Apabila menerima jemputan majlis perkahwinan kadang-kadang kita akan bawa rakan sebagai peneman. Namun sebenarnya apakah hukumnya membawa rakan yang tidak dijemput ke majlis kenduri.

Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus…

1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan(kwn kita tak dijemput), kawan kita tu *TIDAK BOLEH* makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput. jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, *WAJIB BERTAUBAT* dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan.

2) *WAJIB* ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan… bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama… SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan yang ditanya oleh hadirin: Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?

JAWAPAN OLEH USTAZ AZHAR IDRUS:
Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, *haram* dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.

Jika kita makan tanpa diundang maka kita *wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya*. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota Jemari: Marilah kita sebarkan dan kongsi maklumat ini bersama-sama. Wallahualam.

IKLAN

SOALAN LAIN:
1) Betulkah haram jika kawan yang di ajak pergi bersama makan makanan di kenduri tersebut?
2) Jika bawa anak-anak, adakah haram juga makanan2 kenduri itu untuk dimakan?

JAWAPAN:

Apa yang disebutkan oleh Ustaz Azhar Idrus itu benar.

Ini berdasarkan hadis berikut:

IKLAN

عن أَبي مسعود البَدْريِّ – رضي الله عنه – ، قَالَ : دعا رَجُلٌ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – لِطَعَامٍ صَنعَهُ لَهُ خَامِسَ خَمْسَةٍ ، فَتَبِعَهُمْ رَجُلٌ ، فَلَمَّا بَلَغَ البَابَ ، قَالَ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – : (( إنَّ هَذَا تَبِعَنَا ، فَإنْ شِئْتَ أنْ تَأْذَنَ لَهُ ، وَإنْ شِئْتَ رَجَعَ )) قَالَ : بل آذَنُ لَهُ يَا رَسُولَ الله . متفقٌ عَلَيْهِ .

Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a, seorang lelaki menjemput Nabi s.a.w untuk makanan yang telah dia sediakan untuk lima orang. Seorang lelaki turut mengikut mereka. Apabila sampai di pintu rumah, Nabi s.a.w berkata: Sesungguhnya lelaki ini mengikut kami, seandainya engkau mahu, engkau boleh izinkan dia. Jika engkau mahu, dia boleh pulang. Tuan rumah pun berkata: Aku izinkannya ya Rasulullah. [Muttafaq ‘Alaih].

Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kita perlu meminta izin kepada tuan rumah. Sewajarnya permohonan keizinan itu dipohon sebelum membawa teman yang tidak dijemput. Jika sudah dibawa bersama, pasti tuan rumah berat hati untuk berkata tidak sedangkan teman tidak dijemput sudah ada di situ.

Kita kena menghormati tuan rumah, boleh jadi dia menyediakan makanan sekadar cukup untuk jemputan.

IKLAN

Begitu juga, kita tidak tahu adakah tuan rumah suka atau tidak individu yang kita bawa tersebut.

Hormatilah hak tuan rumah.

Dalam kes membawa anak-anak, kebiasaannya jemputan itu memang untuk sekeluarga, jadi tiada masalah.

Sumber kredit: Dr. Ustaz Rozaimi Ramle

VIDEO KASHOORGA: