Pada hari jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doa bagi sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT. Betapa istimewanya hari Jumaat sehingga ia digelar penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dan juga hari raya buat umat Islam.
Ini kerana pada hari Jumaat diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah yang mana tidak terdapat pada hari yang lain.
Melalui hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Ads
Maksudnya:
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadits 1411]
Ads
Selain itu juga, hari Jumaat mempunyai satu masa yang istimewa di mana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbul dan memustajabkan doa hambanya yang berdoa kepada-Nya. Ini disebut di dalam hadis yang sahih.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda SAW menceritakan akan hari Jumaat:
“Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadis 883]
Berdasarkan sebahagian hadis yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Sumber: Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat esok untuk mangsa yang terkorban dalam tragedi di Christchurch, New Zealand minggu lalu.
Selain itu, solat hajat untuk memohon keamanan dan kedamaian tanah air akan turut diadakan di semua 84 masjid, 526 surau, dan 110 surau Jumaat. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, inisiatif itu diambil sesuai dengan tuntutan agama bagi mendoakan mangsa dalam insiden pengganas itu, termasuk untuk rakyat Malaysia yang terkorban, Muhammad Haziq Tarmizi, 17, serta mereka yang cedera.
“Kita sudah maklumkan kepada semua masjd dan surau Jumaat untuk solat hajat dan jenazah ghaib selepas solat Jumaat, Insya-Allah.
“Mudah-mudahan mereka diletakkan bersama syuhada di sisi Allah dan kita juga mendoakan agar keluarga diberikan kesabaran berdepan ujian ini,” katanya.
PENJELASAN MUFTI TENTANG SOLAT JENAZAH GHAIB
Ada yang bertanya sama ada bolehkah kita solat jenazah ghaib kepada warga Muslim New Zealand yang meninggal dunia baru-baru ini? Ini penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak ada pada tempat tersebut seperti mayat yang berada jauh dari negara asalnya. Dalil pensyariatan solat jenazah ghaib adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA:
Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bertakbir sebanyak empat kali.” Riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951)
Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya, al-Majmu’: “Mazhab kami membolehkan solat jenazah ghaib bagi yang jauh dari sesuatu negeri manakala Abu Hanifah melarangnya. Dalil yang kami gunakan adalah hadis sahih mengenai al-Najasyi…”. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/211)
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. Surah al-Hasyr (10)
Semoga Allah tempatkan mereka bersama-sama para syuhada’ dan solihin. Amin.
WAKTU SOLAT GHAIB
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yang maklum dari kitab-kitab fiqh. Namun pendapat yang muktamad adalah harus solat jenazah ghaib selama mana beliau adalah ahli solat ketika kematian berlaku. (Rujuk al-Tanbih hal. 38, al-Umm 1/244 dan Mughni al-Muhtaj,1/346)
SYARAT SOLAT JENAZAH GHAIB:
Solat jenazah ghaib dilakukan di negeri yang berlainan dengan keberadaan mayat.
Solat jenazah ghaib tersebut dilaksanakan setelah dimandikan mayat tersebut. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm 385 dan al-Fiqh al-Manhaji, 1/600)
KHAIFIAH SOLAT JENAZAH GHAIB
Pelaksanaan solat jenazah ghaib adalah sama dengan solat jenazah yang biasa.
Pertama: Bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”
Kedua: Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian bacalah fatihah. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin Abdullah bin `Auf seperti berikut:
Maksudnya: “Aku bersolat Jenazah di belakang Ibn Abbas R.A, dia membaca Fatihah. Kemudian katanya: Supaya mereka tahu itulah sunnah.” Riwayat al-Bukhari (1335)
Ketiga: Setelah selesai membaca al-Fatihah, bertakbir pula kali kedua sambil mengangkat kedua-dua tangan hingga ke cuping telinga, kemudian meletakannya semula ke dada, dan bacalah apa-apa selawat ke atas Nabi SAW. Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang telah disebutkan dalam bab hukum-hukum solat.
Keempat: Bertakbir kali ketiga dan diikuti dengan mendoakan mayat. Mendoakan mayat adalah maksud utama solat jenazah. Perkara ini dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umamah bin Sahal R.A:
Maksudnya: “Bahawa dia telah diberitahu oleh seorang lelaki di kalangan sahabat Nabi SAW bahawa solah jenazah menurut sunnah ialah imam bertakbir, kemudian membaca al-Fatihah dengan perlahan selepas takbir pertama, seterusnya berselawat ke atas Nabi SAW dan mendoakan jenazah semata-mata dalam takbir-takbir tersebut tanpa apa-apa bacaan yang lain. kemudian mengucapkan salam dengan perlahan.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 4/39)
Demikian juga, sekurang-kurang bacaan doa adalah:
اللَّهُمَّ ارْحَمهُ أوِ اغْفِرلَه
Maksudnya: “Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia.” (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 1/602)
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.” Riwayat Abu Daud (3201)
Keenam: Mengucap salam sebanyak dua kali, iaitu ke kanan dan ke kiri sebagaimana salam solat-solat yang lain.
KESIMPULAN:
Solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila-bila masa setelah jenazah dimandikan. Syaratnya juga mestilah solat jenazah itu dilakukan di negeri yang lain daripada tempat jenazah itu berada. Manakala pelaksanaan solat tersebut pula sama seperti solat jenazah yang biasa yang dilaksanakan dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Harian Metro
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Soalan: Apa hukumnya bila kita mahu bersolat tetapi pegang Al-Quran. Ini adalah disebabkan tidak hafal banyak surah. Adakah solat saya akan terbatal atau bagaimana?
Jawapan:
HUKUM MEMEGANG AL QURAN KETIKA SEDANG SOLAT
Membaca Surah Al Fatihah tidaklah menjadi satu masalah kepada kebanyakkan kita ketika menjadi imam tetapi yang selalu kita risaukan ialah apabila mahu membaca ayat-ayat lain selepas Surah Al Fatihah
Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”
Surah al-Muzammil: 20
Maka membaca surah-surah yang mudah dan sudah dihafal itu bukanlah menjadi satu kesalahan sekalipun kita mengulang surah yang sama.
Maka timbul satu persoalan ketika Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi mengenai bacaan Al Quran dengan memegang mashaf ketika solat
Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Qur’an daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafal surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95)
Dinasihatkan bagi yang memegang telefon pintar agar mengaktifkannya kepada mod penerbangan supaya ketika kita merujuk aplikasi Al Quran tidak di ganggu dengan deringan ataupun mana-mana mesej yang boleh menganggu kekhusyukan solat.
Walaupun sedang dalam bulan Ramadan, tetapi tidak membataskan hubungan batin antara suami dan isteri.
Namun ada waktu tertentu yang dibolehkan, misalnya selepas solat Isyak dan terawih hingga waktu sahur.
Walau bagaimanapun yang banyak mendatangkan kemusykilan, bagaimana hukumnya jika mandi junub selepas subuh. Adakah puasa akan terbatal dan perlu menggantikan dengan membayar kafarah.
Kemusykilan ini Sinar Islam ajukan kepada pendakwah, Ustaz Mustafar Mohd Suki.
Ini jawapan ringkas dan padat daripada agamawan ini:
“Hukum mandi junub disebabkan persetubuhan suami isteri selepas masuknya waktu fajar adalah dibenarkan. Ia tidak membatalkan puasa.
Berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim melalui riwayat Ummu Salamah RA bahawa: “Nabi Muhammad SAW pernah tersedar setelah terbitnya fajar, sedangkan baginda bersama dengan isterinya lalu baginda SAW mandi junub dan meneruskan puasa.”
Imam an-Nawawi menyatakan dalam kitabnya al-Majmu bahawa melalui hadis itu, jumhur ulama berpendapat sah berpuasa dalam keadaan demikian. Akan tetapi, afdal melakukan mandi junub sebelum terbit fajar.
Pada masa sama, umat Islam dilarang mencari helah berbuka puasa untuk tujuan bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan kerana mencemarkan kesucian bulan berkenaan.
Jika perkara itu berlaku, maka para ulama Mazhab Syafie mewajibkan kafarah kepada suami isteri yang melakukan helah sedemikian.
Justeru, umat Islam wajib menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa, di samping memperbanyakkan ibadah dan amalan soleh,” katanya.
Sudah tahu jawapannya, jangan pula kita gunakan alasan ini untuk tidak berpuasa.
Jagalah ibadah puasa kita dengan sebaiknya. Bulan Ramadan ini hanya bertamu selama sebulan sahaja dalam setahun. Rugi andainya jika ia tidak dimanfaatkan dengan baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kisah Nabi Musa pada Hari Asyura mengajar erti tawakal, harapan dan kekuatan untuk bangkit daripada trauma serta putus asa menurut perspektif Islam dan psikologi.