Lumrah wanita bergelar isteri suka meluahkan perasaan mereka dengan cara tersendiri terutama bila marah atau berasa tidak puas hati dengan satu perkara.
Berleter adalah satu sifat yang disinonim dengan wanita terutama yang bergelar isteri. Ada masa leteran itu berjela-jela hingga suami berasa pedih telinga mendengarnya.
Hakikatnya leteran ini sebenarnya satu luahan perasaan isteri apabila mereka marah atau tidak puas hati dengan sesuatu perkara.
Ads
Tapi adakah seorang isteri ini berdosa jika dia banyak berleter pada suami?
Menurut pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, isteri yang suka berleter ini tidaklah berdosa.
Ads
Ini kerana ia memang menjadi tabiat orang perempuan. Jika berleter itu berdosa, orang perempuan akan ramai masuk neraka. Ini memang sifat orang perempuan.
“Jadi kalau isteri berleter, maafkanlah dia. Setiap manusia ada kelebihannya lelaki kelebihan daripada segi tenaga atau kekuatan tapi bagi Wanita kelebihannya pada tutur kata,” jelasnya dalam satu hantaran video terbaru di akaun YouTube beliau.
Sambung Ustaz Azhar terima saja sifat isteri ini dengan seadanya kerana, manusiaa memang tiada yang sempurna. Sebaliknya pandanglah kepada jasanya yang menguruskan rumah tangga dan memberikan cahaya mata.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hujung minggu mungkin ada dalam kalangan kita yang mendapat jemputan majlis perkahwinan. Tapi bagaimana pula jika kita mengambil keputusan untuk tidak menghadirinya kerana berasa jauh atau kepenatan dan sebagainya? Ini kerana hukum menghadiri majlis kahwin adalah wajib.
Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” Riwayat Muslim (1053)
Hukum wajib dalam hadis di atas diambil daripada perkataan Nabi SAW فَلْيَأْتِهَا yang merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah fiqh.
Imam al-Nawawi menjelaskan: “Pandangan yang paling sahih dalam mazhab kami, bahawa hukum hadir ke majlis kenduri perkahwinan adalah fardhu ‘ain bagi mereka yang dijemput. Namun, kewajiban tersebut boleh gugur dengan beberapa sebab keuzuran seperti jika ada syubhah (keraguan) pada makanan, atau adanya kemungkaran dalam majlis tersebut. Begitu juga, jika majlis perkahwinan tersebut hanya mengkhususkan orang-orang yang kaya sahaja untuk hadir. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/570)
Imam al-Nawawi turut menyebut: “Al-Qadhi telah menukilkan kesepakatan para ulama dalam menyatakan wajibnya menyahut (menghadiri) jemputan walimah al-‘urs (majlis perkahwinan).” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/570)
Begitu juga berdalilkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Dan sesiapa yang tidak menyahut jemputan (dengan menghadirinya), sesungguhnya dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.” Riwayat Muslim (1432)
Hal ini membawa maksud tidak menghadiri jemputan majlis perkahwinan dianggap sebagai suatu maksiat kepada Allah SWT, dan tidaklah perbuatan itu dianggap maksiat melainkan pada meninggalkan yang wajib.
Merujuk kepada persoalan di atas, kami nyatakan bahawa, sekiranya tidak terdapat sebarang keuzuran, maka wajib bagi seseorang untuk memenuhi undangan perkahwinan yang dijemput.
Walaupun begitu, jika terdapat keuzuran atau janji yang sudah dirancang sebelumnya, atau tersangat jauh, atau membabitkan kos yang tinggi, atau menyebabkan terabainya tugas yang telah ditaklifkan, maka kami berpendapat alangkah baiknya beliau mewakilkan, atau memberi hadiah sebagai tanda ingatan. Yang paling penting, jangan sekali-kali putuskan silaturrahim dan mohonlah izin dengan penuh adab.
‘Dapat semua anak perempuan, jangan bersedih.’ Walaupun susah jaga berbanding anak lelaki, ada berkatnya. Ketahuilah setiap anak yang dikurniakan ada rezekinya dan juga ada berkatnya.
Tidak dinafikan, selepas berkahwin, tentulah pasangan suami isteri mengharapkan anak pertama adalah lelaki dan bukan anak perempuan sulung. Bila besar nanti mampu menjaga adik-adiknya dan pewaris keluarga.
Malah, mungkin ada yang kata, jaga anak perempuan sangat susah. Masa kecil bolehlah jadi peneman mak tapi bila besar, taatnya hendaklah pada suami.
Tapi, janganlah sedih, jika rezeki dapat anak perempuan sulung. Itu tanda berkat anak perempuan.
Dalam perkongsian video oleh Ustaz Muhaizad sendiri turut menceritakan perihal anak Rasulullah yang kesemuanya adalah perempuan.
