Junjungan besar Rasulullah SAW adalah insan yang paling kita muliakan. Selain mengikut segala sunnahnya, kita juga dilarang sama sekali melukis gambar atau memberikan gambaran rupa fizikal Rasullah dalam apa juga bentuk dokumentasi samada bercetak atau visual digital.
Larangan ini adalah penghormatan kita kepada Rasulullah SAW demi menjaga kesuciannya. Sebenarnya sudah banyak kejadian di pihak kafir cuba melukis gambar Rasulullah seperti bentuk fizikal baginda. Jelas mereka tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Terkini adalah insiden yang melibatkan seorang guru Sejarah di pinggir kota Paris, Perancis yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad kepada muridnya dengan alasan sebagai membuktikan kebebasan bersuara.
Foto guru sejarah yang menunjukkan gambar karikartur Rasulullah SAW di dalam kelas (AP Photo/Michel Euler)
Akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab itu akhirnya nyawanya melayang, kepalanya dipenggal oleh salah seorang anak muridnya.
Tindakan adalah susulan rasa kecewa dan marah apabila Nabi junjungan besar umat Islam diperlakukan begitu.
Bagi menjelaskan mengapa kita dilarang melukis gambar atau melakonkan watak baginda dalam apa juga karya seni, ustaz Rahman Iskandar dari MUIS pernah menjelaskannya suatu ketika dahulu.
Menurutnya, ulama Ahli Sunnah sepakat MELARANG melukis, melakar atau mengukir gambar para Nabi dan Rasul.
Ads
Sebab-sebab larangan tersebut seperti berikut : 1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan. Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka”. [HR Bukhari dan Muslim]
Berdasarkan hadis ini, maka para ulama ahli sunnah sepakat bahawa HARAM melukis gambar Rasulullah SAW termasuk gambar para Nabi yang lain.
Tidak ada seorang pun manusia yang hidup di zaman ini yang pernah melihat wajah Rasulullah SAW dan juga nabi-nabi yang lain. Dari mana lukisan Rasulullah itu didapati, kalau bukan dari khayalan dan imaginasi?
2. Dengan melukis gambar para nabi dan Rasul juga adalah salah satu perkara yang menyakiti mereka. Ini kerana lukisan tersebut tidak dibuat secara tepat dengan yang asal. Menyakiti hati Rasulullah SAW adalah amat ditegah sama sekali. Firman Allah SWT:
Ads
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka” [57: al-Ahzab]
Perbuatan puak-puak Syiah (mereka pernah adakan pameran) ini samalah seperti amalan masyarakat jahiliyah dahulu. Antara amalan jahiliyah ialah melukis dan membuat patung para Nabi dan orang soleh di masa lalu.
Sejarah keberhalaan membuktikan bahawa golongan awal telah menghasilkan gambar atau patung bertujuan untuk kenang-kenangan, tetapi kemudiannya sampai ke tahap mengquduskan dan menjadikannya sebagai perantaraan untuk beribadah.
Ahli tafsir menjelaskan tentang firman Allah SWT melalui lisan Nabi Nuh a.s., maksudnya : “Dan mereka berkata; janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr.” [Nuh: 23]
Ads
Bahawa nama berhala yang disebutkan dalam ayat ini asalnya adalah nama-nama orang-orang soleh, tetapi ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kaum mereka agar membuat patung-patung peringatan di majlis-majlis mereka dan menamakan mereka dengan namanya.
Maka kaum itu pun melakukannya. Asalnya ia tidak disembah, tetapi setelah generasi mereka hancur dan ilmu telah dilupakan, ketika itulah patung-patung tersebut disembah.
Konklusi bahawa membenarkan imaginasi lukisan atau gambaran Rasulullah SAW secara langsung atau tidak langsung boleh menjurus kepada memasukkan unsur-unsur khurafat, tahyul dan khayalan ke dalam akidah Islam.
Apabila ini terjadi, sedikit demi sedikit akan menghakis sifat Islam sebagai agama yang bersih daripada dongengan, lebih-lebih lagi ia akan merosakkan sistem ‘tasabbut’. Sistem ini memastikan setiap apa yang disandarkan kepada agama itu adalah betul-betul benar seperti yang disusun oleh para ulama seumpama dalam metodologi ilmu hadis dan ilmu usul fiqh.
Berasaskan dalil dan hujah yang dibentangkan maka kita dapati bahawa para ulama Islam serta beberapa institusi Islam terkemuka telah mengumumkan fatwa HARAM menghasilkan lukisan atau apa-apa gambaran berbentuk imej Rasulullah SAW.
Pengharaman ini adalah bertitik tolak daripada pendirian para ulama Islam yang mahu menjaga kepentingan Islam serta penganut agama Islam itu sendiri dan ia telah dijelaskan berpandukan hujah-hujah naqli (al-Qur’an dan al-Sunnah) dan aqli atau rasional pemikiran manusia.
Namun sekiranya masih kedapatan mereka yang masih mempertikaikan keputusan tersebut, itu bukanlah timbul kerana kepincangan hujah-hujah tetapi sekadar sifat manusia yang tidak pernah puas serta tidak tahu menghormati pandangan ulama yang telah sepakat.
Wallahua’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Begitulah yang dirasai oleh penyanyi erra 80-an, Azian Mazwan Sapuwan di mana semalam genap 342 hari anak keempatnya, Muhammad Aqil Zulkarnain dijemput Ilahi.
Dan sebagai ibu, sepanjang tempóh itulah dia sekalipun tidak pernah melupakan anak kesayangannya ini, sebaliknya jadi rutin menziarahi pusara.
Tanah perkuburan Presit 20, Putrajaya akan menjadi tempat wajib ziarah ibu kepada tujuh anak ini. Di situlah ‘rumah abadi’ anaknya yang meningga dunia selepas koma tiga minggu’ sebelum kehilangan akibat kemalangan.
Meluahkan apa yang dirasai di laman Instagramnya, Azian berkongsi perasaan pada arwah anaknya.
Menurut Azian hadir ke Raudhah ini adalah satu caranya untuk melepaskan rindu. Kalau sebelum ini perasaan takut untuk singgah, tetapi selepas anakanda berumah di situ, jadi tempat wajib untuk diziarah.
“Assalamualaikum.. Cerita ptg td. Skrg tiap² ptg hujan. Alhamdulillah sejuk bumi. Tadi tak sempat turun..”hadiahkan” dr dlm kereta je.
“Hadir ke Raudhah ini cara melampiaskan kerinduan itu. Sblm ni sekadar lalu je kwsn ni..kdg² perasaan takut menyinggah. Tp selepas anakanda sy “berumah” di sini, Raudhah ini spt “tempat wajib” sy ziarah.. Ada yg kosong di hati ini jika tak dapat dtg ke sini. Perasaan yg sukar unt diungkapkan. Hanya yg mengalaminya saja akan merasainya..
“Allahummaghfirlahu Warhamhu Waa’fihi Wa’fu anhu Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain..
Beritahu Azian juga dia buat pertama kali bermimpikan anaknya pada malam Jumaat selepas 305 hari arwah dijemput.
Hatinya puas walaupun tidak dapat cium tetapi bau saja sudah memadai. Memandang wajah anaknya dari tepi terapi jelas dan dekat. Arwah dilihat hanya diam, lawa, putih dan tersenyum padanya.
“Malam jumaat..buat pertama kalinya saya mimpikan Arwah anakselepas ‘dia’ dijemput yg maha Esa. Selepas 305 hari baru mama mimpi Aqil.. Mama rindu bau semalam Qil, x dpt cium tp bau je, wajah dr tepi je tp jelas & dekat.. mcm ni lah wajah yg sy rindu tu..dia diamm je, lawa, putih, senyum.. Tasya pun ada,mcm biasa kkeppit dgn mama. Dr pagi airmata ni keluar tiba² je x kira waktu, airmata gembira,rindu.. Terima Kasih Allah
“Allahumaghfirlahu Warhamhu Wa a’fihi Wa’fu an’hu Allahyarham Mohd Aqil Zulkarnain
Dan pada 9 Oktober 2020 lalu adalah ulang tahun kelahiran arwah anaknya itu. Tetapi tahun ini ucapannnya sebagai ibu tidak berbalas, tetapi dia yakin Allah mendengar doa-doa buat anak kesayangannya itu.
“09.10.2020 Selamat Ulangtahun Kelahiran anakku Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain.
“Menjadi kelaziman seorang ibu akan mudah mengingati tarikh² penting apalagi zuriat sendiri & saya selalunya mahu menjadi org yg pertama ucapkan HB buat mereka. Berbeza kali ini ucapan sy tidak berbalas tapi saya yakin Allah mendengar DOA² sy buat anak sy..
“Ya Allah, jadikanlah anak kami yg telah KAU panggil menjadi penunggu kami dalam Syurga mu..aamiin yra..
“Sudi kiranya sahabat² saudara semua menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat anak sy. Allahummagh firlahu warhamhu..wa a’fihi wa’fu anhu buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain..aamiin yra.
Anak keempat Azian, Mohammad Aqil ketika hayatnya terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 November tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan. Arwah meninggal dunia selepas koma tiga minggua kemudiannya.
Rumah besar, bilik banyak, perabot dan aksesori pun ikut trend semasa. Tapi sayang tak ada ruang khas untuk solat.
Ramai daripada kita tak ambil pusing pun hal ini; janji ruang bersih. Ubah tanggapan ini, nak menghadap Allah kalua boleh biarlah dalam keadaan terbaik.
