Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Memanglah setiap pasangan yang mengikat tali pertunangan ingin mengakhirinya dengan perkahwinan namun jika tiada jodoh, maka punahlah harapan untuk bersanding di pentas pelamin.
Persoalannya apakah yang boleh dituntut oleh pihak yang diputuskan pertunangan? Bolehkan mereka membuat tuntutan di mahkamah Syariah.
Viral seorang artis terkenal yang putus pertunangannya juga dengan seorang artis. Siapa-siapa pun kalau bertunang tak mahu hal ini terjadi. Lebih perit pulak pertunangan yang diputuskan ini ada isu yang besar sehingga melibatkan pihak polis.
Saya tak mahu ulas tentang isu yang timbul antara artis tersebut. Biarkan pihak polis lakukan tugas mereka. Cuma, ada soalan daripada netizen, Aisyah tu tak boleh tuntut apa-apa ke di Mahkamah Syariah? Insya allah saya akan ulaskan sedikit supaya menjadi panduan semua.
Boleh Ke Tuntut Gantirugi di Mahkamah Syariah?
– Pertunangan adalah suatu perjanjian sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk berkahwin. Pada ketika bertunang, haram untuk orang lain mengikat pertunangan dengan perempuan itu. Dalam undang-undang Keluarga Islam setiap negeri ada diperuntukkan tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan Gantirugi Perkahwinan.
– Mana-mana pihak yang mungkir janji untuk berkahwin itu, adalah bertanggungjawab untuk pulangkan :
1) Pemberian pertunangan (jika ada) 2) Memulangkan nilainya 3) Membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu.
Ads
– Jadi, dalam kes ni, pihak yang diputuskan pertunangan boleh membuat tuntutan gantirugi yang dia telah tanggung untuk membuat sebarang persediaan kearah perkahwinan tersebut. Ini termasuk dengan persiapan yang dilakukan bagi Majlis Pertunangan.
Boleh ke Tuntut Saman Malu?
– Tidak boleh. Di dalam Mahkamah Syariah, hanya gantirugi perkahwinan yang berbentuk perbelanjaan kearah persediaan untuk Majlis Perkahwinan sahaja boleh dituntut.
– Jika tuntutan itu bersifat gantirugi am kerana keaiban/malu, tohmahan masyarakat, penderitaan, tekanan jiwa dan perasaan, ia boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil (Tuntutan Sivil).
– Ini berdasarkan kepada kes Salbiah Bt Othman vs Haji Ahmad B Abdul Ghani (JHXXI/I 1427H) yang mana Mahkamah Tinggi Syariah Seremban telah menolak tuntutan Gantirugi Keaiban berjumlah RM200,000.00 yang dituntut oleh pihak Plaintif.
Apa Yang Aisyah Boleh Tuntut di Mahkamah Syariah?
– Di dalam kes Aisyah ni, dia boleh membuat tuntutan :
Ads
i) Belanja kenduri kecil-kecilan semasa hari pertunangan seperti jamuan makan dan khemah-khemah luar rumah
ii) Baju pengantin yang telah dibayar penuh olehnya termasuk dengan make up kepada butik
iii) Bayaran duit catering
iv) Kad-kad jemputan
v) Pengubahsuaian rumah (bilik tidur, bilik air, cat rumah dll)
Ads
vi) Pembelian katil pengantin
vii) Tempahan langsir dan cadar
viii) Deposit photographer
Ok, faham kan apa yang boleh dituntut untuk gantirugi putus tunang. Pertunangan bukan hal yang boleh dibuat main-main. Ia dah melibatkan dengan perundangan serta hukum syarak. Jadi, pihak yang memutuskan pertunangan perlu bertanggungjawab atas pemutusan pertunangan tersebut melainkan pihak satu lagi tu redha.
Moga kita semua dilindungi dengan rahmat Allah. Tapi kalau dah tiada jodoh, mungkin ada hikmah disebalik insiden ni. Ada hikmah juga bila tahu sesuatu sebelum berkahwin, kan? Follow dan Like Fahmi Ramli untuk terus mendapat info perundangan syariah.
Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.
1 – Solat Fardu 5 Waktu
Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
2 – Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.
Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.
3 – Menjaga Kehormatan Diri
Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.
4 – Taat Perintah Suami
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gemuk’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘obesiti’ kantung pahala anda!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Umum mengetahui penyanyi dan juga pelakon, Elly Mazlein sudah sah berkahwin buat kali kedua bersama pilihan hatinya baru-baru ini dengan seorang Guru Geografi.
Majlis persandingan mereka berdua diadakan sangat gilang gemilang diraikan bersama keluarga serta sahabat handai yang di PWTC.
Dan setelah dua minggu majlis berlangsung, sekali lagi Elly Mazlein atau dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pon mengadakan pula majis resepsi atau sambut menantu di kampung halaman suami tercinta, Cikgu Azlan Di Kuala Krai Kelantan.
Untuk majlis di negeri dikenali Serambi Mekah, Elly Mazlen menggayakan busana sopan dan anggun rona putih dan tampak manis berhijab litup yang terletak cantik di kepalanya.
Bukan itu sahaja, pasangan sama cantik sama padan ini juga turut diraikan dengan penuh meriah dengan tradisi desa serta paluan kompang bagi memeriahkan suasana majlis persandingan berkenaan.
Dalam pada itu dalam postingnya di laman sosial Instagram juga, Kak Lina turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga suami di Kelantan kerana melayan dirinya dan anak kesayangannya dengan baik.
Penampilan yang Kak Lina yang santun ini juga turut mendapat pujian followernya yang rata-rata memuji kecantikannya mengenakan hijab. Juga mendoakan pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.
mariaasuwandi Syurgaa diwajah mu sis.. Moga kekal till jannah
Cinta tak kenal siapa dan hadirnya juga tanpa dipaksa. Malah kisah cinta setiap daripada kita ini berbeza-beza. Jika memang sudah dia ditakdirkan jadi pasangan kita, tidak timbul siapa ‘mengorat’ siapa.
Seperti perkongsian lelaki ini yang juga seorang atlet tennis paralimpik negara, Firdaus Ibrahim yang telah muat naik kisah cintanya yang cukup manis dan sweet.
Dia dilihat sangat ‘jual mahal’ apabila isterinya yang terlebih dahulu mengajaknya berkenalan.
Walaupun cara ini boleh dikatakan perigi cari timba, namun mereka akhirnya telah disatukan dan paling penting isterinya boleh menerima keadaan dirinya dengan hati terbuka.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat dinikahkan pertengahan Ogos lalu di sebuah lokasi di Terengganu.
Baru berkongsi kisah cintanya di laman sosial twitter hingga mendapat perhatian warga net kerana mendapat lebih 14 ribu retweet serta 20 ribu butang like.
Warga net yang mengikuti kisah cinta ini dilihat memuji pasangan ini yang mana tindakan isterinya memulakan langkah terlebih dahulu sebagai satu langkah bijak untuk menjalinkan hubungan lebih baik.
@DGAF Korang memang cute,tapi wheelchair dia sangat osemmmmmm bebbbbb…..okay jangan bitter,im just fell in love with them
@Noorliza Sabarina @lizasabarina I would do the same way too. Its not flirting, its call ada keberanian dalam kejujuran. Alhamdulillah dan tahniah.
@Durian biru This not flirting. Its straight to the point.
@zkhzha Ya Allahhhh …Tu laaa jodoh kan …Aku selalu je jujur dengan orang yang aku suka tapi selalu di reject mentah mentah ..
Menurut Firdaus juga dalam satu tweetnya, dia mengucapkan syukur alhamdulillah kerana telah berkahwin. Tambahnya lagi ia cuma halangan dan bukan juga kegagalan.
Firdaus juga turut berkongsi caranya bercinta. Tidak ada bunga bahasa yang melankolik, sebaliknya simple mesej ketika kedua-dua berhubung. Unik tetapi amat membahagiakan sebelum datangnya hari bahagia pasangan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apabila berbicara tentang azab neraka, fikiran kita sering membayangkan api yang marak, panas yang menyengat, dan bara yang membakar kulit manusia.Namun, mungkin ramai yang...