‘Kelahiran si kecil adalah hadiah termahal dari Allah.’ 11 tahun Oktavia Manrose menanti anak perempuan, sudah tentu ini menjadi berita yang cukup gembira.
Tiada kata selain daripada kata syukur tak terhingga apabila doa dan impian kita dimakbulkan Allah.
Selepas hampir 11 tahun menunggu dikurniakan anak perempuan, impian Oktovia Manrose akhirnya dimakbulkan selepas dia menerima kehadiran seorang puteri pada 6 Disember lalu.
Menurut pelakon Janji Aurora itu, kelahiran si kecil adalah anugerah terindah yang juga hadiah termahal untuknya dan suami genap setahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Syukur tidak terhingga atas anugerah Allah SWT yang terindah, juga hadiah termahal buat saya dan suami.
“Rahsia Allah dan perancangan-Nya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun, Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.
IKLAN
Adalah Hadiah Termahal Dari Allah.’
“Alhamdulillah kami sudah ada sepasang cahaya mata,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram kelmarin.
Oktovia juga tidak ketinggalan menitipkan penghargaan buat suami, Mohamad Khairul Efsan Mdisa, selain berjanji mendidik permata hati mereka agar taat kepada Allah SWT.
“Tidak ada keuntungan dunia apa lagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia.
11 Tahun Oktavia Manrose
“Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.
“Didik ikut syariat Allah, ikut jalan Rasullullah dan bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.
IKLAN
“Untuk suamiku, terima kasih kerana menjadi pasangan dan ayah buat anak kita. Awak adalah insan teristimewa buat saya setiap hari. Awak kekuatan saya,” katanya.
Menanti Anak Perempuan
Oktovia yang juga anak kepada penyanyi Iwan Syahman dan Allahyarham Rosnah Mohd. Noor bergelar isteri kepada Khairul yang juga bekas pemain bola sepak Melaka United pada 21 Disember 2021.
Sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai lima tahun kemudian.
Menerusi perkahwinan pertama, Oktovia dikurniakan seorang putera yang kini sudah mencecah usia 10 tahun, Muhammad Rayyan Zulkarnain.
‘Anak hanya mampu mengesot, tidak mampu bergerak akibat penyakit jarang dijumpai.’ Ibu ini percaya, setiap ujian ada hikmah-Nya yang telah Allah tentukan.
Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun bila kita percaya setiap ujian yang menimpa diri ada hikmah tersembunyi pasti rasa reda itu hadir perlahan-lahan.
Malahan perkara tersebut juga membuatkan Siti Norzurain Fatima Ab Razak, 34, terus tabah menjaga anak bongsunya, yang menghidap sindrom Vacterl sejak dilahirkan.
INFO: Sindrom Vacterl yang berlaku satu dalam 10,000 hingga 40,000 kelahiran itu membuatkan penderitanya mengalami kecacatan pada tulang belakang dan beberapa ciri gangguan lain yang cukup kritikal.
Selain disahkan mengalami sindrom Vacterl, adik Siti Nur Jannah Humaira Ahmad Zainuddin juga turut berhadapan dengan tujuh komplikasi kesihatan yang lain.
Antaranya masalah jantung berlubang, buah pinggang tidak normal, sumbing pada lelangit, paru-paru kecil, kecacatan pada tulang, saluran pernafasan dan pemakanan sempit serta ekzema.
Tidak Mampu Bergerak
Rentetan daripada pelbagai masalah yang dihadapi ini, si kecil yang mesra dengan panggilan Meya tidak mampu bergerak seperti kanak-kanak lain.
Luah Siti Norzurain, Meya yang hanya memiliki berat 8 kilogram itu hanya mampu mengesot menggunakan kudrat tangan kerana kedua-dua kakinya sudah bengkok.
Tambah ibu ini, dia sebenarnya tidak pernah terjangkau dek akal bahawa puteri bongsu yang sangat dinanti-nantikan itu diuji dengan dugaan sebegitu berat.
“Sesungguhnya, saya menunggu zuriat ketiga dengan penuh rasa syukur dan gembira. Apatah lagi bila dapat tahu, bayi ini ialah perempuan yang sememangnya saya impikan selepas dua abangnya.
“Namun selepas selamat melahirkan Meya secara normal, saya tak sempat nak cium peluk Meya kerana dia terus dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal di sebuah hospital,“ katanya yang menetap di rumah pusaka di Perumahan Banjir Kuala Teh, Jerantut, Pahang.
Akibat Penyakit Jarang Dijumpai
Bukan seuatu yang mudah diterima apabila doktor memaklumkan Meya menghidap sindrom Vacterl iaitu salah satu penyakit jarang jumpa yang terdapat di dunia.
“Lagi sukar nak terima, mereka kata peratusan Meya untuk hidup 50 peratus sahaja,“ katanya.
Sepanjang membesarkan anak bongsunya, Siti Norzurain jelaskan bahawa terdapat satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan berlaku ke atas anaknya ketika berusia dua bulan.
Ketika itu, paru-paru Meya telah dijangkiti kuman sehingga menyebabkannya tidak mampu bernafas seperti biasa. Wajah anak syurga tersebut kebiruan lantaran kekurangan oksigen.
“Jangkitan itu membuatkan Meya terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan 24 jam pada dos yang tinggi untuk tempoh beberapa bulan,“ katanya.
Ibu Ini Percaya
Ternyata berkat kesabarannya sang ibu, keletah dan semangat si comel itu yang jelas kelihatan setelah kini menginjak usia lima tahun, membuatkan semangat Siti Norzurain membuak-buak.
“Apa yang membuatkan saya yakin, dengan izin-Nya, Meya sudah boleh bernafas seperti biasa dan saya anggap ia satu keajaiban paling hebat. Selain itu, jantungnya yang berlubang sudah tertutup sendiri, manakala paru-paru pula sudah berfungsi dengan baik.
‘Cuma Meya bergantung kepada satu buah pinggang iaitu sebelah kiri sahaja,“ katanya sambil memberitahu anaknya juga mengalami masalah pertuturan.
Kini, ahli keluarga dengan penuh harapan sedang menunggu tarikh untuk pembedahan mencantumkan masalah sumbing pada lelangit si kecil itu.
Sudah itu sebagai ibu, wanita mengharapkan Meya untuk memiliki kerusi roda khas untuknya demi memudahkan si kecil itu bergerak. Bukan tiada keinginan untuk membeli peralatan penting tersebut, namun kekangan kewangan membataskan segala-galanya.
Masalah berkenaan semakin menghimpit apabila anak sulung beliau, Ahmad Adi Putra, 13, menderita penyakit jantung berlubang dan memiliki kelainan dua saluran darah pada paru-paru.
“Adi (panggilan manjanya) disahkan mengalami isu kesihatan tersebut selepas dilahirkan dan setakat ini, dia sudah menjalani dua pembedahan,“ jelasnya satu-persatu.
Satu-persatu masalah yang di hadapi keluarga ini sedikit sebanyak membebankan Siti Norzurain. Bertambah pilu bila suaminya, Ahmad Zainuddin Abdul Rahman, 48, turut mengalami sakit saraf dan hanya mampu membuat kerja pendawaian elektrik ringan sahaja.
Ada Hikmah-Nya
“Upah juga kadang-kadang tidak menentu. Sebab itu, saya cuba bantu dengan menjual donut viral sebagai pendapatan sampingan. Sekurang-kurangnya lepaslah duit nak ke hospital,“ katanya yang bergantung kepada bantuan kerajaan secara bulanan.
Sehubungan itu, ujar Siti Norzurain, jika ada pihak yang sudi membantu meringankan beban keluarganya amatlah dialu-alukan.
“Anak-anak saya sangat memerlukan susu khas dan keperluan lain seperti ubat-ubatan,“ tuturnya.
Kashoorga: Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Islam, 06055020344689 atas nama Siti Norazurain Fatima Ab Razak.
Amalan menabung ini sangat bagus diamalkan terutama bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga. Jika dikumpul dari awal, wang tabungan yang ada sedikit sebanyak membantu kewangan sebelum berkahwin.
