Tawaf sambil sentuh kaabah atau kiswah, jangan sampai terbatal tawaf? Tidak dinafikan tatkala dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci, perasaan teruja dan kagum bercampur-baur bila melihat Kaabah di depan mata.
Namun begitu, bab hukum jangan diambil ringan kerana dilihat ramai jemaah teruja menyentuh kaabah setiap kali melakukan tawaf jika berpeluang.
Ikuti perkongsian Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil berkaitan persoalan ini.
Apa hukum pegang kaabah atau kiswah ketika tawaf? Saya dengar hukumnya batal tawaf. Mohon penjelasan alfadhil ustaz.
Jawapan:
Menurut mazhab Syafi’i antara syarat sah tawaf samaada haji mahupun umrah ialah seluruh badan orang yang bertawaf berada di luar binaan asal Kaabah. Perkara ini dijelaskan di dalam kitab Busyra al-Karim:
التاسع: كونه خارج البيت والشاذروان والجحر بجميع بدنه
Maksudnya: Syarat kesembilan (sah tawaf): hendaklah seluruh tubuh badan orang yang bertawaf di luar binaan Kaabah, Syazarwan dan Hijr (Ismail).
Ads
Sebagai maklumat tambahan, bentuk binaan Kaabah yang wujud sekarang ini bukan saiz Kaabah yang sebenar sepertimana yang dibina pada zaman Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, iaitu saiz yang ada sekarang lebih kecil daripada saiz Kaabah pada zaman dahulu.
Atau Kiswah
Kisah pembinaan dan penstrukturan semula Kaabah telah melalui sejarah yang panjang.
Syazarwan lebih dikenali sebagai bingkai Kaabah yang menggambarkan Saiz panjang dan lebar Kaabah yang sebenar.
Manakala Hijir Ismail juga termasuk dalam binaan Kaabah yang asal. Oleh itu, sesiapa yang bersolat di dalam Hijir Ismail bermakna dia mendirikan solat di dalam Kaabah.
Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang bertawaf sambil menyentuh Kaabah, Rukun Yamani atau masuk ke dalam Hijr Ismail bermakna sebahagian tubuhnya telah masuk ke dalam bangunan Kaabah.
Jangan Sampai
Perkara ini dijelaskan dalam kitab Busyra al-Karim:
من قبل الحجر الأسود أو استلم اليماني فإنه يدخل في جزء من البيت
Ads
Maksudnya: “Sesiapa yang mencium Hajar Aswad atau menyentuh Rukun Yamani, sesungguhnya tubuhnya telah masuk dalam bahagian Kaabah”.
Untuk menjawab persoalan di atas, sesiapa yang sedang bertawaf sambil menyentuh Kaabah atau Rukun Yamani bermakna sebahagian tubuhnya telah masuk dalam Kaabah, maka perbuataan ini boleh menjejaskan keabsahan tawaf yang merupakan salah satu daripada rukun-rukun haji dan umrah.
Walaubagaimana pun perbuatan ini tidaklah membatalkan keseluruhan tawaf atau sesuatu pusingan itu, iaitu tidak perlu mengulangi tawaf semula dari awal.
Apa yang perlu dilakukan menurut ulama Syafi’iyyah ialah kembali semula pada tempat dia mula menyentuh Kaabah, Hajar Aswad atau Hijir Ismail, kemudian berdiri tetap pada tempat itu, berdiri tegak, menjadi bahagian kiri tubuhnya ke arah Kaabah dan menyambung kembali tawaf. Ini telah dinyatakan juga dalam rujukan yang sama:
Ads
فليقر قدميه حتى يفرغ منهما ويعتدل قائما ثم يجعل البيت عن يساره ويسير
Maksudnya: “…maka hendaklah dia menetapkan kedua-dua kakinya sehingga selesai kedua-duanya(cium Hajar Aswad dan sentuh Rukun Yamani), dan berdiri tegak, kemudian mengarahkan bahagian kiri tubuhnya ke arah Kaabah, lalu berjalan (sambung tawaf)”.
Berdasarkan kenyataan di atas, menyentuh Kaabah ketika tawaf tidak membatalkan tawaf secara mutlak, iaitu orang yang bertawaf tidak perlu mengulangi pusingan itu atau mengulangi pusingan-pusingan sebelum ini.
Dia hanya perlu kembali berdiri tetap pada posisi dia menyentuh Kaabah atau berundur sedikit dan bahagian kiri tubuhnya ke arah Kaabah, kemudian menyambung semula pusingan tawaf itu.
Jika dia menerus tawaf setelah menyentuh Kaabah atau seumpamanya tanpa kembali di posisi asal ketika sentuhan berlaku, maka pusingan tawaf itu sahaja yang tidak sah dan perlu diulangi.
Wallahu A’lam
Kashoorga: Teruja biarlah berpada-pada, jangan sampai ibadah terbatal.
Siapa tidak gembira apabila dapat mendirikan masjid dengan insan tersayang yang menjadi pilihan hati selama ini.
Pastinya tanggungjawab akan berubah dari kehidupan seorang yang single kepada cara hidup berdua dan kemudiannya berkeluarga. Sebaik sah ijab kabul, seorang isteri itu perlu patuh pada arahan insan bergelar suami.
Malah dikatakan juga syurga itu di bawa telapak kaki suami. Lantas menjadi tanggungjawab seorang isteri itu untuk berusaha menjadi seorang kekasih hati yang baik dan solehah.
Gambar sekadar hiasan.
Namun ketika ini, ungkapan itu mula dimainkan oleh orang sekeliling. Walaupun ia sekadar ungkapan untuk mengingatkan diri bahawa kita tidak lagi hidup sebagai orang bujang tetapi tanggungjawab yang sudah semakin besar sebaik bergelar isteri.
