Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh. Antara ciri paling utama ialah tahap agama dan tanggungjawabnya. Ini kerana dengan adanya iman di dada dan tanggungjawab yang bagus, maka dia akan jadi pasangan terbaik buat anda.
Dalam memilih jodoh, ada kala kita disulitkan apabila mempunyai lebih daripada satu pilihan. Justeru bagaimanakah cara untuk kita memilih calon jodoh yang sesuai dengan diri kita?
TELITI KEBAIKAN IKUT KRITERIA YANG ANDA MAHU
Ads
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
DAPATKAN NASIHAT SUPAYA LEBIH JELAS
Ads
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda. Hal ini supaya anda lebih jelas dan boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Dalam soal memilih jodoh, usah terburu-buru. Jangan terdesak untuk berkahwin semata-mata bila melihat rakan-rakan lain berumah tangga. Berdoalah kepada Allah moga-moga diberikan jodoh yang baik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Apabila ada individu yang berniat untuk bernikah, maka individu di sekelilingnya perlu memberi jalan bagi memudahkan proses pernikahan. Misalnya memberikan jumlah hantaran yang masuk akal mengikut kepada kemampuan bakal pengantin lelaki. Selain itu memberi restu kepada pasangan ini supaya urusan untuk membolehkan mereka cepat bernikah menjadi lebih mudah.
Jom kita realistik. Di Malaysia, untuk bernikah ada peraturan yang perlu dipenuhi. Agak ambil masa ialah untuk melengkapkan dokumentasi Surat Kebenaran Nikah dari Jabatan Agama termasuklah pemeriksaan kesihatan iaitu ujian HIV. Jabatan Agama pun sudah memudahkan urusan pernikahan dengan nilai mas kahwin yang sangat murah.
Kemudian, kita pula hidup ada adat. Adat atau adat resam ialah cara hidup masayarakat sejak turun temurun. Mana yang elok, kita ikut. Mana yang menyusahkan, tiada salahnya untuk kita tinggalkan.
Jangan diberatkan kepala bakal pengantin dengan adat-adat yang memeningkan. Misalnya kena ada majlis merisik, majlis bertunang. Cukuplah jika sekadar pertemuan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Bagi membincangkan soal pernikahan anak masing-masing.
Begitu juga dengan wang hantaran. Ikutlah kemampuan si lelaki. Majlis yang bagaimana hendak dijalankan. Pun begitu. Diingatkan kepada semua Islam menganjurkan proses yang mudah untuk berkahwin sebaliknya jangan ambil mudah.
Jangan ambil mudah soal kahwin. Ini kerana perkahwinan menuntut tanggungjawab dan paling utama ialah tanggungjawab lelaki sebagai suami sekali gus sebagai ketua keluarga. Lelaki perlu tahu tanggungjawab dan perlu ada usaha. Janganlah ambil mudah sampaikan usaha untuk bernikah itu dibuat sambil lewa.
Ini antara yang perlu diambil kira:
1) Berilah bakal isteri kamu sekurang-kurangnya sebentuk cincin sebagai hadiah kala pernikahan. Tidak kiralah cincin apa sekali pun. Jika mampu cincin emas berlian. Jika tidak mampu, cincin belah rotan. Jika tidak mampu juga, cincin perak. Sekurang-kurangnya isteri gembira dengan pemberian.
2) Berusahalah untuk mengadakan majlis walau sekecil mana pun. Ikut kemampuan kamu. Namun jangan ambil mudah sehinggakan kamu tidak mahu buat majlis pun. Alasan kamu, Islam tidak mahu menyusahkan. Jangan begitu ya. Kena usaha sikit untuk buat majlis. Kecil pun tak apa.
3) Hantaran. Ya, memanglah hantaran ini hanya adat kerana yang penting ialah akad nikah dan mas kahwin. Namun buatlah hantaran dengan niat untuk memberi hadiah kepada pihak yang satu lagi. Tak perlulah berdulang-dulang jika tidak mampu. Buat setakat mana yang anda mampu. Selagi adat itu tidak menyusahkan, apa salahnya ikut, kan?
