Sejak semalam tular mengenai satu status mengenai pertanyaan seorang isteri tentang status perkahwinannya kerana suami melarang dan akan menceraikan dirinya seandainya menerima suntikan vaksin. Apa yang menjadi pertanyaannya ialah dirinya sudah pun menerima suntikan berkenaan sebelum suaminya mengeluarkan kaat-kata itu kerana mereka merupakan pasangan jarak jauh.
Di page Mufti Wilayah Persekutuan, timbul pertanyaan dari seorang isteri yang mahu mengambil suntikan vaksin namun suaminya tak izinkan. Ikuti penjelasan berkaitan isu ini.
Assalamualaikum Datuk. Saya nak vaksin tapi suami saya tak izinkan langsung, sebab saya isteri dia kena dengar kata dia dalam undang-undang perkahwinan. Macam mana saya nak defend diri saya? Saya sedih.
RINGKASAN JAWAPAN
Dalam Islam adalah menjadi kewajipan seorang isteri untuk mentaati suami. Manakala vaksinisasi pula adalah satu bentuk penjagaan dari mendapat sesuatu penyakit yang mana dalam situasi sekarang ia untuk menjaga dari dijangkiti COVID-19 yang boleh mengancam nyawa. Dalam keputusan muzakarah MKI menyatakan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
Manakala pihak pemerintah pula telah menjalankan program vaksinisasi besar-besaran di seluruh negara maka sepatutnya ia diambil cakna oleh setiap rakyat untuk menyambut baik usaha-usaha ini. Untuk menjaga kerukunan rumah tangga isteri sebaiknya berbincang dengan suami dalam perkara ini, begitu juga pihak suami tidak seharusnya menghalang pihak isteri untuk mengambil vaksin lebih-lebih lagi itu adalah hak isteri untuk mendapat kaedah penjagaan yang sebaiknya daripada jangkitan COVID-19 berdasarkan pandangan pakar.
HURAIAN JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Sistem kekeluargaan Islam sangat memberi penekanan dalam aspek tanggungjawab atau hak-hak antara suami dan isteri. Suami isteri mesti bertanggungjawab dalam memastikan segala hak tersebut dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana, sebarang bentuk pengabaian terhadap hak dan tanggungjawab boleh menyebabkan keruntuhan dan kecelaruan berlaku dalam rumah tangga. Islam memberi penekanan yang jelas dalam perkara ini. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya).” Surah al-Baqarah (228)
Imam al-Thobari dalam menjelaskan ayat di atas, beliau menukilkan kata-kata al-Dhahhak bahawa jika para isteri taat kepada Allah dan para suami mereka, maka suami perlu berkelakuan baik serta bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dengan sebaik mungkin.(Rujuk:Jaami’ al-Bayan li al-Thobari, 4/531)
Ads
Selain itu, kesihatan dan keselamatan isteri merupakan hak yang wajib dipelihara oleh suami. Hal ini kerana aspek ini merupakan suatu tuntutan syarak dan maqasid syariah, bahkan ia berada dalam kategori al-Dharuriyyat al-Khamsah yang wajib setiap individu memeliharanya. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali R.H di dalam kitabnya:
Maksudnya: “Dan tujuan Syari’at itu ada lima, iaitu: untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mereka.” (Rujuk:al-Mustasfa min ‘Ilm al-Usul, 174)
Memelihara nyawa merupakan prinsip yang kedua terpenting mengikut urutan keutamaan untuk dijaga selepas memelihara agama. Justeru, Ikhtiar perubatan adalah bertujuan untuk memelihara nyawa termasuklah mengambil vaksin. Tambahan pula, dalam keadaan wabak yang semakin kritikal adalah satu keperluan untuk seseorang itu mendapat vaksin bagi mencegah jangkitan COVID-19.
Perkara yang perlu difahami ialah ketetapan oleh pihak kerajaan berdasarkan pandangan pakar-pakar yang dipercayai telah memutuskan untuk mengambil kaedah vaksinisasi sebagai langkah pencegahan dalam menangani wabak COVID-19.
