Dalam kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan pelbagai cerita atau berita yang diterima atau dengar terutamanya di media sosial.
Mendengar kisah frontliner yang bekerja siang dan malam juga sangat menyentuh hati dan perasaan betapa mereka bekerja tanpa henti demi menyelamatkan dan merawat pesakit.
Dan bagi pengacara Dayah Bakar turut berkongsi berita yang sangat menggembirakan apabila disahkan hamil anak pertamanya.
Dayah Bakar mengumumkan berita kehamilannya di laman Instagramnya dan mahu berkongsi kegembiraannya dengan semua follower.
Dalam pada itu, Dayah meminta agar semua mendoakan kesihatan serta kekuatan buat dirinya serta baby yang dikandung. Maklumah seperti kita tahu negara sekarang berada dalam musim COVID-19 ini.
Dayah juga turut mendoakan kepada mana-mana pasangan yang belum dikurnakan zuriat dan terus berusaha kerana akan diberikan rezeki tidak lama lagi.
“We’ve been keeping this for awhile , but I think it’s time to share this happy news with all of you… We’re expecting our little miracle soon , in sha Allah . Little DayaHanif is growing inside me
“Tiada lebih yang kami pinta dari kalian, selain dari mendoakan untuk kesihatan , kekuatan dan kemudahan saya dan little bb sehingga hari melahirkan nanti ya .
“Doakan juga saya, little bb dan Hanif akan bertemu semula tak lama lagi . Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi. Have faith, in sha Allah .
Sebaik muat naik berita gembira ini, rata-rata rakan selebriti serta warganet mengucapkan tahniah kepadanya dan berdoa agar semua urusan dipermudahkan sehinggalah saat melahirkan nanti.
MashaAllah!!! Alhamdulillah. So happy for you girlllll… enjoy the rest of your pregnancy. Take care tau. Please be safe. Will pray for little bb, you and the fam.
I don’t know why but yaaa i feel excited … I already follow your journey before you married and i love all your positive vibes so yaaaa… excited sngt2 for little baby from kak dayah may Allag ease everything for you
Alhamdulillah..semoga baby sihat walafiat…bykkan baca surah2 for the baby ..semoga menjadi anak solih..aamiin..take care Dayah..tengok kat tv pun dah dapat rasa yg Dayah ni mesti tengah pregnant..sebab lain pembawakan drp Dayah2 yg dulu
subhanallah wallhamdulillah walailahailallah.. tahniah kak dayah..saya mendoakan semoga kehadiran bby ini membawa lebih sinar , rezeki dan kebahagiaan kepada keluarga kak dayah, semoga kak dayah terus sihat da kandungannya juga sihat sehingga ke proses melahirkan.. saya nak minta kak dayah doakan saya dan suami yer,saya pun sudah lama menanti kehadiran cahaya mata, namun belum ade rezeki.. in shaa allah suatu hari nanti.. aminn
Dayah Bakar dan pasangannya Muhammad Hanif mendirikan rumah tangga pada 29 Jun 2018 dan menunggu hampir dua tahun sebelum diberikan rezeki tidak ternilai dari Allah SWT.
Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing.
Gambar sekadar hiasan.
Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
Gambar sekadar hiasan.
KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Islam telah menggariskan panduan dalam pemilihan jodoh bagi kaum wanita dan juga lelaki.
Ianya juga sudah tertulis di dalam hadis. Berikut adalah ciri-ciri jodoh dalam Islam bagi kaum lelaki dan juga wanita.
LELAKI
Bagi golongan lelaki, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”
Hadis ini telah direkodkan oleh kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Di sini kita sudah dapat lihat di mana Rasulullah SAW telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
WANITA
Bagi golongan wanita pula, Rasulullah telah mengenakan 2 syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau reda agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlaku fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Manakala di dalam riwayat yang lain, selepas Rasulullah SAW bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah SAW mengulangi, “Apabila orang yang engkau reda agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak 3 kali – Abu Hatim Al-Muzani r.a.
