Ramadan telah pun berlalu. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas. Bagi yang terpaksa meninggalkan puasa atas alasan-alasan yang munasabah seperti masalah kesihatan dan sebagainya inilah masa untuk menggantikan semula puasa.
Namun bagi pasangan suami isteri, jika terlajak mengadakan hubungan suami isteri di bulan Ramadan maka perlu membayar kaffarah seperti berikut secara tartib (mengikut urutan):
*Membebaskan seorang hamba.
*Berpuasa dua bulan berturut-turut.
*Memberi makan kepada 60 orang miskin.
Ini adalah berdasarkan kisah seorang arab badwi yang datang menemui Rasulullah S.A.W sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Abu Hurairah yang berikut:
أَتَى النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ . قَالَ ” وَمَا أَهْلَكَكَ ” . قَالَ وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ . فَقَالَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ” أَعْتِقْ رَقَبَةً ” . قَالَ لاَ أَجِدُهَا . قَالَ ” صُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ” . قَالَ لاَ أُطِيقُ . قَالَ ” أَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا ” . قَالَ لاَ أَجِدُ
Maksudnya: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi S.A.W lalu dia mengatakan: “Aku telah binasa”. Lalu Rasulullah berkata: “Apa yang menyebabkan kamu binasa ?”. Maka lelaki itu menjawab: “Aku telah bersama dengan isteriku pada bulan Ramadhan”. Maka Nabi S.A.W bersabda: “Bebaskanlah seorang hamba”. Lelaki itu menjawab: “Aku tidak memilikinya”. Baginda bersabda lagi: “Puasalah selama dua bulan berturut-turut”. Lalu lelaki itu mengatakan: “Aku tidak mampu”. Kata Baginda lagi: “Berilah makan kepada 60 orang miskin”. Maka jawab lelaki itu: “Aku tidak memiliki sesuatu untuk diberi makan”.
Namun bagaimana pula situasi apabila suami isteri mengadakan hubungan kelamin ketika sedang qadha puasa Ramadan? Berikut penjelasannya.
SOALAN:
Ads
Saya telah menyetubuhi isteri sewaktu sedang berpuasa qadha Ramadan. Adakah saya dan isteri wajib membayar kaffarah?
JAWAPAN:
Puasa wajib samaada puasa Ramadan, puasa nazar, puasa qadha, puasa kaffarah atau puasa wajib lainnya, tidak boleh dibatalkan begitu sahaja melainkan jika ada keuzuran seperti sakit dan permusafiran.
Ibnu Qudamah mengatakan bahawa sesiapa yang telah memulakan puasa wajib seperti qadha Ramadan, puasa nazar hari tertentu atau nazar mutlak, atau puasa kerana kafarah, dia tidak boleh membatalkannya. Hal ini kerana sesuatu yang statusnya wajib ain, perlu dilakukan. Sementara sesuatu yang bukan wajib ain, ia menjadi wajib ain jika telah dilakukan, sehingga statusnya sama dengan wajib ain. (Al-Mughni, 3/160 – 161)
Ads
Hal ini berbeza dengan puasa sunat, di mana seseorang bebas untuk meneruskan puasa atau berbuka. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Seseorang yang berpuasa sunat, jika dia mahu dia boleh teruskan berpuasa, dan jika mahu dia juga boleh berbuka.
Ads
(Hadith Riwayat Tirmizi: 732)
Adapun berkenaan persoalan di atas, maka jumhur ulama kecuali sebahagian kecil seperti Qatadah telah bersepakat bahawa tidak wajib kaffarah bagi sesiapa yang membatalkan puasa selain daripada puasa wajib di bulan Ramadhan, sama ada dengan makan dan minum atau bersetubuh. Ini merupakan pandangan Imam Nawawi, Ibn Qudamah dan Ibn Rusyd. (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/345; Al-Mughni, 3/139-139; Bidayatul Mujtahid, 2/69)
Maka dalam kes ini, wajib ke atas mereka yang membatalkan puasa qadha Ramadan untuk mengulangi semula puasa ganti tersebut, bertaubat kepada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan itu.
Wallahu a’lam.
Sumber kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=c4vYVmyEWQo&t=22s
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam keadaan negara di landa jerebu kita juga turut berdepan dengan masalah cuaca kering. Ini adalah disebabkan hujan yang tidak turun dan menyebakab masalah jerebu menjadi semakin serius.
Dalam menangani masalah ini, sebagai hamba-Nya kita boleh memohon pertolongan padanya. Berdoa agar diturunkan hujan bagi mengelakkan masalah jerebu daripada berlarutan.
Dalam hal ini kita juga dituntut menyempurnakan solat sunat Istisqa iaitu solat untuk meminta diturunkan hujan.
Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui
solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT.
Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana
kemarau, sedang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya,
ia dituntut untuk menunaikan solat istisqa’ iaitu solat meminta hujan, agar
diturunkan hujan.
Hukumnya sunat muakkad ke atas orang yang mukim, musafir, merdeka, hamba, yang sudah baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan.
Cara Melaksanakan Solat Istisqa’
1. Boleh dilakukan secara sendirian.
2. Lebih afdhal jika dilakukan secara berjamaah.
3. Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan. Jika tidak
berkehendakan hujan maka hukumnya tidak harus dan tidak sah.
Persediaan Bagi Melaksanakan Solat Istisqa’
Perlu menginsafi bahawa manusia tidak mempunyai upaya untuk menentukan
sesuatu, kecuali dengan kehendak Allah SWT. Oleh itu sebelum solat atau
bermunajat kepada Allah SWT perlu membuat persediaan berikut, antaranya:
1. Seluruh penduduk diminta meninggalkan maksiat dan bertaubat kepada
Allah SWT.
