Kutip derma untuk mengumpul dana untuk sesuatu tujuan memang biasa dibuat baik di peringkat keluarga, tempat kerja atau kalangan masyarakat umum sendiri.
Kutipan ini juga sering diuar-uarkan di media sosial demi memperoleh dana yang mencukukup. Selalunya ia dibuat untuk membantu kos perubatan, pendidikan, pembinaan sekolah, masjis dan sebagainya.
Namun kebelakangan ini terdapat juga kutipan derma dibuat dengan tujuan berbeza iaitu demi membantu untuk membayar saman fitnah dan ada juga untuk membayar denda atas kesalahan yang dilakukan.
Sebagai masyarakat yang pemurah memang akan ada yang tampil membantu menyalurkan wang namun bagaimana dari segi hukum, adakah ia dibolehkan?
Merujuk kepada penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Al-Kafi #2012: Hukum Pengutipan Derma Bagi Tujuan Pembayaran Denda, tindakan mengutip derma untuk membayar denda atau saman fitnah dibolehkan namun dengan syarat.
Ia dibolehkan dengan syarat selagi mana sumbangan tersebut tidak bermaksud untuk menggalakkan kesalahan orang tersebut melakukannya lagi.
Ads
Begitu juga seseorang yang ingin membantu orang lain dalam pembayaran denda atau saman, dia hendaklah memastikan bahawa orang tersebut telah menginsafi perbuatan salah yang dilakukan bagi memastikan sumbangan itu tidak digunakan untuk mengulangi kesalahannya.
Jika tidak, pemberian bantuan tersebut akan menjadikan seseorang yang melakukan kesalahan itu akan memandang ringan terhadap kesalahan yang dilakukan.
Haram jika
Sebaliknya jika seseorang yang memberikan sumbangan tersebut bertujuan untuk mendorong pelaku sesuatu kesalahan tersebut mengulanginya lagi, maka dalam keadaan ini pemberian sumbangan tersebut adalah haram.
Hal ini demikian berdasarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: “…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…”. Surah al-Ma’idah (2)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka bantuan untuk membayar denda bagi pihak yang disabitkan di mahkamah boleh dilakukan dengan syarat berikut:
Ads
Orang tersebut telah menginsafi perbuatan salah yang dilakukan bagi memastikan sumbangan itu tidak digunakan untuk mengulangi kesalahannya.
Sumbangan diberikan untuk tujuan ganti rugi bukan tujuan untuk menyokong perbuatan salahnya.
Jika banyak hutang dan kita tak selesaikan semasa masih hidup memang akan menyusahkan waris. Lebih utama orang yang berhutang juga akan tak lepas di walau sudah di alam sana.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Jiwa (atau roh) orang beriman itu akan tergantung sehinggalah seseorang menyelesaikan bagi pihaknya.”
Antara perkara awal yang akan dihitungkan oleh malaikat adalah hutang-hutang kita yang belum lunas. Namun seandai seseorang itu mati tapi tak sempat selesaikannya siapakah yang wajib menguruskannya hingga selesai, supaya arwah damailah di sana.
Ikuti nasihat daripada Ustaz Azhar Idrus ini.
SOALAN:
Jika seseorang itu meninggal dunia dan dia ada banyak hutang dengan seseorang siapakah yang wajib bayar hutangnya?
JAWAPAN:
Apabila ada bagi mayat itu hutang maka hendaklah dibayar hutang tersebut dari harta yang ditinggalkannya sekali pun waris tidak bersetuju kerana waris tidak ada hak ke atas harta melainkan setelah dijelaskan segala hutang mayat.
Ertinya: “Masalah. Telah mati seseorang dan atasnya ada berhutang dan meningggalkan akan harta kadar membayar hutang atau lebih banyak tiadalah terlepas dari tanggungannya sampailah dibayar daripadanya.” (Kitab Ghayatul Talkhis)
Yakni apabila digunakan harta peninggalannya itu buat membayarkan hutang tersebut maka terlepas mayat itu dari hutangnya.
Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili : إنقسمةالمواريثكلهابينالورثةمقدمعليهأولاإيفاءالديونالمتعلقةبالتركة،وتنفيذالوصايا التفسيرالمنيرللزحيلي (4/ 276)
“Sesungguhnya pembahagian segala harta pusaka sekaliannya antara segala waris didahulukan atasnya pada permulaan dengan menunaikan segala hutang yang bergantung dengan harta peninggalan dan diluluskan segala wasiatnya.” (Kitab Tafsir Al-Munir)
Maksudnya hendaklah diselesaikan dulu hutang mayat dan segala wasiat jika ada sebelum dibahagikan antara segala warisnya.
Ertinya: “Dan dengan ijmak jikalau mati seseorang dan atasnya ada hutang nescaya tidak wajib atas walinya menunaikannya dari hartanya.
Maka jika sukarela membayar oleh wali dengan demikian itu nescaya telah terbayar hutang itu daripada mayat.” (Jami’ Li Ahkam Al-Quran)
Walhasil bila mayat ada meninggalkan hutang dan harta maka wajib dibayar hutang tersebut menggunakan harta mayat bukan harta waris atau orang lain.
Waris disunatkan membayar hutang mayat andainya mayat tidak meninggalkan harta yang cukup buat membayar hutang supaya lepaslah mayat itu dari berhutang.
