Kata orang soal jodoh, rezeki dan maut itu urusan Allah. Siapalah kita untuk menolak takdir Allah jika memang sudah tersurat jodoh antara insan tersayang sudah tiada.
Namun tiada salahnya sebelum membawa haluan masing-masing saling memohon maaf dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Itulah yang berlaku pada pelakon dan pelawak Opie Zamie atau nama sebenarnya Mohd Saufi Zami dan pasangan Zamzarina Mohamed yang sah bercerai talak satu pada jam 10.47 pagi ini di Mahkamah rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Lafaz cerai itu dibuat Mohd Saufi atau lebih dikenali sebagai Opie Zami, 46, terhadap Zamzarina, 43, di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Mahir Zanial.
Ads
Hakim Ahmad Mahir mendengar lafaz cerai itu, kemudian mensabitkan perceraian dengan talak satu terhadap pasangan itu dan memerintahkan Zamzarina menjalani tempoh idah selama tiga bulan, termasuk Opie perlu mendaftarkan perceraian mereka dan sijil nikah dibatalkan.
Zamzarina selaku plaintif memfailkan penceraian terhadap Opie selaku defendan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada 16 Mac lalu.
opis6
Terdahulu, suasana dalam mahkamah bertukar hiba apabila pasangan itu menangis ketika bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Opie melafazkan cerai.
Ads
Zamzarina yang berjubah hitam dilihat hanya tunduk ketika bersalaman dengan Opie yang berbaju T putih serta berseluar jeans biru.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ammar Shah Saidi,15, Aliff Shah Syedi,13, dan Arrif Shah Saidi, 8.
Kecoh apabila ambe nyatakan bahawa perbuatan yg sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah HARAM kerana ianya menyalahi apa yg dibenarkan oleh Syarak ‘Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg buruk) dalam Islam, maka baginya DOSA amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) DOSA orang yang mengamalkannya selepasnya ( HR Imam Muslim)
Dengan merakamkan video berlatar belakangkan lagu, dgn solekan ala2 syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan iti harus dilakukan?
Hukum dlm agama bukan berdasarkan akal semata² tetapi mempunyai nas
Semalam sy membawa hadis ttg meniru gaya org kafir, walaupun golongan penyokong lathi challenge menyebut bahawa ianya di asas oleh org Indon dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yg menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yg menyalahi syarak
Anak² melihat perkara ini, dan ramai yg meniru terutama sekali org perempuan dgn gaya yg mengaibkan
Perlu kita menutup pintu² fitnah kpd agama dan umat Islam ini agar tidak merebak sehingga melalaikan manusia
Ambe guna hujjah dan dalil, namun tetap ada yg berani nak cabar dan argue dgn menyatakan itu dan ini
Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yg baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur
Tinggal berjauhan, hukum suami minta gambar isteri tidak berpakaian untuk ubati rindu. Maklumlah bila perhubungan jarak jauh (PJJ) ini, perasaan saling merindu itu lain macam.
Berjumpa hanya sekali-sekala atas tuntutan kerja dan mencari rezeki untuk keluarga tercinta, pasti ada masanya suami akan meminta menghantar gambar sang isteri apalagi dalam dunia serba moden ini.
Gambar atau video dengan mudah dapat dikirim hanya melalui telefon pintar. Gambar biasa yang menutup aurat mungkin tidak datangkan masalah, namun bagaimana hukumnya jika suami minta gambar isteri tidak memakai baju.
Adakah dibenarkan? Ikuti penjelasan panjang lebar daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dalam berdepan isu ini:
Selepas berlakunya akad nikah yang sah antara seorang lelaki dan wanita, maka tiada lagi aurat antara mereka berdasarkan hadis:
“Jagalah aurat kamu kecuali daripada isteri kamu atau hamba yang kamu miliki”.
Ulama bersepakat bahawa tidak haram suami melihat seluruh tubuh isterinya dan begitu juga sebaliknya.
Bagaimanapun, tindakan berkongsi gambar yang mendedahkan aurat antara suami isteri di dalam WhatsApp dan media sosial dibimbangi akan membuka ruang terdedahnya gambar tersebut kepada orang lain.
Ini seterusnya boleh menyebabkan kemudaratan lebih besar. Maka, perkara tersebut lebih baik untuk dielakkan dan ini bertepatan dengan beberapa kaedah fiqh iaitu: Menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudaratan.
Namun, melihat kepada pasangan (yang halal) sambil masing-masing menimbulkan keghairahan kemudian diikuti dengan perbuatan onani pula mempunyai hukumnya yang tersendiri.
Hukum onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat adalah harus dan tidak berdosa. Bahkan, kaedah fiqhiyah juga menyebut: “Kemudaratan itu membolehkan apa yang terlarang”.
