‘Baru pulang umrah, pergi dalam keadaan sedang berkhidmat untuk suami’. Mati syahid atau tidak, hanya Allah tentukan.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan tempatkan allahyarham Nurul Nazihah di kalangan orang beriman.
Ramai yang tersentuh hati bila melihat video saat suaminya menyeru isterinya dan berjanji tak akan tinggalkan isteri yang terperangkap di dalam kereta. Namun kuasa Allah mengatasi kerana telah tiba masanya isteri “pergi’ buat selamanya. Innalilllahiwainalillahirojiun!
Ikuti perkongsian Ustazah Asma’ binti Harun dan ketahui mengapa kita dilarang sama sekali menentukan kesyahidan seseorang seperti mana kes ini. Kongsinya:
Sayang, saya tak tinggal awak…sumpah saya tak tinggalkan!”
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”
Takziah buat suami dan keluarga allahyarhamah Nurul Nazihah binti Kamalul Ariffin.
Pergi Dalam Keadaan
Ramai yang mengalirkan air mata saat mendengar rintihan kuat suami arwah Nurul Nazihah ketika api sedang marak sewaktu kejadian kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum simpang Sedenak, Kulai Johor.
Lagi menyayat hati pasangan ini baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada hari Rabu yang lalu dan ketika kejadian, arwah sedang menemani suaminya pulang dari urusan kerja. Allahuakbar, beliau pergi dalam keadaan sedang berkhidmat untuk suami.
Tak dapat dibayangkan situasi isterinya yang tersepit di dalam kereta selepas dilanggar oleh sebuah lori yang melibatkan tiga buah kenderaan lain.
Suaminya bergegas cuba untuk menyelamatkan namun arwah berpesan, “Abang keluar dulu” supaya suaminya mencari bantuan. Tetapi tidak lama selepas itu kereta terbakar rentung di depan matanya.
Ads
Daripada Jabir bin ‘Atiq r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid: mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.”
(HR Abu Daud, hadis sahih)
Mati Syahid Atau Tidak
Bagaimana mengkhususkan ‘syahid’ kepada seseorang?
Hukum menentukan kesyahidan kepada individu tertentu memiliki dua sudut:
Penyaksian Umum:
Kita menentukan kesyahidan berdasarkan keadaan atau sifat yang diiktiraf dalam al-Quran atau Hadis Rasulullah SAW.
Contohnya seperti hadis Jabir r.a. di atas. Maka hukumnya adalah diharuskan bahkan wajib untuk membenarkannya, kerana kita menyaksikannya berdasarkan sifat yang dikhabarkan oleh Baginda s.a.w.
Penyaksian Khusus:
Kita mengucapkan seseorang itu syahid pada orang tertentu seperti kita berkata: “Orang itu syahid.” Maka hal ini tidak dibenarkan melainkan individu tersebut disaksikan syahid oleh Rasulullah s.a.w atau kesepakatan umat Islam.
Oleh sebab itu, Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitab Sahih al-Bukhari: “Larangan mengatakan seseorang itu syahid.”
Ads
Larangan Tentukan Syahid Seseorang
Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, “Larangan itu bermaksud atas jalan yang pasti. Ini kerana kepastian hanyalah boleh diterima berdasarkan kenyataan wahyu.
Jemput baca artikel penuh dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan untuk penerangan yang lebih jelas :
Maksudnya: “Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.”
SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?
JAWAPAN
Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
Telah berkata Imam Ibnu Al-Munzir : Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.
Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah : Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.
Dan berkata Imam Nawawi : Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).”
Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
Tersenyum itu tidak memutuskan solat.”
Kesimpulan
Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tiba hari melaksanakan ibadah korban, mungkin ramai antara kita yang mendapat banyak daging korban. Dalam situasi ini timbul persoalan berapa lama daging korban ini boleh disimpan.
Ini kerana ada yang mengatakan bahawa daging korban ini tak boleh disimpan lebih dari 3 hari. Persoalan ini dijawab oleh Ustaz Syed Shahridzan dalam satu hantaran Facebook beliau.
Gambar sekadar hiasan.
Diharuskan simpan daging korban
Menurut mazhab Syafi’ie diharuskan menyimpan daging korban walaupun melebihi tiga hari asalkan daging itu tidak rosak atau busuk sehingga menyebabkan pembaziran.
