Soal rezeki, ajal maut itu semuanya terletak di tangan Allah. Kita tidak tahu rezeki banyak mana Tuhan akan beri dan bila nyawa akan dijemput.
Kadang-kadang kita lihat sehari sebelum, si dia kelihatan sihat tetapi pagi ini dengar dirinya pula sudah di jemput Ilahi.
Dan hari ini kita dikejutkan dengan pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia awal pagi ini.
Allahyarham Abam Bocey.
Menurut laporan Astro Awani, Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak.
Menurut isteri arwah, Nor Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Ads
Meninggalkan isteri dan seorang anak berusia 8 bulan.
Abam dan Siti Norhidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Dalam pada itu rakan karib dan juga anggota kumpulan Bocey, Fad Bocey turut terkejut menerima berita kehilangan temannya itu.
Menang tempat ketiga dalam Maharaja Lawak Mega musim lalu.
Dia yang sedang bercuti di Jepun bersama keluarga tidak dapat menahan sebak dan menangis apabila mendapat tahu berita itu.
Ads
Dalam kapsyen di laman Instagramnya, Fad menulis kenapa abam pergi dulu sebelum dirinya.
Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu
Sebaik muat naik perkongsian ini, ramai warganet yang terkejut dengan berita kehilangan pelawak berbakat ini.
Masing-masing mengucapkan takziah dan mendoakan roh Abam ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Dalam dunia yang serba mencabar dan begitu mementingkan pendidikan awal untuk anak-anak, ramai dalam kalangan ibu bapa yang begitu cerewet dalam soal ini.
Masing-masing cuba mencari pusat asuhan kanak-kanak terbaik untuk proses pendidikan awal anak-anak bagi menghadapi persediaan sebelum memasuki alam persekolahan sebenar.
Dan tidak dinafikan rata-rata ibu bapa masa kini mencari pusat asuhan yang menerapkan konsep Islamik dan salah satunya adalah Al Kauthar Eduqids.
Al-Kauthar Eduqids juga dipilih sebagai Tadika Islamik Pilihan Majalah Pa&Ma sempena Ulang Tahun ke 19 Majalah Pa&Ma.
Keistimewaan Al Kauthar Eduqids ini berbanding tadika lain apabila pengurusannya menerima kehadiran kanak-kanak autism, speech delay, disleksia dan juga ADHD.
Menurut Pengasas dan Pengarah Al Kauthar Eduqids, Nor Fadilah Alias, 29 tahun berkata setakat ini di pihak HQ menerima lebih 10 pelajar yang mempunyai masalah seperti ini.
Pn Nor Fadilah.
“Tidak semua ibu bapa di luar tahu bahawa pusat asuhan kami menerima anak-anak yang ada masalah sebegini. Sebenarnya sejak tahun 2013 lagi kami sudah mula menerima pelajar-pelajar ini.
“Apabila mereka masuk sini dan bercampur dengan anak-anak normal lain, aura dan teknik yang diajar kepada mereka, alhamdulillah 90% terserlah potensi.
“Misalnya kalau sebelum ini ada di kalangan kanak-kanak autisme ini yang jenis hantuk kepala dah tak hantukkan kepala, boleh dengar arahan, boleh menulis dan yang alami speech delay pun sudah boleh bercakap,” ujarnya yang gembira dengan perkembangan itu.
Modul bersesuaian dengan tahap pembelajaran kanak-kanak.
Tambahnya sebelum menerima kanak-kanak ini, dia telah membuat kajian mendalam di mana kanak-kanak yang ada masalah ini jika bercampur sesama mereka, potensi untuk kembali normal agak sukar.
“Dan setelah kami menerima kehadiran mereka, ajar mengikut modul ditetapkan, ada peningkatan pada perkembangan diri mereka. Setelah ada result barulah saya berani untuk berkongsi dengan semua ibu bapa di luar sana.
“Sebelum itu saya juga turut melengkapi diri dengan ilmu berkaitan. Saya ada mengambil pendidikan pra sekolah dalam subjek pendidikan khas. Dan inilah yang menguatkan semangat untuk membuka pusat asuhan kanak-kanak sendiri,” jelas ibu kepada seorang cahayamata ini.
Di samping suami dan anak tersayang.
Wanita kecil molek ini memiliki Diploma Prasekolah dan Diploma Kemahiran Malaysia. Bukan itu sahaja lebih menarik dia juga turut mempunyai lesen sebagai Pegawai Penilai daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Pernah bekerja di institut pendidkan awal kanak-kanak dan berdepan pelbagai cabaran sebelum nekad untuk membuka pusat asuhan sendiri seawal usia 22 tahun.
Daripada hanya ada sebuah pusat asuhan dan selepas tujuh tahun kini Nor Fadilah tersenyum bangga apabila sudah mempunyai hampir 20 cawangan taska dan tadika.
“Di Al Kauthar saya cipta satu modul yang menggabungkan kurikulum standard prasekolah dengan kaedah Montessori Islamik untuk membawa kelainan dan kualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak.
“Bagi saya bukan sahaja pembelajaran akademik penting, sahsiah diri juga perlu dititik beratkan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi serta dunia digital tanpa sempadan hari ini.
Pembelajaran menyeronokkan.
“Cabaran dalam mendidik mereka memang sangat besar. Namun kekuatan saya berdepan segala dugaan ini setiap hari saya akan pastikan anak-anak ini wajib menghafal suraj Ar-Rahman, Al-Kahfi dan Yasin. Ini bermakna selain menghafal juz Amma, iaitu kumpulan surah-surah pendek, anak-anak di sini akan ditambah 3 surah ini untuk dihafal
“Seawal usia 4 hingga 6 tahun saya akan minta mereka baca dan hafal surah-surah ini selain solat Dhuha sebelum proses pembelajaran bermula. Alhamdulillah mereka boleh baca dan hafaz dengan lancarnya,” jelasnya lagi yang menggunakan method hafazan dalam pembelajaran.
Pelajar juga diajar solat Dhuha.
Untuk jangka masa panjang, dia dan suaminya akan membuka lebih banyak lagi cawangan Al Kauthar Eduqids di sekitar Lembah Klang bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi.
Walau bagaimanapun, mereka tidak mahu tergesa-gesa kerana apa yang penting standard kualiti perlu djaga sebaiknya.
Nor Fadilah ditemui dalam satu majlis minum petang gilang-gemilang bertempat di Hotel Concord Shah Alam, Tadika Al Kauthar Eduqids telah diberi pengiktirafan memenangi salah satu kategori Jenama Pilihan Pa&Ma 2019.
Bersama Editor Pa&Ma, Puan Hasnita Sawal.
Anugerah yang diadakan julung kali sempena Ulang Tahun Pa&Ma yang ke-19 ini telah memilih Tadika Al Kauthar Eduqids sebagai ‘Tadika Islamik Pilihan Pa&Ma. Anugerah tersebut telah di sampaikan sendiri oleh Editor Pa&Ma Puan Hasnita Sawal kepada En Bakhtiar pengasas Tadika Al Kauthar Eduqids.
Bukan itu sahaja, mereka turut menyampaikan beberapa anugerah kepada tenaga pengajar yang memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang Al Kauthar Eduqids ditubuhkan.
Sebahagian tenaga pengajar yang menerima anugerah.
Tidak dinafikan untuk menjayakan sebuah majlis perkahwinan memerlukan sejumlah kos yang tinggi.
Wang perbelanjaan ini perlu disimpan sejak awal-awal lagi sebagai persediaan walaupun belum berhasrat untuk berkahwin.
Ada beberapa cara boleh dilakukan untuk tip berjimat bagi mengumpul bajet kahwin. Terdapat beberapa perkara yang perlu kita elakkan bagi memastikan perbelanjaan mencukupi menjelang majlis perkahwinan.
10 TIPS BERJIMAT UNTUK KUMPUL BAJET KAHWIN
================================== Bagi pasangan yang ingin berkahwin, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau you all rasa diri tu sudah bersedia untuk berumahtangga, cepat-cepatlah implementkan tips-tips di bawah nie dan jangan lupa share dengan pasangan anda ok:- . 1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE! . 2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….
. 3. Potong jer langganan yang tak penting – contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!
. 4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… 🙂 So, bersabarlah…
. 5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… 🙂
. 6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!
. 7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang 🙂 . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. 🙂 Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p
. 8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…
. 9. Masak sendiri – elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan anda, anda juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan!
. 10. Jual barang-barang terpakai – kalau kat rumah anda ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa kata you all jual jer barang2 tue. Korang boleh jual kat kedai2 secondhand ker ataupun jual melalui online.. Selain ebay, lelong.com dan mudah.com.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kejian boleh dibalas kejian tetapi ada syaratnya… Bila diri dikeji sudah tentu sukar untuk kita berdiam. Kebanyakan kita pasti akan marah dan tak mustahil mengeji semula.
Namun dalam Islam adakah perkara ini dibenarkan terutama jika apa yang diperkatakan itu adalah benar? Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Agil tentang perkara ini
Bolehkah kejian dibalas dengan kejian?
Menjelaskan tentang persoalan ini kata Dr Syed Shahridzan dalam bab hudud dan qisas fuqaha menjelaskan bahawa seseorang yang dihina atau dikeji oleh seseorang boleh membalas kembali kata kejian itu. Namun ia tertakluk dengan beberapa syarat tertentu.
Kejian itu mestilah setara dan tidak boleh melebihi daripada kadar hinaan yang dilemparkan. Sebagai contoh: seseorang dihina dengan ayat “kau bodoh”, kemudian dibalas dengan ayat “kau ni terlalu bodoh”, atau dengan bahasa kasar “kau ni bangang nak mampus”.
Tetapi ada syaratnya
Kejian itu tidak boleh berunsurkan penipuan, iaitu kejian itu dibalas dengan sesuatu yang tidak pernah wujud dalam diri pengkeji. Contohnya “Kau ni pekak tuli” sedangkan pengkeji seorang sempurna deria pendengarannya.
Manakala ayat “kau bodoh” tidak termasuk dalam kategori penipuan kerana setiap manusia tidak terlepas daripada kekurangan dan kelemahan, antaranya sifat bodoh.
Kejian yang dibalas juga tidak boleh dalam bentuk ‘qazf’, iaitu dengan ayat “kau seorang penzina”, “kau anak zina”, atau “kau bukan anak bapak kau”. Penghinaan seperti ini layak dijatuhkan hukuman hudud jika dia gagal mendatang 4 orang saksi yang adil.
Selain daripada kejian yang setara, ia juga boleh dibalas dengan perkataan yang semakna dengannya menurut uruf masyarakat. Sebagai contoh perkataan “dungu” boleh digantikan dengan perkataan “tolol”.
Namun memaafkan itu adalah lebih baik
Kejian juga tidak boleh melibatkan penghinaan terhadap individu lain seperti ibu, bapa dan adik beradik pengkeji. Sebagai contoh, jika seseorang dikeji dengan ayat “mak kau hijau”, maka si mangsa tidak dibenarkan menghina kembali ibu si pengkeji.
Peruntukan hukum ini berdasarkan hadis yang menceritakan perselisihan faham yang pernah berlaku di antara isteri-isteri Rasulullah saw, Sayyidah Zainab R.A dan Aisyah R.A.
Suatu hari Zainab telah melemparkan kata kejian kepada Aisyah, kemudian Baginda saw mengarahkan Aisyah membalasnya untuk memberi hak dan keadilan pada dirinya.
Walaubagaiaman pun, tidak dinafikan bahawa sikap pemaaf dan tidak membalas kejian itu adalah jalan yang terbaik dan sikap yang terpuji.
Bayar Deposit Beli Barang Tapi Tak Jadi Ambil, Duit Pendahuluan Ini Hak Pembeli Atau Penjual?Dalam urusan jual beli hari ini, bayaran pendahuluan atau deposit...