Namun ada yang tidak konsisten menabung dan akhirnya kecundang apabila tabung simpanan dipecahkan sebelum sampai waktunya.
Kata kunci amalan menabung ini adalah kena disipin dan istiqamah. Seperti perkongsian wanita ini Nurul Shahida pada tahun lepas yang memberitahu caranya menabung selama lapan bulan.
Hasilnya memang sangat menakjubkan walaupun perlu menunggu sehingga 8 bulan. Jadi konsep menabung yang dikongsi ini sangat pratikal diamalkan untuk pasangan yang mahu berkahwin atau mereka yang mempunyai tanggungan ahli keluarga ramai.
Tabung 2018 selamat d operate start 1 MEI – 30 DEC selama 8 bulan .. Dah penghujung tahun ramai yg clossing acc pecah tabung .. Org laen dah lama buat , sy bru start tahun ni tu pom dah lewat .. Alhamdulillah berjaya disiplin dan istiqomah .. Jika kita berniat insyAllah menjadi ..
Terlebih dahulu sy ingin memoh0n maaf xde niat nak riak atau menunjuk-ii , just nak sharing kpada smua supaya bersemangat untuk menabung .. Xsemestinya RM10 , RM20 sehari .. Menabunglah walaupon 10 sen shari .. Sikit-ii lama-ii jadi bukit ..
Saya suri rumah .. Mmg sepenuh masa kat rumah , ni smua hasil sy jual on9 cr0chet bby hasil tangan sendri .. Siang malam buat kdg2 1,2 jam shaja tido shari .. Nak dpatkan sbanyak ni pom bukan senang nak senang kan ? Simpanan ni hanya 45 % shaja dr hasil jualan sy untuk tahun ni.. Lagi 55% dah bnyak terbang hilang entah kmana
Cara-ii saya menabung selama 8 bulan ni boleh la tngok pada gmbr d bawah .. Walaupon hasil nya xde la bnyak sngt , dpt la collect RM2605.70 .. Lg 2 hari nak masuk tahun baru .. Jom la kita berazam bru untuk lg smangat menabung walaupon 10sen shari insyaAllah hasil dpt membanggakan diri.. Semoga kita smua disiplin dan istiqomah dalam menabung
Wajib RM1 sehari .. Kalau ade lebih sy masukkan lebih
584keping – RM584
Tabung RM5 (parti pas )
Ade je wrna hijau dalam wallet trus masuk tabung , anggap je xbernilai .. Bukan 1 keping shari , simpan time ade je ..
102 keping – RM510
Tabung suka hati
Kalau ade 5,6 keping , wajib la simpan satu atau dua keping .. Klau ade lebih sy masukkan lebih ikop kmampuan masing-ii , jngan ko snggup ikat perut lak gara2 nk simpan lebih ..hihi
Merah 54 keping – RM540
Oren 46 keping – RM920
Total semua – RM1460
Tabung duit syiling
Yang ni jenuh nak kira .. Tiap kli nak penuh ada je ko p tukar kedai ikan la , kdai runcit la bila nak penuh ..huhu total rm200 lebih dah p tukar .. Tinggal hak ni je dapat la RM51.70
Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak merupakan satu amanah yang sangat besar. Anak-anak adalah cerminan diri kita. Betul kita didik dan jaga, InsyaAllah hidup anak tidak tersasar kerana telah dilengkapi dengan ajaran agama oleh orang tuanya.
Dalam proses mendidik anak-anak ini, kita akan lebih mudah fokus dengan melihat perkembangan di setiap fasa kehidupan mereka. Fasa ini adalah berdasarkan amalan Rasulullah SAW dan kita ikuti setia fasa yang diringkas jelaskan oleh ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di bawah ini.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.
Umur anak-anak 7-14 tahun
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadis Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka.
Janganlah dipukul pada bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat.
Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Umur anak-anak 15- 21 tahun
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.
Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.
Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
Umur anak 21 tahun dan ke atas
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.
Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka.
Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Sesungguhnya anak, merupakan amanah, semoga kita semua dapat memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan bijaksana