Penyimpanan daging korban lebih dari 3 hari pernah dilarang oleh Rasulullah SAW namun larangan itu sudah dimansuhkan atau disebabkan situasi sudah berubah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab ‘Raudah al-Tolibin’:
يجوز أن يدخر من لحم الأضحية، وكان ادخارها فوق ثلاثة أيام قد نهى عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم، ثم أذن فيه. قال الجمهور: كان نهي تحريم. وقال أبو علي الطبري: يحتمل التنزيه.
“Boleh/harus seseorang menyimpan sebahagian dari daging korban. Rasulullah SAW pernah melarang menyimpan (daging korban) lebih dari tiga hari kemudian Baginda mengizinkannya. Menurut majoriti ulama larangan ini bermakna haram, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan larangan ini bermaksud makruh.”
Imam Nawawi menyebut kemungkinan sebab larangan tersebut di dalam rujukan yang sama:
في أن النهي كان عاما، ثم نسخ، أم كان مخصوصا بحالة الضيق الواقع في تلك السنة، فلما زالت انتهى التحريم
“Larangan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau larangan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu, tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi pengharaman.”
Beliau menjelaskan lagi jika keadaan yang sempit atau susah berlaku pada zaman kini, adakah diharamkan kembali menyimpan daging korban lebih dari 3 hari? Beliau ada menjelaskan juga dalam ‘Raudah al-Tolibin’:
في أنه لو حدث مثل ذلك في زماننا وبلادنا، هل يحكم به؟ والصواب المعروف: أنه لا يحرم اليوم بحال. وإذا أراد الادخار، فالمستحب أن يكون من نصيب الأكل، لا من نصيب الصدقة والهدية.
“Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya(haram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun. Jika seseorang ingin menyimpan maka digalakkan menyimpan daging korban dari bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah.”
Kesimpulannya, Rasulullah SAW pernah melarang daging korban disimpan lebih dari tiga hari, namun setelah itu Baginda mengizinkan kembali kerana hukum itu sudah dimansuhkan atau situasi dan keadaan sudah berubah.
Dengan ini tiada masalah jika daging korban yang akan dimakan oleh sendiri dan keluarga boleh disimpan selama mana pun. Namun tidak digalakkan daging korban yang ingin disedekahkan atau dihadiahkan disimpan dalam tempoh yang lama kerana ia sunat diagihkan secepat mungkin.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani).
Ramadhan adalah bulan cukup istimewa. Rugi jika beranggapan Ramadhan sama seperti bulan-bulan lain. Mengejar pahala di bulan Ramadhan kita digalakkan berzikir dari berbual kosong. Ketahui empat zikir ini yang boleh kita amalkan dan perbanyakkan baca sepanjang Ramadhan. Ia juga boleh dibaca oleh golongan wanita yang datang haid kerana kerana mereka boleh membacanya bersungguh-sungguh.
Dalam sebuah hadis driwayatkan bahawa pada awal Ramadhan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadhan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadhan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.
Ini adalah empat zikir yang perlu diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan
Empat zikir tersebut adalah yang dimaksudkan dengan bahawa dua perkara untuk mendatangkan kegembiraan dan keredhaan Tuhanmu; dua perkara lagi kamu sangat berhajatkannya dan tidak boleh dilakukan tanpa izin dari Allah سبحانه وتعالى:
Memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk memasuki syurga.
Berlindung dengan-Nya daripada terjerumus ke dalam neraka.
Dalam sebuah lagi riwayat; Sebaik tiba bulan Ramadhan, Rasulullah bersabda: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi). . Ibadat puasa Ramadhan dianggap sebagai bulan latihan dan ujian daripada Allah SWT. Ia melatih kita dalam persoalan ketaatan, kesabaran dan kesungguhan kita mengisi dan memenuhi segenap waktu dengan berzikir dan beramal ibadah kepada Allah SWT. . Akhir sekali dalam ayat 35, surah Al-Ahzaab, Allah SWT berfirman;-
“Dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
Sumber : Shafiqolbu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimpikan kebahagiaan dan kesetiaan hingga ke akhir hayat. Namun, apabila si suami menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi, emosi isteri...