Menjelang lagi dua hari Umat Islam akan menyambut bulan Ramadan dan seperti kebiasaanya kita menanti penuh debar adalah tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa.
Telah diumumkan tarikh melihat anak bulan Ramadan tahun ini bagi menentukan permulaan ibadah puasa adalah pada hari Khamis, 23 April ini bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan di sini, hari ini menyatakan tempat melihat anak bulan Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di 15 kawasan terpilih.
Ads
Khamis tarikh melihat anak bulan tentukan permulaan puasa.
Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Menara Alor Setar (Kedah); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Menara Bangunan SEDC di Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan).
Ads
Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang); Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,” menurut kenyataan itu.
SUMBER: BERNAMA
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Tiada manusia dapat lari daripada ditimpa sebarang masalah. Ditimpa pelbagai ujian kehidupan. Jika terlalu perit ujiannya, suatu masa kita akan berasa sangat lemah, rasa letih, kecewa dan seolah tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan.
Sebagai orang Islam, kita diajar bahawa setiap perkara yang terjadi ada jalan penyelesaiannya. Jika tidak dengan bantuan manusia, adanya bantuan dari Allah iaitu melalui doa yang kita pohon.
Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Jangan pernah ragu dengan hal yang satu ini.
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
Selain di atas, doa ini juga boleh diamalkan iaitu :-
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
Namun adakalanya akal singkat membuatkan manusia mudah hilang ingatan dan mengambil tindakan mudah dengan bunuh diri.
Dipetik dari laporan Harian Metro, seorang lelaki warga Myanmar bertindak kejam apabila mencampak tiga kanak-kanak dari jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter di sini, sebelum bertindak membunuh diri hari ini.
Kejadian pada 5.50 pagi itu menyebabkan dua kanak-kanak dan lelaki terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seorang lagi kanak-kanak mengalami kecederaan parah.
“Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya.
“Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun,” katanya satu dalam kenyataan hari ini.
Eng Lai berkata, semua mangsa ditemui di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya.
“Lelaki dan dua orang kanak-kanak Myanmar berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang kanak-kanak yang parah dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan memandangkan keadaan mangsa yang sangat kritikal.
“Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga keretakan pada rusuk kirinya,” katanya.
Menurutnya, semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan GS Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,”katanya.
Jika susah menghafal doa di atas, bacalah doa Nabi Yunus ini. Sangat mudah diingatkan.
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.) Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. – Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua dan memberikan kesembuhan buat mereka yang diuji.
Jangan ikut ajaran salah agar hidup kita tersasar. Carilah guru yang tepat. Ikuti perkongsian dari Dato Ustaz Daud Che Ngah yang juga pemilik bersama Andalusia Travel.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika di dunia kita dianugerahkan akal fikiran untuk membuat keputusan dan bertindak. Di akhirat nanti, segala perbuatan kita akan dipersoalkan dan dijawab oleh anggota tubuh yang melaksanakannya.
Tiada lagi akal fikiran memberi arahan dan tiada lagi lidah untuk berbicara. Cukup-cukup lah akal memberikan arahan dan lidah berbicara dusta dan kotor.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Zakir Naik, dalam kuliahnya, kita berbeza dengan malaikat yang dijadikan selalu patuh kepada Allah.
Manakala Allah menciptakan manusia dengan keadaan bebas berfikir. Tujuannya adalah sebagai menguji keimanan. Apabila seorang manusia taat, maka mereka lebih mulia daripada malaikat.
Dan apabila manusia itu mungkar, maka sesungguhnya dia lebih rendah daripada malaikat. Menyembah Allah dalam penuh kesedaran dan merupakan nikmat ikhlas yang diberikan kepada manusia sebagai makhuk ciptaanNya.
Susulan itu, Allah menuntut setiap perbuatan manusia di dunia dipersoalkan di akhirat dan semuanya akan dijawab dan disaksikan oleh setiap anggota tubuh kita!
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan,” (Qs. Yasin : 65).
Allah akan mengunci mulut kita, lalu sebagai gantinya bahagian tubuh yang lain akan berbicara. Lantas bahagian tubuh yang mana nanti akan bersaksi atas segala perbuatan kita di dunia? Berikut antara anggota yang terlibat:
Kaki merupakan salah satu bahagian tubuh yang kelak akan menjadi musuh kita. Kerana dengan kaki inilah kita berjalan dan dengan kaki ini pula kita tiba di suatu tempat.
Tidak ada manusia terlepas dari setiap tempat-tempat yang dikunjunginya dan untuk bertemu siapa kaki kita melangkah.
Kaki tidak akan berbohong saat kelak Allah bertanya ke mana kita pergi dan untuk urusan apa kita pergi kesana. Jika kita sering menggunakan kaki kita untuk mengunjungi tempat-tempat maksiat, maka setiap dosa yang kita lakukan akan dijelaskan oleh kedua kaki kita.
Dari‘Uqbahn bin ‘Aamir’ beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya anggota tubuh manusia yang pertama kali berbicara pada waktu mulut dikunci adalah paha kaki kirinya.”
Selain kaki, tangan juga akan turut menjelaskan setiap perbuatan yang berhubungan dengan tangan kita di dunia. Tangan merupakan bagian tubuh yang penting bagi setiap manusia; tangan inilah yang bantu kita menyentuh dan memegang sesuatu. Setiap dosa perbuatan kebanyakan akan melibatkan tangan. Allah berfirman;
وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا۟ عَن كَثِيرٍ “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”(QS. Asy-Syura 30)
Oleh yang demikina itu, hati-hatilah kita di saat menggunakan tangan.
Mata juga akan bersaksi atas apa saja yang kita lihat. Apakah kita menghabiskan waktu di dunia untuk melihat sesuatu hal yang haram dan buruk, atau sesuatu yang baik dan bermanfaat.
Begitu juga telinga; adakah kita meggunakan telinga untuk mendengar perkara maksiat atau kebaikan?
Kedua pancaindera ini berfungsi sebagai video dan audio visual yang akan masuk ke setiap otak manusia, maka datangnya zinapun boleh dianggap secara jelas berasal dari kedua bahagian tubuh ini.
”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka) jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”(Qs. Al A’raf ayat 179)
Anggota tubuh yang akan berbicara di akhirat berikutnya adalah anggota tubuh lainnya. Tidak akan ada yang berbohong dan terlepas dari pengadilan Allah.
Disebutkan bahawa, saat para manusia (yang munafik itu) dikhianati oleh setiap bahagian tubuh mereka, mereka akan bertanya kepada bagian tubuh tersebut.
Imam Thobari menjelaskan kenapa manusia pasca masa itu tiba lalu bertanya kepada kulit mereka masing-masing;
Allah SWT menyebutkan bahawa mereka (para musuh Allah), pada waktu dikumpulkan di neraka bertanya kepada kulit mereka, ketika menjadi saksi atas perbuatan mereka di dunia:
“Mengapa engkau menjadi saksi atas kami, terhadap apa yang telah kami lakukan di dunia?” tanya manusia.
Maka kulit mereka menjawab : “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata”.
Allah menyebutkan bahwa anggota tubuh ini (kulit) menjadi saksi atas pemiliknya ketika diminta persaksian oleh Allah tentang pemiliknya, yang mana ia menafikan telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah di dunia.
Kesimpulannya, amatlah penting kita menjaga pandangan, pendengaran, lisan dan perbuatan, kerana setiap apapun yang kita lakukan, pasti akan dipertanggungjawabkan menjawab. Maka ingatlah akan situasi perbicaraan kita nanti.
Hidayah itu milik Allah. Siapa yang menerimanya sangat beruntung dan semoga terus istiqomah dengan jalan pilihan.
Jika menyebut nama Bill Gates, lelaki ini antara jutawan di dunia. Pernah tersenarai 13 kali berturut-turut sebagai orang terkaya di dunia. Bahkan namanya cukup terkenal di seluruh dunia kerana mengasaskan Microsoft Corporation (bersama rakan kongsinya, Paul Allen).
Namun sehari dua ini, nama Bill Gates sekali lagi menjadi sebutan. Kali ini bukan kerana kekayaannya, tapi viral mengatakan anak perempuannya, Jennifer Gates sudah mengucap dua kalimah syahadah dan sudah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nayelm Nassar asal dari Mesir pada 15 Oktober lalu bersamaan hari Jumaat yang mulia di New York. Dan dikatakan majlis diadakan mengikut syariat islam.
Masyarakat berspekulasi bahawa Jennifer Gates sudah bergelar seorang mualaf kerana Nayelm merupakan seorang muslim. Ini kerana syarat pernikahan, kedua mempelai harus memiliki agama yang sama tetapi sehingga ke hari ini, tidak dipastikan adakah anaknya memang benar memeluk agama islam.
Ini kerana proses ijab kabul pasangan ini dilakukan secara tertutup di taman seluas 142 hektar di North Salem, New York, Amerika Syarikat. Ini kerana sehari selepas akad nikah, keduanya melakukan pengesahan dokumen. Majlis persandingan dilakukan sehari selepas itu dengan kehadiran 300 tetamu dan kumpulan Coldplay menghiburkan tetamu di majlis istimewa itu.
Resepsi pernikahan itu dilakukan di ladang kuda mewah bernilai USD16 juta yang merupakan hadiah Bill Gates kepada puteri sulungnya itu selepas lulus dari Stanford University. Malah saat menjengah Instagram keduanya, jelas Nayelm merupakan atlet yang aktif dalam sukan berkuda dan minat itu dikongsi dengan Jennifer. Majlis persandingan mewah bernilai USD2juta itu turut dihadiri Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda Gates di mana Jennifer tampil cantik memakai gaun direka oleh Vera Wang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.