebagai amalan dengan keyakinan, semoga ikhtiar kita, doa kita, zikir kita, kesemuanya menjadi asbab menjemput nusrah (bantuan) dari-Nya.
Semoga Allah SWTmenghilangkan beban kesedihan jiwa & menggantikannya dengan ketenangan. Semoga beban kesedihan yang lama bersarang akan ditarik perlahan lahan. Semoga dada dilapangkan selapangnya. Semoga selepas ini, kita bernafas dengan penuh rasa lega, amin.
Selain penyakit kritikal, mati pucuk juga antara masalah kesihatan yang ditakuti golongan lelaki. Lagi digeruni jika dihadapi oleh lelaki yang masih muda dan dalam masa yang sama mempunyai perancangan untuk berkahwin.
Dalam hal ini apakah hukum seorang lelaki yang jelas menghadapi masalah mati pucuk ingin menikahi wanita yang dicintai. Ini kerana sudah tentu lelaki tersebut tidak dapat memenuhi nafkah batin yang sepatutnya wajib ditunaikan.
Memetik dari laman Maktabah Al Bakri isu ini termasuk dalam aib nikah. Apabila seorang suami mampu memberi nafkah zahir, namun mempunyai kelemahan fizikal (nafkah batin), maka makruh hukumnya. Penjelasan lanjut adalah seperti di bawah
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)”
Riwayat al-Bukhari (5065) dan Muslim (3466)
Imam Nawawi menjelaskan, adapun pengertian al-ba’ah (الْبَاءَةَ) sendiri adalah jima’ (hubungan intim), inilah makna al-ba’ah (الْبَاءَةَ) pada bahasa. Namun yang dimaksudkan adalah mampu untuk berjima’ disertai dengan kemampuan memberi nafkah terlebih dahulu.
Sesiapa yang tidak mampu berjima’ lantaran belum mampu dari segi nafkah, maka hendaklah dia rajin berpuasa untuk mengekang syahwatnya yang menggelora. Gejolak maninya dapat ditahan dengan rajin berpuasa sunat seperti itu. Itulah maksud hadis yang dikemukakan di atas. Hadis tersebut ditujukan kepada para pemuda yang syahwatnya sudah menggelora namun belum mampu untuk memberi nafkah. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/154)
Imam al-San’ani pula menyebut: Para ulama’ berselisih pendapat pada maksud al-Ba’ah (الباءة). Pendapat yang paling sahih (qaul al-asah), maksud al-Ba’ah ialah jima’ atau mampu bersetubuh.
Maka hadis tersebut dibaca dengan: Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu bersetubuh kerana kemampuannya untuk menanggung perkahwinan, maka berkahwinlah. Sesiapa yang tidak mampu bersetubuh kerana lemah untuk menanggung perkahwinan, maka dia hendaklah berpuasa untuk mengekang syahwatnya. (Lihat Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram oleh al-San’ani, 2/159)
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang sudah mempunyai kemampuan sama ada secara fizikal atau ekonomi, maka hendaklah segera bernikah. Ini kerana terdapat padanya banyak faedah dan kebaikan.
Disebut dalam kitab Syarh Bulugh al-Maram: Ramai dari kalangan ulama’ yang menyebut bahawa seseorang yang sudah mampu (secara fizikal dan ekonomi) untuk berkahwin, maka wajib baginya untuk berkahwin. Ini kerana pada dasarnya, perintah tersebut (فَلْيَتَزَوَّجْ) menunjukkan kewajiban, dan di dalam pernikahan itu terdapat maslahat yang agung. (Lihat Syarh Bulugh al-Maram, 3/179)
Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan bahawa isu ini termasuk dalam aib nikah. Aib-aib dalam pernikahan itu ada tujuh, yakni gila, kusta, sopak, zakar tidak boleh membesar, hasyafah terpotong, faraj tersumbat dengan daging dan faraj terhalang dengan tulang (Lihat al-Mu’tamad, 4/96).
Begitu juga, aib ini boleh dibahagi kepada dua:
– Aib menghalang persetubuhan seperti zakar terputus, mati pucuk, faraj tersumbat oleh tulang atau daging.
– Aib yang tidak menghalang persetubuhan seperti penyakit yang menjijikkan atau mengundang bahaya seperti sopak, kusta dan gila.
Oleh itu, aib di atas jelas menunjukkan menghalang tujuan perkahwinan. Namun, sekiranya aib yang dialami suami boleh dirawat, maka sebab yang boleh mengfasakhkan telah digugurkan (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/ 109).
Kesimpulan
Justeru itu, dalam isu ini ia termasuk dalam aib nikah. Apabila seorang suami mampu memberi nafkah zahir, namun mempunyai kelemahan fizikal (nafkah batin), maka makruh hukumnya.
Walau bagaimanapun, apabila bakal isteri redha dengan keadaan bakal suaminya yakni mati pucuk, maka tidak menjadi masalah untuk mereka berkahwin. Meskipun isteri redha dengan kekurangan suami (mati pucuk), namun si suami perlu ikthtiar untuk merawat masalah tersebut, kerana memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri adalah wajib.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Doa agar Allah bantu hadapi sakaratul maut adalah amalan doa yang setiap dari kita perlu tahu kerana pastinya kita akan berdepan saat ini satu hari nanti.
Malah ia juga penting, khususnya bagi mereka yang menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang sedang sakit nazak.
Dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun, katanya doa ini diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda sudah menghampiri keadaan sakaratul maut.
Diceritakan oleh Saidatina Aisyah, Baginda SAW meminta kepadanya air lalu dibacakan satu doa:
Daripada Aisyah r.anha, Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّهَا قَالَتْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ بِالْمَوْتِ وَعِنْدَهُ قَدَحٌ فِيهِ مَاءٌ وَهُوَ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْقَدَحِ ثُمَّ يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ يَقُولُ
Maksudnya: “Aku melihat Rasulullah SAW sedang nazak. Baginda mempunyai cawan berisi air di dalamnya, baginda meletakkan tangannya ke dalam cawan kemudian menyapu mukanya dengan air itu, lalu baginda berkata:
“Ya Allah! Tolonglah aku dengan derita kematian dan penderitaan kematian.” (HR Tirmizi, hadis hasan)
“Doa ini juga boleh diamalkan ketika menjaga keluarga yang sedang sakit dan nazak, sunnah dibacakan doa ini lalu disapukan air ke wajah dan anggota badannya.
“Moga dengan air yang sifatnya menyejukkan dapat meringankan rasa panasnya ketika menghadapi sakaratul maut. Ketika itu hanya Allah SWT yang dapat membantu keadaan kesakitan hamba-Nya,” kongsi Ustazah Asma’
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.