Apabila dipuji, timbul juga sedikit rasa bangga secara tidak sengaja. Adakah ada doa khusus yang diajarkan Nabi SAW yang perlu dibaca ketika kita dipuji.
Pertamanya, perlu diingatkan bahawa memuji-muji seseorang secara berlebihan di hadapannya dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.
Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.anh bahawa seorang lelaki telah memuji seorang lelaki yang lain di sisi Nabi S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”. Sahih Muslim (3000)
YANG DIPUJI JANGAN RIAK, UJUB DAN TAKABBUR
Puji-pujian sesama manusia secara sederhana tidaklah dilarang, bahkan ia merupakan salah satu bentuk muamalah yang baik sesama manusia. Namun orang yang dipuji hendaklah berhati-hati dan memelihara hatinya daripada merasa riya’, ujub dan takabbur apabila mendengar pujian yang dilontarkan kepada dirinya.
Terdapat satu doa yang baik yang diamalkan oleh seorang sahabat Baginda SAW, di mana diriwayatkan bahawa Adi bin Arthah –rahimahullah – (seorang ulama tabi’in) meriwayatkan:
كَانَ الرَّجُلُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذَا زُكِّيَ قَالَ: اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ
Ads
Maksudnya: Dahulu ada seorang sahabat Nabi SAW, yang apabila dia dipuji mengucapkan: “Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui”. Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (761)
Terdapat juga riwayat daripada sebahagian ulama salaf yang berpesan dengan doa:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan diriku lebih dari aku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding orang lain. Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”
Ads
Dalam riwayat yang lain, terdapat tambahan lafaz:
وَاجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ
Maksudnya: Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan. Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4524 dan 4534)
Maksudnya: Jangan kalian memuji-muji diri kalian sendiri, Kerana Dia-lah yang paling tahu siapa yang bertaqwa. Surah al-Najm (32)
Sufyan bin Uyainah pernah berkata,
قالت العلماء المدح لا يغر من عرف نفسه
Maksudnya: Para ulama mengatakan: pujian tidak akan menipu orang yang mengenali dirinya sendiri (dia tahu bahawa ia tidak sebaik itu dan sedar akan banyaknya dosa yang dilakukan). (Rujuk Hilyatul Auliya’ 7/302)
‘Waktu nak gunalah, barang hilang.’ Amalkan doa ini, jangan biarkan waktu solat teringat-ingat di mana kita letak barang yang hilang tersebut. Sebelum solat, puas mencari tak jumpa, time solatlah nak ingat segalanya.
Hilang barang sememangnya buat hari gundah dan tak tenteram, apatah lagi barang yang mempunyai ‘sentimental value’ atau dihadiahkan insan istimewa.
Di sini Ustazah Asma’ Harun kongsikan doa yang boleh kita amalkan apabila menemui jalan buntu bila barang yang dicari tak jumpa.
Kita mesti gelisah ketika ada barang hilang, lagi-lagi barang yang disayangi seperti haiwan peliharaan, barang berharga, barang keperluan, dan lain-lain.
Kerap kali barang itu hilang saat kita benar-benar perlukan, kemudian waktu sedang solatlah asyik teringat mungkin ia di sekian-sekian tempat.
Amalkan Doa Ini
Sebenarnya dalam Islam alim ulama ada mengajarkan satu doa khusus jika ada kehilangan barang.
Antara doa yang boleh dipanjatkan agar Allah menemukan kita dengan barang yang hilang adalah seperti yang disebutkan dalam kitab Maslakul Akhyar fil Ad‘iyah wal Azkar, menurut Sayyid Utsman bin Abdullah:
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang mengumpulkan sekalian orang di hari yang tiada syaknya lagi padanya. Kumpulkanlah antara aku dan barangku yang hilang, kumpulkan dengan kebajikan dan ‘afiyah.”
Jangan Biarkan Waktu Solat Teringat-Ingat
Selain itu boleh berdoa banyakkan menyebut nama Allah ya Wajid yang Maha Menemukan agar Allah memberi kemudahan untuk menemukan barang yang hilang.
Semoga kita dapat beramal dengan doa ini dan menjadi insan yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah SWT.
