Sejak pandemik Covid beberapa tahun lalu banyak perniagaan yang mengalami kerugian malah ramai juga usahawan yang terpaksa gulung tikar. Malah keadaaan tersebut masih berlarutan hingga ke hari ini.
Dalam hal ini timbul persoalan kalangan ahli pernigaan kecil tentang keperluan membayar zakat sedangkan perniagaan mereka mengalami kerugian. Mufti Wilayah Persekutuan ada memberi penerangan tentang hal ini.
SOALAN Assalamualaikum wbt Tuan Mufti. Adakah masih perlu mengeluarkan zakat sekiranya perniagaan yang diusahakan tersebut telah mengalami kerugian?
JAWAPAN Perkara utama yang perlu difahami dalam menjawab persoalan ini ialah zakat yang dikeluarkan bukanlah bertujuan merugikan atau mengurangkan harta yang dimiliki. Malah sistem zakat ini akan lebih menyuburkan harta yang ada.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda: مَانَقَصَتْصَدَقَةٌمِنْمَالٍ Maksudnya: “Zakat itu tidak mengurangkan harta.”Riwayat Muslim (2588)
Imam al-Nawawi menjelaskan hadis di atas mengandungi dua penafsiran:
Harta yang dizakatkan tersebut akan diberkati dan dihilangkan daripadanya kemudaratan. Kekurangan harta tersebut akan ditutup dengan keberkatan. Hal ini dapat dirasai dengan pancaindera dan kebiasaan.
Sekalipun fizikal harta tersebut dilihat berkurang, namun kekurangan tersebut akan digantikan dengan pahala di sisi Allah SWT serta digandakan dengan gandaan yang banyak.
Kewajipan mengeluarkan zakat perniagaan ini adalah berdasarkan kepada nas-nas daripada al-Quran dan al-Sunnah. Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah al-Baqarah: 267)
Berdasarkan kepada persoalan di atas, kewajipan berzakat di atas harta perniagaan adalah sekiranya telah mencukupi syarat-syarat berikut:
Akad Tukar Ganti:
Pemilikan harta itu hendaklah dengan akad tukar ganti (jual beli, sewa-menyewa). Jika sekiranya pemilikan tersebut disebabkan oleh warisan, wasiat atau hibah, maka ianya tidak dikira sebagai barang perniagaan.
Ads
Niat Niagakan Harta
Pemilik hendaklah berniat untuk meniagakan harta tersebut ketika memiliki harta tersebut dan niat tersebut hendaklah berterusan. Jika tidak berbuat demikian, harta tersebut tidak dikatakan barang perniagaan walaupun dia berniat selepas itu.
Jika dia berniat untuk meniagakan barang tersebut semasa membelinya, kemudian berniat pula menyimpannya tanpa diniagakan, maka barang itu tidak dikira sebagai barang perniagaan dan tidak wajib zakat.
Menjawab kepada persoalan di atas, zakat perniagaan adalah wajib ditunaikan sekiranya telah memenuhi syarat-syarat zakat perniagaan serta telah mencukupi tempoh haul (tempoh setahun) dan nisab (nilai harta) yang mewajibkan zakat.
Kerugian yang dialami dalam perniagaan bukanlah satu penyebab atau ‘illah yang membolehkan meninggalkan kewajipan berzakat.
Ads
Adapun begitu zakat yang dikeluarkan akan lebih memberkati dan menyuburkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan.
KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kami jelaskan bahawa hakikat pensyariatan zakat perniagaan itu sendiri adalah bertujuan untuk membersihkan harta yang diniagakan di samping menyuburkan lagi harta tersebut.
Kerugian serta kejatuhan dalam sesuatu perniagaan bukanlah penyebab kepada terangkatnya kewajipan berzakat selagimana harta tersebut masih memenuhi syarat-syarat wajib zakat yang ditetapkan.
Justeru, zakat perniagaan wajib dikeluarkan sekiranya memenuhi tempoh haul dan nilai nisab. Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan fikiran kita semua dalam menunaikan kewajipan berzakat dalam kehidupan. Amin.
Kata orang jika mahu berkahwin, mendapat restu ibu sangatlah penting. Lebih-lebih lagi jika yang mahu berkahwin itu adalah anak lelaki yang merupakan harapan keluarga.
Rentetan dari kes percintaan antara Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sapawi Rasid dengan pelakon serta pengacara, Syifa Melvin, yang dengan viral ini ternyata mendapat perhatian ramai.
Ibu kepada Sapawi atau mesra dipanggil Pawi berkata, dia bukan tidak merestui hubungan anaknya itu yang dikatakan mahu berkahwin.