Dalam video itu, ustaz turut mengatakan, Rasullullah bersabda, sesiapa yang bahagiakan 3 hingga 4 orang anak perempuan, syurgalah baginya. Sebab jaga anak perempuan susah dan tak sama dengan jaga anak lelaki.
Antara intipati lain dalam perkongsian ustaz Muhaizad ini turut mengatakan:
Bila anak perempuan berkahwin, ketaatannya pada suami. Sebaliknya, suami atau lelaki ketaatannya pada ibu.
Kita sebagai mak ayah, bila anak perempuan sudah berkahwin, jangan sesekali ganggu sebab dia sudah jadi milik orang. Jangan memaksa sehingga bercanggah dengan suami.
Terima hakikat, perempuan wajib kena taat suami.
Bagi anak lelaki, kena taat pada ibunya.
Bahagian kaki Muslimah adalah antara yang mesti ditutup ketika solat. Namun untuk tujuan ini ada juga yang mengenakan stokin yang nipis hingga menampakkan warna kulit.
Timbul persoalan meskipun ditutup tapi adakah sah solat kerana masih menampakkan warna kulit. Berikut adalah jawapan daripada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Ertinya, jika seseorang, sama ada lelaki atau perempuan, bersolat dalam keadaan tidak menutup aurat maka solatnya tidak sah dan perlu dikerjakan semula. Aurat bagi lelaki ialah bahagian tubuh antara pusat dan lutut, manakala wanita ialah seluruh tubuh kecuali wajah dan tapak tangan, berdasarkan mazhab Syafie.
Mereka berdalilkan hadis Nabi riwayat Aisyah R.Anha:
Maksudnya: “Allah tidak menerima solat orang perempuan yang mengalami haid melainkan dengan memakai khimar (tudung).”
Al-Tirmidzi berkata, “Hadis Aisyah ialah hadis hasan dan diamalkan (sebagai hujah) di sisi ahli ilmu.” Al-Nawawi berkata, “yang dimaksudkan sebagai “ha’id” itu ialah wanita yang sudah baligh”. Dan ini juga merupakan syarat sah juga bagi kaum lelaki.
Kadar penutup atau pakaian yang menutup aurat ialah, seperti kata Imam al-Syairazi dalam al-Muhazzab (125/1), “dan wajib penutupan aurat itu dengan suatu yang tidak mensifati warna kulit.”
Berkata Syeikh Zainuddin al-Malibari: “(penutupan aurat itu) dengan suatu yang tidak mensifati warna yakni warna kulit (yang boleh dilihat) dalam majlis al-takhotub (sebuah majlis percakapan).”
Setelah meneliti keterangan dan fakta di atas, kami cenderung untuk menyatakan seperti berikut:
Wajib menutup tapak kaki ketika solat bagi wanita dalam mazhab al-Syafie, dan ia merupakan syarat sah solat. Pendapat yang lemah dalam mazhab Syafie dan salah satu daripada pendapat dalam mazhab Hanafi, bahawa tapak kaki bukan aurat ketika solat. Mazhab Maliki mengkategorikan tapak kaki sebagai aurat ringan yang tidak memudaratkan solat apabila terdedah. Rujuk Syarh Yaqut al-Nafis (hlm.143-144)
Memakai pakaian nipis untuk menutup aurat adalah tidak memadai untuk mendapatkan solat yang sah.
Ukuran pakaian nipis dan tebal itu terdapat khilaf dalam ulama Syafieyyah. Kami cenderung kepada tarjihan Syeikh Ibn Ajil bahawa memadai jika pakaian itu tidak menampakkan warna kulit dalam jarak majlis al-takhatub, atau kira-kira 1.5 meter antara dua orang yang bercakap.
Namun pendapat muktamad seperti yang disebut oleh Syeikh Abu Makhramah bahawa tiada dabit majlis al-takhatub, melainkan dengan pandangan terlalu dekat dengan pakaian, adalah pendapat yang lebih berhati-hati.
Justeru, stoking wanita yang kelihatan nipis tetapi tidak boleh dilihat warna kulitnya, dan tidak boleh dibezakan warna kulit hitam atau putihnya, dalam jarak kira-kira 1.5 meter, adalah boleh dipakai oleh wanita semasa solat.
Sunat untuk memakai stoking yang lebih tebal, atau melabuhkan telekung, untuk keluar daripada khilaf dan mengelakkan fitnah.
Wallahua’lam.
Sumber kredit: FB: Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kucing masuk syurga atau tidak? Ketahui penjelasan menurut Islam berdasarkan al-Quran dan pandangan ulama mengenai nasib haiwan di akhirat serta ganjaran berbuat baik kepada haiwan.