Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan:
Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
Pekerjaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
Ads
Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP SUAMI ISTERI
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Ads
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim
KESIMPULAN
Ads
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Syeikh Ali Al Khawwas menyatakan bahawa akhlak isteri merupakan gambaran daripada akhlak diri seorang suami. Ini kerana darinyalah isteri ‘diciptakan.’ Barang siapa yang ingin tahu akhlak dirinya, maka hendaklah ia melihat akhlak istrinya. Maka jika engkau ingin akhlak isterimu baik, maka binalah hubungan baik dengan Allah.
Hal ini dibuktikan sendiri oleh Syeikh Abdul Wahhab Asy Sya’rani bersama isterinya Umm Abdurrahman. Syeikh Asy Sya’rani berkata “Aku tidaklah bengkok dalam amalan zahir dan batin kecuali bengkoklah isteriku dalam akhlaknya, padahal sebenarnya ia memiliki akhlak mulia. Terkadang aku berada bersamanya dalam keadaan hubungan yang paling baik, kemudian saat itu dibenakku terlintas untuk melakukan perbuatan berdasarkan syahwat, maka keadaan itu mengubah perangai isteriku tanpa boleh dibentuk. Akhirnya aku memahami sebabnya, hingga aku segera memperbaikinya, maka perangai isteriku pun kembali seperti semula.” (Lawaqih Al Anwar Al Qudsiyyah)
Catatan di Facebook pelakon Mustapha Kamal ada menyebutkan tentang perihal peribadi suami yang boleh dilihat melalui peribadi seorang isteri.
Isteri adalah cerminan suami
Cantik suamimu, cantiklah kamu. Elok suamimu, eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.
Wahai sang suami, jika kamu merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kamu yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.”
In sha Allah.
Subhanallah…betapa besar pahala dari Allah kepada setiap suami yang memperlakukan isterinya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Sungguh, betapa besar rahmat Allah Ta’ala yang akan dilimpahkan kepada setiap pasangan suami isteri yang berkahwin kerana mengharapkan reda dan rahmat Allah.
Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk memberikan ilmu pengetahuan agama yang cukup kepada isteri, membantu kerja-kerja di rumah, menyimpan rahsia rumah tangga dan sebagainya.
Sumber kredit: @Mustapha Kamal
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tanggungjawab suami terhadap isteri merangkumi banyak aspek terutama yang membabitkan emosi, tingkah laku dan perwatakan isteri. Walaupun isteri bekerja, nafkah keluarga tetap suami kena sediakan. Isteri adalah amanah Allah kepada suami jadi suami perlu menjaga isteri sebaik mungkin.
Selain keperluan asas yang wajib disediakan kepada isteri seperti makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal, tidak salah jika suami turut menyediakan keperluan-keperluan lain untuk si isteri.
Melalui perkongsian Akhtar Syamir di laman Facebooknya, lelaki ini berkongsi pendapat mengapa seorang suami perlu membelikan barang mekap untuk isteri.
Kenapa semua suami perlu mula belikan make up untuk isteri?
Bagi saya, benda nie amat penting untuk menambah keyakinan isteri. Terutamanya isteri suri rumah yang terpaksa mengharapkan suami untuk membelinya.
Boleh je kita sebagai suami memberi alasan yang benda ini semua membazir dan tidak perlu. Jika anda jenis suami sebegitu, silalah tekan butang back dan beredar dari penulisan ini. Kerana ini bukan untuk anda.
Kenapa saya rasa make up ini penting? Kerana saya lihat sendiri perubahan yang terjadi kepada isteri saya secara fizikal dan rohaninya.
SELAMI NALURI ISTERI
Kena selami dan fahami naluri isteri yang sentiasa ingin nampak cantik. Memang kecantikan itu patut ditunjukkan kepada suami sahaja, tetapi kecantikan itu sendiri membuat isteri rasa yang dia membanggakan suaminya. Ini sekaligus menambah keyakinan diri di dalam perhubungan suami isteri.
Cuba anda sekali sekala sebelum keluar bersama isteri, berhenti sebentar dan mengagumi serta memuji kecantikan isteri. Anda tak tahu betapa di dalam hatinya terlompat – lompat kegembiraan disebabkan pujian itu.
Kesan dia boleh nampak dengan serta merta. Isteri akan mula memegang anda dengan lebih erat semasa berjalan, isteri akan selalu tersenyum, isteri akan nampak gembira dan ceria, hubungan dengan anak-anak akan jadi lebih baik, sangat berkurang keadaan tegang di rumah, serta rumah anda akan terasa lebih aman harmoni.
SUAMI JANGAN BERKIRA
Isteri yang gembira = keluarga yang gembira. Terapkan ayat ini di dalam hati kita. Jagalah isteri anda sebaik mungkin, ambil tahu keperluan rohani si isteri. Terutamanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda sahaja tempat untuk isteri bergantung harap.
Pusing la macam mana pun, kita juga akan dapat hasilnya. Janganlah berkira, bukan mahal mana pun. Semuanya boleh tahan berbulan-bulan. Mulakan dari sekarang, tanya isteri. Tawarkan diri untuk beli alat solek untuk isteri. Bukan susah pun. Semuanya ada di lazada.
Keyword dia mudah. Bukan perlu beli semua, minta isteri beritahu yang mana dia betul-betul perlukan dahulu. Kemudian cuba beli yang lain pula bila ada kemampuan.
? Blusher ? Concealer ? Foundation ? BB cream ? Matte / nudes lipstick ? Toner ? Foundation ? Eye brow pencil ? Eyeliner ? Eyeshadow ? Moisturizer ? Toner ? Serum ? Mascara ? Make up brush ? Make up remover ? Make up sponge ? Make up box ? Compact powder ? Face mask
Guna Lazada atau Shopee untuk bandingkan harga. Ada je yang murah – murah, tengok review orang yang dah beli supaya lebih yakin.
Kalau tak nak beli kat Lazada atau Shopee pun takpe, boleh juga tengok yang di Watsons ( tengah offer ? ) atau drugstore yang lain. Pastinya boleh belek sendiri untuk lebih yakin.
Semoga dengan penulisan ini dapat suami lebih menggembirakan isteri. Jangan segan untuk berkongsi post ini kerana semua suami wajib tahu kepentingan make up dan produk penjagaan muka isteri.
Untuk suami, mudah je. Macam dalam gambar tu. Ada sikat, gel rambut, deodorent dengan minyak wangi dah cukup hensem. Hahaha..
Sumber kredit: FB:Akhtar Syamir
KASHOORGA: Isteri cantik-cantik pun bukan untuk orang lain, untuk tatapan suami juga bukan?
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, tentunya agak sulit untuk menabung. Memandangkan anda berdua sudah banyak berhabis ketika mengadakan majlis perkahwinan maka amat penting untuk anda berdua menabung semula.
Melalui perkongsian Hafizul Hakim di laman Facebooknya, lelaki ini berkongsi tip untuk menyimpan wang secara berkesan.
TIP SIMPAN DUIT CARA EKSTRIM! OKAY INI CARANYA:
Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genaplah. Pada 1 hb setiap bulan, suami akan masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1 hb. Esok harinya pada 2 hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan ‘tickkan’ pada 2 hb pada kalendar.
Dengan cara ini suami isteri boleh saling bekerjsama untuk menabung. Duit itu nanti bolehlah digunakan untuk keperluan bersama. Boleh juga digunakan untuk anak yang bakal lahir nanti. Setidak-tidaknya boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan untuk keadaan yang tidak dijangka.
Selamat menabung!
Sumber kredit: FB: Hafizul Hakim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...