Tetapi kalau boleh dia mahu anaknya itu menumpukan perhatian pada kerjaya serta menyimpan duit juga menyelesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini.
Dalam laporan artikel di Harian Metro, Ibu Sapawi Salemeh Abu Bakar, 56 tahun berkata dia mahukan anaknya itu melupakan dulu soal kahwin sebaliknya mengutamakan kerjaya dulu.
Menurutnya lagi, teman wanita Sapawi (merujuk pada Syifa Melvin) ada datang ke rumahnya. Tetapi mereka tidak tahu dia pelakon kerana tidak pernah melihat drama lakonannya.
“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.
“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.
Menurut ibu Pawi lagi anaknya itu baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga. Dia juga kalau boleh mahukan pasangan Awi lebih muda daripadanya.
“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.
Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.
“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.
“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya lagi.
KASHOORGA: Benarlah jika mahu berkahwin, mendapat restu ibu itu sangatlah penting. Tanpa restunya tak mungkin perkahwinan dibina berkekalan hingga ke jannah. Jika tidak restu di awal perkahwinan, cubalah ambil hati Ibu dan jangan sesekali biar dia terluka.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SAPAWI & SYIFA MELVIN
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kita sering mendengar ucapan Alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah yang mana kita menzahirkan rasa syukur pada Allah. Masa yang sama, perkataan Alhamdulillah termasuk dalam ayat dari surah Al-Fatihah yang menjadi rukun dalam solat kita.
Jika Alhamdulillah bermaksud segala puji bagi Allah, apa pula maksud Alhamdulillah ‘Ala Kulli Haal?
Alhamdulillah ‘Ala Kulli Haal bermaksud SEGALA PUJI BAGI ALLAH DALAM SEGALA SITUASI.
Erti kata-kata di atas sangat luar biasa. Islam mengajarkan kita bahawa rasa syukur dan terima kasih itu harus ucapkan dalam apa juga keadaan kita lalui. Malah saat terlepas dari beban atau kesakitan itu juga, adalah atas izin-Nya. Ia puncak tertinggi kita mengucapkan rasa syukur pada Allah.
Bila masa kita perlu mengucapkan Alhamdulillah Allah Kulli Haal?
1) Saat diuji dengan kecelakaan Tidak ada manusia terlepas dari musibah atau kecelakaan sama ada besar atau kecil. Kesakitan atau kecelakaan adalah ujian dari Allah untuk hambanya. Ia bukan saja untuk menguji keimanan tetapi juga menghapuskan dosa-dosa kecil. Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."Hadith riwayat al-Bukhari no 5641). Namun saat diuji ini, sebutlah Alhamdulillah ‘ala kulli haal di mana kita mungkin tidak menyukai bencana yang berlaku itu.
Selain bencana, ketika menerima berita buruk, disarankan untuk mengucapkan kata-kata “Alhamdulillah” ‘ala kulli haal. Semua orang menyukai perkara baik tetapi kadang kala dalam kehidupan sehari-hari kita juga mungkin mendapat khabar buruk. Misalnya, diuji dengan kehilangan motosikal tempatnya mencari rezeki. Dalam situasi seperti di atas, Islam melarang kita untuk mengeluh, apalagi mengutuk keadaan yang terjadi. Tetapi kita digalakkan untuk terus bersabar dengan ujian yang berlaku ini. Ucapkanlah perkataan Alhamdulillah ‘ala kulli haal (segala puji bagi Allah dalam segala situasi). Lihatlah perkara ini yang berlaku ke atas dua beradik yatim di mana mereka kehilangan motor sehari selepas ibu mereka meninggal. Di sebalik ujian itu, timbul rezeki lain apabila Ustaz Ebit Lew menghadiahkan adik ini sebuah motosikal baru sebagai ganti. Nah! Lihatlah keajaiban yang berlaku atas musibah menimpa kita.
3) Bersin
Alhamdulillah ‘ala kulli haal juga diucapkan saat bersin. Menurut Th Reading dan Bukhari dalam hadits mereka, yang berbunyi: “Jika seorang di antara kalian bersin hendaklah membaca “Alhamdulillah ‘ala kulli haal dan hendaklah orang di sekitarnya menyebut “Yahdikumullah wa yuslih baalakum” (HR Tharani dan Bukhari).
4) Dalam kesakitan, kesedihan atau kesedihan
Dalam keadaan diuji dengan sakit, kesedihan atau kesusahan, ucapkanlah Alhamdulillah ‘ala kulli haal. Menzahirkan rasa syukur ini tidak hanya untuk saat rasa bahagia sebaliknya saat diuji dengan semua situasi.
Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi “ Sesungghnya balasan terbesar ada;ah dari ujian terberat. Jika Allah mencintai satu kaum, maka Alkah akan memberikan cubaan kepada mereka. Barang siapa redha, maka Allah pun redha. Dan barang siapa murka, maka baginya murka Allah” (HR Tirmidzi)
Amalkanlah ucapan “Alhamdulillah ‘ala kulli haal, Allah akan menggantikan semua kesakitan, keperitan dengan kesenangan.
KASHOORGA kongsikan kisah seekor burung yang sakit dan diberitakan tak akan sembuh namun selepas mengucapkan perkataan “Alhamdulillah ‘ala kulli haal dalam apa jua keadaannya, burung ini terlepas dari semua kesakitannya seperti dikongsikan oleh Ustazah Nur Afifah Syahab. Ia penuh dengan hikmah dan menjadi pengajaran buat kita semua. Teringat pesanan salah sorang ustaz kursus Haji di Masjid Besi Putrajaya..ucapkan ALHAMDULILLAH in every situation we faced in life..
Ada seekor burung yang hidup di padang pasir, sedang sangat sakit, tidak ada bulu, tidak ada makan dan minum, tidak ada tempat tinggal.
Suatu hari seekor burung merpati lewat (lalu), jadi burung yang tidak bahagia itu menghentikan burung merpati dan bertanya " Mau pergi kemana?"
Merpati itu menjawab "Aku akan pergi ke syurga".
Maka burung yang sakit itu berkata, "Tolong cari tahu, bila penderitaanku akan berakhir?"
Burung merpati itu berkata, "Tentu, aku akan melakukannya." Dengan mengucapkan selamat tinggal kepada burung yang sakit. Burung merpati melanjutkan perjalanannya mencapai syurga dan menyampaikan pesan burung yang sakit itu kepada malaikat di pintu syurga. Malaikat itu berkata, "Selama tujuh tahun ke depan hidup burung tersebut harus menderita seperti itu, tidak ada kebahagiaan sampai saat itu."
Burung merpati berkata, "Ketika burung yang sakit mendengar ini, dia pasti berkecil hati. Bisakah kamu menyarankan solusi apa pun untuk ini."
Sang Malaikat menjawab, “Katakan padanya untuk selalu mendoakan ini, "Alhamdulillah alla kulli haal"
Burung merpati itu bertemu dengan burung yang sakit lagi & menyampaikan pesan malaikat itu kepadanya.
Saat tujuh hari merpati itu lewat(lalu) lagi, dia melihat burung yang sakit itu sangat senang, bulunya tumbuh di tubuhnya, tanaman kecil tumbuh di daerah gurun, kolam kecil air juga ada di sana, burung itu bernyanyi dan menari riang. Merpati itu tercengang. Malaikat telah mengatakan bahwa tidak akan ada kebahagiaan bagi burung itu selama tujuh tahun ke depan.
Melihat keadaan ini, burung merpati pergi mengunjungi malaikat di gerbang syurga. Burung merpati itu mengajukan pertanyaannya kepada Malaikat.
Sang Malaikat menjawab, "Ya memang benar tidak ada kebahagiaan untuk burung itu selama tujuh tahun, tetapi kerana burung itu selalu mengucapkan, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL" dalam setiap situasi, hidupnya berubah.
Ketika burung itu jatuh di atas pasir panas dia berkata, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL"
Ketika tidak bisa terbang dia berkata, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL."
Ketika haus dan tidak ada air di sekitar, dia berkata, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL"
Apapun situasinya, burung itu terus mengulang, "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL" dan kerana itu tujuh tahun dibubarkan dalam tujuh hari.
Ketika saya mendengar cerita ini, saya merasakan perubahan besar dalam cara saya merasakan, berfikir, menerima & melihat kehidupan.
Saya amalkan kalimat ini dalam hidup saya. APA pun situasi yang saya hadapi, saya mulai mengucapkan ini "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL"
Ini membantu saya mengubah pandangan saya dari apa yang saya tidak punyai, apa yang saya miliki dalam hidup saya.
Contohnya: jika sakit kepala, saya ucapkan "ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL" TERIMA KASIH atas tubuh saya lain yang baik-baik saja, yang sihat; dan saya perhatikan bahawa sakit kepala itu tidak mengganggu saya sama sekali.
Dengan cara yang sama saya mulai gunakan kalimat ini dalam hubungan saya (baik keluarga, teman, tetangga) kewangan, kehidupan sosial, perniagaan dan semua hal yang dapat saya ceritakan. Saya berbagi cerita ini dengan semua orang yang saya hubungi, dan itu membawa perubahan besar dalam perilaku mereka juga.
