Bagi yang perasan, dalam dua tiga hari ini, warna biru digunakan dalam carta statistik jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan di negara ini oleh pihak Kementerian Kesihatan. Malah setakat semalam, jumlah mereka yang positif mencecah lebih 21,000 dengan lebih 1.3 juta secara keseluruhan. Malah semalam turut dilaporkan 93 kematian melibatkan Brough In Dead (BID) yang bermaksud kematian secara tiba-tiba sama ada di rumah dan sebagainya menjadikan ia jumlah paling tinggi pernah dicatatkan dalam negara.
Di sebalik penggunaan warna biru, pada sebahagian kita ia mungkin hanya warna sahaja tetapi istilah Code Blue ini sebenarnya menggambarkan situasi “cemas / kritikal” bagi petugas di hospital. Ini kerana biasanya apabila “code blue”dilaungkan di hospital, ia menandakan ada berlaku kes kecemasan yang memerlukan para doktor dan lain-lain petugas bergegas ke tempat tersebut dengan sepantas mungkin.
Memandangkan kes sudah mencecah angka lebih 21,000 dalam sehari selain berlaku jangitan Covid-19 melibatkan jumlah yang besar melibatkan varian delta, ia seharusnya dibimbangi oleh orang ramai untuk sentiasa kekal di rumah dan sentiasa membersihkan tangan seperti diajar sebelum ini.
Namun masa yang sama, sebagai umat Islam, kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT agar dijauhi dari penyakit Covid-19 ini yang sedang mengganas kala ini.
Ads
Bacalah doa ini untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19.
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Ads
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Baru-baru Touch ‘n Go telah memperkenalkan Go+ di aplikasi Touch ‘n Go. Mungkin ramai yang belum sedar akan aplikasi ini atau masih samar-samar mengenai kegunaannya.
Untuk pengetahuan Touch n Go eWallet, ciri GO+ ini diperkenalkan dengan kerjasama pihak Principal Asset Management Berhad, yang membolehkan pengguna untuk menjana dana tambahan melalui baki dalam akaun.
Namun sudah dinyatakan oleh pihak TNG ianya tidak patuh Syariah. Ia menerusi satu kenyataan dari pihak Touch 'n Go di laman webnya.
Dalam satu perkongsian dari Ahmad Sufyan Che Abdullah, ianya haram disertai oleh orang Islam kerana pulangan yang ditawarkan dihasilkan oleh instrumen Principal E-Cash yang merupakan fund yang tak patuh Syariah.
Malah dirinya mengajak umat Islam agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam produk seumpama ini kerana mana-mana pelaburan ada unsur riba, adalah dosa besar untuk umat Islam.
Dalam itu, seorang pengguna, Basri Husin telah mengajar pengguna untuk mendapatkan semula duit yang telah dimasukkan ke aplikasi Go+ ini agar tidak terus bersyubahah menanggung dosa hasil pelaburan tidak patuh Syariah ini.
Apa perlu buat?
Sesiapa yang ingin keluarkan balik dari akaun Go, boleh follow tutorial ini. Alhamdulillah saya dah keluarkan walaupun masukkan RM50.
Dah itu saja dan tunggu duit di kembalikan ke akaun kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Pakai baju lengan pendek, cover dengan handsock.’ Berfesyen jangan sampai terdedah aurat. Begitulah menjadi seorang wanita bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi dalam menjaga aurat.
Tetapi ketahuilah bahawa suatu hari nanti, kita akan merasa bersyukur kerana banyak pahala yang Allah anugerahkan buat wanita yang sentiasa menjaga aurat.
Di dunia mungkin terasa susah mahu tutup sana, sini tetapi di akhirat mereka wanita-wanita penghuni syurga. Insyallah.
Apakah hukum pakai handsock atau sarung lengan yang ketat bagi menutup aurat dengan sempurna?
Kongsi Ustaz Azhar Idrus melalui ceramahnya, memang menjadi kebiasaan kaum wanita mengenakan sarung lengan di sebelah dalam lengan baju kurung.
Di bahagian luar memang terdapat lengan baju kurung yang longgar dan menutup aurat, kemudian wanita tambahkan pula memakai sarung tangan yang agak ketat di bahagian dalam.
Jadi di sini persoalannya, adakah memakai sarung lengan yang ketat sudah mencapai tahap menutup aurat dengan sempurna.
