Ragu-ragu perasaan yang selalu hadir dalam hati manusia. Malah ada kala ia timbul ketika kita sedang beribadah. Salah satunya adalah wujud rasa ragu-ragu mengenai status wuduk sama ada sudah terbatal atau masih ada.
Dalam hal keraguan tentang wuduk terbatal ini adakah kita mengambil wuduk semula atau terus menunaikan solat seperti biasa?
Persoalan tersebut dirungkai penuh tuntas sebagaimana yang dikongsikan dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan.
“Firman Allah SWT bermaksud, sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak menandingi kebenaran walau sedikit pun. (Surah Yunus, ayat 36).
Ads
“Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini menyebutkan, sesungguhnya syak tidak memberi nilaian walau sedikit pun ke atas keyakinan. Dan syak sedikit pun tidak menggantikan kedudukan keyakinan serta tidak memberi sebarang manfaat kerana sesuatu itu berhajat kepada keyakinan,” tulisnya.
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Ads
Maksudnya, apabila salah seorang kamu mendapati ada sesuatu di dalam perutnya lalu dia berasa musykil sama ada telah keluar sesuatu dari perut atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid sehinggalah dia mendengar ada bunyi atau mendapati ada bau. [Riwayat Muslim (362)].
Kena yakin bahawa masih suci dari hadas
“Kami nyatakan beberapa contoh pengaplikasian kaedah di atas ini agar lebih mudah untuk difahami. Antaranya:
Ads
“Dalam isu wuduk, seseorang yang telah selesai mengambil wuduk kemudian dia berasa sangsi dan ragu-ragu sama ada wuduknya telah terbatal atau tidak, maka hendaklah dia berpegang dengan keyakinan bahawa dia masih berada dalam keadaan taharah (suci daripada hadas),” kongsinya.
Bagaimanapun, jika seseorang yang telah batal wuduk dan ragu apakah dia sudah berwuduk kembali atau belum, maka dalam situasi demikian, dia wajib berwuduk kembali (jika mahu menunaikan solat atau ibadah lain) kerana dalam masalah ini, yang yakin adalah batalnya wuduk.
Selalu terbabas solat subuh dan isyak, jangan sampai kita jadi orang munafik kerana kerap meninggalkan sembahyang.
Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. (berat untuk menunaikan secara berjemaah di masjid). Solat adalah tian g agama, jadi bab solat ini jangan dibuat main.
Ikuti kemusykilan bab solat ini bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan hadam baik-baik jawapannya.
Assalamualaikum, betulkah terdapat lafaz “munafik” dalam hadis yang menyebutkan bahawa orang yang berasa berat untuk solat Isyak dan Subuh itu adalah munafik? Selain itu, boleh saya tahu juga hadis ini disebutkan dalam kitab apa saja? Mohon pencerahan, terima kasih.
Benar terdapat lafaz “munafik” dalam hadis ini dan kewajipan solat berjemaah ini adalah kewajipan yang ditetapkan pada zaman awal Islam bertujuan mencegah golongan munafik daripada meninggalkan solat.
Hal ini kerana, apabila mereka bersendirian mereka tidak akan mendirikan solat. Kemudian, kewajipan tersebut telah dimansukhkan dalam Islam. Meskipun begitu, solat berjemaah di masjid amat dituntut dalam Islam kerana ganjarannya melebihi solat secara bersendiri menurut hadis Nabi SAW.
Huraian Jawapan
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ، صَلاةُ الْعِشَاءِ الآخِرَةِ، وَصَلاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا، لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Jikalau mereka mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.[1] Riwayat Ahmad
Hadis ini juga diriwayatkan dalam beberapa kitab hadis yang lain seperti Sahih al-Bukhari, Sunan al-Nasa’i, Sunan Ibn Majah, Sahih Ibn Khuzaimah dan lain-lain karya hadis muktabar.
Sebenarnya apa yang nak dimaksudkan dalam hadis ialah setiap waktu solat bagi orang munafik adalah berat dan ia tidak tertumpu kepada waktu Isyak dan subuh sahaja. Perkara ini sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Munawi, kata beliau: أثقل أن الصلوات كلها ثقيلة على المنافقين
Maksudnya: Setiap solat bagi orang-orang munafik itu adalah paling berat.[6] Kemudian, beliau menukilkan satu ayat al-Quran, firman Allah SWT: وَلا يَأْتُونَ الصَّلاةَ إِلا وَهُمْ كُسَالَىٰ
Maksudnya: dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas.
Surah al-Taubah (54)
Al-Zarqani menyebutkan dalam syarah kitab Muwatta’ al-Imam Malik bahawa Abu Darda’ ketika sakit hendak meninggal dunia menyebutkan bahawa:
Maksudnya: Dengarkan dan sampaikanlah, peliharalah dua solat jemaah ini iaitu Isyak dan Subuh. Kalaulah kamu mengetahui pahala yang terdapat pada keduanya nescaya kamu akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak di atas siku-siku dan lutut-lutut kamu.
Dalam hadis ini juga menunjukkan bahawa agama Islam amat menggalakkan solat berjemaah pada kedua waktu ini iaitu Isyak dan Subuh. Perkara ini sebagaimana yang disebutkan oleh Muhammad Amin al-Harari ketika mensyarahkan hadis berkenaan solat al-ʻatamah(solat Isyak). Kata beliau:
وفي الحديث الحث العظيم على حضور جماعة هاتين الصلاتين لما في ذلك من الفضل الكثير لما فيهما من المشقة على النفس من تنقيص أول نومها وآخره ولهذا كانتا أثقل الصلاة على المنافقين
Maksudnya: Hadis ini memberikan galakan hebat untuk solat berjemaah pada dua solat tersebut(Isyak dan Subuh). Sedangkan padanya terdapat ganjaran yang besar kerana waktu tersebut merupakan waktu yang susah ke atas jiwa (manusia) seperti mengurangkan tidurnya di awal malam dan akhirnya (sebelum Subuh). Solat-solat inilah merupakan solat yang paling berat bagi orang-orang munafik.
