Hati ibu mana tidak sedih melihat dua situasi yang sangat menyayat hati depan matanya. Walaupun tidak mampu bergerak dan berkata-kata, tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Sebelum itu, ibu ini Zaini Musa, 55 tahun hanya duduk di atas katil kerana tidak mampu bergerak disebablan kanser otak tahap tiga yang dilalu sejak dua tahun lalu melihat pembunuhan kejam anak kesayangannya di rumah mereka sendiri.
Dan kelmarin pula hanya mampu melihat jenazah anaknya diusung keluar dari ruang tamu untuk di bawa ke tanah perkuburan.
Foto Ihsan: BH TV
Sebaik jenazah diusung keluar dari ruang tamu rumah kira-kira 6.30 petang, suami wanita itu, Ismail Muda, 58, memberitahu apa yang berlaku.
Ismail turut memalingkan muka isterinya ke arah keranda yang menempatkan jenazah anak perempuan mereka, namun Zaini sekadar melihat tanpa sebarang kata.
IKLAN
Dibunuh kejam oleh rakan baik.
Suasana penuh kepiluan itu menyebabkan Ismail dan beberapa anaknya serta mereka yang berada di ruang tamu tidak dapat menahan rasa sedih.
Jenazah Siti Nur Surya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, Terengganu di sini, pada 8.15 malam semalam.
Selamat dikebumikan.
Sebelum itu, Siti Nur Suraya dikatakan telah menjadi mangsa dibunuh rakan sendiri di kediamannya pada Ahad lalu dalam keadaan sangat menyayat hati.
IKLAN
Ketika hayatnya, arwah dikatakan seorang anak yang sangat baik dan menjaga ibunya yang sakit sejak terlantar dua tahun lalu.
Malah menurut bapanya, Ismail Muda, Allahyarham sanggup mengenepikan cita-citanya sebagai pelukis pelan untuk menjaga ibunya.
Tidak sambung belajar kerana mahu jaga ibu yang sakit.
Demi kasih arwah terhadap ibunya, dia sanggup mengorbankan pelajarannya apabila mengambil keputusan tidak menyambung pengajian selepas tamat Tingkatan Lima.”
IKLAN
“Dia bercita-cita menjadi seorang pelukis pelan dan menyambung pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara (ABN) Hulu Terengganu Januari lalu,” katanya yang berharap pembunuh anaknya akan mendapat hukuman setimpal.
Bagi ibu dan ayah, tiada perkara lain paling berharga daripada keselamatan anak. Kita sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka sihat dan terhindar daripada perkara buruk.
Dalam, dunia moden hari ini, mendidik dan menjaga anak adalah antara perkara yang sangat mencabar dilaksanakan. Ia adalah satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dijalankan dengan redha Allah.
Dengan ibu ayah bekerja, masa bersama anak-anak amat terhad. Kebijaksanaan, kesungguhan, tawakal dan istikomah sahaja yang mampu membantu memastikan anak-anak terdidik dan terpelihara akhlaknya dari kecil hingga dewasa.
Kita tak mahu menjadi ibu ayah yang hanya bertindak selepas ada perkara buruk berlaku. Langkah pencegahan harus dari awal.
Sebagai seorang muslim, perkara utama perlu kita lakukan ialah sentiasa mendekati Allah memohon kepadaNya agar memelihara keselamatan sekeluarga sepanjang masa. Dunia teknologi hari ini telah mempercepatkan pengaruh negatif merosak minda anak-anak jika ia tidak dikawal.
Dalam kekalutan dunia sekarang, kita jangan putus asa. Ada jalan ditunjukkan Allah. Kita ikuti perkongsian menarik ustaz Khaili Razak yang telah admin sunting tentang nasihat seorang maulana kepadanya bagaimana menjaga kesejahteraan diri, suami, isteri dan anak-anak.
Amalan Untuk Hindar Anak Terlibat Perkara Buruk
Teringat saya pernah dapat nasihat darpada seorang maulana. Bagus untuk ibu dan ayah (parenting). Namanya Maulana Jamal.
Masa itu first time saya berjumpa dengan beliau iaitu di majlis perkahwinan Ustaz Khann Da’ie. Saya tahu beliau ini adalah guru kepada isteri saya semasa di madrasah.
Semasa hari pertama perkahwinan kami, isteri saya ada membuat satu permintaan, “Boleh saya minta sesuatu dengan awak?”
Saya terdetik dalam hati “Aik, baharu sahaja kahwin dah nak buat permintaan?” Maklumlah kami tak pernah kenal.
Saya kata apa dia? “Saya minta awak buat hubungan baik dengan semua ustaz saya sebab saya sayang ustaz-ustaz yang pernah ajar saya tentanga gama sampai jadi alimah” Allahu. Saya ingat nak minta apa tadi.
Saya kata insyaAllah. MasyaAllah dalam hati saya, kalaulah semua pelajar Malaysia ada sifat dengan guru macam ini. Buat hubungan dengan cikgu-cikgu yang pernah ajar kita dulu. Berkatnya hidup.
Berbalik kepada perbualan saya dengan maulana Jamal. Saya sapa beliau. “Assalamualaikum Ustaz. Ustaz Jamal kan?
Saya suami kepada anak Hj Aris Bangi. Boleh saya duduk makan sekali dengan ustaz? Ustaz membalas, “Oh, masyaAllah silakan-silakan. Anta motivator pelajar ya?”
Saya terperanjat bagaimana maulana ini boleh tahu. Saya balas sambil berkata “Sikit-sikit la ustaz belajar-belajar cakap depan pelajar. Doakan saya ustaz.”
