Hidup berumah tangga memang tak lari dari melakukan kesalahan baik isteri mahu pun suami. Agar tidak berlarutan kesalahan ini mahu tak mahu ia harus ditegur.
Bagaimanapun untuk menegur kesalahan isteri haruslah kena caranya memandangkan hati kaum hawa yang lembut dan mudah sangat tersentuh.
Rasulullah SAW sendiri menunjukkan contoh untuk kita dalam hal ini. Salah satu cara baginda ialah dengan tidak menegur secara terperinci malah buat-buat lupa kesalahan isteri.
Jelas beliau salah satu panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah mengenai akhlak seorang suami ialah menegur isteri secara baik dan melupakan sebahagian kesalahan mereka. Iaitu dia tidak mengungkit secara terperinci bahkan memberikan teguran yang perlu sahaja.
Perkara ini diceritakan dalam al-Quran apabila Allah mendedahkan kepada kita bagaimana Nabi menegur isterinya sebahagian kesalahan yang dilakukan oleh mereka dan tidak mendedahkan sebahagian kesalahan yang lain.
Firman Allah:
عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَن بَعْضٍ ۖ
“(maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya)” (Surah al-Tahrim: 3)
Ads
Hanya ceritakan kesalahan dengan detail
Ketika menafsirkan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa Baginda hanya menceritakan bahagian kesalahan yang perlu sahaja supaya pihak isteri tidak terasa dengan penerangan yang terlalu detail mengenai kesalahannya.
Kata al-Tantawi:
اكتفى بالإشارة إلى جانب منه ، ولم يذكر لها تفاصيل ما قاله لها سابقا . لسمو أخلاقه – صلى الله عليه وسلم – إذ فى ذكر التفاصيل مزيد من الخجل والإحراج لها
“Baginda memadai dengan hanya menyebut sebahagian daripadanya (sebahagian kesalahan sahaja) dan tidak menyebutkan perincian apa yang diucapkannya kepada isterinya sebelum itu. Ini adalah ketinggian akhlak Baginda Nabi SAW kerana dengan menyebutkan kesalahan secara terperinci akan menambah malu isteri dan lebih menyakitkan hati mereka.”
Begitu tinggi akhlak Rasulullah, dalam memberikan teguran pun, Baginda berusaha menjaga hati isteri yang ditegur agar mereka tidak terasa. Malah menurut Sheikh al-Tantawi lagi, buat-buat lupa kesalahan pasangan merupakan akhlak suami yang mulia. Beliau menukilkan kata-kata salaf terdahulu:
ما زال التغافل من فعل الكرام
“Sentiasalah perbuatan melupakan (kesalahan itu) adalah perlakuan orang yang mulia.”
Jika sebelum ini tular tentang isu valet doa, kini tular pula kisah valet solat hajat. Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah, selayak dan seafdhalnya orang yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa.
Ikuti perkongsian Najmi Farisham tentang gejala valet solat hajat seperti yang ditulis dilaman Facebooknya.
Aku terlihat satu posting seorang akak mohon bantuan sesiapa yang ada di Mekah Madinah untuk buatkan solat hajat baginya. Dia minta sebutkan harganya sekali.
Aduh, aku mengeluh sendirian. Macam manalah sampai begitu sekali nak buat. Perkara ini kalau dibiarkan, pasti akan buka satu lubang baru untuk bisnes. Dulu pernah tular isu Valet doa. Kini solat hajat pula.
BERGERAK SECARA SENYAP
Ya aku pasti yang perkara ini sebenarnya dah lama berleluasa dalam masyarakat kita. Cuma ianya bergerak secara senyap atau underground. Aku pernah dengar akannya sebelum ini.
Biasanya bila terjadi begini, kawan itu dah dalam keadaan terdesak. Boleh jadi ada anak sakit, hantar ke hospital tak jadi, ke bomoh tak sembuh, ke ustaz tiup-tiup tak mujarab.
Kita faham benar bila situasi terdesak, macam-macamlah yang kita sanggup buat. Dan orang akan gunakan peluang ini untuk kaut keuntungan. Orang minta caj bayaran ribuan ringgit pun, kita sanggup.
Sebenarnya kita lupa yang kita duk minta orang doakan di Mekah Madinah itu, rupanya Tuhan itu adalah sama dengan Tuhan di kampung kita. Kita duk solat 5 kali sehari, kita duk sembah Dia. Orang di Mekah Madinah pun sebenarnya duk sembah Tuhan yang samalah.
Benar, di Mekah Madinah doanya lebih mustajab. Ia kelebihan tempat. Namun kita di kampung juga Tuhan berikan kelebihan waktu. Mustajabnya doa antara azan dan iqamat, ketika waktu berbuka puasa, ketika hujan turun, selepas solat, 1/3 akhir malam, ketika sujud dalam solat, saat usai baca tashahud akhir sebelum beri salam dan banyak lagi.
Kita tak perasan itu semua. Yang kita nampak Mekah Madinah. Kena pi sana untuk doa sebab di sana mustajab. Kalau tak mampu, upahlah sesiapa pun asalkan Mekah Madinah. Rela habis ratusan tingggit, tak apa asalkan Mekah Madinah.
Pelan-pelan cara berfikir begini disuntik masuk dalam kepala kita. Pelan-pelan kita mengajar orang sekeliling bahawa agama ini hanya untuk golongan kaya raya saja. Dah nak apa-apa, kena pi Mekah Madinah. Ingat harga nak pi sana murah?
LEBH BAIK BUAT SENDIRI
Aku tak halang kita minta rakan-rakan doakan kita. Cuma ada benda yang kita semua perlu jelas. Bab doa ini, aku lebih suka untuk buat sendiri terlebih dahulu. Hanya kita tahu dan faham betapa perlunya sesuatu itu, betapa naknya kita sampai mampu menitiskan air mata.
Berbeza kalau upah orang, dia hanya bacakan tanpa ada emosi seperti kita. Sebab dia tak tahu apa yang kita mahukan. Dalam mana yang kita hajatkan.
Tuhan ada kasi tahu, kalau ada nak minta apa-apa, minta sajalah dariNya. Tuhan nyatakan dalam al-Quran, berdoalah kepadaNya nescaya akan dimakbulkan.
Kita doakan rakan dalam diam, malaikat aminkan dan doakan kita balik.
KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN TENTANG VALET DOA YANG PERNAH TULAR SEBELUM INI
Setelah kami meneliti isu Valet Doa yang disertakan pula dengan pakej-pakej dengan harga yang berbeza seolah-olah mengikut tahap kemustajaban doa, dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat. Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA. Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej seperti Pakej Raja Salman dan Pakej VIP adalah sangat tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, ia jelas menunjukkan sifat komersialnya dan manipulasi doa.
Berkenaan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said RA, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa dan putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripada tiga iaitu samada disegerakan doanya, ditangguhkannya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: ‘Kalau begitu, kami akan membanyakkannya.
Sabda Baginda: ‘(Maka balasan) Allah lebih banyak.” (Riwayat Ahmad, no. 10749)
Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima, tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas. Samada dimakbulkan segera, ditangguhkan ke hari Akhirat atau dihilangkan keburukan seumpamanya. Inilah yang ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/95). Justeru, penggunaan kalimah mustajab atau jaminan makbul yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi jelas.
KASHOORGA: Lebih afdhal sebenarnya jika kita sendiri yang memohon doa kepada Allah.
Sumber kredit: Najmi Farisham dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ada orang kata bulu kucing daripada kucing hidup dan sudah mati itu najis. Kadang-kadang si pencinta kucing ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat mereka jika ada bulu kucing telah melekat pada pakaian ketika mereka sedang bersolat. Entri ini boleh membantu untuk mengetahui solat mereka sah atau sebaliknya.
Merujuk pada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah daripada Kabsyah Binti Ka’ab bin Malik, bahawa suatu saat Abu Qatadah memasuki rumah dan disediakan minuman olehnya. Tiba-tiba datang seekor kucing meminum daripada air minuman itu dan Abu Qatadah mencondongkan mangkuk itu sehingga dapat diminum oleh kucing itu.
Ketika Abu Qatadah melihat Kabsyah memperhatikannya maka dia bertanya : “Apakah kau terkejut wahai anak saudara perempuanku?” Dia menjawab : “Benar”. Berkatalah Abu Qatadah sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Kucing itu tidak najis, ia termasuk binatang yang berkeliaran di sekelilingmu”(Sahih Abi Daud dan lain-lain)
Berdasarkan hadis sahih ini para sahabat, tabi’in dan kebanyakan daripada ulama seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishaq bin Abdullah mengatakan bahawa ianya tidak dikira najis. Bahkan jumhur ulama mengatakan bahawa bulu kucing tidak najis kerana ia adalah daripada haiwan yang bukan daripada kategori haiwan najis. Malah jika jilatan kucing bukan najis maka bulu kucing adalah lebih utama untuk dikatakan tidak najis.
Pendapat yang paling rajah (benar) pula mengatakan bahawa setiap rambut, bulu, bulu pelepah dan benang bulu daripada kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan adalah tidak najis sama ada ia masih hidup atau pun tidak. (Majmu’ Fatawa 38/21).
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.