Bagi kita sebagai seorang Muslim, Islam telah mengajar supaya merujuk kepada pakar dalam bidangnya. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya:Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. Surah al-Nahl (43)
Ads
Sebagaimana umat Islam dituntut agar memelihara lima perkara teras dalam kehidupan seperti agama, nyawa, akal, harta dan maruah. Oleh yang demikian, sebagai Muslim perlu menjaga kesihatan tubuh badan agar memelihara kelangsungan hidup berpanjangan. Lebih-lebih lagi apabila keadaan dunia dilanda dengan wabak yang berbahaya sehingga membawa kepada kematian. Oleh itu, kita perlu mencegah diri kita daripada terkena dengan wabak tersebut dengan cara yang ditetapkan oleh pemerintah seperti pematuhan SOP dan pengambilan vaksin yang dapat mengurangkan kebarangkalian dijangkiti wabak COVID-19 yang sedang melanda. Hal ini kerana kaedah fiqh yang masyhur ada menyatakan bahawa:
الضرر يُزَال
Maksudnya:Kemudaratan itu disingkirkan. (Rujuk: Al-Asybah wa al-Nazhoir, al-Subki, 1/41)
Berdasarkan kaedah fiqh ini, Syeikh Mustafa Al-Zarqa ada menyatakan bahawa sesuatu kemudaratan itu WAJIB dihilangkan atau disingkirkan. Kaedah ini berkaitan dengan kemudaratan dari sudut larangan melakukannya dan kewajipan mencegah dan menyingkirkannya setelah ianya berlaku. (Rujuk: Syarah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah, 179)
Oleh itu, sekiranya terdapat sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap diri dan nyawa individu seperti wabak virus maka perlulah disingkirkan dan dihilangkan. Antaranya adalah dengan mengambil langkah berhati-hati terhadap sesuatu bahaya yang bakal menimpa seperti pengambilan vaksin yang turut termasuk dalam cara menyingkirkan kemudaratan daripada menimpa seseorang individu.
Oleh yang demikian, pengambilan vaksin ini selari dengan kaedah fekah ini. Sebaliknya, perbuatan meninggalkan pengambilan vaksin yang boleh memberikan kemudaratan jangkitan terhadap seseorang individu adalah tindakan yang bertentangan dengan kaedah fekah tersebut.
Ads
Justeru itu, sekiranya terdapat dakwaan bahawa vaksin ini akan memberikan kesan sampingan kepada individu yang menggunakannya, maka mudarat ini tidak sebesar jika dibandingkan dengan mudarat tidak mengambil vaksin secara total. Hal ini selari dengan kaedah yang menyatakan apabila bertembung dua mafsadah atau keburukan maka kita lakukan mafsadah yang lebih ringan kesannya. Hal ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibnu Nujaim:
Maksudnya:Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.
(Rujuk: Al-Asybah wa al-Nazhair, Ibn Nujaim, 76)
Syeikh Mustafa Al-Zarqa’ memperincikan kaedah tersebut bahawa maksud meraikan kemudaratan yang paling berat diantara kedua-dua mudarat itu adalah dengan cara membuangnya (meninggalkannya). Hal ini kerana segala kemudaratan dipertimbangkan untuk kita mengelak dari melakukannya sepertimana segala kebaikan dipertimbangkan untuk kita melaksanakannya.
(Rujuk: Syarah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 201)
Dalam isu vaksin ini sekiranya benar terdapat kesan-kesan sampingan seperti demam-demam kecil dan seumpamanya, maka pengambilannya tetap diteruskan kerana ia bertujuan untuk mengelakkan kesan mudarat yang lebih besar yang bakal berlaku sekiranya ia tidak diambil seperti jangkitan wabak COVID-19 berskala yang lebih besar lagi.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian di atas adalah jelas tentang keperluan untuk menyambut usaha kerajaan ini dengan sebaiknya. Manakala dari sudut hubungan antara suami dan isteri pula adalah menjadi kewajipan seorang isteri untuk mentaati suami. Manakala vaksinisasi pula adalah satu bentuk penjagaan dari mendapat sesuatu penyakit yang mana dalam situasi sekarang ia untuk menjaga dari dijangkiti COVID-19 yang boleh mengancam nyawa. Dalam keputusan muzakarah MKI menyatakan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan.
Manakala pihak pemerintah pula telah menjalankan program vaksinisasi besar-besaran di seluruh negara maka sepatutnya ia diambil cakna oleh setiap rakyat untuk menyambut baik usaha-usaha ini. Untuk menjaga kerukunan rumah tangga isteri sebaiknya berbincang dengan suami dalam perkara ini, begitu juga pihak suami tidak seharusnya menghalang phak isteri untuk mengambil vaksin lebih-lebih lagi itu adalah hak isteri untuk mendapat kaedah penjagaan yang sebaiknya daripada jangkitan COVID-19 berdasarkan pandangan pakar. Sumber : Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan:
Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama. Surah al-Sajadah
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
Pekerjaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
DEMI KELANGSUNGAN HIDUP SUAMI ISTERI
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan.
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.” Riwayat al-Hakim
KESIMPULAN
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” Surah al-Furqan (74)
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” [Riwayat al-Bukhari (5009)]
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Al-Quran merupakan sebuah kitab mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS. Di samping itu, di dalam al-Quran juga terkandung seribu satu rahsia bagi sesiapa yang mentadabburnya dan sentiasa melaziminya dengan membacanya. Selain itu, terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang sentiasa membaca dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran berdasarkan kepada nas yang sahih sama ada daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW.
Berdasarkan soalan di atas, antara makna telah cukup baginya di dalam hadith di atas sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini terbahagi kepada beberapa makna:
Telah cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah)
Telah cukup baginya untuk membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.
Telah cukup baginya (terselamat) daripada segala keburukan.
Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan
Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.
Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.
Melihat kepada makna-makna di atas, Imam Ibn Hajar mengatakan boleh jadi yang dimaksudkan oleh hadith adalah semua yang telah disebutkan. [Lihat: Fath al-Bari, 9/56] Tambahan pula, Imam al-Nawawi berkata makna cukup baginya di dalam hadith di atas adalah cukup baginya mendirikan malam pada malam tersebut, cukup baginya (terpelihara) daripada keburukan syaitan serta daripada kebinasaan-kebinasaan dan boleh jadi ia membawa makna kesemuanya sekali. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 6/91-92]
Maksudnya: “Rasulullah telah beriman terhadap apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada kalangan rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan yang akan diperolehi bagi orang yang membaca di waktu malam dua ayat yang terakhir dari surah al-Baqarah ini serta memahaminya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan ini adalah bersumberkan daripada hadith yang sahih iaitu daripada kitab Sahih al-Bukhari yang merupakan kitab paling sahih selepas al-Quran. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan ahli al-Quran dan orang-orang yang sentiasa mencintai serta mengamalkan apa yang terdapat di dalam al-Quran. Amin.
Selain kanser, masalah cyst juga sering menjadi igauan menakutkan buat kaum wanita. Malah ada yang pernah mengalaminya dan sudah sembuh, tetapi kemudian menyerang kembali.
Namun begitu, jangan risau, jika kita mengambil berat mengenai gaya hidup dan pemakanan, pastinya masalah ini tidak akan berulang.
Perkara ini turut dikongsi oleh Dr Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya tentang penjagaan makanan selepas menjalani pembedahan.
Dr Hamid Arshat.
Menurutnya, ia penting untuk meningkatkan imuniti tubuh di samping mengelakkan penyakit tersebut menyerang kembali. Ayuh kita baca perkongsiannya dan semoga ia bermanfaat buat kita semua.
DERMOID CYST PADA OVARY KIRI Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut bolih tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa2 bolih berlaku atas KehendakNya.
Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal.
Lepas bedah perlu amalkan caragaya hidup sihat.
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll. Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll. Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara. Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai . Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda. Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Atta Halilintar personaliti media sosial yang terkenal di Indonesia malah di Malaysia, meluahkan rasa syukur apabila membina masjid kelima tercapai.Masjid Suffah yang terletak di...