Isteri baik tapi sayangnya tak menutup aurat, masih mengenakan pakaian menampakkan bentuk badan ataupun enggan bertudung mengikut syariat. Walau sudah dinasihat suami tapi isteri masih jua dengan imej yang sama.
Dilema ini mungkin dihadapi oleh ramai para suami di luar sana. Dalam hal ini adakah suami menanggung dosa isteri yang tidak menutup aurat?
Menjawab permasalahan ramai suami ini, menurut pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun seorang suami yang sudah menasihati isteri sehabis baik untuk menutup aurat TIDAK menanggung dosa isterinya.
Hal ini kerana, beliau sudah menunaikan tanggungjawabnya sebaik mungkin dalam menegur isteri.
Firman Allah SWT:
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٞ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۚ وَإِن تَدۡعُ مُثۡقَلَةٌ إِلَىٰ حِمۡلِهَا لَا يُحۡمَلۡ مِنۡهُ شَيۡءٞ وَلَوۡ كَانَ ذَا قُرۡبَىٰٓۗ
Maksudnya: “Dan (ketahuilah) bahawa seorang itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa), lalu memanggil (orang lain) untuk menolong agar dipikul sama bebanan tersebut, maka tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya walaupun orang yang meminta pertolongannya itu daripada kaum kerabatnya sendiri.” (Surah Fatir ayat 18)
Dalam pada itu katanya, perihal enggan menutup aurat ini hendaklah ditangani dengan tegas dan mengikut kuasa yang ada pada seorang suami.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, jika dia tidak mampu maka dengan lisannya, jika dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim, hadis sahih)
Suami punyai kuasa mencegah isteri
Merujuk kepada hadis di atas, maka suami adalah golongan yang mempunyai kuasa untuk bertindak mencegah isterinya. Untuk hal ini, boleh kita lihat firman Allah di bawah.
Firman Allah SWT:
وَٱلَّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِي ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).” [An-Nisa’:34]
Tip nasihat isteri tutup aurat
Ustazah Asma’ juga turut memberikan beberapa tip untuk para suami menasihati isteri untuk menutup aurat:
1. Menasihati atau memujuk isteri dalam situasi yang tenang, emosinya stabil. Pilih waktu yang sesuai.
2. Membelikan isteri pakaian yang menepati syariah.
3. Memuji isteri yang sedang mencuba menutup aurat dengan pujian yang menyenangkan hatinya.
4. Berterusan memberi sokongan dan kata-kata semangat pada isteri yang mahu berhijrah dalam penutupan aurat.
5. Membelikan buku-buku mengenai wanita solehah.
6. Sekiranya isteri masih tidak mahu berubah dengan nasihat dan usaha-usaha di atas, maka bolehlah melakukan kaedah yang kedua iaitu memisahkan tempat tidur. Jika tidak juga berhasil, maka dibolehkan memukul isteri (dengan pukulan ringan bagi tujuan mengajarnya).
Saban hari pastinya kita tidak akan bebas daripada melakukan kesilapan. Sama ada ianya besar atau kecil kerana kita bukanlah insan maksum seperti para nabi dan raaul. Disebabkan itulah kita harus sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT.
Antara ibadah yang menjadi salah satu cara memohon keampunan ialah solat sunat dua rakaat.
Apakah memang perkara itu dianjurkan oleh Islam? Adakah nas yang menyatakan tuntutan solat sunat berkenaan?
Memetik sebuah hadis daripada Abu Bakar al-Siddiq RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda: “Mana-mana daripada kalangan hamba (hamba ALLAH) yang melakukan dosa, maka dia memperelokkan wuduknya. Kemudian dia menunaikan solat sebanyak dua rakaat, lalu dia beristighfar melainkan ALLAH akan mengampunkan dosanya.
Setelah itu, Nabi Muhammad SAW membaca ayat 135 dari surah Ali Imran: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada ALLAH.” sehingga ke akhir ayat tersebut.” (Riwayat Abu Daud)
PENGHAPUS DOSA KECIL
Shaykh Abd al-Muhsin juga mengatakan bahawa amalan soleh boleh menghapuskan dosa-dosa kecil.
“Adapun dosa besar, yang boleh menghapuskannya adalah amalan soleh berserta taubat,” kata beliau.
Selain itu, Shaykh Mahmud al-Subki menyatakan, hadis itu juga menunjukkan dalil galakan untuk memperelokkan wuduk dan solat dua rakaat serta istighfar apabila melakukan sesuatu dosa. Sekiranya seseorang itu melakukan sedemikian, maka akan diampunkan dosa tersebut baginya. (Lihat: al-Manhal al-‘Azb al-Mawrud, 8/183)
Maka, disebabkan itulah kita dituntut untuk sentiasa memperbanyakkan amalan soleh agar ia boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
Bagaimanapun, bagi dosa besar, tidak cukup sekadar dengan melakukan amal soleh.
Justeru, lazimkanlah diri dengan selalu beristighfar kepada-NYA.
Mudah-mudahan segala amal soleh kita diterima dan menjadi asbab dosa kecil kita diampunkan.
Sumber: Irsyad Al-Hadith Siri ke-510: Dosa Terhapus dengan Solat Sunat, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bulan Ramadan semakin hampir ke penghujungnya, oleh itu usah kita sia-siakan. Selain melaksanakan ibadah tapi juga memohon keampunan agar kita mengakhiri Ramadan ini dengan...