Namun jangan sesekali memperlakukan isteri sesuka hati. Mereka hanyalah insan biasa yang juga ada hati dan perasaan.
Peluklah isteri dengan erat.
Jika mereka penat, suruhlah dia berehat dan kalau tengah marah, redakan dengan memeluknya erat.
Perkongsian ini sangat menyentuh hati dan boleh dijadikan panduan dalam melayari hidup berumah tangga.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin…..
Ads
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.
Ads
Kalau ada orang peluk dia waktu ni…. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu.
Dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Subhanallah Alhamdulillah, kedatangan Ramadan membawa rahmat dan keampunan yang tidak terhingga oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Betapa cepatnya masa berlalu, sedar atau tidak, kita telah memasuki fasa terakhir di bulan Ramadan.
Antara ganjaran yang Allah SWT janjikan ialah keampunan, dibukakan pintu-pintu Syurga, dibebaskan daripada Neraka, dimakbulkan doa dan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.
Terjemahannya: “Sesungguhnya berjayalah bagi orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih supaya bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya rugilah bagi orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih tetapi susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams: 9 dan 10)
Walau bagaimanapun, sungguh masih ramai yang tidak merasakan apa-apa dengan keberadaannya di bulan Ramadan ini.
Amatlah rugi bagi mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak memperoleh keampunan daripada Allah SWT.
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin (sebanyak 3 kali).” Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Jibril berkata: Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin.” (HR Ibnu Hibban. Status Hadis: Sahih)
Antara golongan yang dikategorikan sebagai orang yang rugi dalam bulan Ramadan:
Daripada Abi Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ Maksudnya: “Makan sahur itu berkat, maka janganlah kalian tinggalkan meskipun salah seorang daripada kalian hanya minum seteguk air, kerana sesungguhnya Allah 'azza wajalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur.” (HR Ahmad. Status Hadis: Sahih)
Seterusnya, daripada Amru bin al-‘As, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Terjemahannya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
Manakala hadis daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan qiam (mendirikan) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Selain itu, hadis daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
4. MELAKUKAN PEMBAZIRAN KETIKA BERBUKA PUASA
Firman Allah SWT: إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوْٓا إِخْوَانَ الشَّيٰطِينِ ۗوَكَانَ الشَّيْطٰنُ لِرَبِّهٖ كَفُورًا Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’: 27)
5. MENUNGGU WAKTU BERBUKA PUASA TANPA BERDOA
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka, doa yang tidak akan ditolak.” (HR Ibnu Majah. Status Hadis: Hasan) Terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.” (HR Ibnu Majah. Status Hadis: Hasan)
6. TIDAK MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA SETELAH MASUK WAKTUNYA
Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Sahl bin Sa’ad r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Dalam sebuah hadis yang lain ada menyebut, Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuk diri mereka kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk Ku dan Aku yang akan membalasnya. Puasa itu perisai. Seandainya seseorang berpuasa pada suatu hari, janganlah dia berkata perkataan yang kotor dan meninggikan suara. Seandainya seseorang mencelanya atau mengajaknya bergaduh, katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa.” (HR Ibnu Hibban. Status Hadis: Hasan)
Maksudnya: “Puasa dan al-Quran kelak pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata, “Duhai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwat di siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.” Dan al-Quran juga berkata, “Aku telah menahannya daripada tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya.” Baginda melanjutkan sabdanya: “Maka mereka berdua (puasa dan al-Quran) pun akhirnya memberi syafaat kepadanya.” (HR Ahmad. Status Hadis: Hasan)
Begitu juga dengan hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah sekelompok orang berkumpul di suatu masjid (rumah Allah) untuk membaca (bertadarus) al-Quran, melainkan mereka akan diliputi ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat, serta Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” (HR al-Tirmizi. Status Hadis: Hasan Sahih)
10. MENINGGALKAN SOLAT SUNAT WITIR
Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah r.a. untuk melazimi solat sunat witir sebelum beliau melelapkan mata. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah r.a.:
Maksudnya: “Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.” (HR al-Bukhari. Status Hadis: Sahih)
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal.” (HR Muslim. Status Hadis: Sahih)
Sonny Bill Williams, bekas bintang ragbi New Zealand dan tinju menzahirkan kegembiraan apabila isterinya, Alana Raffie memperbaiki penampilan sebagai Muslim.
Sebagai suami, lelaki itu rasa bertuah apabila melihat isteri mula berhijab tanpa paksaan tetapi melakukannya semata-mata memenuhi seruan Allah.
Williams, 37, memeluk Islam pada tahun 2009 merupakan pemain ragbi Muslim pertama di dalam pasukan All Blacks.
Beliau berkongsi sekeping foto memaparkan mereka sekeluarga yang memaparkan Alana dengan imej baru dengan memakai baju berlengan panjang dan bertudung.
“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk bertudung. Ini adalah detik paling membanggakan dalam hidup saya.
‘Istimewanya beliau telah melakukannya untuk ALLAH SWT dan bukan orang lain. @lanamarieewilli Semoga yang Maha Tinggi sentiasa mengurniakan anda kesihatan yang baik, hikmah dan kebahagiaan,” titip Williams buat isteri tersayang.
Williams dan Alana mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 selepas empat minggu mengikat tali pertunangan. Kini selepas sembilan tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Iman, 8, Aisha, 5, Zaid, 4 dan Essa, 2.
Pada tahun 2018, foto Williams menunaikan umrah menarik perhatian ramai.
Beliau melebarkan sayap dalam sukan tinju pada tahun 2009 ketika masih bersama All Blacks dan memenangi gelaran Heavyweight International WBA pada 2013.
Berehat enam tahun dari gelanggang selepas memenangi pertarungan profesional ketujuhnya pada 2015, Williams membuat kemunculan semula pada tahun lepas.
‘Allahuakbar, sedihnya.’ Kereta terbabas dalam sungai, budak 12 tahun meninggal depan mata mak, abah.
Allahuakbar beratnya ujian, namun sebagai hamba-Nya, walaupun perit kita perlu reda dengan ujian Allah apatah lagi anak hanyalah pinjaman dari Allah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tidak dapat bayangkan perasaan mak dan abahnya melihat anak pergi di depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa.
Menurutnya, ketika kereta hampir tenggelam, dia dan isterinya, Nurul Aqmar Zainol, 35, yang hamil tujuh bulan berjaya keluar namun, anak sulungnya gagal menyelamatkan diri.
“Terdengar arwah menjerit, abah.. abah dan pada masa sama saya serta isteri cuba menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.
“Saya cuba berenang mencarinya selepas itu tetapi kereta tenggelam ke dasar sungai,” katanya.
“Pada masa sama, saya teringatkan anak yang masih berada dalam kereta itu dan cuba berenang mencarinya tetapi kereta itu tenggelam ke dasar sungai,” katanya.
Suhaimi yang bekerja kampung berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke pekan Jitra dari rumah ibu mentuanya di Tanjung Kapur untuk membeli susu anak bongsu yang berusia dua tahun.
Katanya, secara tiba-tiba dia terasa stereng keretanya seperti ‘ditolak’ ke kiri dan kanan tetapi dia cuba mengawal keadaan, namun hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai.
Dia juga memberitahu mengesan banyak perubahan sikap anak sulung daripada tiga beradik itu namun sukar menjelaskan satu persatu kerana masih trauma.
“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan anak buat selamanya,” katanya yang memberitahu arwah anaknya adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payung, Pokok Sena. Menurutnya, mereka sekeluarga menetap di Bukit Payung, Pokok Sena tetapi bermalam di rumah keluarga di Tanjung Kapur sejak dua hari lalu kerana ibu mentua tidak sihat.
Jenazah Muhammad Khairil Muhaimin akan dibawa ke Tanjung Kapur di Jitra untuk dikebumikan, semalam.