2. Seluruh penduduk dengan pakaian yang biasa atau sederhana diminta turut
sama keluar beramai-ramai ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan
solat secara berjamaah.
Kaifiat Solat Istisqa’
Dilakukan dua rakaat sama seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain.
untuk memulakan solat. الجامعة الصالة 2. Disunatkan melaungkan
Lafaz niat solat istisqa’: أصلى سنة االستسقاء ركعتين اماما )مأموما( هلل تعالى .
Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak tujuh
kali dengan diselangi bacaan tasbih bagi rekaat pertama dan lima kali takbir
yang juga diselangi denga tasbih bagi rekaat kedua.
اهلل أكبر , سبحان اهلل والحمد هلل وال اله اال اهلل واهلل أكبر , وال حول وال قوة اال بااهلل العلي العظيم .
Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca fatihah dan surah.
Selepas fatihah, membaca surah al-A’la bagi rakaat pertama dan surah alGhasyiah bagi rakaat kedua. 7.
Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah
(membaca dua khutbah).
Keadaan kematian husnul khatimah menjadi nilaian sebenar di sisi Allah yang disaksikan pada saat-saat akhir amalan seorang insan. Adalah tidak menghairankan bagi seseorang yang melakukan amalan kebaikan ketika hidupnya namun setelah kematiannya dan ketika hampir dimasukkan ke dalam syurga, tiba-tiba Allah memerintahkan dia dimasukkan ke dalam neraka kerana dia pernah beramal dengan amalan ahli neraka.
Malah sebaliknya manusia yang melakukan amalan kejahatan ketika hidupnya tetapi pada penghujungnya dia beramal dengan amalan ahli syurga dan apabila menemui ajalnya, dia diperintahkan Allah untuk dimasukkan ke dalam syurga. Sesungguhnya manusia yang menemui ajal ketika di dalam masjid, sedang melakukan solat, berada di dalam majlis ilmu, sedang mendengar khutbah dan sebagainya, merupakan di antara contoh-contoh kematian yang dicemburui.
Setiap antara kita umat Islam pastinya mengimpikan mati dalam keadaan yang mulia di sisi Allah tetapi cukupkah amalan yang kita lakukan sekarang untuk melayakkan kita memperoleh ganjaran seperti itu? Ikuti perkongsian berikut yang pastinya menyentuh hati.
Nama mesra beliau Pak Osman. Kewujudannya tak disedari. Ketiadaannya kurang dicari. Tapi setiap kali kuliah, beliau duduk paling depan. Iktikafnya lebih byk sekalipun zahir ilmunya mcm masih sederhana.
Tak henti senyum, suka mengangguk setiap kali mendengar kuliah maghrib. Umurnya pencen tapi ibadahnya belia.
Setiap kali sebelum saya tiba, dia sudahpun berteleku di sejadah saf depan. Ketika saya tiba, dia biasa hulurkan tangan layak seorang bapa berjabat dgn anaknya. Begitulah rutin beliau.
Namun..
Hari ini hari Jumaat. Beliau sedang iktikaf lebih awal. Beliau telah solat lebih awal. Difahamkan beliau sedang berpuasa hari ini straight 10 hari, nazar kerana isterinya terpilih ke Baitullah tahun ini. Beliau sdg menunggu ketibaan penceramah tazkirah Jumaat.
Beliau sedang membantu pihak masjid utk membuka salah satu pintu masjid, tiba-tiba beliau rebah. Jantungnya terhenti.
Setelah 40 minit pasukan bantuan memberikan pertolongan cemas, beliau disahkan meninggalkan dunia. Beliau meninggalkan kami semua jemaah di Masjid AnNur Galleria@Kotaraya.
إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga Allah merahmati ruh Pak Osman. Beliau memuliakan banyak perkara yang dimuliakan oleh Allah, lalu Allah memuliakannya. Sedang hari ini hari Jumaat. Sedang beriktikaf. Sedang berpuasa pula. Sedang menanti di taman syurga majlis ilmu. Sedang mengimarahkan masjid membukakan pintu masjid.
Seolah-olah selangkah lagi masuk ke Syurga. Tatkala detik husnul khatimah itu, Allah ambil nyawanya.
Allah..Allah..Allah.. Mulianya kematianmu. Indahnya pengakhiranmu. Beliau dikebumikan petang ini juga sebelum mentari lenyap di ufuk barat. Saya mohon sangat-sangat agar yg membaca mesej ini supaya hadiahkan Fatihah buatnya.
له الفاتحة – Imam Khairul –
Semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 soleh…. Pak Osman @ abah – panggilan anak-anak di Galleria – tinggal dalam memori…
Sumber: Instagram Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Meskipun bukan yang utama namun ibadah umrah juga tidak kalah istimewanya dengan ibadah haji. Ibadah umrah menjadi pilihan alternatif bagi mereka yang belum berkesempatan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Makkah.
Seperti mana keistimewaan ibadah haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah.
Di antara kelebihan umrah ialah:
1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”
2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah : “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'”
4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Melakukan umrah pada bulan Ramadan menyamai ibadah haji”
5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”
6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : “Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)
7. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”
Wallahu a’lam
Sumber kredit: FB: Juwita Shaari via Memori Terindah Tanah Suci
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat atau solat sunat, mana satu yang lebih utama dilakukan? Ini mungkin persoalan buat mereka yang banyak meninggalkan solat satu ketika dahulu namun...