Innalillahiwainailaihirojiun (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”).
Al-Fatihah untuk Syekh Ali Jaber yang diberitakan meninggal dunia pagi tadi (14 Januari 2021) di Hospital Yarsi pada jam 8.30 pagi akibat COVID-19. Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber merupakan pendakwah terkenal Indonesia dan sering berkongsi doa dan kata-kata nasihat dari orang ramai yang meminta nasihatnya.
Syekh Ali Jaber sebelum ini sedang dirawat di hospital akibat COVID-19 dan keadaannya diberitakan semakin pulih termasuk sudah menangggakan tiub saluran pernafasan tetapi Allah lebih menyayanginya.
Ads
Selama hayatnya, pendakwah terkenal ini sangat aktif di media sosial. Bahkan sebelum kesihatannya terus merosot, di instagramnya, pendakwah terkenal ini sempat meninggalkan pesanan terakhir yang mana ia akhirnya menjadi video terakhirnya sebelum meninggal dunia.
Ads
Dalam videonya, Syekh Ali Jabar sempat menyampaikan pesanan.
“Ini saatnya kita setop penyebaran Covid-19. Sudah cukup banyak yang jatuh sakit gara-gara corona ini. Mari kita bersama-sama bersatu merapatkan saf kita untuk mencegah negeri kita dari bahaya penyakit ini, yang sudah cukup menyebar di mana-mana,” ujarnya. (setop bermaksud menghentikan)
Ads
“Mari kita sama-sama menjauhi dari keramaian, kerumunan, dan kita menjaga iman, imun, dan insya Allah kita bersama aman, sejahtera, damai, aamiin ya rabbal alamin. Semoga selalu kita sehat dan selalu dalam lindungan Allah SWT. Saya Ali Jaber, wassalamualaikum warhamatullahi wabarakatuh.”
Bahkan di captionnya beliau menulis: “Mari kita jaga diri dan jaga kesehatanmu melalui gerakan 3M. Mudah-mudahan semua jamaah baik-baik saja dan selalu dalam lindungan Allah lahir batin aamiin alfatihah #3m #protokolkesehatan #bnpb #polri #damaiindonesiaku.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selalunya pesakit akan mula rasa debas di bahagian kaki dan kemudian diikuti dengan sakit belakang. Kebanyakan slip disc ini menyerang pada tulang belakang terutama di bawah punggung.
Perkongsian gadis ini Noor Farhana menceritakan bagaimana dia yang mengalami penyakit yang agak merbahaya juga jika kita dan tak elak dari awal.
“Since Nana masuk hospital kena slip disc . Ramai sangat-sangat yang call msg whatsapp tanya punca Nana kena slip disc .
“Penyakit ni kadang kita tak tahu punca . Nak kata jatuh tak jatuh . Tapi menda Allah da tetapkan . Jadi redha & ikhtiar . Meh
“Nana nak share macam mana Nana boleh tahu kena slip disc . Moga boleh jadi pengajaran pada semua .
“Pada permulaan dia bertahun Nana dpt sakit belakang yang nak kata teruk tu tak . Tapi sekali kena memang sakit . Masuk awal tahun ni Nana rasa kebas dekat kaki belah kanan sahaja . 3 bulan jugak merana kebas ni . Asal kul 3,4 pagi terjaga . Jirus kaki dengan air la . Amik ais tuam kat kaki la . Mandi la . Bila pergi office asyik tanya kawan . Nana ni kenapa asyik kebas je . Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa . Duduk biasa pun kebas baring pun kebas .
“Boleh kata 24 jam ada je rasa kebas tu . Memang langsung tak selesa . Kemudian merebak sakit belakang & tongking ( bahagian atas punggung ) . Nak gelak pun terasa kadang-kadang . Sampai tahap nak bgun kena tekan tepi kerusi sebab nak support badan sendiri . Pergi klinik tu takyah cakap la . Asyik cakap kita ANGIN . Ayat yang sama .
“Sampai la 1 masa , seminggu sebelum raya . Keadaan makin teruk . Tgh jalan kaki nak pergi kerja . Tak terasa langsung kaki kanan ni pijak jalan . Okay seram dah masa tu
“Then naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki . Esok hari pergi klinik & minta surat untuk refer pakar .
“Sampai pakar doc minta buat MRI . Sebenarnya ni kali ke 3 Nana MRI dalam tempoh 5 tahun ni sejak sakit belakang . Dan resultnya yea Nana kena slip disc . Ada beberapa disc da terkena pada urat saraf belah kanan . Sebab itu kaki kanan je yang kebas . Doc minta buat injection kalau tak makin teruk sebab kita ni manusia kalau doc suh jaga makan ke apa ke bukan nak dengar sangat bila sihat kan ?
“Nana pun balik bincang dengan keluarga . Dan pilih jalan dengan mendengar nasihat doktor . DOKTOR TAK PAKSA UNTUK BUAT INJECTION TAU . Nana yang pilih . Nana buat 12 injection dekat belakang & tempoh 2 tahun ni kena jaga diri tak boleh angkat benda berat .
“Ramai yang sarankan untuk urut . Bukan tak percaya . Tapi buat la tulang tu makin lari . Yang tanggung sakit kita . Orang yang tak rasa sakit . Lain orang lain cara . Tapi yang penting USAHA untuk jaga diri . Orang tak kena memang tak akan tahu rasa n derita dia macam mana . Nak duduk tk boleh nak berdiri lenguh nak baring kebas .
“Punca slip disc ni sebenarnya bukan pada jatuh sahaja .
1- cara duduk kita atas kerusi ( rapatkan kerusi pada meja supaya keadaan tak membongkok) 2-cara drive / bawa motor 3-angkat benda berat tapi cara angkat tu tk betul ( bengkokkan kaki bukan bongkokkan badan) 4-duduk atas kerusi wallet letak dekat punggung ( tak stabil kan ) boleh menyebabkan jugak 5-keadaan kita bila membongkok 6- bangun dari tido mengiring dahulu jangan terus bangun sahaja 7-pelbagai simptom lain
“Banyak juga la sebab dia . Jangan anggap kita buat sesuatu tu da betul keadaan badan . Sebenarnya tak . Jaga la diri . Kalau rasa sakit tu cepat-cepat la tanya doktor . Sakit sekarang tak kira umur . Kita tak minta sakit tapi sekurangnya apa yang Nana share ni kawan-kawan boleh berhati lepas ni . Jangan sampai kritikal baru pergi check .
“MAJORITI MASA NANA BUAT PHYSIO RAMAI ANAK MUDA . ALLAHU MEMANG TERKEJUT . SEBAB INGATKAN KITA SEORANG . YANG DAH TUA HANYA BEBERAPA KERAT SAHAJA .
“Alhamdulillah Nana da keluar wad . Tapi masih kena berehat & physio lagi . Luka injection tu masih terasa . Untuk 2 tahun ni bersukan boleh tapi nak angkat benda berat kena simpan dalam hati .
“Terima kasih mak abah , adik , saudara mara yang datang , keluarga yang bagi sokongan , DR YONG YUAN SHYH Hospital Colombia Asia Setapak-sangat ramah & baik , nurse dekat hospital yang super duper baik , dan kawan kawan semua . Doakan Nana cepat sihat & boleh bekerja semula .
Hati ibu mana tidak sedih melihat dua situasi yang sangat menyayat hati depan matanya. Walaupun tidak mampu bergerak dan berkata-kata, tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Sebelum itu, ibu ini Zaini Musa, 55 tahun hanya duduk di atas katil kerana tidak mampu bergerak disebablan kanser otak tahap tiga yang dilalu sejak dua tahun lalu melihat pembunuhan kejam anak kesayangannya di rumah mereka sendiri.
Dan kelmarin pula hanya mampu melihat jenazah anaknya diusung keluar dari ruang tamu untuk di bawa ke tanah perkuburan.
Sebaik jenazah diusung keluar dari ruang tamu rumah kira-kira 6.30 petang, suami wanita itu, Ismail Muda, 58, memberitahu apa yang berlaku.
Ismail turut memalingkan muka isterinya ke arah keranda yang menempatkan jenazah anak perempuan mereka, namun Zaini sekadar melihat tanpa sebarang kata.
Suasana penuh kepiluan itu menyebabkan Ismail dan beberapa anaknya serta mereka yang berada di ruang tamu tidak dapat menahan rasa sedih.
Jenazah Siti Nur Surya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, Terengganu di sini, pada 8.15 malam semalam.