Hadis ini juga menunjukkan kewajipan solat berjemaah yang diwajibkan pada awal Islam bertujuan mencegah golongan munafik daripada terus meninggalkan solat. Hal ini kerana, apabila mereka tidak berjemaah maka mereka akan meninggalkan solat tersebut. Kemudiannya, hukum wajib solat berjemaah ini telah dimansukhkan.
Berdasarkan kepada soalan di atas memang benar terdapat lafaz “munafik” dalam hadis ini. Namun, kewajipan solat berjemaah ini adalah kewajipan yang ditetapkan pada zaman awal Islam bertujuan mencegah golongan munafik daripada meninggalkan solat.
Hal ini kerana, apabila mereka bersendirian mereka tidak akan mendirikan solat. Kemudian, kewajipan tersebut telah dimansukhkan dalam Islam. Meskipun begitu, solat berjemaah amat dituntut dalam Islam kerana ganjarannya melebihi solat secara bersendiri menurut hadis Nabi SAW.
Kashoorga : Semoga penjelasan ini dapat merungkaikan segala kemusykilan.
Rumah tepi jalan dan ada kawasan lapang yang merupakan tanah kerajaan tempatan, daripada terbiar mungkin ada yang bercucuk tanam. Meski tahu ia bukan hak tapi ramai yang mengusahakannya dengan anggapan ia dibolehkan. Malah tanaman tersebut digunakan untuk makan sekeluarga.
Sekiranya ada yang melakukan perkara ini, sebaiknya hentikan kerana menurut Mufti Pulau Pinang makan hasil tanaman tersebut hukumnya adalah syubhah.
Bolehkah saya menggunakan tanah di kaki jalan milik Majlis Kerajaan Tempatan yang terletak di belakang rumah saya (tanah di antara jalan raya dan belakang rumah saya anggaran keluasan dalam 4 kaki persegi) untuk bercucuk tanam?
Jika boleh, adakah hasil tanaman tersebut boleh saya makan?
Berkaitan hukum memakan hasil tanaman di tanah milik kerajaan tempatan, kami berpandangan bahawa hukumnya adalah syubhah. Hal ini kerana hukum syarak melarang mengambil hak milik seseorang menjadi harta peribadinya. Firman-Nya bermaksud:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil. kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”
Maksudnya: “Daripada Said Bin Zaid dia telah berkata, aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka Allah akan bebankan dengan mengalungkan tujuh bumi kepadanya.”
[HR al-Bukhari & Muslim 3024]
Tanah rizab milik kerajaan adalah tanah simpanan yang mempunyai perancangan jangka panjang dan kepentingan awam. Sudah pasti ia akan digunakan semula dan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Bagaimanapun, sekiranya tuan memohon kebenaran untuk mengusahakannya dan kerajaan membenarkan untuk digunakan maka bolehlah digunakan dan hukum mengambil hasil daripada tanaman yang ditanam di kawasan tersebut adalah halal.
Namun, layaklah bagi pemilik tanah iaitu kerajaan tempatan meletakkan syarat tertentu bagi menjaga hak masing-masing seperti tidak boleh membina binaan kekal serta risiko bakal ditanggung oleh pihak yang membangunkan tanah itu, sebagai contohnya.
Kebiasaanya masuk saja bulan Ramadan, ramai yang menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah mengikut kadar di negeri masing-masing.
Masing-masing akan segera mmebayar kerana zakat fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadan sahaja.
Tetapi bagaimana pula dengan zakat-zakat lain seperti zakat emas dan wang simpnanan. Bila waktu yang sesuai untuk membayarnya dan adakah boleh ditangguh bayarannya.
Dalam satu laporan di Sinar Plus (Sinar Islam) diajukan kepada Pendakwah dan Penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki menjelaskan persoalan ini.
Ini jawapan agamawan tersebut:
“Zakat merupakan Rukun Islam ketiga yang wajib dikeluarkan apabila cukup syarat-syaratnya iaitu Islam, merdeka, milik sempurna, cukup haul, cukup nisab dan harta itu berkembang. Ia termasuklah zakat emas dan simpanan.
Adapun zakat fitrah pula disyaratkan apabila mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya, anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari, memeluk Islam sebelum terbenam matahari akhir Ramadan atau meninggal selepas terbenam matahari Ramadan.
Waktu wajib membayar zakat fitrah pula secara ringkasnya mengikut Mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki bermula waktu Maghrib malam raya. Waktu sunat pula mengikut Mazhab Syafie adalah sebelum solat sunat hari raya, manakala waktu haram adalah selepas solat sunat hari raya tanpa uzur mengikut pandangan Mazhab Syafie dan selainnya.
Bagaimanapun, bagi zakat emas atau simpanan, ia mestilah dikeluarkan zakatnya apabila cukup syarat-syaratnya seperti di atas tanpa melengahkannya seperti arahan ALLAH SWT dalam Surah al-An’am, ayat 141. Itulah pendapat Imam Ibn Battal, al-Hafiz Ibn Hajar dan selain mereka.
Mengikut logik akal, bagus dikeluarkan pada bulan Ramadan. Akan tetapi, dalil dan pendapat para ulama lebih diutamakan untuk dipakai,” jelas beliau.
Oleh sebab waktunya yang tidak semestinya sama dengan pembayaran zakat fitrah, namun janganlah kita lupa untuk menunaikan kewajipan kita ya. Ingat, dalam rezeki yang kita peroleh, terkandung hak orang lain di dalamnya!
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.