Kalimat sederhana ini benar-benar memiliki impak yg mendalam pada hidup saya, saya mulai merasakan betapa beruntungnya saya, betapa bahagianya saya, betapa hidup adalah baik.
Mari kita ulangi kalimat ini secara terus menerus untuk mengalami pergeseran dalam hidup kita.
Jadi bersyukurlah dalam segala hal dan lihatlah perubahan mulai terjadi dalam diri Anda. Ada KUASA dlm bersyukur.
INGAT! ALHAMDULILLAH ALLA KULLI HAAL
Terimakasih Ya Allah atas segalanya. _Perkongsian dari Guru tercinta Ustazah Nur Afifah Syahab.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Masjid dikunci selepas waktu solat, susahkan orang musafir singgah sembahyang dan melepaskan lelah. Masjid adalah rumah Allah, bukankah masjid sepatutnya menjadi hak orang yang ramai.
Sepatutnya masjid perlu menjadi tempat yang mudah diakses, namun jika dikunci selepas waktu solat memang menutup ruang untuk musafir singgah.
Tetapi seharusnya kita tahu bahawa tindakan pihak masjid melakukan perkara ini adalah bersebab dan bukan sewenang-wenangnya mengunci pagar dan pintu masjid.
Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini dan fahami penjelasan yang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sampaikan :
Soalan:
Assalamualaikum, bolehkah pihak masjid menutup masjid pada bukan waktu solat kerana ia akan menyukarkan bagi orang musafir untuk menunaikan solat. Bukankah masjid tu hak orang ramai?
Ringkasan Jawapan:
Hukum mengunci masjid pada bukan waktu solat adalah harus jika ada keperluan tertentu seperti untuk menjaga peralatan masjid dari dicuri.
Namun jika tidak ada keperluan sebaiknya masjid tidak dikunci sebagaimana masjid di zaman Nabi SAW dan ini lebih memberi kemudahan kepada orang ramai.
Pihak masjid boleh menyediakan ruangan khusus seperti beranda masjid yang lengkap dengan kemudahan seperti kipas, lampu dan sejadah untuk memudahkan kegunaan orang ramai, dan mengunci bahagian masjid yang dirasakan perlu seperti dewan solat yang utama.
Pernikahan Yang Diharamkan Allah SWT
Huraian Jawapan:
Menjadi kebiasaan orang ramai akan berhenti di mana-mana perhentian atau masjid untuk menunaikan solat. Setengah pihak pengurusan masjid akan mengunci masjid bagi mengelakkan berlaku kecurian atau lainnya ketika tidak ada sesiapa di Masjid.
Meskipun pihak masjid mengunci bahagian dalam masjid namun masih ada kawasan luar masjid yang boleh untuk didirikan solat.
Imam al-Nawawi menjelaskan berkenaan hukum mengunci masjid pada bukan waktu solat dengan katanya:
Maksudnya: “al-Soimari dan selainnya dalam kalangan ulama mazhab Syafi’i; berkata tidak mengapa mengunci masjid pada bukan waktu solat untuk menjaga masjid atau memelihara peralatan yang ada dalam masjid.
Namun begitu ia hanya jika dikhuatiri masjid akan dicemari atau kehilangan peralatan masjid serta tidak ada keperluan (untuk membuka masjid pada bukan waktu solat).
Adapun jika tidak dikhuatiri apa-apa kerosakan atau mencari kehormatan masjid di samping membukanya akan lebih memudahkan orang ramai maka sunnahnya pintu masjid perlu dibuka sebagaimana masjid Nabi SAW pada zaman Baginda dan selepasnya.”
Daripada keterangan Imam al-Nawawi ini dapat disimpulkan bahawa hukum mengunci masjid pada bukan waktu solat adalah harus jika ada keperluan.
Namun jika tidak ada keperluan sebaiknya masjid tidak dikunci sebagaimana masjid di zaman Nabi SAW dan ini lebih memberi kemudahan kepada orang ramai. Memudahkan urusan orang lain adalah suatu yang dituntut dalam agama. Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis:
ومن يسَّرَ على مُعسرٍ في الدُّنيا يسَّرَ اللَّهُ عليهِ في الدُّنيا والآخرةِ
Maksudnya: “Siapa yang memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”- (Riwayat al-Tirmizi)
Kashoorga : Selain masjid, orang musafir sekarang juga boleh singgah di RNR (Rehat dan Rawat) di lebuhraya atau surau di stesen minyak. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.