Tidak dinafikan ramai di kalangan kaki travel memilih Korea sebagai salah satu destinasi menarik untuk dilawati.
Bukan sahaja kerana meminati budaya Kpop melalui karya seni mereka, tetapi juga keindahan negara ini yang seronok untuk dijadikan port ‘selfie’ atau ‘swafoto’ bersama rakan-rakan.
Lagi satu yang menjadi kegilaan untuk ke sana adalah makanannya yang sedap dan digemari ramai. Namun untuk ke negara empat musim ini perlu menabung sejak awal kerana kos untuk pergi ke sana agak mahal.
Jadi bagi mereka yang tergila-gilakan makanan Korea, usah risau kerana kita masih lagi dapat menikmati sajian makanan Korea ini walaupun berada di tanah air sendiri. Terdapat kedai makanan Kore yang bukan sahaja selamat serta terjamin kebersihannya tetapi juga halal terutama bagi kita Muslim.
Ayuh, disenarai enam kedai atau restoran makanan Korea mendapat taraf Halal oleh Jakim yang patut cuba kerana rasanya sangat sedap dan anda tidak rugi menikmati pelbagai sajian di sini.
1. Restorak Dubu-Dubu Seoulfood
Lokasi Dubu-Dubu ini mudah kerana ianya berada di dalam Midvalley Megamall (ground floor). Yang menarik untuk dicuba adalah Bibimbab Chicken and Beef Set (RM18.90), Garlic Bulgogi Beef Set (RM20.90), Spicy Udon Set (RM18.90), Spicy Toppokki (RM14.90) dan Pa-Jeon (RM11.50). Jika nak tahu lebih lanjut, boleh layari www.dubudubu.com.mymalah, boleh berkunjung terus ke branch di Berjaya Times Square dan One Utama.
2. Restoran Gangnam Station
Restoran ini di usahakan oleh En Samsuddin Abd. Aziz dan terletak berdekatan Stadium Shah Alam dan bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Menariknya ialah restoran ini pakar dalam masakan Bulgogi. Yang best ialah Sundubu Jjigae, Tteokbokki Rice Cake, Bulgogi. Gangnam Station juga pernah memasuki program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan.
Lokasi:
Shah AlamG36, Block 5, Laman Seri Business Park, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor
Tel: +60 3-5887 0426
GPS:3.092364, 101.543930
Ads
Waktu operasi: setiap hari, 11:30 pagi hingga 10:30 malam
SubangThe 19 USJ City Mall, Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 19, Subang Jaya, 47620 Subang Jaya, Selangor.
GPS:3.032183, 101.588678
Waktu operasi: setiap hari, 10:00 pagi hingga 10:00 malam
3. Restoran Sweetree
Apa yang menarik di Sweetree, Ampang sehingga program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan sudah sampai ke sini. Seperti biasa makanan Korea di sini halal dan mempunyai pelbagai pilihan. Portion juga besar untuk makan satu keluarga. Antara yang sedap ialah Jjam Bong, Ja jang Myun, Bul Go Gi, Spring Onion Pancake, Yuk Gye Jang dan pelbagai lagi.
Lokasi:No.13, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor
Tel :+60 3-4287 4685
GPS:3.150511, 101.750489
Ads
Waktu operasi: setiap hari, 10:30 pagi hingga 11:00 malam
4. Restoran Seoul Garden
Seoul Garden merupakan antara perintis yang mempopularkan bbq dan steamboat ala korea halal di Malaysia. Menawarkan pakej dengan harga berpatutan, Seoul Garden berkembang dengan pantas di seluruh Malaysia.
Ia merupakan restoran halal yang menyediakan bbq dan menu stimbot. Restoran ini menyediakan gaya bufet dengan meyediakan pelbagai pilihan makanan seperti daging lembu, daging kambing, makanan laut dan juga sayur-sayuran segar.
Outlet Seoul Garden di sekitar Lembah Klang terdapat di 1 Utama, IOI City Mall, Sunway Pyramid, The Mines, Paradigm Mall, IOI Mall, KL Festival City, Setapak Sentral, Setia City Mall, Sunway Putra Mall, Star Avenue Shah Alam, Aeon Shah Alam dan Melawati Mall.
Waktu perniagaan:
11.30 AM – 10.30 PM
Ads
5. Restoran Mr. Dakgalbi
Pernah dengar tentang Mr. Dakgalbi? Restoran ini menyediakan Korean Grilled Chicken & Teppan Fried Rice. Ramai yang menyukai ramen di sini. Dakgalbi sendiri adalah nama makanan yang popular di Korea. Menu Dakgalbi ini lengkap dengan ayam yang diperap, kobis, kentang, serbuk cili & kek nasi.
Nak cuba Mr. Dakgalbi, anda boleh pergi ke Solaris Mont Kiara, SetiaWalk Puchong, Citta Mall, Tropicana City Mall, Setapak PV128, , Setia City Mall, Publika Shopping Gallery, Subang SS15 Courtyard, OUG Pearl point, MyTown Shopping Centre dan IOI City Mall.
Waktu perniagaan:
11.00 AM – 10.00 PM
6. Myeondong Toppokki
Untuk hidangan jalanan Korea yang segera tetapi memuaskan, anda wajib sekali mencuba Myeongdong Topokki. Harganya juga sangat berpatutan di samping mempunyai saiz hidangan yang besar. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat makanan sampingan seperti kimchi, sayur-sayuran dan ikan bilis goreng. Memang sesuai untuk anda yang ingin berjimat dan menikmati sesuatu yang berbaloi!
Myeongdong Topokki juga ada menghidangkan snek yang unik seperti tokochi iaitu topokki goreng yang disalut dengan sos pedas korea dan juga kimali iaitu glass noodle yang dibalut rumpai laut dan digoreng. Memang lain daripada lain dan sedap!
Alamat: LG.312B, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
7.K’Fry Urban Korea
K’Fry (slang untuk Korean Fried Chicken) mencipta semula makan Korea dengan sentuhan yang lebih moden dan sihat. menu paling famous adalah KFry Chicken Bumbuk!iaitu ayam goreng dengan pelbagai perisa yang dimakan bersama cheese!
K Fry Urban Korean boleh ditemui di 1 Utama Shopping Center, iOi CiTY Mall @ Putrajaya, Old Street Commercial Building Batu Pahat, Holiday Villa Johor Bahru City Center. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan sebagainya ada boleh melayari laman rasmi K Fry Urban Korea , IG K Frydan FB K Fry.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
5 Ogos lalu, dunia dakwah dikejutkan dengan pemergian pendakwah, guru, Murabbi, Ustaz Fadli Yusof yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Berita pemergiannya cukup mengejutkan ramai sahabat dan anak muridnya. Malah Ustaz Ebit Lew turut menyampaikan berita duka ini di fbnya.
Kongsi Ustaz Ebit Lew :-
Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sebak sayu rasa seorang Pendakwah, Guru, Murabbi yang amat saya hormati dan sayangi. Ustaz Fadli Yusuf telah pergi menemui ilahi. Saya sangat sayang padanya kerana Allah. Walau beberapa kali berjumpa terasa rapat dan dekat.
Terharu melihat semua anak-anaknya pendakwah seperti beliau yang masuk ke pedalaman berkhidmat kerana Allah. Akhlak, sifat, kasih sayang dan keikhlasan seperti beliau. Ya Allah ampuni sayangi dan hadiahkan syurga Firdaus buat Ustaz Fadli Yusuf. Ya Allah berjuta rahmat kau beri padanya berilah sedikit pada saya ini. Ustaz berehat dulu ye. Nanti kami akan ke sana juga.
Ustaz Ebit Lew bersama arwah Ustaz Mohd Fadli Yusof
Di laman web Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), pertubuhan ini turut menyampaikan salam takziah di atas kehilangan arwah. Kongsi PERKIM, allahyarham merupakan pendakwah yang tidak asing lagi di tanah air dan turut bekerjasama dengan PERKIM dalam menggerakkan kerja dakwah bersama misinya, As-Syahadah.
Allahyarham telah mengislamkan seramai 2,081 saudara baru di seluruh Malaysia. Semoga roh Allahyarham Ustaz dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Dalam pada kehilangannya dirasai ramai pihak, seorang sahabat kepada allahyarham Ustaz Mohd Fadli iaitu Shuib Mohamad berkongsi di fbnya satu keajaiban rahmat dan kasih sayang Allah di mana awan besar memayungi jenazah di saat matahari terik pada hari pengkubumian arwah.
Baca perkongsian ini. Semoga kita sentiasa berbuat baik untuk bekalan di akhir kelak.
Salah satu tanda kewalian insan bertaqwa yang Allah nak tunjukkan pada kami semalam. Ketika urusan pengkebumian Arwah ustad Mohd Fadli Yusof semalam cuaca amat terik membahang. Aku sampai berlindung dibawah banggunan sbb tak tahan kepanasan terik. Gila panas.
Selesai saja tugas team KKM, kami pun masuk apabila dibenarkan. Cuaca masih panas terik ada yang membawa payung.
Namun setibanya sampai ke tanah kubur Arwah dan ingin memulakan talkin dan Tahlil.. serius, tiba-tiba cuaca yang panas terik tadi menjadi mendung. Aku pandang ke atas langit. MashaAllah, Maha Hebat Engkau, ada satu awan besar memayungi kami semua yang berada di sana (lihat gambar ke-2).
Cuaca yang panas tadi menjadi mendung, sayup dan berangin sehingga kami selesai talkin dan tahlil. Allahuakbar.. Hebatnya Tuhan memuliakan insan ini. Sudahlah ketika mendapat berita duka pemergian beliau, Hujan turun membasahi waktu itu, juga merupakan tanda kematian orang Soleh dan Bertaqwa.
Selesai KKM uruskan jenazah, rakan2 dan sahabat arwah hadir untuk membacakan talkin. Cuaca sangat panas terik hingga ada sahabat berpayung.Namun cuaca bertukar menjadi mendung, awan besar terbentuk di kubur arwah. Sayup dan berangin secara tiba-tiba.
Begitulah Tuhan nak memuliakan orang yang seluruh hidupnya dia berkhidmat kepada Agama Allah tanpa kepentingan peribadi. Terlalu banyak contoh ikutan yang aku perlu ikuti daripada beliau.
Untuk orang seperti aku yang banyak dosa dan kesilapan ini, sering terleka, kerap mengulangi kesilapan,lalai dalam kehidupan. Insan seperti beliau inilah yang sering menegur dengan penuh hikmah dan lemah lembut, tanpa prejudis. Akhlaknya luar biasa sehingga berjaya menawan hati insan-insan yang dahagakan kebenaran dengan Islamnya lebih 2000 orang hasil akhlak insan ini. Allah.
Sungguh aku bersaksi bahawa beliau seorang yg sangat alim, tidak pernah menyakiti hati dan sering berpesan kepada kebaikan dengan penuh kasih sayang.
Mari kita berdoa moga rohnya ditempatkan bersama roh para Anbiya dan Aulia’. AL FATEHAH. Sumber : FB Shuib Mohamad
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Walaupun kita dalam fasa Perintah Kawalan Peregerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak membataskan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
Jika sebelum ini ada yang menggunakan cara kaedah online untuk majlis akad nikah terutama untuk pasangan di Lembah Klang.
Dan terbaru pasangan yang berada di Negeri Kedah juga diberi kelonggaran untuk tidak menghadiri kursus perkahwinan. Sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temuduga ringkas.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.
“Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.
“Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan),” katanya di sini.
Jadi kepada pasangan menetap di negeri Jelapang Padi ini boleh mengambil kesempatan berbuat demikian dan hanya menjalankan acara wajib sahaja seperti akad nikah.
‘Saya harap dia teruskan penampilan bertudung sampai bila-bila.’ Mona rela hati, pekin harap isteri istiqamah.
Sudah pasti sebagai seorang suami dia mengharapkan yang terbaik buat isteri tercinta. Benarlah manusia mampu berubah dan ternyata bila Allah berkehendak segalanya mungkin.
Setelah dikurniakan cahaya mata sulung, pasangan selebriti iaitu Pekin Ibrahim, 41, dan isterinya Mona Allen, 37 kelihatan begitu bahagia.
Terbaharu, Mona Allen juga kelihatan begitu ayu dengan penampilannya yang kini sudah berhijab.
Sudah tentu, sebagai suami Pekin akui dirinya berasa sangat gembira dengan pilihan Mona untuk terus bertudung.
Penampilan Bertudung Sampai Bila-Bila
Seperti yang dikongsikan, Pekin bersyukur sejak beberapa bulan lalu isterinya mengenakan hijab. Palin penting apa yang dilakukan Mona adalah dengan rela hati dan Pekin men gharapkan Mona terus istiqamah.
“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung.
“Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.
“Saya memang tak pernah gesa isteri untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati.
“Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” ungkapnya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Mona Rela Hati
Pada masa yang sama, Pekin juga mengingatkan isterinya agar tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.
“Kalau rela hati pakai tudung itu baguslah.
“Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial.
Kebelakangan ini kita banyak melihat perkongsian di sosial media yang dikaitkan dengan istidraj. Melakukan dosa terang-terangan dan merasa bangga dengannya kerana hidup masih senang...