Kalau dulu masa kecik-kecik, suka melihat depan televisyen semata-mata mahu melihat dan mendengar berita disampaikan oleh Penyampai Berita, Farit Ismeth Amir.
Aura figura ini sangat dikagumi dengan intonasi jelas membacakan berita terkini perkembangan dalam dan luar negara.
Tetapi kini, namanya hanya tinggal kenangan. apabila bekas pembaca berita di Televisyen Malaysia (RTM) ini telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada pagi tadi di Hospital Assunta, Petaling Jaya Selangor.
Ads
Berita ini disahkan oleh anaknya, Farzwa De-attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.
“Farit Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Ads
“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya.
Ads
Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1954 adalah penyampai berita veteran RTM dan amat popular pada era 1990-an terutamanya menerusi Dunia Jam 10.
Farit, 66 tahun yang mempunyai tujuh anak pernah meminjamkan suaranya untuk iklan-iklan komersil dan membawakan watak doktor dalam drama radio popular RTM, Nombor 5 Persiaran 1.
SUMBER: HARIAN METRO
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Suatu ketika dahulu, taraf pendidikan antara pasangan suami isteri pernah menjadi isu hangat di kalangan masyarakat. Sebahagian gadis yang mempunyai ijazah merasakan pasangan mereka juga harus sama taraf, tidak sekufu dengan mereka yang hanya ada sijil SPM. Malah isu wang hantaran juga menjadi perdebatan khususnya bila mana gadis disukai itu mempunyai ijazah sarjana muda, ijazah sarjana mahu pun Doktor Falsafah (PhD) kerana ia dinilai dari segi taraf pendidikan gadis tersebut.
Lebih memburukkan keadaan, ada segelintir ibu bapa yang menolak calon dibawa anak mereka kerana dikatakan tidak sekufu dari segi pendidikan selain gusarkan adakah dengan pekerjaan tersebut mampu menyara keluarga tanpa yakin rezeki datang dari Allah. Jika Allah sudah mengatur dan berkehendak, setiap makhluk itu ada rezekinya tanpa kita perlu rasa risau.
Di aplikasi Tik Tok, perkongsian seorang isteri @fiza.abdulrahim mengenai betapa dirinya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat baik, penyayang dan sangat rajin di sebalik kerjaya hanya sebagai seorang posmen.
Dari perkongsiannya, Fiza menjelaskan suaminya pernah meminta maaf kerana mereka tidak sekufu dari segi taraf pendidikan di mana suaminya hanya seorang posmen sedangkan dia memiliki ijazah. Bagaimana pun, Fiza melahirkan rasa syukurnya dan tidak memandang “perbezaan” tersebut kerana suaminya sangat rajin bekerja membuatkan dia sangat bertuah dan menyayangi suaminya sepenuh jiwa dan raga.
Sikap ambil berat dan sentiasa meletakkan keluarga dalam keutamaan sudah mencukup buat dirinya. Bahkan jelas Fiza, keluarganya turut menerima suaminya dengan baik dan menganggap seperti anak sendiri.
Di sebalik kerjaya sebagai posmen yang gaji permulaan sekitar RM1300 dengan sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dalam SPM atau lulus dalam PMR (sumber jobcari.com), Fiza dalam perkongsiannya memaklumkan suaminya ada melakukan kerja sambilan lain seperti menjadi penghantar makanan, menjadi makenik selain ada menternak kambing dan semua itu sudah cukup buat dirinya. Malah mereka juga sudah empat tahun berumahtangga dan sangat bahagia.
Benarlah kata orang, bahagia itu kita yang cipta dan ia bukan boleh dicari atau ada dijual di tepi jalan. Tak kisahlah dari segi taraf pendidikan kerana semua manusia itu sama di sisi Allah taala. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah. Sumber : Tik Tok @fiza.abdulrahim
Selama ini, Ashraf Muslim tak pernah menabung, tapi Allah makbulkan doa dapat tunai haji di usia muda.
Rupa-rupanya asbab arwah bapanya menabung di Tabung Haji melalui potongan gaji sedari Ashraf Muslim kecil lagi membolehkan Ashraf tunaikan haji pada 2019 pada usia 37 tahun.
‘Ayah potong gaji RM 50 setiap bulan ketika dia berkerja dahulu, bukan untuk saya seorang. Untuk adik-beradik lain pun ayah lakukan perkara yang sama.
‘Tentu saja bila dapat surat panggilan haji, perasaan teruja dan sebak bersilih ganti. Maklumlah Allah mendengar doa saya yang hendak pergi tunaikan haji sangat-sangat.
‘Memang setiap kali solat berdoa, saya minta doa dengan Allah untuk dapat peluang tunaikan haji. Tapi dalam masa yang sama timbul perasaan tertanya-tanya apa ujian Allah untuk saya di sana kelak,’ luah Ashraf Muslim satu-persatu.
Menurut selebriti, diberi peluang untuk menunaikan haji dan umrah sebenarnya cukup berbeza. Biarpun sebelum itu, Ashraf Muslim pernah menunaikan umrah, namun tatkala dipanggil menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji, perasaan amat sukat digambarkan dengan kata-kata dan perasaan pula bercampur-baur.
Malah, pada peringkat awal kongsi Ashraf dia banyak bertanya pendapat kepada kedua isterinya, apakah perkara terbaik yang perlu dia lakukan sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Buat masa itu, dirinya banyak memberi fokus kepada persediaan diri. Sebenarnya bila kita serahkan segalanya pada Allah, Dia akan permudahkan segalanya.
“Allah layan saya macam VVIP, dari hantar luggage. Kemudian ketika naik flight sehinggalah sampai ke mekah. Rasa semuanya dimudahkan, sebab Allah sudah susun cantik.
“Tapi setiap orang pasti akan berdepa dengan ujian setiap kali menunaikan. Saya juga tak terkecuali, saya pula buat haji Ifrad. Dugaannya kita kena pakai ihram lebih lama berbanding orang lain.
‘Perjalanan 10 hari berihram, ada saja ujian tapi dalam diam dia mendidik hati untuk bersabar. Alhamdulillah apa yang dapat saya katakana, perjalanan haji pertama yang cukup indah biarpun berdepan dengan pelbagai ujian,’ tambah Ashraf Muslim.
Ikuti perkongsian lanjut bersama Ashraf Muslim dalam Tetamu Haramain:
Kashoorga: Masing-masing ada pengalaman yang tersendiri dalm mengerjakan ibadat haji, begitu juga dengan Ashraf Muslim. Namun percayalah, apa yang berlaku adalah ujian untuk meningkatkan keimanan kita pada yang Maha Esa.
Semua inginkan kematian yang indah. Selagi nyawa dikandung badan, lakukan lah segala yang terbaik agar matinya kita nanti dalam keadaan husnul khatimah; kematian yang indah, secara baik dan dicemburui manusia.
Dan, video tular di sosial media yang memperlihatkan saat-saat Allah menarik nyawa seorang ulama di Sumatera Barat, Indonesia yang sedang memberi ceramah cukup meniup hela keinsafan kepada kita.
https://www.instagram.com/p/CFZRiMDBazP/
Sesungguhnya ia adalah kematian indah dan dicemburui kita yang masih hidup. Masakan tidak, ia terjadi ke atas seorang alim yang sedang mengajak manusia ke jalan kebaikan dan nyawa ditarik sebaik dia mengucapkan kalimah tauhid “Lailahaillallah” lalu rebah.
Dimaklumkan bahawa ulama yang dikenali sebagai Buya Isral Malin Putiah itu sedang menyampaikan ceramah di masjid Kecamatan Harau, Kabupaten Limapuluh Kota, Sumatera Barat.
Buya Malin yang kelihatan sihat dan kuat walaupun agak tua cukup bersemangat menyampaikan ceramahnya dalam Bahasa Minang. Ceramah terakhirnya itu menyentuh tentang betapa Allah SWT itu Maha mengetahui akan segala apa yang kita lakukan atau niatkan sekalipun. Sesekali kelihatan beliau menyapu peluh di wajahnya dengan selempang yang dipakai.
“Allah itu Maha Melihat, Allah itu Maha Mendengar. Perkataan dalam hati kita, Allah juga mengetahuinya,” ujar Buya Malin yang cukup semangat. Nada suara cukup tegas mengingatkan manusia akan dosa-dosa silam yang telah dibuat.
Sebaik mengucapkan kalimah Tauhid ‘Lailahaillallah’, Buya Malin secara tiba-tiba rebah ke belakang dan ternyata jelas bunyi nafas nya yang cukup kuat. Dan dilaporkan bahawa tidak lama berselang, nafas tidak lagi kedengaran dan ternyata Buya Malin telah menemui sang Penciptanya pada 12 September 2020 lalu. Dalam video tersebut, jam pada dinding masjid menunjukkan pukul 11.23 pagi waktu tempatan saat kejadian berlaku.
Bagi menghormati permintaan keluarga yang mahukan Buya Malin terus dibawa ke rumah untuk urusan fardhu kifayah.
Walaupun kelihatan sudah tua, namun Buya Malin tidak alami sebarang masalah kesihatan; tiada tanda-tanda dia sakit. Namun ini semua adalah aturan Allah.
Ajal kita adalah rahsiaNya, namun apa yang terjadi ini banyak memberikan kesedaran kepada kita tentang mati itu pasti dan berusahalah melakukan kebaikan agar kita juga nanti mati dalam keadaan husnul khatimah. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.
Kashoorga: Teruskanlah melakukan amal kebaikan walau siapa dan di mana kita berada. Semoga kita juga nanti menemui sang Pencipta dalam keadaan husnul khatimah.
Sehingga artikel ini ditulis, lebih 125,000 tontonan menyaksikan detik-detik kematian yang indah ini. Ramai warganet mendoakan segala kebaikan buat Allahyarham Buya Isral Malin. Amin.
Bukan mahram tinggal serumah di homestay sering menimbulkan persoalan. Ketahui penjelasan tentang khalwat, aurat dan batas pergaulan yang perlu dijaga.