‘Jadi ketua keluarga, jangan hanya tahu mengarah.’ Rasulullah pemimpin hebat pun sering bantu isteri. Oleh itu, sebagai suami yang baik seharusnya membantu isteri jika ada waktu terluang.

Sedarlah bahawa menguruskan rumah tangga bukanlah tanggunjawab isteri seorang. Besar tugas isteri jika segala hal rumah tangga dia uruskan seorang. Bertolak-ansurlah dengan isteri dan bantu apa yang patut.

Ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan,

Artikel Berkaitan

Kewajipan Jaga Ibu Bapa, Walaupun Sudah Berkahwin & Ada Keluarga Sendiri

Jadi Ketua Keluarga

Zaman sekarang, suami dan isteri kebanyakannya masing-masing bekerja. Jika dulu-dulu, mungkin ya. Kaum isteri menjadi suri rumah sepenuh masa. Yang keluar mencari nafkah adalah suami.

Kini tak lagi begitu. Balik saja kerja, isteri bertungkus-lumus pula selesaikan kerja-kerja rumah. Mana nak masaknya, kemas rumah, basuh baju, jemur kain, lipat kain, masak untuk suami dan anak-anak.

IKLAN

Jangan Hanya Tahu Mengarah

Ada pula suami, balik kerja, makan, tidur. Lepas itu langsung tak peduli apa jadi pada anak-anak dan isteri. Dibiarnya anak tak mengaji, tak peduli pelajaran anak-anak.

Nak melepak dengan kawan, nak bersosial dengan masyarakat boleh. Tapi utamakan keluarga sendiri dulu. Jangan hanya dihormati di luar, sedangkan dalam rumah tangga sendiri porak peranda.

Rasulullah Pemimpin Hebat

Itu belum lagi hal tak pedulikan solat dan aurat anak isteri. Dibiarkan mereka dengan dunia hiburan hingga lupa tanggungjawab sebagai kepala keluarga. Aduhai. Nauzubillahi minzalik.

Lalu, perbetulkan kembali diri dan keluarga. Jika ada anak lelaki, ajari mereka bahawa menjadi keluarga bukan hanya tahu mengarah itu ini. Turun sama bantu. Biar mereka tahu bahawa Rasulullah SAW pemimpin hebat itu juga sering membantu isteri-isterinya.

IKLAN

Baca Di Sini

Zaman Sekarang Isteri Bekerja Untuk Bantu Suami,Tapi Bolehkah Suami MAKAN Duit Isteri

Kalau Isteri Tak Berkira Guna Kudrat Bekerja, Bina Keluarga. ‘Suami Takkan Nak Berkira Buat Kerja Rumah.’

Pun Sering Bantu Isteri

Ingat ya, tak jatuh maruah suami bantu ringankan kerja rumah si isteri. Kan indah sama-sama tolong. Tak mampu banyak, sikit pun dah mampu buatkan isteri tersenyum.

IKLAN

Pesan ini, buat diri sendiri juga agar tersedar bahawa tugas seorang lelaki ini berat.

Kashoorga : Semoga kita semua menjad pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Sumber : Ustaz Farid Rashidi

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI