Seorang pelajar berusia 14 tahun tampil membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) minggu lalu.
Bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2022 itu dibuat oleh Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.
Tunai Tanggungjawab
Menurut, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya yang merupakan pengasas produk pemakanan Bebycurf, dia terkejut mampu mencapai jualan sebanyak RM400,000 sejak berada di pasaran pada September tahun lalu.
Ads
“Sepanjang empat bulan, produk saya sudah mencecah jualan sebanyak itu (RM400,000),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Pelajar Tingkatan 2
Di samping itu, jelas Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya, melihat kepada nilai jualan, ibunya, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayahnya, Mustaman Che Yusof memberi nasihat supaya menunaikan tanggungjawab dengan mengeluarkan zakat.
Ujarnya, tanpa berlengah dia terus berbuat demikian dengan melaksanakan salah satu Rukun Islam iaitu berzakat dengan MAIK.
“Alhamdulillah, saya lega dapat berbuat demikian dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Ads
Bayar Zakat Perniagaan RM 10K
Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya memberitahu, dia tidak menyangka perniagaan yang bermula di TikTok itu mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Dia berterima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan penuh kepada produk keluarannya itu.
Sementara itu, Bibi Hasnalinda berkata, dia terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya itu untuk berzakat.
Dalam masa yang sama, dia berharap usaha tersebut dapat menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama berzakat.
Wabak Covid ternyata membuat ramai anak-anak kehilangan mak ayah. Isteri menjadi balu bahkan ada suami kehilangan isteri.
Ramai bertanya, apa ujian di sebalik musibah ini? Adakah kita sudah di akhir zaman kerana begitu banyak ujian berlaku? Tahukah, setiap jawapan yang manusia inginkan sudah ditulis di dalam al-Quran yang menjadi panduan umat Islam sejak 1400 tahun dahulu. Kita hanya perlu baca, faham dan amalkan.
Dipetik dari satu perkongsian (mohon penulis asal dialog ini halalkan ilmunya kerana tidak terdapat nama penulis disertakan) rasanya ramai yang perlu faham dialog ini kerana apa jua pertanyaan mengenai musibah COVID-19 ini pelengkap bagi semua pertanyaan kita.
Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini.
MANUSIA BERTANYA KEPADA SANG KHALIQ:
Al Qur’an menjawab: – “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan” (QS. Al-Baqarah : 155)
Al Qur’an menjawab: – “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi ?” (QS. Al-Ankabut : 2)
Al Qur’an menjawab :- “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah ; barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya” (QS. At-Taghabun :11)
Al Qur’an menjawab :- “Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” (QS. Al-Ankabut : 3)
Al Qur’an menjawab :- “Dari mana datangnya ini ?” Katakanlah: “Itu dari dirimu sendiri” (QS. Ali Imran: 165)
Al Qur’an menjawab:- “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al-Baqarah : 216)
Al Qur’an menjawab:- “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al-Baqarah : 286)
Al Qur’an menjawab:- “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS. Ali Imran: 139)
Al Qur’an menjawab:- “Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir” (QS. Yusuf : 87).
“Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabbnya, kecuali orang-orang yang sesat” (QS. Al-Hijr: 56)
Al Qur’an menjawab:- “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (QS. Ar-Ra’du: 28)
.
Al Qur’an menjawab:- “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya), dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. Ath-Thalaq: 2-3).
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya kemudahan dalam (semua) urusannya” (QS. Ath-Thalaq: 4)
Al Qur’an menjawab:- “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya” (QS. Hud: 6)
Al Qur’an menjawab:- “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS. Ali Imran : 200)
Al Qur’an menjawab:- “Allah mencintai orang-orang yang sabar” (QS. Ali Imran : 146)
Al Qur’an menjawab:- “Sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan” (QS. An-Nahl : 96)
Al Qur’an menjawab:- “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (QS. Az-Zumar : 10)
.Al Qur’an menjawab:- “Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (surga),(sambil mengucapkan) ‘SeLamat untuk kalian atas kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” (QS. Ar-Ra’du : 23-24)
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah…
Al Qur’an menjawab:- “Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya” (QS. Al-Bayyinah : 8)
“Dan keridhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar” (QS. At-Taubah : 72)
Kesemua ini Khazanah dari Al Qur’an
Oleh itu….
PERBANYAKKAN MEMBACA TERJEMAHAN AL QURAN AGAR FAHAM AKAN WAHYU DARI ALLAH UNTUK SEKALIAN MANUSIA.
AGAR MENJADI PENYULUH DAN PETUNJUK UNTUK MENCARI KEBENARAN YG SEBENAR…
—————————–
Peterbait tolong sampai kan pada semua sahabat2ku dan semua waris2ku
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Syarikat tawar khidmat tanam bangkai haiwan dikecam, mengaku urus kucing mati ikut cara Islam. Begini sekali nak mengaut keuntungan hingga sanggup menunggang agama.
Tidak dinafikan haiwan peliharaan menjadi kesayangan kita semua dan ada di antara kita yang menganggap binatang kesayangan seperti darah daging sendiri, macam anak atau adik beradik.
Tetapi tidaklah sampai mengenepikan hukum agama dalam soal ini. Ketahui penjelasan lanjut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hukum menanam bangkai haiwan.
Soalan:
Saya ingin mengajukan pertanyaan apakah hukum menanam bangkai haiwan? Adakah hukum pengurusannya sama seperti jenazah manusia atau bagaimana? Mohon penjelasan Datuk Mufti. Terima kasih.
Jawapan:
Pada dasarnya, tiada hukum khas dalam menguruskan bangkai haiwan sebagaimana hal ehwal mengurus jenazah manusia sama ada dalam urusan mandi, pengkafanan mahupun pengkebumian. Tidak terdapat sebarang nas di dalam al-Quran ataupun hadith Rasulullah S.A.W yang menyatakan dengan jelas mengenainya. Akan tetapi, perkara ini boleh dikaitkan dengan sebuah athar Rasulullah S.A.W, Ibn ‘Abbas berkata:
Maksudnya:
“Hamba milik Maimunah R.A pernah diberi sedekah seekor kambing, kemudian kambing tersebut mati. Ketika Rasulullah S.A.W. melintasi dan melihatnya, beliau bersabda: “Kenapa tidak engkau ambil kulitnya kemudian engkau samak sehingga dapat memanfa’atkannya?” Mereka berkata; ‘Ia telah menjadi bangkai.’ Beliau menjawab: “Sesungguhnya yang dilarang adalah memakannya.”
Riwayat al-Bukhari (1492), Muslim (363)
Melalui hadis ini, dapat kita fahami bahawa Baginda S.A.W tidak pula mengarahkan agar ditanam terus bangkai binatang tersebut namun Baginda S.A.W menyuruh dan menyarankan para sahabat agar mengambil faedah atau manfaat dari bangkai binatang tersebut.
Lantas, pengajaran yang boleh diambil dari kisah dan juga athar ini adalah tidak disyariatkan bangkai haiwan tersebut ditanam, kerana jika ia disyariatkan, maka sudah semestinya Baginda S.A.W akan mengarahkan atau menyuruh para sahabat Baginda S.A.W menanam bangkai tersebut dengan segera, kerana sifat seorang Rasul ialah menyampaikan dan tidak akan berdiam diri jika ada kebatilan atau kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya.
Maksudnya: Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.
(Surah al-Ma’idah: 67)
Tuntasnya, Islam tidak mensyariatkan kewajipan ke atas perbuatan menanam bangkai haiwan, bahkan ia hanyalah bersifat harus dan boleh dibiarkan begitu sahaja bangkai tersebut tanpa ditanam.
Namun begitu, kepentingan dalam perkara ini turut berbalik kepada manfaat ke atas manusia jua iaitu jika bangkai haiwan tersebut dibiarkan dan tidak ditanam, maka akan mendatangkan kemudharatan terhadap manusia dan juga makhluk-makhluk lain di sekelilingnya.
Seperti sedia maklum, bangkai haiwan yang tidak ditanam akan mereput dan menyebarkan kuman-kuman seperti bakteria ataupun virus yang boleh memberikan pelbagai jenis penyakit kepada manusia, selain ia juga mendatangkan bau dan pemandangan yang kurang menyenangkan, apatah lagi jika ia dibiarkan di kawasan orang ramai seperti di masjid, taman perumahan dan sebagainya.
Maka, perkara-perkara ini adalah kemudharatan yang mestilah diangkat dan dijauhkan dari diri manusia.
Sehubungan dengan itu, hukum menanam bangkai haiwan tersebut jatuh kepada hukum wajib. Maka, perlulah ditanam haiwan tersebut atau dikebumikannya dengan baik.
Perkara ini turut berkait dengan salah satu kaedah usul Fiqh iaitu سد الذرائع (menutup jalan yang membawa kepada kemudharatan atau kerosakan). [Lihat juga: al-Furuq; 2/32]. Maka, disyariatkan agar ditanam bangkai haiwan atas sebab menghilangkan kemudharatan ke atas manusia dan bukannya semata-mata kerana kematiannya.
Menurut Fatawa al-Lajnah al-Da’imah, apabila ditanya berkenaan haiwan yang telah menjadi bangkai, adakah perlu dikebumikan atau dibiarkan sahaja di atas muka bumi. Mereka menjawab:
“الأمر في ذلك واسع؛ لأنه لم يرد في الشرع نص يدل على مشروعية دفنها، ولا على النهي عن ذلك، والأولى دفنها لئلا يتأذى بها أحد”.
Maksudnya: Urusan berkenaan perkara tersebut (menanam bangkai haiwan) adalah luas, kerana tidak terdapat dalam nas sebarang dalil yang menunjukkan pensyariatan mengebumikannya (bangkai haiwan), dan juga tiada sebarang tegahan mahupun larangan terhadapnya, namun yang lebih utama ialah kebumikannya supaya ia tidak memberikan kemudharatan kepada sesiapa”.
Kesimpulannya, hukum menanam binatang adalah wajib sekiranya mengganggu umat manusia atau memberikan kemudharatan terhadap manusia, dan tidak wajib berbuat demikian jika ianya tidak memberikan kemudharatan.
Akan tetapi, yang lebih baik di sini adalah ditanam bangkai haiwan tersebut agar boleh mengangkat segala jenis kemudharatan darinya dan juga menyenangkan pandangan dan juga laluan orang lain yang melalui kawasan bangkai tersebut. Dari Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya:
“Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman.”
Riwayat al-Bukhari (9), Muslim (35)
Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ar-Razzaq adalah nama-nama Allah yang bermaksud pemberi segala rezeki di dunia ini. Rezeki itu luas, ia tidak terbatas pada wang ringgit atau harta benda saja.
Sebaliknya rezeki itu datang dari pelbagai sudut seperti rezeki telah dijamin, rezeki kerana usaha dan kerja, rezeki kerana bersyukur, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki kerana istgfar, rezeki kerana bernikah, rezeki kerana anak, rezeki kerana sedekah bahkan rezeki kerana menyambung silaturahim.
Dalam keadaan negara diuji dengan banjir di pelbagai tempat, nampaknya rezeki tak disangka berlaku di Pantai Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor kerana puluhan ribu kupang naik ke darat tanpa disangka-sangka.
Bahkan gambar-gambar menunjukkan terlalu banyaknya kupang ini dikongsikan di fb warga sekinchan.
Menurut gambar dikongsi oleh Alia Humaira, rumah emaknya berdekatan pantai sahaja dan ramai yang pergi mengutip rezeki tidak terduga di pantai ini. Kelihatan berbaldi-baldi diangkut. Di saat ramai yang bertanya lokasi pantai ini, jalan masuk ke pantai ini mesti melalui dari Agrobank Tanjong Karang, jalan terus sampai jumpa pantai.
Walau ramai menyifatkan fenomena alam ini agak luar biasa dan dikaitkan ingin berlaku tsunami apabila hidupan laut “mendarat” di pantai, ia menurut fahaman masing-masing. Memang benar tsunami terjadi selepas banyak kejadian hidupan laut datang ke pantai (seperti terjadi di Indonesia) namun kehadiran puluhan ribu kupang ini juga adalah rezeki tidak terduga buat warga Tanjung Karang pagi tadi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.