Ini merupakan pendapat yang diriwayatkan daripada Imam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim serta pendapat daripada Ibn Aqil.
Bahkan, pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukannya apabila terdesak dan perlu. (Lihat: Al-Bada’I Wal Fawa’id, jilid 2, halaman 870).
Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya, maka hukumnya adalah haram dan ditegah.
Ia termasuk dalam perbuatan yang keji dan kotor serta memudaratkan akal serta jiwa sehingga menjadikan dirinya dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi akan terjebak kepada perzinaan.
Namun, apabila syahwat itu terlalu mendesak dan menggoda, maka beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syahwat demi mencegah zina.
Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu:
a) Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu menggunakan gambar lucah atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina, sebaliknya ia sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan perbuatan seperti itu diharamkan.
Oleh demikian tidak digalakkan memuaskan nafsu secara online, walaupun dengan pasangan yang halal, sebab ia akan menimbulkan ketagihan dan kemungkinan akan terjebak melakukan perkara lebih jauh lagi hingga membawa kepada perkara diharamkan oleh syarak. Perlu diingat, tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.
b) Adapun sebaliknya, mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang halal atau haram kerana niatnya sekadar untuk mengurangkan tekanan seksual. Ini dibolehkan.
Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan menggunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan.
Firman Allah SWT: “Dan bertakwalah kamu kepada Allah semampu kamu.”- (Surah al-Taghabun: 16).
Kesimpulannya, apabila terdesak dan perlu untuk menurunkan tekanan syahwat dengan cara beronani, namun begitu tidak digalakkan menggairahkannya melalui online, panggilan video dan sebagainya.
Adalah dianjurkan supaya pasangan tersebut berusaha menjaga syahwat mereka dengan berpuasa serta berusaha menghindarkan diri daripada membayangkan kelazatan berjimak bersama pasangan.
Oleh demikian, hendaklah mereka berikhtiar untuk dapat berkumpul semula dan tidak tinggal berjauhan supaya tercapai matlamat perkahwinan yang telah dibina dengan ikatan diredhai Allah SWT.
Ingatlah pesanan Allah SWT ini dan jadikanlah ia sebagai motivasi. Firman Allah SWT;
“Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya.” (Surah Al-Nazi’at: 40-41).
‘Anak suka merajuk, baca doa Nabi Daud.’ Ibu ini kongsi 8 doa berkesan untuk anak kecil yang kadang-kadang sukar diramal perangai mereka.
Setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anak-anak, tidak kiralah dari segi kesihatan, mental dan emosi anak. Seorang ibu sanggup lakukan apa saja.
Jika ada ubat atau petua pasti seorang ibu akan lakukan demi anak tercinta. Begitu juga dalam mengamalkan doa-doa yang baik untuk anak-anak. Seperti mana yang dikongsikan Puan Nur Zaind ini, semoga bermanfaat!
Posting ini bukan bertujuan untuk membandingkan.
Tapi bila jadi ibu ini, kita nampak setiap anak berbeza. Nur dari anak-anak lahir, masa menyusu, masa sebelum tidurkan memang Nur baca Al Fatihah, 3 Qul, Al Qadr, Al Inshirah, doa penerang hati anak soleh, Surah Toha 1 hingga 5 dan zikir Ya Latif.
Oh ya, tidak ketinggalan Nur akan baca juga masa basuh beras sebelum menanak nasi.
Tapi siapa yang follow Nur di sini, Haasya ini lain sangat kan? Merajuk sehari itu tak terkira.. Memang betul, anak nombor dua ini sensitif.
Asyik hendak dibelai serta dimanja. Malah untuk handle dia kena lemah lembut gemalai. Tapi kalau sehari asyik saja nak moody tiba-tiba, sikit-sikit bad mood atau sikit-sikit tarik muka.
Kadang jadi geram juga. Baru-baru ini cakap dengan mak, mak kata sarankan atau minta saya bacakan Do’a Nabi Daud ketika dia ingin lembutkan besi itu pula…
Terus malam tu Nur buat, esok tu memang Haasya tak merajuk.. Terkejut! Video call beritahu mak. Ini sudah masuk beberapa malam Nur buat..
Alhamdullilah nampak perubahan Haasya, nak merajuk pun sikit-sikit saja.. Tak lebih-lebih tarik muka masam dia tu.. Alhamdullilah semua ini Allah punya rahmat.
.
Jadi sekarang senarai rutin doa sudah bertambah.
Malam-malam depa (mereka) kalut pilih tangan Nur yang mana satu nak letak di dada depa masing-masing. #ShareIfCare
Kashoorga: Curi masa dan bacakan doa-doa ringkas ini untuk anak-anak iya!
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.