4) Baju pengantin dan pakej fotografer. Jangan susahkan pengantin jika pengantin tidak mampu. Namun jika ada sedikit usaha daripada bakal pengantin, pasti boleh sarungkan pakaian yang agak baik dan hasilnya anda nampak cantik pada hari pernikahan. Betul tak? Nama pun jadi pengantin. Takkanlah anda tidak mahu tampil cantik. Tak perlu sewa yang mahal-mahal pun. Usah membazir. Ada pengantin yang boleh jimat kerana jahit sendiri. Macam-macam cara untuk menjimatkan wang.
5) Goodie bag untuk tetamu. Jika anda menganggap hal ini membazir, tak perlu adakan pun tak apa. Jika anda ada bajet, untuk menggembirakan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anda, apa salahnya sediakan goodie bag. Ada macam-macam produk dijual mengikut bajet anda.
Ingin diingatkan sekali lagi, Islam tidak pernah sesekali menyusahkan bakal pengantin. Pun begitu, Islam tidak menghalang kita berbuat sesuatu untuk menggembirakan hati orang. Usaha yang dibuat untuk menggembirakan hati orang lain juga boleh mendatangkan pahala.
Apa salahnya jika pengantin lelaki dan perempuan sama-sama usaha untuk membuat majlis perkahwinan yang sedap mata memandang asalkan tidak sampai menyusahkan. Buat yang ringkas namun meriah. Bukankah ini satu kenangan untuk anda berdua.
Selagi tidak membazir maka majlis itu masih lagi dirahmati ALLAH. Niatkan untuk menghargai pasangan dan menggembirakan hati orang lain.
Ingat ya, Islam memudahkan urusan pernikahan. Namun kita jangan sesekali AMBIL MUDAH. Jika tidak mahu berkorban pada awal perkahwinan, boleh ke kita harapkan seseorang itu untuk berkorban selepas berkahwin?
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Macam mana nak tahu dalam solat Istikharah itu ialah petunjuk untuk kita ya? Solat Istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu bagi memohon petunjuk dan keredaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain.
InsyaAllah kita akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah. Jika kita rasa tenteram dan tenang, maka kita sudah tahu jawapannya. Dan teruskan niat tersebut. Solat istikharah sangat digalakkan untuk mereka yang mahu mendapat jalan keluar terbaik kerana keputusan yang dibantu hidayah selalunya akan membawa hasil diharapkan.
Da’i Wan berkongsi tentang ‘hikmat’ solat Istikharah.
KASHOORGA: Bila disebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas dan sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.
Sumber kredit: Da’i Wan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Nikah dulu baru bercinta menggambarkan bahawa hubungan yang ada ikatan sah adalah lebih afdal berbanding bercinta bertahun lamanya namun tidak berakhir di jenjang pelamin. Mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan.
Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta. Namun pada masa kini istilah bercinta selepas nikah ini lebih kepada hubungan yang dihalalkan dengan cepat tanpa melalui proses cinta yang panjang sebelum bernikah.
Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya, Salman di kampung halamannya di Sik, Kedah pada 22 Jun 2018 yang lalu. Tidak seperti pasangan lain yang mengambil masa lama untuk bercinta, Hamidah dan pasangannya mengambil pendekatan bercinta selepas nikah.
Dalam caption di Instagramnya, Hamidah sempat meluahkan isi hatinya.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum:21)
Cinta selepas nikah bukan sahaja lebih indah tetapi juga menjadikan pasangan suami isteri bersama-sama menambah pahala. Jika sebelum ini hanya beribadat seorang tetapi apabila sudah berumah tangga, amal ibadat boleh dilakukan bersama.
Tatkala Hamidah kehilangan lelaki yang amat disayangi iaitu ayahnya, Allah hadirkan seorang lelaki yang kini menjadi imamnya. Kehadiran suami dalam hidup Hamidah menyempurnakan kehidupannya.
Da’i Hamidah telah dinobatkan menjadi juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga, 2015.
Didoakan moga mahligai yang dibina kekal hingga ke Jannah.
Sumber: Instagram Da’i Hamidah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Lelaki berpakaian seperti wanita menjadi isu hangat di media sosial. Ketahui pandangan Islam, dalil hadis serta kesan normalisasi perbuatan yang ditegah syarak.