Sebelum itu, Siti Nur Suraya dikatakan telah menjadi mangsa dibunuh rakan sendiri di kediamannya pada Ahad lalu dalam keadaan sangat menyayat hati.
Ketika hayatnya, arwah dikatakan seorang anak yang sangat baik dan menjaga ibunya yang sakit sejak terlantar dua tahun lalu.
Malah menurut bapanya, Ismail Muda, Allahyarham sanggup mengenepikan cita-citanya sebagai pelukis pelan untuk menjaga ibunya.
Demi kasih arwah terhadap ibunya, dia sanggup mengorbankan pelajarannya apabila mengambil keputusan tidak menyambung pengajian selepas tamat Tingkatan Lima.”
“Dia bercita-cita menjadi seorang pelukis pelan dan menyambung pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara (ABN) Hulu Terengganu Januari lalu,” katanya yang berharap pembunuh anaknya akan mendapat hukuman setimpal.
Semua tahu bahawa membasuh anggota wuduk adalah wajib sebelum bersolat. Kita sedia maklum, anggota wuduk dibasuh sebanyak tiga kali. Namun, ada juga sama ada terlupa, disengajakan atau was-was semasa ambil wuduk sehingga terlajak lebih daripada tiga kali membasuh anggota badan.
Kita ikuti penjelasan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini. Dalam mendirikan solat, ada sebab mengapa Allah telah aturkan tertibnya atau dalam bahasa popular sekarang SOP nya.
Soalan: Assalamualaikum w.b.t Saya selalu melihat ada orang berwuduk dan membasuh anggota wuduk berkali-kali. Mencuci wajah dan tangan berkali-kali, berkemungkinan empat atau lima kali. Apakah hukumnya serta adakah ia dibenarkan? Harap Datuk Mufti dapat beri pencerahan.
Jawapan : Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ Maksudnya :“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah : 6)
Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyebutkan rukun wuduk ada enam. Empat daripadanya adalah berdasarkan ayat al-Quran iaitu membasuh muka, membasuh kedua tangan, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua kaki. Manakala dua yang berbaki adalah berdasarkan sunnah iaitu niat dan tertib. Anggota-anggota wuduk yang wajib untuk dibasuh
Oleh itu, secara ringkasnya kita dapat ketahui bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh ialah :
Selain daripada anggota-anggota wajib tersebut maka hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ini seperti membaca Basmalah ketika mula mengambil wuduk, membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, membasuh seluruh kepala, membasuh kedua-dua telinga, memulakan setiap anggota dengan anggota sebelah kanan, melaksanakannya secara berturut-turut, menggosok, membasuh setiap anggota dengan tiga kali basuhan dan lain-lain.
Sunat membasuh setiap anggota wuduk dengan tiga kali basuhan Syeikh Daud al-Fatani menyatakan bahawa dikira tiga kali bagi air yang mengalir dengan melalui tiga kali olak (pengaliran) air ke atas anggota berkenaan, dan bagi air yang tenang dengan digerak-gerakkan anggota sebanyak tiga kali. Membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali basuhan
Walau bagaimanapun, di dalam riwayat Abdullah bin Amr ada menceritakan bahawa : جاءَ أعرابيٌّ إلى النَّبيِّ -ﷺ- يسألُهُ عنِ الوُضوءِ؟ فأراهُ الوُضوءَ ثلاثًا، ثمَّ قالَ : هكَذا الوُضوءُ فمَن زادَ على هذا فقَد أساءَ وتعدّى، وظلمَ Maksudnya : “Seorang Arab Badwi telah datang bertemu Nabi SAW, bertanyakan mengenai (cara) wuduk? Baginda telah mengajarkannya supaya berwuduk dengan tiga kali basuhan (bagi setiap anggota). Kemudian, baginda bersabda : Beginilah cara berwuduk (yang benar), sesiapa yang menambah daripada ini (melebihi 3 kali basuhan), maka dia telah melakukan keburukan, melampaui batas dan berlaku zalim.” Riwayat al-Nasaie (140)
Para ulama telah menyatakan bahawa membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali adalah makruh hukumnya. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi ada menyebutkan : وَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ عَلَى كَرَاهَةِ الزِّيَادَةِ عَلَى الثَّلَاثِ وَالْمُرَادُ بِالثَّلَاثِ الْمُسْتَوْعِبَةِ لِلْعُضْوِ وَأَمَّا إِذَا لَمْ تَسْتَوْعِبِ الْعُضْوَ إِلَّا بِغَرْفَتَيْنِ فَهِيَ غَسْلَةٌ وَاحِدَةٌ
Maksudnya :“Para ulama telah bersepakat (Ijma’) bahawa hukumnya adalah makruh (membasuh anggota wuduk) melebihi tiga kali. Dan yang dimaksudkan dengan tiga kali basuhan tersebut ialah aliran air yang mengenai seluruh anggota. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air (membasuh) ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman. Maka, dua kali siraman itu, baru dikira satu kali basuhan.”
Imam Syafie juga ada menyebutkan mengenai perkara ini di dalam kitabnya : وَلَا أُحِبُّ لِلْمُتَوَضِّئِ أَنْ يَزِيدَ عَلَى ثَلَاثٍ وَإِنْ زَادَ لَمْ أَكْرَهْهُ Maksudnya : “Dan aku tidak suka bagi seseorang yang berwuduk untuk menambah (dalam basuhannya) melebihi tiga kali. Akan tetapi, sekiranya dia menambah (melebihi), aku tidak memakruhkannya.”
Imam al-Nawawi menerangkan bahawa maksud perkataan Imam Syafie ‘tidak memakruhkannya’ di atas ialah ‘tidak mengharamkannya’. Begitu juga, dengan kenyataan Imam Syafie yang lain menyebutkan bahawa beliau tidak suka jika seseorang melebihi 3 kali basuhan (ketika berwuduk), akan tetapi sekiranya dia buat, perkara tersebut tidak memudaratkannya iaitu tidak berdosa. Ini menunjukkan bahawa perbuatan melebihi tiga kali basuhan bagi setiap anggota ketika berwuduk adalah makruh.
Sekalipun membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali makruh hukumnya, perbuatan tersebut tidak membatalkan wuduknya selagi mana air diratakan ke seluruh anggota wuduk dengan sempurna. Wuduknya tetap sah.
Hal ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi : إذَا زَادَ عَلَى الثَّلَاثِ فَقَدْ ارْتَكَبَ الْمَكْرُوهَ وَلَا يَبْطُلُ وُضُوءُهُ هَذَا مَذْهَبُنَا وَمَذْهَبُ الْعُلَمَاءِ كَافَّةً وَحَكَى الدَّارِمِيُّ فِي الِاسْتِذْكَارِ عَنْ قَوْمٍ أَنَّهُ يَبْطُلُ كَمَا لَوْ زَادَ فِي الصَّلَاةِ وَهَذَا خَطَأٌ ظَاهِرٌ
“Sekiranya seseorang menambah (basuhan) lebih daripada 3 kali, maka dia telah melakukan perbuatan yang makruh. Namun, (perbuatan itu) tidaklah membatalkan wuduknya. Ini adalah merupakan mazhab kami (Syafie) dan mazhab kebanyakan ulama. Al-Darimi telah menukilkan daripada segolongan ulama di dalam kitabnya al-Istizkar, bahawa wuduk terbatal, sebagaimana (hukum) sekiranya seseorang menambah-nambah (rukun) di dalam solatnya. Pendapat ini telah jelas kesilapannya.”
Kesimpulannya Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa membasuh anggota wuduk secara melebihi tiga kali basuhan adalah makruh. Akan tetapi, wuduknya tetap sah dan tidak membatalkan wuduknya selagimana air diratakan ke seluruh anggota wuduk dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, basuhan tersebut hanya dikira setelah dia sempurna mengalirkan air (membasuh) ke seluruh anggota wuduk berkenaan. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman contohnya. Maka, dua kali siraman itu, baru dikira satu kali basuhan. Imam al-Ramli ada menyebutkan bahawa syarat sebelum membasuh untuk kali kedua dan ketiga adalah perlu menyempurnakan basuhan wajib (yang pertama).
Marilah sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Mulla Ali al-Qari yang menyatakan berlebihan dalam berwuduk seperti menambah lebih dari tiga kali basuhan, tidak ada kebaikan dalam perkara yang berlebihan tersebut.
Semoga bermanfaat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?