Tiada apa yang lebih indah jika dipanggil menemui Allah dalam keadaan yang sangat mulia.
Dunia hanya sekadar pinjaman dan akhirat kekal abadi.
Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, seperti mana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk: 2).
Ada 10 tanda kematian husnul khatimah dan satu darinya ialah meninggal pada hari atau malam Jumaat. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074).
Memetik Sinar Harian, diberitakan, seorang tukang kebun meninggal dunia dalam keadaan mulia iaitu sedang membaca Al-Quran selepas solat Subuh semalam.
Ads
Arwah, Abdul Wahab Mat Noh, 54 yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman, Bukit Kechil dikatakan sedang membaca Al-Quran di bahagian belakang ruang solat sebelum tiba-tiba rebah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebaik menyedari kejadian, kakitangan masjid menghubungi ambulans untuk bantuan.
Menurutnya, kakitangan hospital yang tiba kemudian membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Pemeriksaan badan ke atas mangsa bagaimanapun tidak menjumpai sebarang kesan luka atau lebam serta disyaki tiada kaitan unsur jenayah,” katanya.
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, maklumat dari keluarga memberitahu, mangsa menghidap penyakit darah tinggi dan bergantung pada ubat yang dibeli dari farmasi. Berdasarkan laporan awal, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kechil, Tikam Batu selepas solat Isyak pada Jumaat.
Difahamkan, mangsa seorang yang sering mengunjungi masjid termasuk menunaikan solat subuh berjemaah hampir setiap hari.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tidak dinafikan cinta pandang pertama itu memang sangat indah. Saat sah ikatan suami isteri, mahu saja kita terus mengikat janji untuk sehidup semati till jannah. Namun soal rezeki, jodoh dan maut itu di tangan Tuhan.
Siapalah kita mahu menolak qadak dan qadar yang telah ditentulan olehNya. Kita mengharapkan pasangan kita ini kekal hingga ke akhir hayat, tetapi perlu menerima hakikat jika salah seorang pergi dulu.
Walau bagaimanapun, tidak salah untuk mencari cinta baru bagi peneman di hati tua. Seperti perkongsian seorang jurugambar ini Nash Nasrul melalui laman sosial Facebook di mana dia memberitahu salah seorang kliennya adalah pasangan warga emas.
Dan yang sweetnya, apabila ditanya kenapa mahu berkahwin lagi dalam usia begini, jawapannya buat kita mahu senyum sampai telinga.
Hari ini dalam sejarah. Pengantin lelaki(D) 74 tahun Pengantin perempuan(J) 67 tahun
Bile ditanye mengapa nk kawin, Jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang,lama dah…kena ada peneman utk habiskan sisa hidup saya….ceria,bahagiakan saya hingga saya menhembuskan nafas yang terakhir”
Aku nk menitik air mata bile dengar seorang lelaki yg berpangkat atok ckp camtu…kite ni manusia fitrahnye berpasang pasangan…setiap ape yg terjadi ade sbb dan hikmahnye…semoga panjang umor dan jodoh saya doakan kepade pengantin hari ini..amin
Berita luar biasa untuk warga Palestin menjelang Ramadan. Allah sentiasa bersama orang sabar. Sekian lama dibuli oleh Israel termasuk tanah diambil sewenangnya, bahkan warganya di penjara tanpa perbicaraan, semalam satu berita luar biasa diraikan warga Palestin.
Ini kerana Israel dilaporkan telah bersetuju untuk membayar pampasan bernilai dua juta shekel ($600.000) kepada seorang pemuda Palestin yang ditembak di matanya pada tahun 2015 oleh polis Israel.
Walau mengambil masa enam tahun memperjuangkan hal ini selepas dibawa ke mahkamah, akhirnya Kementerian Kehakiman Israel telah membuat keputusan untuk menutup kes ini dan membayar pampasan ke atas Ismail Khalil, 21 tahun selepas mendapati polis Israel telah melakukan pelanggaran hak awam ke atas pemuda itu dalam satu perbicaraan.
Dalam kejadian enam tahun lalu, Khalil yang ketika itu berusia 15 tahun telah ditembak di bahagian mata selepas pihak Israel menceroboh kampungnya selepas mendapat maklumat risikan dan mahu merobohkan sebuah rumah warga Palestin di kawasan terbabit.
Khalil yang ketika itu berusia 15 tahun menyaksikan kejadian itu kerana rumahnya berdekatan dengan rumah diroboh Israel. Malangnya peluru telah dilepaskan membabi buta dan sebutir peluru getah telah terkena matanya dalam usahanya menyelamatkan diri. Dirinya cedera parah. Ketika dibawa ke hospital, doktor berusaha menyelamatkan dirinya dengan mengambil mata kirinya bahkan telah menjalani beberapa pembedahan lain kerana tengkorak kepalanya rosak termasuk ada pendarahan di otak.
Selepas pulih, keluarganya membuat pengaduan ke polis Israel namun malangnya tidak berhasil. Dalam satu kenyataan dikeluarkan, pihak berkuasa Israel menyatakan mereka tidak bersalah bahkan tidak berminat untuk memperlanjutkan kes ini ke awam.
Bagaimana pun kes ini mendapat perhatian seorang peguam Shlomo Lecker yang membawa kes ini ke Mahamah Majistret di Haifa dengan alasan, penembakan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan aturan ditetapkan ketika melepaskan tembakan. Katanya lagi, jelas wujud kelalaian dan perilaku semberono dalam hal ini dalam kejadian tersebut.
Namun Isreal menolak tuduhan tersebut dan berkeras mengatakan Khalil yang harus dipersalahkan di atas kecederaan dialaminya. Namun baru-baru ini selepas berdiskusi panjang dan atas persetujuan kedua belah pihak, keluarga Khalil bersetuju menerima 1.92 shekel ($600.000) sebagai pampasan.
Menurut Lecker, ia adalah kes pampasan luar biasa kepada orang-orang yang alami kecederaan disebabkan oleh tinadakan semberono polis Israel di Juruselem Timur. Ia satu kemenangan buat umat Palestin menjelang Ramadan. Sumber :- Memo.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berkahwin itu memang dituntut oleh agama kerana boleh mengelak dari sebarang kejadian tidak diingini berlaku antara kedua pasangan. Ada yang mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda dan umur yang sepatutnya.
Tidak salah berkahwin muda jika kedua-duanya sudah bersedia menempuh alam berumah tangga. Tetapi adakah ada manisnya berkahwin dalam usia seawal 20 an.
Ada tanggungjawab besar tergalas dibahu yang perlu dilaksanakan dan dalam masa sama meraih tempat untuk ke syurga.
Perkongsian wanita ini memberitahu pahit manisnya berkahwin dalam usia muda. Dalam thread yang dibuat di laman twitter, wanita ini yang menggunakan akaun twitter @ayuazizz mengupas persoalan mereka yang berkahwin dalam usia muda.
Viral kahwin umur 16 tahun & 21 tahun. Alhamdulillah. Bagus. Bab agama bagus. Tapi.
Janganlah korang tengok orang kahwin muda umur 16 tahun korang pun terus gatal piang menggeletar seluruh badan nak kahwin juga. Korang memang tengok diorang masuk tiktok joget gitu gitu madah sweet. Uish. Memey lah.. Bau wangi.
Hakikatnya.. Kahwin muda tak semudah yang korang tengok diorang ber-tik tok tu. Akhir cerita nanti, samada mereka akan rasa bersyukur atau menyesal semahu tidak kerana kahwin muda. Itu je.
Aku kahwin muda gak. Umur 20. Kawan aku semua tengah struggle nak habiskan STPM & diploma. Aku dah habis diploma terus gatai nak kahwin. Mama baba kata jangan. Nanti dulu. Kerja dulu. Taknak. Sebab apa? “Nak menghalalkan hubungan” alah alah alah jawapan akuuuuuuuuuuuuu
Nawaitu tu dia macam bercabang gak tu. Nak menghalalkan hubungan atau nak bebas dari ibubapa? Kamon. Jangan tipu aku. Korang mesti berangan kahwin muda best nanti dapat travel sesama laki bini dengan ikatan yang halal dan sah halal. Kan? Eleh kamon.
Budak viral tu siap upload video tips nak kahwin muda lagi. Kata dia cakap dengan makpak sambil muncung mulut “makkkk nak kahwinnnn” gitu. Aah. Aku pun macam tu gak dulu. Siap menangis sebab nak kahwin hahahahahahaharam j
Sama lah. Berangan. Nanti dah kahwin ada ikatan yang sah dan halal blablabla nak pergi memana senang takde mak bapak nak control. Paling paling pun husb boleh kautim waktu tu ler rasa. Maklumlah sesama muda. Sesama faham kononnya.. Tapi meh cerita yang tak best..
Kahwin muda ni, korang takde duit. Melainkan kalau korang kahwin dengan orang kaya macam kawan aku sorang ni lah. Itu memang seronoklah. Setiap tahun travel. Dia kahwin muda umur 19 tahun tapi laki dia umur 30 tahun dah kaya raya dah pun.
Tapi kalau setakat sama sama muda, masing masing pun baru nak cari hala tuju. Masa depan pun tak nampak. Cuma berbekalkan cinta yang penting aku cintakan kau.. Boleh. Tapi kuat ke?
Kuat ke nanti nanti dalam usia yang sangat muda, kawan kawan korang sibuk enjoy dengan kawan kawan lain pergi travel sana sini. Kau plak terperuk dalam rumah. Tak pun kalau laki kau kerja biasa biasa kau kena kerja sekali sejenis 10am-10pm. Dalam usia yang sangat muda.
Kawan kawan lain pergi karaoke tengah malam tapi kau tak sempat nak bersosial. Kawan pun takde. Dari kau rasa seronok berkawan, kau terus rasa keseorangan. Sorang sorang pergi. Nak ajak kau pun, kau dah kahwin. Nanti susah nak minta izin laki kata kawan kau.
Kawan kawan yang lain tengah seronok nak grad, kau pula tengah memikir nak masak apa tengahari esok, baju tadi dah basuh ke belum, esok laki kau nak pakai baju apa, eh tadi jiran ada pinjam senduk nasi nak pulang ke belum?
Itu baru cerita bab tu. Belum cerita bab : Sayang, abang takde duit nak bagi nafkah. Kau muda. Kau mesti akan memberontak punya. Sebab kau belum mampu nak faham erti tanggungjawab, tolak ansur, sabar & kuat. Jadi apa kau buat? Melawan. Bergaduh.
Nanti bila dah setahun, takde apa yang berubah. Kau mula fed up. Kau rasa menyesal kahwin muda sebab hidup tak maju. Setahun kerja 10am-10pm. Kawan kawan yang lain kerja dah office hour. Siap dapat bf best best lagi.
Belum cerita part kau pregnant. Nanti stress plak duit nak beranak. Budak muda sekarang kan kebanyakannya nak beranak kat hospital swasta. Nak kangkang orang cebukkan. Betul? Habis kalau kahwin sama muda kau rasa dapat ke kalau tak beriya? Kalau tak dapat? Memberontak lagi.
Gaduh dengan darah muda, angin naik turun, tak blend dengan orang matang, memang matilah. Kau muda, laki kau muda, sama sama muda. Jenis laki plak tak penyabar. Jenis kalau bercakap pun macam member member. Sekali bergaduh habis maki hamun semua keluar.
Nanti laki kata isteri tak hormat. Nanti isteri kata laki tak sayang. Bosan ah. Cari lain. Shake wechat.
Takut tak imaginasi macam ni? Dah ready ke nak kahwin cepat cepat dik??? Fikirlah masak masak. Jangan terikut trend bila berkahwin. Kahwin sebab Allah. Bukan sebab viral 16 tahun kahwin kau nak juga sebab boleh tiktok laki bini sesama.
Alah dikkkk…. Zis pun dulu kahwin sebab trend juga. Wakaka. Waktu tu Erin Malek kahwin, Fatin Afifah kahwin, Diana Danielle kahwin, waktu tu semua umur range 18-20 gitu. Ish seronoknya kahwin muda! Nak gak ah. Cliche alasan aku, nak halalkan ikatan.
Nampak yang indah je dek. Nanti hari hari boleh duduk depan tv sesama. Nanti hari hari boleh tidur sebantal sesama. Nanti hari hari boleh keluar sesama. Tapi.. nanti.. bila kau kahwin.. Hidup kau berubah 360• dan kau akan rasa terkujat terkejut menggeletor pakej.
Dalam usia muda, kau dah kena hadap dugaan ibubapa mertua, ipar duai, yang mungkin tak sekepala. Kau dah ready ke mentally family laki kau kutuk kau waktu diorang tengah potong bawang kat dapur? Dah ready? Kalau setakat baru kena umpat sikit kau dah koyak, takyahlah dik.
Kalau dah kahwin muda, dah sah sah lah laki kau tu belum mampu mana nak sediakan kau sebuah rumah yang selesa. Dan semestinya kau akan duduk sebumbung dengan mertua. “Alah sekarang bf kita punya mak layan kita baik. Kita ngam dengan akak akak ipar kita semua”
Ye dik. Belum kahwin. Semua wangi. Nanti kau dah sebumbung, kau sembur perfume Victoria Secret pun bau taik petai dik. Itu baru bab family baik. Kalau dah awal awal tunjuk family dia tu tak baik. Adoi. Dah ready nak rasa baju kau basuh kena humban ke lantai?
Dah ready kau masak takde sorang pun nak sentuh sebab tak sedap? Dah ready kau kemas rumau orang kemas semula sebab rasa kau kemas tak betul? Dah ready nak rasa kena hina sebab kau takde apa apa melainkan SPM???????? Dah readyyyyyyy????
Dik. Kahwin muda memang best. Aku tak tipu memang best. Dapat plak laki satu kepala. Jenis jahat sama sama. Muda plak kan. Memang nak buat jahat jelah. Tapi bila kau dah penat. Kau nak buat baik. Laki kau belum move on lagi sebab dia sebenarnya belum puas enjoy..
Kau dah ready ke nak diduga dengan suami punya perangai plak? Dapat plak laki jenis cepat bosan. Sikit sikit complain kau tu tak pandai masak lah, tak kemas rumah lah, tapi tolongnya tidak. Kang kejap kejap kantoi ada awek lain kat wechat.
So nasihat akak dik…… Sabarlah. Simpan sikit kegatalan itu. Simpan banyak lagi bagus dik. Dengar cakap akak. Akak dah kahwin muda. Dan akak cerai dalam usia muda juga dik. Akak MENYESAL kahwin muda. Sebab banyak benda akak terlepas dik. Banyak sangat sangat sangat.
Jangan menggelabah nak kahwin. Pergilah bawa makbapak kau tu pergi jalan jalan dulu dik. Pergi kumpul harta dulu dik. Pergi bina kerjaya dulu dik. Dik, nanti bila kau berjaya, beratur lelaki bagus bagus nak kau dik. So belajar lah bersabar sikit.
Sebenarnya aku memang sarankan, perempuan ni serendah rendah pendidikan biarlah diploma. Sekurangnya bila nak kerja mana mana, sedaplah sikit. Bela lah diri sendiri dik. Kita perempuan ni, seolah ada tamat tempoh. Cuma tak tahu je bila.
So sebelum dibuang, kau readykan lah diri nak masuk tong kitar semula yang mana satu. Untuk aku, sekurangnya asbab ada pendidikan, walau tak lah tinggi mana, terselamat juga aku nak survive kemana mana.
Anywayyyy.. ini aku tak pukul rata. Kalau kau sekarang dah tua pastu zaman dulu kau kahwin umur 18 tahun gitu, tapi masih bahagia & sempurna, janganlah samakan. Zaman sekarang dah tak mcm dulu zis zis sekalian. Nak cari yg berkualiti itu seolah mencari bintang ketika siang.
Hampir mustahil tapi ajaibnya tetap ada. Gitu. Madah pujangga aku. Ada je yang kahwin muda dan bahagia. Tapi kebanyakannya sebab bini dia umur 18 tahun laki dia umur 30 lebih memang lah bahagia. Semua dah tersedia. Laki pun, dah tua, dapat plak bergetah. Gila tak sayang?
Itulah contoh contohnya. Dan masih.. ini semua jodoh Allah juga. Apa apa jadi ada hikmah. Kahwin muda ke, kahwin lambat ke, ada hikmah. Aku cuma pesan yang belum kahwin ni jangan bergetar sangat semua aset. Rileks rileks sudah.
Tapi buat yang dah kahwin muda tu, tahniah & didoakan semoga uolls kuat semangat untuk tempuh dugaan rumahtangga yang penuh onak duri. Bahagianya susah nak jumpa, perit jerihnya susah nak elak. Kuncinya : sabar & banyakkan solat. Sekian..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.