Bukan mudah untuk menghafal Al-Quran namun ia bukan mustahil untuk dilakukan. Pokoknya mesti ada kemahuan dan juga kesungguhan. Kejayaan dengan kelulusan syahadah 30 juzuk oleh Nurul Ezzatina Zaidi amat memberikan inspirasi bahawa jika ada kemahuan, minat dan disulami dengan kesabaran maka kejayaan pasti dalam genggaman.
Nurul Ezzatina Zaidi menjadi pelajar pertama dari Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi yang telah berjaya lulus ujian syahadah yang berlangsung dua hari. Dengan jumlah empat kesalahan sahaja Nurul Ezzatina telah dianugerahkan dengan sijil syahadah tinggi tahfiz Al-Quran.
Bukan mudah untuk menghafal Al-Quran 30 juzuk dan syahadah 30 Juz namun Nurul Ezzatina berjaya membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk dilakukan.
Menyingkap sedikit latar belakang diri Nurul Ezzatina, gadis ini merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Nurul Ezzatina juga merupakan pelajar tajaan Maahad Tahfiz Annabawi Langkawi. Berasal daripada keluarga yang miskin, Nurul Ezzatina mula memasuki Maahad Tahfiz Annabawi pada 2 Ogos 2014.
Ads
Lahir pada 13 Mac 2003, Nurul Ezzatina tinggal di Kg Perana MK, Ulu Melaka, Langkawi. Nurul Ezzatin telah berjaya menghabiskan hafalan 30 juzuk Al-Quran pada 10 Februari 2016. Pada 27 November 2018 pula Nurul Ezzatina telah berjaya lulus ujian syahadah.
Dengan berpegang kepada prinsip kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan mendapat sokongan guru dan rakan membantu dirinya merealisasikan impian.
Ads
“Kejayaan itu disokong dengan kesabaran mengulangkaji pelajaran serta bijak membahagikan masa. Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya.”
Siapa tidak mengenali pelakon Ashraf Muslim yang begitu bahagia menjalani kehidupan bersama dua orang isteri dan anak-anaknya.
Terserlah kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga yang dibina sejak sekian lama. Malah sambutan Syawal tahun ini jadi lebih bermakna apabila dapat meraikan bersama-sama seisi keluarga.
Ashraf Muslim juga turut memberikan dedikasi istimewa buat dua orang isteri kesayangan, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Beliau berkongsi ucapan itu di laman Instagramnya dan katanya lagi setiap kali tiba raya pasti akan membawa cerita yang berbeza.
“Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sbb setiap tahun akan membawa cerita yg berbeza-beza. Alhamdulillah dalam keadaan pkp AM sangat bangga dan sangat berterima kasih kepada mama ibu kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan Hari Raya kali ini dgn bahagianya.
“Malam raya dah sibuk masak, Pagi-pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yg sedap sgt sampai kami anak beranak dah malas nak keluar.. heheh boleh buat berniagalah lepas ni heheh.. sampai solat raya pun kul10.30pagi.
“Anak-anak pulak happy sgt sampaikan terpaksa berperang ngn anak-nak dulu utk siapkan dierg.. tapi itulah moment yg indah semasa mereka kecil nih…Ya Allah terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati AM yang sentiasa bersama-sama dgn AM selama ini.
“Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini dimatamu ya Allah… amin.
Astro Prima dan Nu Ideaktiv lancar program bual bicara Borak SeeNI, dari aplikasi ke kaca televisyen. Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen anda menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada 1 Oktober lalu.
Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105). Borak SeeNI juga bersiaran ulangan pada hari sama, jam 5 petang di saluran sama.
‘BORAK SEENI’ MERANGKUMI PELBAGAI TOPIK MENARIK SEPERTI ISU KELUARGA, SEGMEN GAYA HIDUP DAN KESIHATAN BERSAMA BARISAN PAKAR. SELAIN ITU, PROGRAM INI JUGA AKAN MENAMPILKAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG BOLEH MEMBERI INSPIRASI DAN TELADAN KEPADA PARA PENONTON MELALUI KISAH DAN PENCAPAIAN MEREKA YANG MEMBANGGAKAN DALAM PELBAGAI BIDANG.
Dengan penggunaan teknologi studio Extended Reality (XR) yang moden, ‘Borak SeeNI’ menawarkan visual yang lebih menarik dan terkini. Keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan memberi kelebihan kepada peniaga terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
‘Borak SeeNI’ turut menekankan penyesuaian kandungan yang fleksibel serta ciri interaktif dengan melibatkan penyertaan penonton secara langsung dan memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meluas.
Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini.
Program ini dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studio dan Augmented Reality (AR). Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka”.
NU IDEAKTIV, SELAKU RAKAN PENGHASIL KANDUNGAN, MELALUI APPLIKASI SEENI YANG MELAHIRKAN PROGRAM BUAL BICARA ‘BORAK SEENI’ MENGAMBIL 17 KANDUNGAN DIGITAL NU IDEAKTIV YANG SESUAI DENGAN FORMAT PROGRAM BUAL BICARA UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT MELIPUTI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.
“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, kata Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv mengenai penghasilan program ini.
‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama. Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.
‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
“Allah uji saya, tak boleh tidur sampai kurus’. Lima bulan tak boleh lena, titik tolak faizal ismail pilih berhijrah ke jalan Allah.
Tak dapat bayangkan tak dapat tidur lima bulan, sehari pun tak tentu arah hidup. Benarlah setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya.
Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkongsi titik tolak hijrah Faizal Ismail.
Kisah itu dikongsikan beliau ketika mengikuti program Jom Cuci Masjid (JCM) siri ke 39 di Kampung Tok Muda, Kapar Klang. Apa yang menarik, program tersebut turut disertai oleh seorang personaliti radio dan pengacara TV iaitu Faizal Ismail (FBI).
Menerusi sesi perkongsian, Faizal telah mengambil peluang bercerita tentang pengalaman hijrah yang beliau lalui. Moga kisah yang dikongsikan oleh Faizal ini menjadi panduan dan teladan bersama.
“Ceritanya bermula semasa Covid-19 melanda negara, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Waktu itu allah tarik satu nikmat dari hidup saya, nikmat tidak boleh tidur.
‘Kalau difikirkan, tidak ada masalah apa sangat pun cuma tidak boleh tidur sahaja. Orang lain diuji dengan macam-macam penyakit kanser dan sebagainya. Saya cuma tidak boleh tidur,” kata Faizal.
Menurut Faizal, masalah sukar tidur yang dialaminya bukan hanya sehari dua tetapi sehingga lima bulan. Beliau juga sudah berjumpa ramai doktor dan buat pemeriksaan namun kata doktor tiada apa-apa masalah kesihatan. Mungkin terlalu runsing memikirkan PKP dan Covid-19.
“Cuba bayangkan. Saya sudah cuba tidur pagi, petang, siang dan malam tapi tetap terjaga. Saya jadi pening, serabut, lemah, hidup tidak tentu arah sampai kurus. Macam-macam orang bagi pendapat. Ada yang cakap kena sihir, gangguan jin dan sebagainya,” kata Faizal.
Selepas itu Faizal berjumpa pula dengan ustaz-ustaz. Mereka menasihatkan Faizal jangan terlalu memikirkan ada gangguan syaitan, sihir atau seangkatan dengannya. Fikir apa yang Allah hendak bagi pada beliau.
Menurut Ustaz Hanafi pula, beliau rasa tersentuh dengan perkongsian Faizal. Di sebalik setiap ujian, ada rahmat yang ALLAH hendak bagi. Itu kata-kata yang diucapkan oleh ustaz-ustaz yang ditemui oleh Faizal.
‘LUAHAN FAIZAL. BETUL. ALLAH UJI MANUSIA DENGAN BERMACAM-MACAM CARA. SAYA SENDIRI DIUJI DENGAN KANSER. ADA ORANG DIUJI DENGAN HARTA, KONFLIK SAUDARA DAN SEBAGAINYA,” JELAS USTAZ HANAFI
Berbalik semula pada perkongsian Faizal, semasa mendengar ustaz-ustaz berbicara tentang ujian dan rahmat Allah, Faizal mengakui dia tidak ada rasa apa-apa. Mungkin sebab beliau tidak memahami maksud yang ustaz-ustaz ini cuba sampaikan.
“Saya berfikir, macam mana ALLAH sayang saya. ALLAH hendak bagi rahmat macam mana. Sedangkan saya pening. Saya lemah. Tidak terurus. Saya tidak faham macam mana ALLAH sayang saya dalam keadaan saya menderita dengan keadaan itu.
“Lima bulan dalam keadaan tidak tentu arah, saya hanya duduk di atas katil. Waktu itu saya hanya tahu mengadu pada ALLAH. Akhirnya saya sedar bahawa yang memiliki segala-galanya adalah ALLAH.
‘Hatta tidur saya sekali pun milik ALLAH. Kalau ALLAH tidak izinkan kita tidur, jangan harap kita dapat tidur walau sekejap sekalipun,” ujar Faizal.
Faizal mengakui betapa besarnya kuasa dan nikmat ALLAH. Selepas mula mendapat kesedaran terhadap apa yang dilaluinya, Faizal mula bermuhasabah tentang kehidupannya sebelum itu. Sibuk dengan bermacam-macam urusan. Tidak sempat hendak solat berjemaah dan membaca al-Quran.
“Saya langsung tidak berkesempatan hendak menyertai program-program mencuci masjid seperti yang saya sertai ini. Jadual sangat padat, tidak sempat hendak fikir soal akhirat,” jelas Faizal.
Selepas pengalaman yang dilaluinya, Faizal mula mencari orang-orang alim serta mengikut mereka, dapatkan nasihat dan ilmu agama dan memilih jalan hidup yang lebih sempurna. Begitulah cerita tentang penghijrahan Faizal seperti yang diulas oleh Ustaz Hanafi.
Jelas Ustaz Hanafi, kita perlu bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang ALLAH bagi pada kita. Tidak kira rezeki itu besar atau kecil, kita suka atau tidak suka. Mesti bersyukur. Syukur ini bukan setakat ucap terima kasih di mulut.
Bukan setakat lafaz Alhamdulillah sahaja tetapi menggunakan segala nikmat yang ALLAH bagi mengikut apa yang ALLAH perintah dan tinggalkan apa yang ALLAH larang.
“ALLAH SURUH KITA SOLAT, MASUK WAKTU, MESTI SOLAT. ALLAH SURUH BUKAN PAKSA. BULAN RAMADAN ALLAH SURUH PUASA KITA PUASA. ALLAH BAGI MATA SURUH KITA TENGOK BENDA BAIK-BAIK. JAGA MATA KITA HANYA UNTUK PANDANG YANG BAIK-BAIK.
“ALLAH bagi kita mulut supaya kita makan makanan yang halal. Jaga percakapan kita dari menyakiti hati orang. ALLAH bagi rezeki wang ringgit yang banyak maka keluarkan zakat, banyakkan infaq dan sedekah,” kata Ustaz Hanafi.
Ternyata, bermacam nikmat yang ALLAH beri, banyaknya tidak terkira. Dalam al-Quran ada menyebut, kalau kita hendak tulis nikmat yang ALLAH bagi pada kita dengan seluruh lautan yang ada di muka bumi ini pun, tidak mampu kita hendak tuliskannya.
Kashoorga: Sebenarnya terlalu banyak nikmat yang Allah bagi, cuma kadang-kadang kita terleka.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.