PANDUAN MEMILIH JODOH
Dalam membina ikatan perkahwinan yang harmoni dan diberkati oleh Allah SWT, mereka disarankan supaya mengambil kira panduan Syara’ dan saranan Nabi. Ianya di mana, bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah (beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain.
Sabda Rasulullah SAW:
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik” – Riwayat Ibnu Majah.
Oleh itu, bagi kaum lelaki, carilah isteri yang beragama, ini adalah kerana apabila seseorang lelaki memilih bakal isteri yang solehah dan baik, nescaya mereka akan mendapat jaminan kebahagiaan rumah tangga.
Berlakon berpelukan dalam drama atau filem memang menjadi antara aksi wajib dalam mana-mana penerbitan. Dari dahulu sehingga hari ini, drama seperti ini mempunyai pengikutnya tersendiri.
Lakonan mantap penuh penghayatan menjadikan aksi mereka sangat real; bertengkar, bergaduh, lafaz cerai malah berpelukan antara pelakon lelaki dan perempuan bukan mahram.
Ramai suka tonton aksi ini, namun, adakah lakonan ini dibenarkan dalam Islam tambahan pula pelakon pun mencari rezeki atas lakonan itu?
Apa yang jelas, Islam tidak membenarkan kita menghalalkan perkara yang diharamkan. Kita dapatkan penjelasan ustaz Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Assalamualaikum ustaz. Maaf ganggu sebab saya ada kemusykilan berkenaan sebuah drama (stesyen televisyen swasta) yang di dalamnya terdapat adegan pelakon wanita peluk pelakon lelaki padahal pelakon wanita itu sudah berkahwin dan ada anak. Saya ada berbual dengan kawan.
Saya cakap teruklah perempuan ini, dah kahwin oun boleh peluk lelaki lain. Kawan saya cakap tak salah pun, itu karier dia…dia kena professional.
Saya tetap pertahankan benda itu salah dan dia juga tetap dengan pendapat dia bahawa perbuatan itu tak salah sebab cari rezeki. Lagipun suami dia izinkan.
Soalan saya, apakah hukum menghalalkan yang haram akan jatuh kufur?
Jawapan:
Perbuatan wanita peluk lelaki yang bukan suami dan bukan mahram jelas hukumnya haram dan berdosa besar. Ini kerana perbuatan ini dikategorikan sebagai perbuatan yang menghampiri zina.
Perbuatan lebih teruk kecamannya menurut syarak kerana ia dipamerkan di hadapan umum dan dibanggakan. Perkara ini jelas disabdakan oleh Rasulullah ﷺ dalam sepotong hadis:
كل أمتي معافى إلا المجاهرين وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا ثم يصبح وقد ستره الله عليه فيقول يا فلان عملت البارحة كذا وكذا وقد بات يستره ربه ويصبح يكشف ستر الله عنه. متفق عليه
Maksudnya: “Setiap umatku akan mendapat pengampunan kecuali mujahirin (orang terang-terangan berbuat dosa) Dan termasuklah mereka yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang melakukannya (dosa) pada malam, kemudian pada pagi dia menceritakannya, padahal Allah SWT menutupi perbuatan itu.
Dia berkata: “Hai fulan, malam tadi aku melakukan begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam hari Tuhannya melindungi (aib) perbuatannya itu tetapi pada paginya dia sendiri menyingkap perbuatan (dosanya sendiri) yang ditutupi oleh Allah SWT.” (HR Bukhari & Muslim)
Sebagai seorang muslim wajib taat segala yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan. Sebagai seorang muslim juga dia wajib mengharamkan apa yang Allah haramkan dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah Ta’ala.
Seseorang yang meyakini bahawa sesuatu perkara yang haram itu halal sedangkan perkara itu tiada khilaf dalam kalangan ulama maka boleh jatuh kepada kekufuran.
Perkara ini dinyatakan oleh Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi di dalam karyanya “al-Mughni”:
Maksudnya: “Sesiapa yang beriktiqad(menyakini) halal sesuatu diharamkan secara ijmak ulama dan jelas hukumnya di antara umat Islam serta hilang syubhah(keraguan) padanya mengenai nas-nas yang wujud mengenainya seperti daging babi, zina dan seumpamanya yang mana ia tiada khilaf (di antara ulama) maka di jatuh kafir.”
Berdasarkan kenyataan Imam Ibn Qudamah di atas, seseorang itu boleh jatuh kufur bila menghalalkan perkara yang diharamkan dan sebaliknya jika menepati syarat-syarat di bawah ini:
i- Mesti diyakini tanpa berbelah bahagi perkara haram itu halal di sisinya
ii- Haram itu mesti sepakati oleh para ulama iaitu tiada khilaf
iii- Perkara itu diketahui haram oleh umat Islam pada pelbagai peringkat (المعلوممنالدينبالضرورة). Contohnya bila sebut sahaja arak memang semua tahu ianya haram.
iv- Hukum haram perkara itu berdasarkan nas atau dalil yang secara jelas menunjuk perkara itu haram tanpa boleh ditakwil, seperti dalil haramnya arak, zina, babi, meninggalkan solat fardu dan lain-lain lagi.
Namun menjatuh hukum kafir bukan perkara yang mudah dan amat berat hukum dan pernilaiannnya.
Malah menjatuhkan hukum kafir kepada seseorang tidak layak dilakukan secara individu malah tugasan ini dijalankan oleh pihak berautoriti untuk menyiasat secara terperinci seperti Jabatan Agama Islam Negeri.
Jika siasatan telah dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh syariat barulah pihak berautoriti membuat keputusan samaada seseorang itu murtad atau tidak.
Berbalik kepada soalan di atas, rakan si penanya tidak boleh dihukum kafir kerana masih tidak jelas dia menghalalkan perkara yang diharamkan.
Ini kerana kata-katanya masih bole ditakwil yang mana mungkin ‘tidak salah’ baginya disebabkan darurat menurut kejahilannya atau mungkin dia menganggap ia hanya dosa kecil.
Tambahan pula kita tidak dapat menilai isi hatinya adakah dia benar-benar meyakini di dalam hatinya bahawa perkara haram itu halal?
Walaubagaimana pun kata-kata rakan si penanya itu dikira sebagai dosa kerana memandang baik dan elok pada perbuatan maksiat.
Namun perbuatan dosa besar sekali pun tidak semestinya menjadikan seseorang itu kafir atau murtad.
Seperti yang sedia maklum, matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara. Tidak sepatutnya seseorang sanggup melakukan perbuatan mungkar demi kerjayanya.
Meskipun niatnya baik untuk mencari rezeki namun Islam tidak menghalalkan perbuatan haram dengan alasan apa sekalipun.
Maksudnya perbuatan berpelukan antara lelaki dan perempuan tidak sepatutnya berlaku, banyak cara lain untuk menghidupkan sesuatu scene yang menarik tanpa memerlukan perbuatan maksiat.
Pendek kata “Tak mati lah” kalau buat drama tanpa adegan yang menghairahkan.
Suami bertanggungjawab mendidik isteri ke jalan yang benar. Tidak sepatutnya seorang suami membiarkan (mengizinkan) isteri berpelukan dengan lelaki lain.
Ini amat memalukan bagi seorang lelaki pembimbing isteri tetapi hakikatnya dia berperanan mencabul maruah diri dan isterinya.
Ingat! Suami seperti ini dilabel sebagai “DAYUS” dan hukuman bagi ketua keluarga seperti ini amat-amat berat hukumannya di akhirat kelak, seperti yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ:
ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang telah Allah haramkan syurga untuknya: orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan ‘Dayus’ yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” (HR Imam Ahmad & Nasa’ie)
Wallahu A’lam
Kashoorga: Semoga penjelasan ini dapat difahami. Jangan sewenang-wenangnya membuat tafsiran sendiri untuk menghalalkan yang haram atas kapasiti mencari rezeki. Dan jangan sewenang-wenangnya juga menjatuhkan hukum kafir kepada orang lain.