Ketahuilah sebenarnya ungkapan ‘syurga di bawah tapak kaki suami’ itu mempunyai maksud yang tersendiri.
Ia seperti mana yang dijelaskan oleh pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.
Para suami tidak boleh menggunakan kenyataan di atas untuk memperlakukan sesuka hati terhadap isteri. Kenyataan di atas bukan hadis sebagaimana dinyatakan oleh seorang alim besar Syria Syeikh Doktor Ahmad Al Hajji Al Kurdiy.
Benar, salah satu kunci syurga isteri ialah taat pada suami. Hadis sohih riwayat Ibnu Hibban.
Maksud :”Jika seorang wanita solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), jaga maruah dan taat suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga melalui mana-mana pintu yang dia mahu”.
Satu lagi hadis sohih menunjukkan besarnya hak suami ke atas isteri.
Maksudnya :“Jika aku boleh perintahkan seseorang untuk sujud kepada seseorang, maka aku perintahkan isteri untuk sujud pada suaminya”.
Hadis ini disohihkan oleh Imam Tirmizi dan Al Hakim dan dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi.
Tapi taat isteri pada suami, bersyarat. Isteri bukan hamba suami. Mereka ialah rakan kongsi pejalanan hidup. Suami bukan raja yang pegang kuasa veto. Bahkan suami bertanggungjawab melorongkan syurga isteri.
Gambar sekadar hiasan.
Ketaatan seorang isteri, mesti dibayar dengan tanggungjawab yang sangat besar daripada seorang suami.
Suami memang tak wajib taat kepada isteri. Tapi suami wajib taat kepada Allah dalam urusan isteri. Bukan perkara memain beb.
Dalam hal ini baik suami atau isteri perlu tahu tanggungjawan sebenar yang dipikul di bahu masing-masing. Perlulah hidup dalam suasana yang harmoni, berkasih sayang dan saling bantu membantu sama lain agar rumahtangga dibina kekal hingga ke jannah.
Waktu itu Ustaz Salahuddin hendak berkawin. Tanya ustaz Salahuddin kepada saya, apa tujuan kita kahwin? Jawapan saya dan tentunya jawapan lazim yang kita akan jawab ialah sudah tentulah hendak ikut sunnah, hendak ada keluarga besar dan hendak bahagia.
Kemudian ustaz tanya lagi, apa pula tujuan kita solat dhuha? Jawab kita tentulah sebab nak tambah rezeki. Tapi bila kita buat sunat dhuha, sudahnya rezekinya tak juga bertambah, rasanya kita nak buat atau tidak solat sunat dhuha selepas itu? Maka sebab itulah kita kena betulkan balik mind set kita.
Solat dhuha adalah merupakan jalan untuk kita dekat dengan Allah. Jadinya Allah tambah rezeki ke, tak tambah rezeki ke yang penting buat solat dhuha maka kita akan dekat dengan Allah. Jadi nak tahu dia tu jodoh kita, tujuan kita nak kawin dengan siapa, apabila kita nak kawin itu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.
Maka teori ini sangat senang untuk kita praktikkan. Dalam hiburan contohnya, apa-apa kita nak buat, lagi dekat dengan Allah ke makin jauh. Itulah kayu ukur yang paling senang termasuklah kita main Instagram, Facebook atau apa-apa sahaja yang kita nak buat, contoh pakaian kita, apa kita nak pakai, ia lagi dekat dengan Allah ke, Allah marah ke Allah suka ke. Jadi ia lebih mudah untuk kita tengok kayu ukur.
Jadi bila ada media sosial kita akan lebih ‘melekat’. Jadinya saya selalu terfikir apakah post terakhir kalau tiba-tiba aku meninggal dunia, apakah post yang terakhir di Instagram. Jadi dari situ akan menyebabkan kita cuba sedaya upaya untuk post perkara yang mendatangkan manfaat.
Perubahan zaman yang semakin pantas dalam dalam apa juga dunia kerjaya menyebabkan diri kita sentiasa terdedah kepada sress. Tidak dinafikan dewasa ini ramai di kalangan kita yang masih muda tetapi sudah mengalami stres.
Stres ini boleh meyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan hingga boleh menyebabkan munculnya beberapa penyakit.
Seperti perkongsian Dr Hamid Arshat yang memberitahu di laman sosial mengenai perkara ini setelah pemehatiannya selama bertugas sebagai doktor dan merawat pelbagai jenis penyakit.
Beliau juga turut memberitahu beberapa cara terbaik utuk tanganai stress ini. Ada 11 cara yang boleh kita amalkan agar diri ini sentiasa dijauhi dengan rasa stress dan terus kekal sihat.
Menurutnya walau dalam apa jua cara sekalipun kita mesti berbalik kepada pencipta kita, Allah. Sentiasa mengingati-Nya dan insya-Allah gejala stress ini akan dapat dikawal.
AWET SIHAT. KAWAL STRESS Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit2 yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ). Saya ingin berkongsi cara2 saya tangani stress
1. TAWAKKAL.
Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kpd Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA.
Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR.
Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Munkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH.
Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu2 lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain2, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAF.
Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit2.
6. TIDAK DENDAM.
Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
7. Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran2 darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ2 lain akibat stress. Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur2, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
9. Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
10. DEEP BREATHING.
Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan2. Ulang2 untuk 5 minit. Saya lakukan bila2 masa dan dimana2 tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
11. SIMPLE LIFE TANPA BERLOMBA2.
Amalkan caragaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain2. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan2 tersebut. insha’Allah,kita bolih kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan bolih terus berkhidmat kpd ugama dan bangsa. Aamin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...