Jodoh dan pertemuan adalah perkara misteri yang tidak diketahui oleh manusia, namun semuanya adalah ketentuan Allah SWT yang maha mengetahui. Setiap dari kita mempunyai perjalanan hidup yang berbeza apabila dikaitkan dengan jodoh. Kehadiran jodoh adalah sesuatu yang tidak terduga dan tidak disangka-sangka.
Namun bagi yang masih sendiri dan menanti jodoh, usahlah bersedih hati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan pasangan hidup. Ada beberapa doa yang boleh diamalkan dalam usaha ‘mendekat’kan jodoh.
Dua ayat yang boleh diamalkan ialah dari Surah Yusuf dan Surah Taha.
TATACARA MENGAMALKAN SURAH YUSUF DAN SURAH TAHA
Untuk mengamalkan doa ini yang paling penting bersihkan hati. Niat dengan hati yang ikhlas.
Niatkan untuk tujuan yang baik.
Amalkan baca Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Taha ayat 39 selepas mandi atau selepas mengambil wuduk. Tiupkan pada kedua telapak tangan dan sapukan pada wajah.
Bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak tiga kali setiap kali selepas selesai solat lima waktu.
Berdoalah untuk memohon apa yang dihajati. Walau bagaimanapun janganlah bersedih hati jika hajat tidak dimakbulkan. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa. Mungkin Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik. Bersikap positif dan yakinlah pada kuasa Allah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Solat yang kita lakukan lima kali sehari bukan saja tanda kepatuhan kepada Allah SWT. Tapi dalam solat itu terkandung doa-doa dan juga pujian untuk Allah Taala.
Namun disebabkan kita tidak memahami bacaan solat ramai antara kita tak tahu apa yang dibaca adalah doa yang sebenarnya mempunyai impak yang cukup besar. Ikut perkongsian Mohd Ibrahim, tentang perkara ini yang boleh kita jadikan iktibar.
بِسْمِ اللَّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sedar atau tidak sebenarnya, kita berdoa. Dan doa yang paling banyak kita baca adalah doa ketika solat. Walaupun doa ini hanya sunat bai’ah (tidak membatalkan solat jika tidak membacanya) hukumnya, tapi kita sangat digalakkan membacanya.
“Doa apakah yang paling banyak dan sering dibaca oleh seorang muslim?”
Ramai yang salah menjawabnya. Sebenarnya doa tersebut terlalu kerap kita baca sehingga kita tidak merasa sedang berdoa. Padahal doa itu sangat mendalam maksudnya, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Kita membacanya paling tidak 17 kali setiap hari (bagi orang yang solatnya cukup 5 waktu sehari semalam)
Doa itu adalah,Doa Diantara Dua Sujud, marilah kita renungi maksudnya :
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke redaan Allah. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.
WARHAMNII ( وَارْحَمْنِيْ) Sayangilah diriku.
Kalau kita disayang Allah, hidup akan terasa bahagia, kerana dengan kasih sayang akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang Allah diri kita akan terbimbing.
WAJBURNII ( وَاجْبُرْنِيْ) Tutuplah segala kekuranganku.
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki Allah, maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.
WARFA’NII ( وَعَافِنِي) Tinggikanlah darjatku.
Kalau Allah sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang boleh menghinakan kita.
WARZUQNII ( وَارْزُقْنِي) Berikanlah aku rezeki
Sebagai hamba Allah kita memerlukan rezeki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.
WAHDINI ( وَاهْدِنِي) Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan.
Kita tidak hanya minta petunjuk atau hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar daripada mengambil keputusan yang salah.
WA’AAFINII ( وعافِني ) Berikanlah aku kesihatan.
Apabila kita sihat kita boleh menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”
WA’FUANNII ( وَاعْفُعَنِّيْ) Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan.
Kita awali doa ini dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan agar catatan dosa kita dihapus. Sehingga kita benar-benar bersih dari dosa seperti bayi yang baru lahir.
Allah memerintahkan kita untuk membaca doa itu, Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita, menurut logiknya doa tersebut pasti dikabulkan.
Tapi persoalannya “Dimana hati dan fikiran kita ketika kita membaca doa itu?”
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa,“Allah tidak akan mengabulkan doa yang keluar dari hati yang lalai”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sudah berpisah, namun bekas suami isteri terus berhubung dan berkawan baik demi anak. Ada masa keduanya juga bertemu malah da juga yang menghabiskan masa...