Jawapannya, jika wanita tersebut pakai baju lengan panjang, aurat perempuan menurut Mazhab Imam Shafie adalah seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
Disini, bila seorang wanita memakai baju kurung, berlengan panjang sudah dikira menutup aurat. Dalam masa yang sama, jika dia memakai stokin lengan di sebelah dalam, paling baik stokin lengan tadi wajib ditutup dengan pakaian yang longgar.
Tetapi jika berdepan dengan situasi sebegini, katakan seorang wanita ingin mengambil barang di tempat yang tinggi seperti di kedai. Kemudian lengan baju kurung terselak dan menampakkan stoking lengan yang ketat di bahagian dalam. Hukumnya di sini dimaafkan.
Berbalik kepada situasi yang tidak boleh atau dibenarkan memakai stoking lengan yang ketat adalah apabila seorang wanita memakai baju lengan pendek kemudian mengenakan stokin yang menampakkan bentuk lengan dari awal. Jadi hukumnya haram.
Oleh itu bagi lelaki ajnabi yang melihat wanita dalam keadaan ini, wajib palingkan pandangan.
Kashoorga : Sebagai wanita jagalah aurat sebaik mungkin, insyallah besar ganjarannnya.
Wanita kena elak post gambar, video tak menutup aurat. ‘Walaupun dalam private group, bimbang tersebar nanti sudahnya mengundang fitnah.
Tidak dinafikan ada wanita terbuka berkongsi gambar tidak menutup aurat seperti tak bertudung dalam group private dengan harapan tiada siapa yang akan sebarkan.
Kita tak tahu hati manusia kan, kadang-kadang bila berlaku perkara tak terduga dalam hubungan, akhirnya gambar atau video tersebut dijadikan modal.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini,
Soalan
Bolehkah kalau post gambar tak tutup aurat dengan sempurna macam tak pakai tudung dalam kalangan ‘close friend’ perempuan dekat Instagram? Saya lihat ada kenalan yang buat macam tu. Mohon pandangan dan terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Perbuatan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna di media sosial adalah perkara yang bercanggah dengan hukum dan adab sebagai seorang yang beragama Islam.
Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Justeru itu, bagi mengelakkan segala kemudaratan dan maksiat, menjadi satu kewajipan untuk memuat naik yang menutup aurat dengan sempurna serta tidak melanggar adab, etika dan kesopanan seorang muslim.
Huraian Jawapan
Dengan kemunculan dan pembaharuan pelbagai sistem tetapan dan ciri yang menarik di media sosial, pengguna media sosial ini perlu mengamalkan adab dan etika serta sentiasa mengawal diri daripada melakukan perkara yang membawa kesan negatif kepada diri, agama dan negara.
Bagi menjawab persoalan di atas, hukum menghantar atau memuat naik gambar gambar dengan keadaan tidak menutup aurat adalah perkara yang dilarang dalam syarak sama ada perbuatan ini dilakukan oleh lelaki mahupun wanita.
Setiap muslim perlu ada sifat malu dan berusaha menjaga auratnya sebaik mungkin dan tidak boleh mengambil mudah akan perihal aurat sehingga menjadi tontonan golongan ajnabi. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
Surah al-Nur (30-31)
Justeru itu, membuka aurat tanpa sebarang tujuan darurat adalah haram sama ada aurat diri sendiri atau aurat orang lain.
Walaupun gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi.
Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.
Riwayat al-Bukhari
Berdasarkan hadis tersebut, seorang isteri dilarang menceritakan keadaan bentuk badan wanita lain kepada suaminya kerana dikhuatiri suaminya berasa tertarik dengan sifat yang disebutkan sehingga menceraikan isterinya dan mengidamkan wanita yang diceritakan sifatnya itu.
Hadis ini merupakan hujah Imam Malik dalam menentukan piawaian sadd al-zariah iaitu menghalang perbuatan harus yang boleh membawa kepada sesuatu yang haram. (Rujuk Fath al-Bari, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, 9/338)
Oleh yang demikian, memuat naik gambar atau video yang tidak menutup aurat dengan sempurna sewajarnya dielakkan. Walaupun tontonan di media sosial boleh dihadkan dan ditetapkan kepada golongan tertentu, namun terdapat kemungkinan gambar atau video itu boleh tersebar kepada orang lain atau dikhuatiri keadaannya itu diceritakan oleh orang yang melihat kepada ajnabi.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.