Cuba bersihkan dan wujudkan sebuah ‘masjid’ indah di dalam rumah. Anak-anak pun bertambah bersemangat dan kehidupan semakin dirahmati Allah SWT.
Ikuti penjelasan Imam Muda Asyraf bagaimana kita boleh wujudkan sebuah ‘masjid’ di dalam rumah.
Musolla atau mihrab dalam rumah, lebih kurang sama saja keduanya.
Ada yang mengatakan mihrab itu adalah tempat solat imam, tempat arah tuju kiblat, ruang kerabat di Raja dan lain-lain.
Namun antara pandangan yang baik ialah memaksudkan mihrab itu sebagai sebuah tempat khusus terceruk di dalam rumah.
Yang mana, ruang tersebut dijadikan ruang khusus untuk beribadah tanpa dicampuri dengan urusan dunia.
Namun, jika kita melihat kalimah mihrab dalam al-Quran menggambarkan beberapa peristiwa antaranya kisah mihrab Nabi Zakaria AS, isteri, serta Maryam AS.
Digambarkan mihrab itu tempat proses pentarbiyahan Maryam AS serta lokasi berita perkhabaran makbulnya doa Nabi Zakaria dan isteri untuk dikurniakan anak ketika mereka beribadat dalam mihrab.
Pelbagai pandangan ulama dalam menafsirkan maksud mihrab Nabi Zakaria yang terdapat di Baitulmaqdis.
Tanpa menyamakannya secara jazam dengan mihrab yang kita bincang ketika ini. Namun roh menetapkan lokasi ibadat khusus dalam rumah itu dilihat baik.
Terdapat juga kisah sahabat Nabi ‘Itban Bin Malik pernah meminta Nabi SAW solat di satu ruang di rumahnya. Lalu ‘Itban mengisytiharkan ruang tersebut sebagai ruang khas beliau untuk solat.
Dalam bulan Ramadhan, ada ibadah khusus bahkan amat dititikberatkan oleh Nabi SAW iaitu iktikaf. Menurut Jumhur Ulama termasuk Mazhab Syafie, tidak sah untuk iktikaf melainkan di dalam masjid.
Melainkan terdapat qaul Mazhab Hanafi dan Qaul Qadim Mazhab Syafie yang mengharuskan wanita yang sukar ke masjid untuk beriktikaf di musolla dalam rumah.
Dalam musim PKP lalu, kita semua terhalang ke masjid. Lelaki mahupun wanita. Ketika ini talfiq dalam penambahan ibadat kepada Mazhab Hanafi dilihat baik dan bukanlah talfiq yang tercela.
Atau pun bagi sesiapa yang memilih pandangan jumhur, maka dia juga boleh terus beribadat di mihrab atau musolla dalam rumah tanpa niat iktikaf. Terpulang.
Segala pandangan daripada para ulama dan asatizah di luar sana amat dialukan.
Apa yang penting kita mahukan suasana ibadah dapat dilakukan dengan baik sepertimana Nabi SAW yang terdapat ruang untuk beliau solat malam serta solat sunat rawatib. Wallahua’lam.
Dulu saya tipu tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa. Bagaimana saya nak tebus dosa?
Jawapan
“Pulangkan balik duit kepada jabatan,” kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya.
Tambahnya taubat tak diterima selagi harta yang diambil tidak dipulangkan pada pemiliknya.
“Kalau kita kerja dengan orang, kita tipu overtime. Sepatutnya, kita balik punch card pukul 5.00 petang tetapi kita balik dan kita tidak punch card. Kita minta kawan untuk ‘punch card’ pada pukul 10 malam.
“Jadi 5 jam kita dapat. Kalau RM 5 sejam, lima jam sama dengan RM 25…haram dosa besar,” jelas UAI lagi.
Beliau kemudian turut memberikan contoh berkenaan penipuan tuntutan perjalanan.
“Tuntutan perjalanan. Perjalanan kita 100 kilometer, tetapi kita tuntut 120 km. Tidur di hotel RM 115, tetapi buat tuntutan RM 250. Semua itu haram belaka. Sembahyang tak diterima kerana menipu harta orang.
“Jangan buat main,” tegasnya.
Pendakwah bebas tersebut berkata bahawa apabila manusia melakukan dosa terhadap Allah, manusia itu perlu bertaubat dengan yang Maha Esa.
“Dia bertaubat kepada Allah dan Allah terima selalu kerana dosa itu tidak berkait dengan harta orang”, katanya lagi.
Namun begitu, UAI menegaskan apabila melakukan dosa dengan menipu harta orang lain, taubatnya tidak diterima sehingga harta yang ditipu dipulangkan semula.
“Tipu duit orang, taubat tak diterima melainkan kena pulangkan dahulu duit tersebut,” tegasnya.
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...