Ustaz Jamal terus memberitahu saya, “Kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah, bolehkah anta beritahu mereka perkara penting ini? Sangat penting!” Saya kata “MasyaAllah ustaz boleh. Apa perkara penting itu ustaz?”
Ujar ustaz Jamal,” Beritahu semua bapa, buat amalan ini. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah, di masjid atau madrasah secara sembunyi. Masa masukkan duit dalam tabung RM1 atu RM10, niatkan dalam hati doa ini;
“Ya Allah, pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku dan dalam diri anak aku. Ya Allah pecahkanlah batil-batil yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku”
Sebab apa? Sebab begitu banyak batil-batil kejahatan-kejahatan yang ada dan susah nak kawal zaman ini. Hanya Allah boleh bantu.
Mengapa lafaz doa ini dibuat semasa bersedekah? Sebab masa bersedekah secara sembunyi dalam hadis ada sebut bahawa masa itu dapat memadamkan kemurkaan Allah. Masa itu jika kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan
Saya tak terfikir apabila ustaz Jamal cakap macam itu, baharu terlintas begitu banyak sekarang ini batil-batil yang berlaku di keliling kita. Anak-anak terdedah dengan website-website yang tak tidak dan sebagainya.
Suami pulak terdedah dengan perkara-perkara yang menjadi sebab maksiat. Boleh bergalak ketawa dengan isteri orang. Isteri hari ini berapa ramai yang dikelilingi kebatilan. Bermesra dengan suami orang. Bergelak ketawa di office. Benda-benda ni semua kita tak boleh nak kawal.
Susah nak kawal. Hanya dengan amalan sahaja minta Allah pecahkan. Ya Allah ampuni dosa kami.
Ustaz Jamal beritahu lagi, “Amalan ibu pula. Setiap lepas solat fardhu, doa perkara yang sama juga. Doa ibu ini sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu. Hadis nabi sebut doa sangat makbul lepas solat fardhu”
Ya Allah…saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna untuk saya dan isteri saya dan semua orang. Lepas makan saya terus ambil buku nota dan terus salin apa yang ustaz Jamal beritahu saya.
Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah-sekolah, saya tak pernah lupa untuk beritahu perkara ini kepada ibu bapa.
Ya Allah…jagalah anak-anak kami untuk kami. Jauhkanlah anak-anak kami, isteri suami kami daripada maksiat dan dosa. Kami tak mampu ya Allah. Kami lemah dan dhoif. Ampunilah kami. Aamin.
Jodoh merupakan perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum kita dilahirkan ke dunia ini lagi. Ia sudah ditulis di luh mahfuz. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita…” Riwayat al-Bukhari (3208)
Jodoh merupakan rencana Allah SWT dengan sebaik-baik perancang. Allah SWT menetapkan waktu yang tepat bersesuaian dengan individu. Tiada yang terlambat atau tercepat kerana semuanya sudah tertulis.
Biasanya pasangan mencari keserasian ketika berkawan sebelum diikat dengan bertemu ibu bapa pasangan untuk langkah seterusnya. Namun kita disarankan untuk menjaga iktilad kerana adalah menjadi dosa untuk bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan.
Harus diingat, perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia. Ia bukan berlandaskan nafsu semata-mata.
Sebab itulah kita disarankan menikahi wanita berdasarkan empat perkara iaitu hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.
Di negara seberang viral pasangan “jiwa yang tertukar” di mana pengantin lelakinya suka berpenampilan wanita manakala isterinya pula suka mengenakan pakaian lelaki (tomboy).
Dan mereka telah selamat dinikahkan baru-baru ini dalam majlis yang dihadiri ramai sanak saudara. Difahamkan, suami ini merupakan seorang tukang andam (MUA) manakala pekerjaan isterinya tidak disebut-sebut.
Pernikahan unik mereka ini menjadi viral kerana penampilan pasangan ini namun keduanya menyatakan jodoh itu ketentuan Allah dan mereka sudah halal sebagai suami isteri.
Ada menggelar pasangan ini sebagai “jiwa yang tertukar” kerana berpenampilan begini. Di dalam agama sendiri, lelaki atau perempuan dilarang berpakaian menyerupai lawan sejenisnya. Ia berdasarkan satu hadith dari HR Bukhari yang menyebut :-
Sabda Baginda: Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. – [HR Bukhari 5435].
Apa pun kita doa yang baik-baik agar hubungan halal mereka ini mengikut syariat Allah dan kita dijodohkan dengan lelaki dan wanita beriman. Aamiin.
Sumber : Tik Tok @mangoyoi
Sebelum berlakunya majlis ijab dan kabul, ada beberapa perkara penting yang perlu dibuat terlebih dahulu oleh bakal mempelai.
Antara yang penting adalah menghantar borang nikah. Penghantaran borang ini bukanlah seperti borang permohonan biasa, tetapi ada beberapa perkara bakal pengantin patut ambil tahu.
Perkongsian di laman twitter oleh pengguna akaun @sigadismanis_ ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang sedang dalam perancangan melangsungkan perkahwinan tahun ini atau tahun depan.
Ini soalan yang akan ditanya kepada bakal pengantin
Antaranya kena mengucap dua kalimah syahadah, baca surah Al-Fatihah dan doa qunut
Penting sebab bacaan ini ada dalam solat
Untuk soalan nombor 5, ini jawapannya
Beberapa fakta yang perlu diambil tahu
Ini pula jawapan kenapa perlu mandi wajib
Soalan untuk nombor 6 mengenai tanggung jawab suami
Lagi jawapan berkenaan soalan tentang perkahwinan dan rukun nikah
Kalau nak elak nervous, baca buku yang kita dapat sewaktu kursus kahwin