Coretan untuk ayah (arwah suamiku)

Kami baru berpindah ke kawasan rumah sewa pada hujung Ogos 2018..Bandar Tasik Puteri Rawang. Arwah suami mula demam pada 10 Januari 2019. Malam sebelumnya pun arwah sudah mengadu tidak sedap badan.

Pagi 10 Januari tu, tu arwah boleh lagi bawa kami breakfast di luar dan pergi mendobi di dobi layan diri. Esoknya barulah arwah ke klinik namun mereka  bagi surat refer ke hospital.

Keluar Bekerja Seawal 4.30 Pagi Rupanya Itu Lambaian Terakhir Seorang Suami & Ayah

Arwah tak larat nak drive ke hospital..saya pulak memang tak pandai drive..lepas balik klinik..arwah makan ubat..arwah mula berpeluh..kami ingatkan dia dah kebah demam. Pagi subuh 12 hb arwah keluar kerja seawal 4.30 pagi..arwah buat grab fulltime..kami anak beranak bangun hantar arwah dengan lambaian tangan yang terakhir rupanya pagi tu..anak-anak pun sama ‘bye-bye’ ayahnya.

Lebih kurang jam 2.00 petang, arwah sent location menerusi whatsapp dia sudah di berada di unit kecemasan Hospital Sg Buloh.. Selepas contoh darah arwah diambil terus admitted ward..pada malamnya terus dimasukkan ke icu..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2199646930059814&set=pb.100000435865806.-2207520000.1549959815.&type=3&theater

 

Tengahari Khamis 17 Januari 2019

Apabila tiba waktu melawat ibu datang tengok ayah di ward icu..staff nurse beritahu yang tekanan darah ayah semakin menurun..keadaan ayah sangat kritikal.. Doc memberikan kebenaran kepada ahli keluarga dan rakan-rakan melawat untuk kali terakhir tanpa perlu mengikut waktu melawat hospital..

Ibu maklumkan kepada semua..beritahu kepada mereka yang tiada harapan..keadaan ayah sangat tenat ketika itu.. Mereka datang dan menunggu giliran untuk berjumpa ayah untuk kali terakhirnya..ketika itu hanya dibenarkan 2 orang sahaja secara bergilir-gilir masuk untuk melawat ayah…dari petang hingga ke malam mereka menunggu di luar icu..

Ibu pula perlu naik ke wad kanak-kanak kerana risau Haqimi sudah terjaga dari tidurnya atau belum..risau sebab terpaksa tinggalnya seorang tapi ibu sudah pesan staff nurse..jika ada apa-apa call ibu..

IKLAN

Keadaan Haziq pulak..mak dengan Azhan (adik) beritahu yang badannya mula panas dari pagi dan ada muntah…mintak Mira (adik ipar) tolong bawakkan dia ke unit kecemasan..ibu risau jika keadaannya sama dengan abangnya Haqimi..lama mereka di unit kecemasan..kerana ramai orang ketika itu..ya masa itu memang banyak kes denggi..

Selepas bacaan darah Haziq keluar..ya dia juga positif denggi..Ya Allah perasaan ibu ketika itu tak tahu macam mana mahu digambarkan ayah…sudah jatuh terduduk ditimpa tangga..terlalu berat ujian yang Allah bagi untuk ibu hadapinya..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2210424798982027&set=pb.100000435865806.-2207520000.1549959807.&type=3&theater

Azhan pula ambil giliran menunggu Haqimi di wad..Mira dengan mak di wad pemerhatian di kecemasan menunggu Haziq untuk dapatkan katil di wad..ibu bersama ayah..ibu sentiasa di sisi ayah..doc beritahu dia memberikan kebenaran untuk Haqimi dan Haziq bersama ayah untuk kali terakhir..

Staff nurse dari wad kanak-kanak bawak turun Haqimi ke icu..ibu pulak perlu sendiri ke kecemasan untuk membawa Haziq naik ke icu jugak..

Ayah tahu tak, ibu berlari ke unit kecemasan..jauhnya tu..lenguh dan sakit rasanya kaki..ibu risau tak sempat..dalam hati ibu berdoa semoga ayah tunggu kami sampai, berdoa semoga Allah jangan ambik ayah lagi dari kami..

Dari unit kecemasan ibu berlari lagi sambil dukung Haziq..Mira dengan mak, ibu tinggalkan mereka..sesampai saja di icu..Haqimi sudah ada di sana bersama Azhan dan keluarga yang lain..tercungap-cungap ibu ayah..berlari kami anak beranak untuk berjumpa ayah..

Kami semua bersama ayah..setia di sisi ayah..kami bergilir-gilir bacakan ditelinga ayah khalimah syahadah..bacakan surah yassin serta surah al-mulk..Ibu bisikkan ditelinga ayah..ibu tak nak tengok ayah menderita menahan sakit..pergilah ayah..ibu reda..ibu akan jaga anak-anak kita..ibu mintak halal semuanya selama kita hidup bersama..maafkan segala kesalahan ibu..

IKLAN

Ayah pulak jangan risau ibu sudah lama maafkan ayah..sudah halalkan dan tak ambik hati bila kita bergaduh sebelum-sebelum ni..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri..

DADA AYAH TIDAK BEROMBAK LAGI

Tekanan darah ayah semakin menurun..tapi masih bertahan..jam menunjukkan tengah malam sudah masuk hari baru 18 Januari 2019..tiba-tiba dada ayah tidak berombak lagi..senyap saja..bacaan tekanan darah ayah jugak sudah tiada..

Doc buat pemeriksaan untuk pastikan keadaan ayah..ya ibu saksikan semua itu…ibu duduk dgn anak-anak bersandar pada dinding tak berdaya nak bangun ayah..

Doc datang dekat ibu dan cakap ‘puan, saya mintak maaf..suami puan sudah meninggal dunia..

Ya Allah..hilang sudah tempat bergantung…tempat mengadu..tempat bermanja..teman suka dan duka..segala masalah kita kongsi bersama..susah senang kita harunginya bersama..

Tapi ibu perlu kuat..anak-anak kita masih kecil..kesian mereka kalau ibu ikutkan perasaan ibu…Anak-anak kita ibu terpaksa tinggalkan di wad dengan Azhan dan Farhani (sepupu), Haziq sudah dapat katil di wad..ibu awal-awal lagi sudah minta jasa baik doc untuk mereka dapat katil sebelah menyebelah..

IKLAN

Setelah selesai jenazah ayah dihantar ke bahagian forensik..ibu menunggu di situ bersama-sama ayah dan untuk kali terakhirnya ibu tolong bantu mandikan jenazah ayah…sudah selesai ibu temani jenazah ayah untuk dibawa pulang ke rumah makcik ayah.

Ibu sentiasa di sisi ayah..tidur keletihan disisi jenazah ayah..tidur tepi ayah untuk terakhir kalinya..Jenazah ayah akan disembayangkan disurau berdekatan..dan selepas itu akan dibawa terus ke tanah perkuburan..

Ibu sudah siap-siap mahu mengikut hantar jenazah ayah ke kubur tapi ustaz beritahu tak boleh sebab ibu sudah dalam keadaan iddah..ibu terpaksa merelakan jenazah ayah dibawa pergi..

Ibu berdoa semoga semua urusan pengembumian jenazah ayah ketika itu dipermudahkan..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2214810711876769&set=pb.100000435865806.-2207520000.1549959807.&type=3&theater

Kadang-kadang ibu rasa semua ini mimpi..bangun dari tidur tercari-cari ayah di sebelah..menunggu ayah balik dari kerja tapi tidak kunjung tiba..

Ayah..Kami anak beranak sekarang pulang ke Pahang..menghabiskan tempoh iddah di sini

Rindu ini terlalu sakit ayah..hanya doa al-fatihah dan bacaan Surah Yassin sahaja dapat ibu kirimkan untuk ayah di sana.. Rehatlah ayah…rehat dengan tenang

Al-Fatihah
Zakaria bin Ismail

PESANAN:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2230572150300625&set=pb.100000435865806.-2207520000.1549959643.&type=3&theater

Sumber kredit: FB: Farhana Johari

https://www.youtube.com/watch?v=BgonYFU7vCM

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI