Ada kerja tapi rezeki asyik tak cukup saja, buat bisnes berkali-kali tapi gagal, ataupun hidup sentiasa dilanda masalah dan dugaan.
Bila begini ramai yang mengaitkannya dengan keberkatan. “Mungkin sebab tak berkat?” Dah tentu bagi yang melaluinya berasa sedih apatah lagi mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik dan mengikut apa yang ditetapkan oleh agama.
Perkara yang sama dilalui oleh seorang usahawan. Diuji dengan kegagalan bisnes dan kini dibelenggu hutang berjumlah jutaan ringgit, namun usahawan Khairul Hakimin Muhammad redha dengan apa yang menimpanya.
Bagaimana pun hati dan fikiran yang selama ini positif berdepan ujian hebat ini terusik bila ada yang memintanya melihat semula keberkatan bisnes yang dilakukan sebelum ini.
Benarkah bisnes gagal sebab tak berkat? Kala fikiran resah dibelenggu perkara ini, perkongsian seorang ahli agama memberi kesedaran buat dirinya tentang makna keberkatan. Kita sendiri juga boleh mengambil pengajaran daripada kisah beliau ini.
Check keberkatan
Baru-baru ini saya sampai bertanya kepada lebih 4-5 orang kawan dan para agamawan tentang apa yang membelenggu diri saya selepas saya pulang dari menunaikan umrah.
Halnya ialah ada seorang komen dan seorang lagi menghantar PM tepi tentang ini.
Mereka kata “tuan, tuan tak habis kena uji, bisnes tuan tak berkat ke? Cek keberkatan.”
Yang PM tepi pula kata “saya nampak macam ada isu keberkatanla tuan. Tuan cuba ingat balik ada apa apa ke tuan buat?”
Berderau darah. Rasa macam eh. Aku tak pernah fikir tentang hal ini. Ia benar-benar buat saya sentap. Rasa macam ya, rasa macam eh macam mana kalau betul.
Lalu seorang demi seorang saya tanya. Ramai.
Boleh kata semua seiring beri jawapan sama. Pada setiap kali itulah jiwa saya rasa lega. Namun sekejapan ja teringat, rasa tak puas-puas, pergi tanya lagi.
Dapat lagi jawapan, rasa tak sedap hati lagi. Tanya lagi pendapat lain.
Berkat tak berkat bukan hal kita untuk hukumi
Lalu saya dapat jawapan ini:
“Khairul, Khairul kenal tak orang ini? Ustaz ini sebutkan nama seorang usahawan ini. Saya angguk.
Khairul tahu tak dia gagal dalam 45 buah bisnes dia sepanjang dia buat bisnes.
Tapi sekarang tengoklah dia macam mana. Zakatnya, sedekahnya, kebajikannya, semua ada.
Berkat tak berkat bukan hal kita. Sifat manusia memang suka menghukum. Padahal ujian itu tak perlu diberi komen pun.
Habis itu di Gaza sana orangnya hidup tak ada keberkatan ke? Kena bunuh hari-hari? 75 tahun kena seksa, disekat sana sini. Tak berkat ke?
Bukan begitu cara kita berfikir.
Berkat ini boleh kita rasa
Berkat ini ya kita boleh rasa. Kita boleh nikmati. Namun hal tak berkat jangan sesekali hukumi.
Mencari keberkatan itu wajib. Jika benar caranya, jangan duk runsing lagi. Berjaya gagal bukan kerja kita. Kerja kita ialah berbuat dan mencari keberkatan. Cukup. Sudah sudahlah berfikir bukan-bukan.”
Ya Rabb alhamdulillah.
Leganya kali ini. Alhamdulillah.
Saya risau sangat bab berkat tak berkat. Risau sangat-sangat.
Doakan semua yang saya buat ini penuh keberkatan ya kawan-kawan. Doakan saya berjaya bayar semua hutang saya. Doakannnn.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI